UA-56349233-1
Showing posts with label set kehamilan. Show all posts
Showing posts with label set kehamilan. Show all posts

4 Tips Mudah Elak Simpul Mengkarung Ketika Hamil Buat Anda Lena Tidur Malam


Pernah dengar istilah simpul mengkarung?

Saya pertama kali dengar istilah ini pun dikalangan rakan-rakan yang sudah pun bergelar ibu waktu mengandungkan anak pertama pada 2007 dahulu. Ada juga yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung dan sebagainya.

Lucu juga kalau nak difikirkan logic kaitan namanya. Macam pelik juga apa maknanya, rupanya daripada sembang mak-mak dekat opis tu, tahulah saya yang simpul mengkarung ini ialah nama lain bagi simptom kekejangan yang berlaku pada wanita hamil.

Pengalaman sendiri kena simpul mengkarung.

Tidak dinafikan, saya sendiri pernah mengalami masalah ini ketika hamilkan anak sulung dulu.

Sakitnya datang tiba-tiba terutama sekali ketika cuaca sejuk atau apabila kita tidur dalam kesejukan aircond. Tak kira lah pukul 2pagi ke, 4 pagi ke, tiba-tiba simpul mengkarung nak datang, hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya.

Kesakitan yang bermula dari bawah betishingga kebahagian bawah kaki. Ia akan mengambil masa beberapa minit, sebelum pulih seperti biasa semula. Tapi nak menunggu kesakitan tu surut, memang boleh menjerit-jerit menangis jugalah.

Biasanya, suami lah yang jadi mangsa, kejutkan dan minta dia urut-urut serta tarikkan kaki. Insya allah selepas seketika, kesakitan akan berkurangan dan boleh kembali tidur.

Apa Punca Kekejangan Ketika Hamil?

Menurut website BabyCentre, kekejangan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Saya petik sedikit ulasan dari website tersebut.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Ibu hamil yang selalu terkena tarik mengkarung ini mungkin akan mengalami fobia untuk tidur di waktu malam. Kurang tidur pula akan menyebabkan mereka mudah mengantuk, tidak cergas, tidak produktif di tempat kerja dan kadangkala boleh buat ibu tersebut menjadi semakin stress.

Kesannya bukan sekadar pada kaki yang sakit, ianya lebih dari itu. Jadi ibu hamil yang selalu mengalami masalah ini perlu buat sesuatu.

Ketahui 4 Tips Mudah Legakan Tarik Mengkarung.


4 tips di atas adalah antara cara mudah bagi ibu hamil nak elak dari terkena simpul mengkarung secara berulang-ulang.

1. Sapukan minyak panas sebelum tidur.

Seperti yang kita tahu melalui fakta yang saya kongsi dekat atas tadi, kekejangan ini melibatkan otot.
Seperti kebiasaan ramai atlit juga, untuk mengelakkan kaki kejang mereka akan menggunakan krim atau semburan minyak panas untuk melegakan otot yang kejang.

Anda boleh gunakan minyak mastika, minyak kayu putih, minyak yu yee atau apa sahaja minyak panas yang anda sukakan. Sapukan dan buat sedikit urutan pada belakang kedua dua betis hingga ke buku lali.

Efek kesan panas dari minyak tersebut tentu sangat melegakan dan ibu bolehlah tidur dengan lena.

2. Amalan merendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Ini juga bertujuan merehatkan otot dari tekanan.

3. Minum susu atau ambil pil kalsium setiap hari.

Dikatakan tubuh ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium apabila mengandung dan menyusu kerana ia dikongsi bersama bayi.

Jika ibu tidak 'top up' pengambilan kalsium dari sumber makanan / minuman atau suplemen, tubuh mereka sendiri akan mengalami defisit. Kasihan si ibu, jadi sebab itu lah di syorkan sangat minum susu atau ambil pil kalsium.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pil kalsium bernama Ostematrix secara konsisten sejak awal kehamilan lagi, dan terbukti saya tidak pernah kena tarik mengkarung lagi untuk kehamilan kali keempat ini. Berbeza dengan kehamilan sebelum ini, pasti akan kena sekurang-kurangnya 3 kali.

4. Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk bersilang.

Diketahui 2 keadaan ini akan menyebabkan kaki ibu hamil stress. Peredaran darah menjadi kurang lancar. Dan otot kaki akan mudah penat.

Jika duduk dimeja kerja di pejabat, ibu hamil disarankan meninggikan sedikit kaki mereka dengan sesuatu seperti kotak, agar tidak terjuntai seperti biasa. Mereka juga digalakkan bergerak secara kerap untuk menggalakkan peredaran darah dan seumpama senaman ringkas yang baik untuk ibu hamil.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya tentang isu ibu hamil berkaitan kaki kejang ini.
Saya sebagai seorang ibu hamil memang memahami betapa sakitnya bila diserang kekejangan walaupun ia tidak berpanjangan.

Lagi lagi pula kalau kita tengah cramp, kejutkan suami..tapi beliau tak bangun nak tolong urut atau legakan kesakitan kita tu. Hehe memang rasa tak aci sangat kan :P

Saya doakan semua ibu hamil merasakan pengalaman manis kehamilan sepanjang 9bulan ini.
Kongsikan entry saya ini kepada mereka yang mengalami masalah simpul mengkarung ya..

Nak lebih mudah, syorkan sahaja mereka membeli Set Kehamilan Indah yang turut mengandungi pil kalsium Ostematrix daripada saya. Bukan apa, kalau boleh saya memang mahu semua ibu hamil happy happy saja tanpa masalah simpul mengkarung macam ini.

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Kalau nak sambut anak sulung, saya 100% yakin semua bakal mama papa akan tersangat excited dengan persediaan menyambut permata pertama mereka. Dari sekecil-kecil barang hinggalah ke buaian dan stroller, semuanya hendak dibeli. Saya tak cakap orang lain, sebab saya pun begitu semasa membuat persediaan anak sulung saya.

