• Pengedar By Negeri
  • Ujian MGTT Ibu Hamil, WAJIBKAH?

    Pagi ini saya diarahkan oleh Doktor untuk datang ke klinik untuk menjalankan ujian MGTT.
    Menurut Doktor, ujian ini akan dijalankan sebanyak 2 kali, iaitu pada usia kandungan 20minggu dan ke 28minggu.  Saya diminta berpuasa bermula jam 12 malam sehinggalah ujian ini selesai.

    Apa itu MGTT (Ujian toleransi gula) ?

    Ujian toleransi gula (MGTT), atau dijalankan untuk menguji bagaimana badan ibu hamil mengawal tahap gula.  Gula atau glukos terdapat di dalam setiap makanan yang di ambil.

    Ujian ini dijalankan untuk mendiagnos penyakit diabetes (kencing manis) semasa hamil atau dikenali juga sebagai Gestational Diabetes (GDM) Keputusan ini akan menentukan samada seseorang ibu hamil menghidap GDM.

    Mengapakah ibu hamil perlu menjalani ujian MGTT?

    Ada sebilangan ibu hamil yang mendapat GDM hanya ketika hamil, sedangkan pada keadaan biasa, bacaan gula mereka stabil. Keadaan paras gula yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko bayi menjadi terlalu besar terutama dibahagian dada, bahu dan abdomen.

    Keadaan ini akan menyukarkan proses kelahiran secara normal kerana badan bayi mungkin akan tersangkut. Dan biasanya wanita yang mempunyai GDM perlu melakukan proses kelahiran melalui pembedahan.

    Dan perlu diambil perhatian, ibu yang ada GDM tidak boleh overdue. By hook or by crook, Doktor pasti akan tetapkan satu tarikh agar pembedahan dijalankan demi mengelakkan risiko kematian ibu atau bayinya.

    Tips Elak GDM Ketika Hamil


    Bagaimana ujian MGTT dijalankan?

    1. Ibu akan diminta berpuasa seawal jam 12malam bagi memastikan  kadar gula dalam tubuh mereka stabil.

    2. Tiba di klinik, jururawat atau pembantu klinik akan mengambil sample darah. Bacaan darah ketika ini akan dijadikan sebagai bacaan dasar ( base line)

    3. Ibu akan diminta untuk minum satu campuran bergula yang mengandungi kira kira 75 gram glukosa.  

    Bergantung pada klinik yang anda pergi, ada klinik menyediakan campuran bergula yang mempunyai perasa (blackcurrent atau oren).

    4. Ibu perlu terus berpuasa selama kira kira 2 jam. Hanya air masak dibenarkan jika terasa haus.

    5. Selepas cukup 2jam, ibu dikehendaki kembali ke klinik, dan sample darah akan di ambil sekali lagi dan terus diuji.


    Keputusan Ujian MGTT.

    Ujian MGTT ini biasa juga dilakukan oleh pesakit diabetes. Jadi jadual bacaan nya juga serupa.


    Alhamdulillah, bacaan ujian saya semalam 6.2, di tahap EXCELLENT. Minum air gula tu pun steady je sebab sedap pulak rasanya air berperisa blackcurrent tu

    TIPS ELAK GDM KETIKA HAMIL.

    • Kawal pemakanan ; Tidak perlu makan untuk 2 orang dan kawal pengambilan makanan manis di sepanjang tempoh kehamilan
    • Ambil kudapan sihat seperti buah-buahan jika perut terasa lapar. Bukan biskut yang mempunyai krim yang manis.
    • Senaman yang rutin. Ops ibu hamil juga perlukan senaman. Badan dan perut yang besar tidak boleh dijadikan alasan untuk malas menggerakkan otot otot ye. Secara tak langsung senaman bantu membakar kalori tubuh ibu hamil
    • Pengambilan beberapa jenis suplemen yang sesuai. Di sini saya senaraikan cadangan vitamin Shaklee yang sesuai beserta manfaatnya untuk ibu hamil yang ada GDM.
      • BComplex : Berfungsi sebagai penukar glukos kepada tenaga. Jadi glukos tidak akan tersimpan dan terkumpul dalam tubuh, tetapi digunakan untuk menghasilkan tenaga sekaligus membuat tubuh ibu lebih cergas.
      • ESP : Dibuat daripada kacang soya Non GMO dan ia bersifat rendah glisemik. Makanan rendah glisemik sangat bagus untuk mengawal aras penukaran gula dalam tubuh sekaligus membuatkan tubuh ibu rasa bertenaga dan kenyang secara berpanjangan.
      • Vitalea Iron Formula : multivitamin yang berusia 100tahun lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan penyerapan asid folik. 
    Bagi persoalan WAJIBKAH ibu hamil menjalani ujian MGTT, mengikut kata Doktor di tempat saya melakukan checkup, ia adalah prosedur wajib bagi ibu yang berusia 25 tahun keatas.
    Lebih wajib jika si ibu mengalami kenaikan berat badan mendadak semasa hamil. 

    Buat sahajalah demi nak memastikan tubuh ibu sihat, sekaligus dapat memastikan bayi dalam perut tidak terdedah kepada bahaya-bahaya yang kita tidak nampak, kan?



    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
    Facebook
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head