ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah saya telah diberi peluang untuk mengandung sebanyak 3 kali.
Malahan rezeki saya juga, setiap kali mengandung, saya tidak berdepan dengan kerenah morning sickness yang menyiksakan.
Rasa letih dan penat adalah perkara biasa bagi setiap wanita yang mengandung lebih-lebih lagi bila sudah memasuki fasa trimester terakhir. Nak angkat kaki pon rasa malas je. Maklumlah dah berat :)
Saya nak kongsikan panduan pemakanan yang sihat semasa mengandung dalam entry ini. Ianya juga berdasarkan pengalaman saya ketika mengandung dahulu.
1) Segera ke klinik untuk pengesahan kehamilan dan mengambil bekalan asid folik.
Asid folik sangat penting ketika di awal kehamilan kerana ia berfungsi membantu kita dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang. Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.
Tahukah anda B-Complex dan Vitalea membekalkan asid folic yang cukup bagi wanita mengandung sepanjang kehamilannya.
2) Makan sedikit tapi kerap.
Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami morning sickness. Supaya perut sentiasa terisi dan mengelakkan rasa mual dan pedih ulu hati.
3) Amalkan pemakanan yang seimbang.
Lengkap dengan karbohidrat, protin, lemak dan fiber. Ini kerana pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan bayi. Jika pemakanan dijaga, ia boleh menjadikan kita sebagai individu yang sihat, malahan bayi yang dikandung juga bakal menjadi seorang individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
- Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
4) Elakkan beberapa kategori makanan yang boleh memudaratkan bayi:
- Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna
- Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Alkohol dan kafein
- Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur
5) Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai.
Vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu memenuhi keperluan nutrien seorang ibu mengandung. Tanya pada Doktor tentang keperluan vitamin dan mineral antenatal anda.
Beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu dititikberatkan ketika sedang hamil adalah
Vitamin D : Terdapat kajian dari seorang ahli Ginekologi Jerman bahawa Vitamin D pada ibu hamil berguna sebagai antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Manfaat ini turun akan dirasakan oleh bayinya nanti.
Zat Besi : Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan masalah Anemia dikalangan ibu hamil.
Kalsium Magnesium : membantu sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem muskular berjalan dengn lancar. Kalsium magnesium sangat penting semasa berada di trimester ketiga dimana pertumbuhan sistem skeletal bayi berada di waktu kemuncaknya.
Vitamin yang sesuai bagi wanita hamil yang berdepan dengan masalah diabetes, diabetis kehamilan, anemia.
Jadi kepada semua ibu hamil, perhatikan apa yang anda ada dipinggan anda. Pastikan ianya adalah berkhasiat bagi memenuhi keperluan nutrisi badan ibu sendiri, dan jangan dilupa anak didalam kandungan bergantung sepenuhnya pada apa yang ibu makan.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head