Namun bila masuk anak kedua dan seterusnya,  mungkin kadar keterujaan akan berkurang sedikit bila kita cakap bab bershopping. Maklumlah, ramai yang berpendapat si adik boleh gunakan barangan abang atau kakak mereka. Dengan kadar ekonomi yang semakin tak menentu ni, saya yakin ramai mama dan papa akan berhati hati dengan perbelanjaan mereka.

Dan bagaimana pula jika jarak bayi baru sangat jauh dengan abang atau kakak mereka?
Saya ambil contoh kandungan saya, bayi dan kakaknya berbeza 4 tahun. Memang kadangkala saya rasa macam hamilkan anak sulung.

Kebetulan hampir semua barangan dan gadget bayi telah pun saya jual ketika proses nak berpindah rumah pada tahun 2013 dahulu. Dan kini, hampir semua kelengkapan untuk bayi, tiada.

Jadi mungkin kami terpaksa back to square one. Bermula dari awal.


APAKAH BARANG YANG PALING PENTING?

Kalau bercakap pasal anak sulung, saya yakin setiap pasangan akan kata semuanya penting.
Katil baby nak beli, buaian nak beli, stroller canggih nak beli, beg jalan jalan nak beli. Baju, stoking dan mitten tentu sekali dah rambang mata bila lalu lalang dekat keday jual barangan baby dek kecomelannya.

Jom kita kenalpasti kategori barang bayi ketika sedang membuat persediaan.


Checklist diatas adalah antara yang terpenting untuk anda ambil perhatian ketika sedang bershopping barang bayi. Nak mudah, boleh print kan checklist ni dan bawa kemana mana ok.

Bila dah beli, boleh tick, jadi ini akan memudahkan urusan mencari barang-barang.

Sebenarnya ada banyak lagi senarai kalau hendak dimasukkan dan dibeli. Saya sekadar mencadangkan seperti diatas (minima) berdasarkan keperluan terpenting bayi itu sendiri.

Jenis dan jenama barangan ini anda suami isteri boleh bincang-bincangkan bersama agar ianya berbaloi. Ada orang kata barangan mahal lebih berkualiti, namun sebenarnya ada juga barangan murah tak kurang kualitinya.

Mungkin dari segi aspek stroller dan car seat, lebihkan ciri keselamatan sebelum membeli. Biasanya yang ada full security aspects ini akan lebih mahal harganya. Alah membeli, menang memakai..kan?

Persediaan Penyusuan

Begitu juga dengan persediaan penyusuan bayi. Saya sangat menggalakkan para ibu untuk menyusukan bayi masing masing sekurang-kurangnya sehingga 6bulan. Jadi tak perlu survey jenis jenis susu formula dahulu ya.

Jangan sesekali risau susu tak ada, Set Penyusuan kan ada :)

Saya galakkan mama dan papa survey jenis breastpump yang baik. Kalau mama bekerja, eloklah ambil pakej lengkap bersama cooler bag, icepack dan aksesori lain yang perlu.
Ambil tahu jika di pejabat mama ada sediakan peti sejuk sebagai tempat simpanan sementara susu perahan nanti

Persediaan Untuk Ibu

Haaaaa.. punyalah seronok nak sambut baby, barang-barang untuk mama jangan lupa sediakan juga.
Biasanya ibu akan perlukan Set Berpantang, bengkung, stoking, baju panas dan juga makanan berkhasiat untuk proses pemulihan dan proses menghasilkan susu badan.

Ada ibu memilih untuk memakai korset (pengganti bengkung), untuk mempercepat dan memudahkan urusan penjagaan badan kerana di dapati ianya lebih kejap dan menyokong perut. Terpulang kepada individu nak amalkan yang mana.

Selamat bershopping dan selamat menimang cahaya mata kepada ibu hamil yang membaca entry saya ini. Saya doakan semua urusan berjalan lancer dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. :)

Semoga bermanfaat!
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 

Ujian MGTT Ibu Hamil, WAJIBKAH?

Pagi ini saya diarahkan oleh Doktor untuk datang ke klinik untuk menjalankan ujian MGTT.
Menurut Doktor, ujian ini akan dijalankan sebanyak 2 kali, iaitu pada usia kandungan 20minggu dan ke 28minggu.  Saya diminta berpuasa bermula jam 12 malam sehinggalah ujian ini selesai.

Apa itu MGTT (Ujian toleransi gula) ?

Ujian toleransi gula (MGTT), atau dijalankan untuk menguji bagaimana badan ibu hamil mengawal tahap gula.  Gula atau glukos terdapat di dalam setiap makanan yang di ambil.

Ujian ini dijalankan untuk mendiagnos penyakit diabetes (kencing manis) semasa hamil atau dikenali juga sebagai Gestational Diabetes (GDM) Keputusan ini akan menentukan samada seseorang ibu hamil menghidap GDM.

Mengapakah ibu hamil perlu menjalani ujian MGTT?

Ada sebilangan ibu hamil yang mendapat GDM hanya ketika hamil, sedangkan pada keadaan biasa, bacaan gula mereka stabil. Keadaan paras gula yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko bayi menjadi terlalu besar terutama dibahagian dada, bahu dan abdomen.

Keadaan ini akan menyukarkan proses kelahiran secara normal kerana badan bayi mungkin akan tersangkut. Dan biasanya wanita yang mempunyai GDM perlu melakukan proses kelahiran melalui pembedahan.

Dan perlu diambil perhatian, ibu yang ada GDM tidak boleh overdue. By hook or by crook, Doktor pasti akan tetapkan satu tarikh agar pembedahan dijalankan demi mengelakkan risiko kematian ibu atau bayinya.

