Mencuci Kasut Sekolah Yang Kotor Kini Lebih Mudah Dan Menyeronokkan Anak-Anak

Tahun 2014 adalah tahun pertama anak saya bersekolah rendah. Berkasut putih, berbaju putih dan berbaju putih. 3bulan pertama persekolahan, pakaian sekolah dan kasut Hannah masih kelihatan baru dan putih,

Masuk sahaja bulan keempat dan seterusnya, baju dan kasut yang putih mula menjadi agak kotor. 
Mungkin lumrah anak-anak suka bermain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang membuatkan baju dan kasutnya mudah kotor terutama sekali ketika waktu hujan.

lebihkurang macam ini lah kotornya kasut Hannah

Saya yakin, ibu ibu yang ada anak bersekolah pasti faham perasaan ini. 

Kasut mula bertukar warna. Bahagian getah kasut lebih mudah dibersihkan berbanding bahagian berkain. Nak sental kekotoran pada kain kasut tu memerlukan satu tenaga dan kesabaran luar biasa. Kalau tiada 2 ini, kasut tidak akan bersih sebersihnya. Phew!

Hannah memang dilatih mencuci kasutnya sendiri sejak awal persekolahan darjah satu, 
Rungutan yang kerap kali saya dengar dia bising-bisingkan ialah, tangannya pedih dan sakit bila terkena sabun untuk mencuci kasut. 

Sesi mencuci kasut jadi lebih lama (sambil-sambil dia main air) bila dia beralasan tangan dia pedih.
Memang kesian juga lah. 

Masuk tahun 2015, apabila melihat ramai rakan rakan lain mencuci kasut dengan BasicH, saya pun ambil keputusan untuk mencuba. Alang-alang memang dah ada BasicH ni dekat rumah.



CUCI KASUT DENGAN BASIC-H


Sementara Hannah kesekolah agama sebelah petang, saya ambil kasut-kasut sekolahnya dan rendamkan dengan sesudu BasicH. Petangnya bila dia nak mandi, saya minta dia terus basuh kasut-kasutnya.

"Mama! Mama guna sabun baru ke? Sabun ni tak buat tangan Hannah panas dan sakit dah. Buih dia best, banyak!"
sambil dijengukkan kepalanya keluar dari toilet.

Alhamdulillah lega saya bila Hannah sudah tak merungut lagi tentang kesan sabun cucian kasutnya. Dulu tangannya akan berubah jadi kemerah-merahan akibat rasa 'panas' dari sabun yang digunakan.

Selepas rendaman selama 1-2jam, dan sedikit sesi memberus, lihatlah kasut Hannah, bersih sebersihnya.

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
info lanjut : BasicH
Alhamdulillah, semakin seronok kerja mencuci sekarang setelah berkenalan dengan pencuci serbaguna yang selamat pada kulit kita. Sekarang anak saya tak perlu diingatkan berkali kali lagi untuk terus mencuci kasut setiap kali tiba hujung minggu
Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424