Kembar Tak Jadi, Senario Blighted Ovum Pada Kantung Bayi Kedua

Selitan cerita tentang kehamilan keempat akan saya abadikan juga disini, Insya allah.

Semalam, untuk kali kedua, saya dan suami mengunjungi Klinik Soraya di Seksyen 3, Shah Alam.
Kunjungan kali pertama, Doktor kata terlalu awal. Semasa proses scanning, kami hanya boleh nampak kantung bayi (baby sac) sahaja, belum nampak degupan jantung bayi lagi.

Imej scan pada usia 5minggu
Jadi kami diminta datang lagi.

Semalam, pada usia kandungan 8minggu, kami dah boleh nampak degupan jantung bayi. Subhanallah. Alhamdulillah,

Yang menariknya, semasa sesi scan semalam, Doktor dapati ada 2 kantung bayi. Cuma satu kantung memang mempunyai bayi dengan jantung yang berdegup, manakala yang satu lagi hanya kantung kosong.

Dengan perasaan ingin tahu, kami suami isteri minta Doktor jelaskan.
Katanya dengan ringkas, mungkin ini kejadian kembar tak jadi. Berlaku di fasa awal persenyawaan dan tidak diketahui macam mana boleh terjadi macam tu.

Saya faham, memang sesungguhnya kehamilan adalah sesuatu yang penuh misteri. Apa juga yang berlaku walaupun mungkin ada sebab secara saintifik namun sesungguhnya ia adalah kejadian yang ALLAH telah ciptakan.

Saya cubalah buat sedikit research melalui pakcik Google. Siapa lagi kita nak tanya di zaman internet ini kan?

Saya taipkan keyword 'empty baby sac' dan ia membawa saya kepada beberapa artikel.

BLIGHTED OVUM.

A blighted ovum happens when a fertilised egg (ovum) implants in the womb (uterus), but a baby doesn't grow. The medical term is anembryonic pregnancy. Sadly, when this happens, it results in an early miscarriage
We don't fully understand why a blighted ovum happens. When an egg is fertilised by a sperm, some cells develop into the embryo, and others develop into the placenta and membranes.

Sometimes, the cells that would have become the embryo fail. This may be due to there being too many or too few chromosomes during fertilisation.

With a blighted ovum, even though the embryonic cells fail, the cells that become the placenta and membranes keep developing. This means that the pregnancy sac continues to grow, and the placenta starts to form. 

Your body doesn't recognise that there's no embryo developing inside the sac, because pregnancy hormones are still being produced, preventing a miscarriage.

sumber : Baby Centre UK

Sedikit ringkasan.

-Blighted ovum berlaku apabila telur telah disenyawakan oleh sperma
-Secara normalnya, sel akan membentuk embrio (janin), dan sel lain membentuk placenta (uri) dan membran
-Blighted ovum berkemungkinan kerana terlalu banyak atau terlalu sedikit kromosom ketika persenyawaan.
-Hormon kehamilan terus dihasilkan walaupun tubuh tidak menyedari bahawa tiada janin didalam kantung
-Biasanya ia akan berakhir dengan simptom-simptom keguguran.

Untuk kes saya, Doktor berpendapat bahawa empty sac tadi akan termusnah atau hilang secara sendiri seiring usia kandungan yang semakin membesar.

Alhamdulillah, kami masih ada 1 janin yang sedang berdegup degup dalam rahim saya.
Doakan yang baik baik sahaja untuk kami ya.


Lebihkurang macam ini lah imej saya semalam. Kantung atas nampak janin, manakala yang bawah kelihatan kosong.

Ia mungkin juga ada kaitan dengan 'tubuh' saya yang mengalami petanda-petanda berlainan dari kehamilan sebelum ini.

Kali ini, memang saya perlu lebih kuat untuk berdepan dengan simptom;
- terlalu mengantuk pada waktu pagi
- terasa sangat penat pada waktu petang
- mual dan tak tahan dengan bau masakan
- badan berangin

Nasib baiklah kali ini saya tidak perlu berdepan situasi ini di tempat kerja kerana saya adalah work at home mom. Kalau tidak, mungkin terpaksa MC kerap.

Dan buat masa sekarang, saya meneruskan vitamin untuk ibu hamil yang biasa saya cadangkan iaitu;
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix.

Saya tambah juga Omega Guard dan Garlic Complex sebagai bantuan saya ketika sedang diserang batuk-batuk berkahak.

Looking forward untuk progress seterusnya. Doakan kehamilan yang ceria untuk saya ya