Tips Elak GDM Ketika Hamil


Bagaimana ujian MGTT dijalankan?

1. Ibu akan diminta berpuasa seawal jam 12malam bagi memastikan  kadar gula dalam tubuh mereka stabil.

2. Tiba di klinik, jururawat atau pembantu klinik akan mengambil sample darah. Bacaan darah ketika ini akan dijadikan sebagai bacaan dasar ( base line)

3. Ibu akan diminta untuk minum satu campuran bergula yang mengandungi kira kira 75 gram glukosa.  

Bergantung pada klinik yang anda pergi, ada klinik menyediakan campuran bergula yang mempunyai perasa (blackcurrent atau oren).

4. Ibu perlu terus berpuasa selama kira kira 2 jam. Hanya air masak dibenarkan jika terasa haus.

5. Selepas cukup 2jam, ibu dikehendaki kembali ke klinik, dan sample darah akan di ambil sekali lagi dan terus diuji.


Keputusan Ujian MGTT.

Ujian MGTT ini biasa juga dilakukan oleh pesakit diabetes. Jadi jadual bacaan nya juga serupa.


Alhamdulillah, bacaan ujian saya semalam 6.2, di tahap EXCELLENT. Minum air gula tu pun steady je sebab sedap pulak rasanya air berperisa blackcurrent tu

TIPS ELAK GDM KETIKA HAMIL.

  • Kawal pemakanan ; Tidak perlu makan untuk 2 orang dan kawal pengambilan makanan manis di sepanjang tempoh kehamilan
  • Ambil kudapan sihat seperti buah-buahan jika perut terasa lapar. Bukan biskut yang mempunyai krim yang manis.
  • Senaman yang rutin. Ops ibu hamil juga perlukan senaman. Badan dan perut yang besar tidak boleh dijadikan alasan untuk malas menggerakkan otot otot ye. Secara tak langsung senaman bantu membakar kalori tubuh ibu hamil
  • Pengambilan beberapa jenis suplemen yang sesuai. Di sini saya senaraikan cadangan vitamin Shaklee yang sesuai beserta manfaatnya untuk ibu hamil yang ada GDM.
    • BComplex : Berfungsi sebagai penukar glukos kepada tenaga. Jadi glukos tidak akan tersimpan dan terkumpul dalam tubuh, tetapi digunakan untuk menghasilkan tenaga sekaligus membuat tubuh ibu lebih cergas.
    • ESP : Dibuat daripada kacang soya Non GMO dan ia bersifat rendah glisemik. Makanan rendah glisemik sangat bagus untuk mengawal aras penukaran gula dalam tubuh sekaligus membuatkan tubuh ibu rasa bertenaga dan kenyang secara berpanjangan.
    • Vitalea Iron Formula : multivitamin yang berusia 100tahun lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan penyerapan asid folik. 
Bagi persoalan WAJIBKAH ibu hamil menjalani ujian MGTT, mengikut kata Doktor di tempat saya melakukan checkup, ia adalah prosedur wajib bagi ibu yang berusia 25 tahun keatas.
Lebih wajib jika si ibu mengalami kenaikan berat badan mendadak semasa hamil. 

Buat sahajalah demi nak memastikan tubuh ibu sihat, sekaligus dapat memastikan bayi dalam perut tidak terdedah kepada bahaya-bahaya yang kita tidak nampak, kan?



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Kembar Tak Jadi, Senario Blighted Ovum Pada Kantung Bayi Kedua

Selitan cerita tentang kehamilan keempat akan saya abadikan juga disini, Insya allah.

Semalam, untuk kali kedua, saya dan suami mengunjungi Klinik Soraya di Seksyen 3, Shah Alam.
Kunjungan kali pertama, Doktor kata terlalu awal. Semasa proses scanning, kami hanya boleh nampak kantung bayi (baby sac) sahaja, belum nampak degupan jantung bayi lagi.

Imej scan pada usia 5minggu
Jadi kami diminta datang lagi.

Semalam, pada usia kandungan 8minggu, kami dah boleh nampak degupan jantung bayi. Subhanallah. Alhamdulillah,

Yang menariknya, semasa sesi scan semalam, Doktor dapati ada 2 kantung bayi. Cuma satu kantung memang mempunyai bayi dengan jantung yang berdegup, manakala yang satu lagi hanya kantung kosong.

Dengan perasaan ingin tahu, kami suami isteri minta Doktor jelaskan.
Katanya dengan ringkas, mungkin ini kejadian kembar tak jadi. Berlaku di fasa awal persenyawaan dan tidak diketahui macam mana boleh terjadi macam tu.

Saya faham, memang sesungguhnya kehamilan adalah sesuatu yang penuh misteri. Apa juga yang berlaku walaupun mungkin ada sebab secara saintifik namun sesungguhnya ia adalah kejadian yang ALLAH telah ciptakan.

Saya cubalah buat sedikit research melalui pakcik Google. Siapa lagi kita nak tanya di zaman internet ini kan?

Saya taipkan keyword 'empty baby sac' dan ia membawa saya kepada beberapa artikel.

BLIGHTED OVUM.

A blighted ovum happens when a fertilised egg (ovum) implants in the womb (uterus), but a baby doesn't grow. The medical term is anembryonic pregnancy. Sadly, when this happens, it results in an early miscarriage. 
We don't fully understand why a blighted ovum happens. When an egg is fertilised by a sperm, some cells develop into the embryo, and others develop into the placenta and membranes.

Sometimes, the cells that would have become the embryo fail. This may be due to there being too many or too few chromosomes during fertilisation.

With a blighted ovum, even though the embryonic cells fail, the cells that become the placenta and membranes keep developing. This means that the pregnancy sac continues to grow, and the placenta starts to form. 

Your body doesn't recognise that there's no embryo developing inside the sac, because pregnancy hormones are still being produced, preventing a miscarriage.

sumber : Baby Centre UK

Sedikit ringkasan.

-Blighted ovum berlaku apabila telur telah disenyawakan oleh sperma
-Secara normalnya, sel akan membentuk embrio (janin), dan sel lain membentuk placenta (uri) dan membran
-Blighted ovum berkemungkinan kerana terlalu banyak atau terlalu sedikit kromosom ketika persenyawaan.
-Hormon kehamilan terus dihasilkan walaupun tubuh tidak menyedari bahawa tiada janin didalam kantung
-Biasanya ia akan berakhir dengan simptom-simptom keguguran.

Untuk kes saya, Doktor berpendapat bahawa empty sac tadi akan termusnah atau hilang secara sendiri seiring usia kandungan yang semakin membesar.

Alhamdulillah, kami masih ada 1 janin yang sedang berdegup degup dalam rahim saya.
Doakan yang baik baik sahaja untuk kami ya.


Lebihkurang macam ini lah imej saya semalam. Kantung atas nampak janin, manakala yang bawah kelihatan kosong.

Ia mungkin juga ada kaitan dengan 'tubuh' saya yang mengalami petanda-petanda berlainan dari kehamilan sebelum ini.

Kali ini, memang saya perlu lebih kuat untuk berdepan dengan simptom;
- terlalu mengantuk pada waktu pagi
- terasa sangat penat pada waktu petang
- mual dan tak tahan dengan bau masakan
- badan berangin

Nasib baiklah kali ini saya tidak perlu berdepan situasi ini di tempat kerja kerana saya adalah work at home mom. Kalau tidak, mungkin terpaksa MC kerap.

Dan buat masa sekarang, saya meneruskan vitamin untuk ibu hamil yang biasa saya cadangkan iaitu;
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix.

Saya tambah juga Omega Guard dan Garlic Complex sebagai bantuan saya ketika sedang diserang batuk-batuk berkahak.

Looking forward untuk progress seterusnya. Doakan kehamilan yang ceria untuk saya ya


Sudah Sedia Nak Hamil Lagi, Apa Persediaan Perlu Dibuat?

Bila suami dah bagi hint, nak anak lagi, apa respon ibu ye? Adakah seperti wanita ini?


Suami fikirkan nak ramai zuriat supaya meriah ahli keluarga di hari tua. Rindu bau baby sebab anak yang kecil dah nak masuk darjah satu.

Si isteri pula fikir, aku yang kena tanggung semua ini. Mengandung, sakit pinggang, morning sickness, sakit pinggang, dan macam-macam lagi lah. Mungkin ini lah konflik yang berlaku pada pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga.

Apepun, semoga kata sepakat dicapai dan keputusan dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Pihak suami pun kena mainkan peranan besar apabila isterinya diarahkan mengandung lagi. Bukan tahu main order saja. Dah siap produknya, hanya isteri saja yang kena uruskan semua. Apatah lagi jika anda dah pun ada beberapa orang anak sebelum ini.

BILA DAH CAPAI KATA SEPAKAT, APA NAK BUAT?

Haa macam tu lah, jangan ambil masa lama-lama untuk argue tentang satu perkara. Jika pihak suami dan isteri dah bersedia nak timang cahaya mata lagi, mahu lelaki pulak tu, apa nak kena buat?

Apalagi, buat lah aktiviti 'tuuutt'.. eh?

Sebelum tu ada lagi perkara yang patut suami isteri kena ambil tahu. Jom tengok apa checklist sebelum hamil yang anda perlu buat. Persediaan sebelum hamil pun penting tau, bukan sekadar cari nama baby dan beli baju baru sahaja.

Persediaan sebelum hamil

DIET YANG SEIMBANG
Pernah dengar kan, kita adalah apa yang kita makan. Sepatutnya kita memang perlu ambil makanan seimbang demi menjaga kesihatan tubuh sendiri, apatah lagi jika kita sudah merancang mahu hamil.

Kalau sebelum ini, kita sambil lewa atas alasan tiada masa, makan hanya untuk rasa kenyang. Tapi kini perlu mula berhati-hati dengan diet sendiri. Pastikan makanan yang masuk adalah makanan yang berkhasiat.

AMBIL ASID FOLIK LEBIH AWAL

Ramai yang salah, menganggap hanya ketika sudah hamil baru nak mula ambil asid folik. Walaupun asid folik bukanlah 'ubat kesuburan' dan bukan satu faktor anda berjaya hamil, namun pengambilan asid folik sangat penting sebagai persediaan tubuh wanita.

Ada beberapa kajian mendapati asid folik yang diambil oleh ibu hamil mampu mengurangkan kebarangkalian anak yang dilahirkan mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (sumbing), kecacatan jantung dan risiko lahir pra matang.

Jadi sebaiknya anda terus ambil suplemen asid folik ini sebaik sahaja mengetahui anda hamil, dan ambil 3bulan sebelum hamil jika anda memang merancang mahu hamil.

Seeloknya setiap wanita sentiasa ambil asid folik supaya tubuh terus bersedia untuk kehamilan yang tidak terancang pula.

pengambilan asid folik ketika hamil

Gambar di dalam poster adalah sumber asid folik bagi pengguna tegar produk Shaklee. Tablet bewarna kuning itu, namanya BComplex. BComplex lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh wanita.

KAWAL BERAT BADAN

Dapatkan berat badan ideal, kerana tubuh yang obes adakala menjadi punca sukar hamil. Bagi wanita yang berada dalam kategori obes, saya yakin memang doktor akan nasihatkan anda untuk turunkan berat dahulu.

Ini untuk kebaikan diri si ibu juga, kerana berat ketika hamil akan bertambah, takut tak larat nak bawa badan saja nanti selain daripada beberapa isu komplikasi ketika hamil yang lain.

Bagi wanita yang aktif bersukan atau aktiviti outdoor, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan sahaja. Kajian menunjukkan senaman berat boleh mempengaruhi kitaran haid dan mengganggu kesuburan.

KURANGKAN KAFEIN

Mungkin ada wanita yang sudah sebati hidupnya dengan kafein (penggemar kopi tegar agaknya), jadi adakah perlu berhenti minum kopi ketika hamil?

Susah juga tu, mahu menggigil tubuh tak dapat minum kopi, kan?
Menurut satu artikel di Babycentre.com, anda tak perlu berhenti terus tapi perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada kuantiti yang lebih kecil. Kajian mendapat kafein boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi yang bersaiz kecil.

Bayi yang dilahirkan kecil lebih berisiko mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan ketika proses pembesaran mereka.

Pengambilan kafein yang berlebihan juga mungkin menyebabkan keguguran.

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih 200mg kafein setiap hari.



  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg
  • Sumber : BabyCentre.com

    Ini hanya 4 persediaan umum, banyak lagi yang perlu anda dan pasangan ambilkira sebelum hamil lagi. Kalau rajin, boleh aturkan pertemuan berjumpa dengan Gynae kegemaran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hari kesuburan, tahap kesihatan rahim dan juga melakukan pap smear.

    Kelahiran seorang bayi yang sihat boleh dirancang bermula dari awal lagi. Dapatkan kerjasama suami untuk mengalami dan menikmati kehamilan yang indah seterusnya melahirkan anak yang sihat dari segi jasmani dan rohani.

    Bacaan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri DI SINI
    Alami morning sickness? Tip berdepan morning sickness, baca sampai habis ya

    Selamat menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga. Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi asbab dan jambatan ibu bapanya ke syurga. Mari kita baca dan aminkan doa ini.

    'Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami..'




    Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

    Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


    Tips Hamil Sihat Dan Cara Puan Su Elak Keguguran Berulang Setelah Alami 4 Kali Keguguran Berturut-turut.

    Setiap pasangan yang berkahwin tentulah teringin nak timang cahaya mata cepat-cepat. Awal awal lagi dah berangan isteri cepat hamil dan sihat. Tengok kawan yang kahwin pada musim cuti sekolah yang sama, dah dapat berita si isteri mula mual-mual layan morning sickness.

    Kawan yang ni post gambar UPT kit yang ada double line, kawan yang ni post gambar scanning nampak 1 sac kecil dan yang sorang lagi pulak post gambar kaki baby comel mereka yang dah selamat dilahir. Orang sekeliling teruja, mula sebarkan berita gembira kepada semua. Ucapan tahniah tak henti-henti diterima oleh mereka.

    Cara Elak Keguguran
    Sukanya kalau dapat baby comel macam anak Che Ta dengan Zain 
    LANGIT TAK SELALU CERAH

    TAPI, tak semua pasangan dimurahkan rezeki untuk terus bunting pelamin. Malah ramai diantara mereka terpaksa menunggu sehingga lebih 2-10 tahun sebelum hamil pertama kali. Sampaikan kadang-kadang pihak mertua dah bagi hint-hint suruh si suami kahwin lagi, 'lambat sangatlah bini ko tu nak beranak. Entah-entah sampai mak mati nanti tak merasa nak timang cucu'

    Malah ada juga yang berkali-kali keguguran sehingga 4-5kali. Keguguran pertama sebab si isteri terlalu aktif tak perasan dirinya hamil. Gugur kali kedua Doktor begitahu rahim tak kuat. Kali ketiga gugur lagi tiada rezeki. Kali keempat pun masih sama. Entah di mana silapnya.

    Saya nak kupas isu berkaitan kehamilan yang asyik gugur berdasarkan pengalaman Puan Su. Keguguran berulang-ulang. Mengapa ini berlaku? Tentu sekali, ia boleh datangkan perasaan fobia di pihak isteri bila dah lekat, gugur pula. Berkali-kali pula tu.

    ANTARA PUNCA KEGUGURAN DIAWAL KEHAMILAN PUAN SU
    Punca keguguran di awal kehamilan ni pelbagai. Ia mungkin berkait rapat dengan faktor umur, gaya hidup, pemakanan, dan persekitaran si ibu.

    Embrio tidak berkembang  disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom-kromosom tertentu. Ia dipanggil misteri alam kehamilan. Kejadian ini berlaku terlalu awal. Tapi kebiasaannya, pasangan dinasihatkan supaya terus mencuba lagi untuk kehamilan seterusnya.

    Kecacatan pada sistem peranakan. Memang terdapat segelintir wanita yang mempunyai ketidakabnormalan pada sistem peranakan mereka seperti keadaan rahim yang sukar untuk menebal. Keadaan ini akan menyebabkan keguguran kerana tiada ruang khas (dipanggil baby bed) untuk telur yang telah disenyawakan untuk menempel dengan baik untuk proses seterusnya.

    Masalah Rahim Lemah

    Setelah diketahui 2 perkara diatas adalah antara punca Puan Su mudah gugur, beliau masih mahu mencuba untuk kehamilan seterusnya iaitu kehamilan ke lima.

    Tips Hamil Sihat

    SABAR PUAN SU, INI BUKAN SALAH SESIAPA..

    Saya nak kongsi sikit tips elak keguguran dan semoga tips ini dapat membantu para ibu yang berdebar-debar menunggu hari bertemu dengan si bayi comel.

    1) Doa untuk elak keguguran. Bagi orang Islam, pada siapa lagi kita mahu memohon terlindung dari musibah kan? Tentulah pada si Dia yang menghidupkan dan mematikan.

    Doa Elak Keguguran Ibu Hamil

    2) Jaga pemakanan. Terdapat beberapa contoh makanan yang dikhuatiri membahayakan kandungan si ibu. Jadi ibu perlu memerhatikan apa yang hendak di makan. Kalau boleh elakkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan risiko keguguran seperti;

    -daging yang tidak di masak sempurna, ditakuti mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan ibu keracunan makanan
    -ikan yang tingi kandungan merkuri. Ikan yu, todak dan kembung raja. Ikan-ikan ini didapati berkait rapat dengan punca kelewatan perkembangan otak
    - susu yang tidak dipasteur
    - kafein.  Elakkan kafein terutamanya di awal trimester untuk mengelakkan kemungkinan gugur

    3) Senaman ibu hamil yang bersesuaian. Mungkin ada yang ingat, ibu hamil langsung tak boleh bersenam. Salah tu. Walaupun anda ibu hamil, ia bukan alasan untuk anda melepek duduk macam orang tak larat nak buat apa-apa. Senaman penting bagi memastikan tubuh ibu hamil lebih sihat. Pergerakan-pergerakan yang sesuai akan membolehkan ibu mengeluarkan peluh sambil membuang toksin yang ada di dalam badan.

    4) Amalkan pemakanan sihat. Doktor mungkin tidak akan memberi apa apa pantang larang dari segi pemilihan makanan. Biasa mereka akan advise, ambil pemakanan seimbang, makan suplemen ibu hamil, minum susu dan banyakkan minum air masak. Pengambilan makanan kaya protein mungkin membantu tubuh ibu utk membentuk janin yang lebih sihat. Bukankah memang protein makanan bagi sel. Pilihlah sumber protein terbaik.

    Okey itu 4 tips ringkas dari saya. Tentu anda tak sabar dah nak dengar sendiri cerita Puan Su kan? Saya akan kongsikan video Puan Su bercerita tentang siri kehamilan beliau. Bayangkan beliau telah hamil sebanyak 6 kali!

    VIDEO KISAH BENAR PUAN SU.

     Anda dah lihat sampai habis video Puan Su?

    ESP yang Puan Su dok ceritakan tu adalah salah satu produk Shaklee yang memang terbukti sangat berkesan. Bayangkan Puan Su yang terpaksa bedrest almost all the time dekat hospital dan perlukan pemantauan Doktor masa kehamilan anak sulung (kehamilan kelima) dah boleh aktif, cergas, sihat dan gembira dengan kehamilan anak kedua (kehamilan anak keenam).

    MENGAPA ESP?

    ESP untuk ibu hamil

    ESP adalah suplemen protein yang diperbuat daripada sumber soya NON GMO, yang memang dijaga kualiti bermula dari pemilihan bahan mentah lagi. ESP membekalkan 28gram protein dalam 1 hidangan. Cukupkan jika si ibu hamil mengambil 3 sudu ESP ketika bersarapan dan ini sudah memenuhi hampir separuh keperluan protein harian mereka.

    ESP sumber protein terbaik ibu hamil
    Tengok sahaja apa yang ESP bekalkan dalam 1 serving.

    ESP membantu tubuh seseorang ibu develop sel baru yang lebih sihat. Maka dengan itu ia sangat membantu bagi penghasilan dinding rahim yang lebih tebal dan sempurna untuk proses penempelan telur yang telah disenyawakan tadi. Bukan itu sahaja, ESP bakal membuatkan tubuh ibu sentiasa bertenaga. Just like Puan Su yang boleh outstation kesana kemari pada kehamilannya yang kedua. Malah boleh lari sekejap hadir ke kelas Train The Trainer ketika masih berpantang 30hari.

    Memang terbaiklah ESP ni!

    KOMBINASI SET HAMIL DAN ESP LEBIH MANTAP

    Nak kongsi lagi, sebenarnya terdapat beberapa jenis vitamin lagi yang sesuai untuk diambil oleh ibu hamil yang mahukan kehamilan sihat.

    Antara yang sangat membantu para ibu sihat, cergas, bertenaga ketika hamil ialah;
    Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
    B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
    Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi ibu dan bayi.
    Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang dan gigi bayi.
    Omega Guard : membantu pembentukan sel otak
    Jadi, kita pun dah dengar cerita Puan Sue. Harapnya ibu-ibu yang ada masalah kerap gugur macam beliau bolehlah dapat sedikit overview macam mana nak pregnant lagi tapi dalam keadaan yang lebih sihat dan selamat.

    Anak dah besar, dah 4-5 tahun, tentu lah rindu nak cium bau baby lagi kan? Tak payah tunggu lama-lama, boleh plan nak baby dengan suami, dan hubungi saya segera untuk dapatkan set kehamilan yang bakal memberi satu view baru kepada anda dan pasangan.

    Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.


    Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

    Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

    Ikuti 14 Tips Cepat Hamil Jika Anda Memang Tak Sabar Nak Cium Bau Baby

    Assalamualaiku.

    Kali ni saya nak share tentang Tips Cepat Hamil yang boleh anda cuba dan lakukan dengan rutin dalam proses anda dan pasangan untuk hamil. Iringi tips cepat hamil ini dengan doa juga ya ....

    Vitamin Ibu Hamil Vitamin Kesuburan



    1. Posisi ketika melakukan hubungan seks: 
    Tidak semua posisi bercinta boleh memberi peluang yang sama untuk terjadinya persenyawaan . Kedudukan yang paling membolehkan agar sperma boleh berenang melintasi rongga rahim menuju saluran falopio yang ada di seberang rahim adalah kedudukan mubaligh . ( Suami diatas )

    2. Berbaring dulu : 
    " Satu nasihat yang bagus untuk berbaring selama 10 - 15 minit selepas seks , tetapi anda tidak perlu mengangkat kedua kaki, " kata James Goldfarb , MD, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland,

    3. Nikmati seks: 
    Mulakan menikmati hubungan seks tidak sebagai usaha untuk berhasil tapi juga kerana anda berdua menikmati dan selesa melakukannya.

    4. Frekuensi hubungan seks : 
    Idealnya adalah kira-kira 2-3 kali seminggu

    5. Catat masa subur : 
    Bagi anda yang kitaran haidnya teratur akan lebih mudah mengira masa subur . Bagi wanita dengan kitaran haid rutin 28 hari, kira hari ke- 12 dan pada bila-bila hari sehingga hari ke 16. Bermula dari hari pertama haid ya

     6. Ukur suhu basal tubuh : 
    Suhu tubuh yang normal antara 35.5 - 36 darjah celcius. Pada masa ovulasi , suhu badan akan turun lalu naik menjadi 37 - 38 darjah.

    7. Ujian kesuburan :
    Gunakan kit UPT (urine pregnancy test) iaitu alat pengira masa subur yang dijual di farmasi. Alat ini akan mengukur kadar hormon LH pada air kencing yang biasanya berlaku sebelum ovulasi. Waku yang paling tepat untuk melakukan ujian kesuburan adalah pada waktu pagi.

    8. Gaya hidup sihat:
    Banyak kajian membuktikan bahawa merokok boleh mengurangkan kesuburan. Kebiasaan merokok mengakibatkan saluran telur tersumbat sehingga perjalanan sperma bertemu sel telur terbantut.

    Gaya hidup lain yang patut anda elakkan adalah pemakaian ubat- ubatan secara sembarangan serta minuman beralkohol secara berlebihan.

    9. Senaman dan olahraga
    Jika anda ingin hamil, kerapkan sesi senaman anda. Contohnya pergi berjalan kaki tiga kali seminggu selama 30 minit.

    10. Jaga berat badan 
    Miliki berat badan ideal sesuai dengan body mass index (BMI). Berat badan berlebiha menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

    11. Cek Lendir : 
    Jika terdapat cecair serviks (cervical mucus) di faraj anda , itu petanda anda berada dalam puncak masa subur dan menjadi masa yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks.

    12. Jauhi pelincir
    Pelincir mengandungi komponen -komponen yang boleh merosakkan sperma dan ia tidak digalakkan untuk pasangan yang ingin mempunyai anak menggunakannya.

    13. Rileks dan bebas stress
    Cuba sedaya upaya untuk kekal dalam keadaan gembira dan bebas stress. Hati yang gembira akan mengurangkan stres dan akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

    14. Segera berjumpa doktor! 
    Jika kita sudah cuba cadangan-cadangan di atas namun selepas 1 - 2 tahun masih belum berjaya untuk hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan.

    --------------------------------------------------------------------------------------
    Mungkin anda juga mahu tahu  jika Shaklee ada produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan para pasangan suami isteri.

    Antaa yang disyorkan ialah:

    Lelaki:
    Vitamin E
    Zinc Complex
    CoqHealth Plus

    Wanita:
    GLA Complex
    BComplex
    ESP
    Afalfa

    Dapatkan konsultasi lengkap tentang fungsi setiap satu produk dan cara pengambilan selepas pembelian dari Distributor Shaklee Terbaik anda seperti dibawah.



      Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
    Kedai TripleS (K3S)

    SMS / WHATSAP : 013 3583424

    Facebook Twitter
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

    Kehamilan Sihat : Persediaan Sebelum Hamil




    kehamilan sihat


    Adalah penting bagi setiap pasangan merancang kehamilan mereka. Ini bagi memastikan kandungan dan kehamilan yang sihat dan berjalan lancar sepanjang tempoh kehamilan.
    Sebelum seseorang wanita bersedia untuk hamil, beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Antara perkara tersebut termasuklah;
    ✿ Diet seimbang
    ✿ Pemeriksaan kesihatan
    ✿ Senaman
    ✿ Stres

    ✿ Diet seimbang dan asid folik:
    Pengambilan sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan. Setiap wanita dicadangkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (terutamanya spina bifida) terhadap bayi. Terdapat perkaitan antara pengambilan asid folik dengan pengurangan kecacatan terbabit dalam kalangan bayi.


    asid folik penting untuk kehamilan
    Sumber asid folik daripada makanan


    ✿ Pemeriksaan kesihatan
    Selepas sejarah riwayat pesakit diambil, pemeriksaan seterusnya termasuklah pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita adalah tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Mungkin ada sebilangan kecil wanita yang tidak membenarkan doktor menjalankan pemeriksaan ini disebabkan oleh perasaan malu. Pemeriksaan ini bertujuan mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pemeriksaan juga untuk memastikan sama ada terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari.

    Pada masa yang sama ujian Pap smear biasanya akan dilakukan. Ujian Pap smear harus dilakukan. Sila hubungi doktor anda untuk menjalankan ujian Pap smear. Setiap tahun selama tiga tahun berturut dan sekiranya keputusan normal, boleh dilakukan setiap tiga tahun.

    ✿ Senaman
    Senaman ringan yang berkala amat digalakkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman berat tidak patut dilakukan lebih daripada empat kali seminggu semasa kehamilan. Kajian juga menunjukkan senaman berat yang kerap (contohnya latihan atlet) boleh mempengaruhi kitaran haid dan kesuburan.



    ✿ Stres
    Tiada bukti yang jelas tentang perkaitan antara stres dengan kesuburan kerana ada sesetengah wanita masih mampu hamil di saat yang paling stres dalam kehidupan mereka dan ada yang tidak kerana mungkin terdapat perubahan pada aktiviti seksual dan ovulasi mereka pada waktu itu.

    Anda digalakkan berkongsi masalah dengan pasangan atau teman rapat. Sekiranya anda memerlukan lebih bantuan, anda perlu mendapatkan khidmat doktor atau kaunselor.



    Olahan semula dari artikel Utusan Malaysia




    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
    Facebook
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
    Latest post: Selamat pagi.. Sekadar persoalan, mampu tak kita nak makan sumber makanan macam dalam gambar tu. Biasanya tak cukup.
      Like · Comment · Share


    Mengapa Vitamin Pre-Natal Penting Untuk Anda dan Bayi?



    Jika anda sedang berusaha untuk hamil, salah satu perkara pertama yang doktor anda akan cadangkan ialah tentang pengambilan vitamin pre-natal. Walaupun mungkin anda mengambil makanan dari sumber-sumber yang sihat,  banyak kandungan vitamin dalam makanan kita telah berkurangan dek pelbagai faktor. Dan banyak makanan tidak lagi mengandungi vitamin dan mineral yang perlukan untuk memastikan kita sihat dan membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan.

    Walaupun mengambil multivitamin setiap hari adalah lebih baik daripada tiada apa-apa, ia tidak mengandungi cukup nilai nutrien tertentu yang penting untuk perkembangan bayi anda. Biasanya multivitamin mengandungi vitamin dan mineral dalam jumlah paling minimum, sedangkan wanita yang mengandung memerlukan lebih dari itu.  Itulah sebabnya vitamin prenatal  disyorkan.

    Antara nutrien yang dicadangkan diambil sepanjang kehamilan adalah:


    Asid Folik
    - Asid folik adalah salah satu komponen dalam vitamin B. Ia secara semula jadi membantu tiub saraf bayi anda berkembang dengan baik, akhirnya menjadi otak dan saraf tunjang. Asid folik boleh mencegah kecacatan tiub saraf yang serius, tetapi ia hanya berfungsi jika diambil sebelum hamil dan dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan.

    Vitamin B – Vitamin B sangat penting dalam pembentukan dan pembangunan tisu.

    Kalsium - Kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat pada bayi anda. Kalsium juga sangat bermanfaat kepada anda supaya tulang kekal kukuh. Ia juga membantu dalam mencegah kejang kaki, sakit belakang, sakit pinggang dan masalah keletihan ketika mengandung.

    Zat Besi - Anemia, satu keadaan di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup sihat. Masalah ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil. Ianya boleh dicegah melalui pengambilan zat besi tambahan.

    DHA (asid lemak Omega-3) - DHA telah terbukti sangat membantu semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Asid lemak Omega-3 inimembantu dalam pembangunan mata bayi, saraf dan otaknya.

    Jadi, vitamin-vitamin ini perlu diambil seawal anda dan pasangan membuat keputusan untuk memperolehi zuriat. Semua wanita diperingkat usia ideal untuk hamil (18tahun-35tahun) sangat disarankan untuk memastikan mereka mendapat cukup amaun Asid Folic.
    Jika anda memang merancang untuk hamil, anda perlu mula mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

    Ambil vitamin secara tetap dan konsisten seawal bulan pertama anda tiada haid, sepanjang kehamilan dan seterusnya sepanjang tempoh penyusuan.

    -----------------------------------------------------------------
    Set Lengkap Ibu Hamil dari Kedai Triple S, yang mencakupi semua keperluan seperti diatas.


    Ringkas tentang khasiat dan manfaat setiap vitamin dalam Set Lengkap Ibu Hamil ini.

    Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil? 
    Semua vitamin ini terdapat dalam Set Ibu Hamil di K3S. Secara asasnya fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

    ESP (Protein)
    : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

    Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

    B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

    Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

    Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

    Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.

    Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil ini dari Kedai TripleS beserta dengan panduan makan vitamin percuma. 

     ----------------------------------------------------------------------------------------------
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


      Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
    Kedai TripleS (K3S)

    Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
    Facebook Twitter
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

    Tips atasi kaki 'cramp' waktu hamil

    Kaki 'cramp'? Masalah biasa mungkin bagi wanita hamil. Tengah syok tidur, tetiba tersentak kaki sebab 'cramp'. Sakitnya, hanya yg pernah alami je yang tahu.

    Macam mana boleh 'cramp'?
    Tak siapa tahu apa punca sebenar. Berkemungkinan ianya disebabkan oleh otot kaki yang letih sebab terpaksa membawa 'berat berlebihan' anda. Atau mungkin kerana tekanan kepada saluran darah dari uterus yang semakin membesar. Darah tidak dapat mengalir dengan sempurna.

    Masalah kaki 'cramp' mungkin berlaku apabila ibu hamil mula memasuki trimester kedua. Dan mungkin akan bertambah teruk apabila perut ibu semakin membesar.

    'Arrrggghhhhh' sakit!! 
    jeritan akibat kaki 'cramp' akan lebih kerap berlaku pada waktu malam.



    Bagaimana nak atasi masalah kaki ‘cramp’ waktu mengandung?

    Cubalah tips ini:

    •Elakkan berdiri atau duduk dengan cara menyilangkan kaki untuk tempoh yang lama
    •Kerap lakukan stretching sepanjang hari dan beberapa kali sebelum masuk tidur
    •Gerakkan atau pusingkan pergelangan kaki apabila anda sedang duduk, makan atau menonton tv
    •Berjalanlah sebagai satu senaman kecuali atas larangan doctor
    •Banyakkan minum air supaya kekal terhidrat
    •Mandi dengan air panas untuk merehatkan otot anda.

    ** Ada kajian mengatakan pengambilan magnesium mampu mengelakkan wanita hamil daripada mengalami kejang kaki. Pernah dengar, kalsium turut membantu? Nanti saya ulas tentang kalsium magnesium dalam next entry ye

    Selamat menempuh kehamilan yang sihat ye :)

    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

      Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
    Kedai TripleS (K3S)
    Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
    Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head