UA-56349233-1
Showing posts with label vitamin untuk penyusuan. Show all posts
Showing posts with label vitamin untuk penyusuan. Show all posts

Perkongsian Pengalaman : Kehamilan dan Penyusuan Semasa Ramadhan.

Sekadar berkongsi pengalaman tentang penyusuan anak-anak sepanjang Ramadhan.

Kalau diikutkan pengalaman sejak mula berkahwin sehingga kini, memang banyak pengalaman manis yang berkaitan dengan pengalaman menjadi seorang mama.
2 kali Ramadhan saya bergelar ibu hamil (tahun 2008 & 2010).
1 kali Ramadhan saya bertandem nursing, menyusukan anak sulung 1 tahun 8 bulan dan anak kedua 3bulan (tahun 2009)
2 kali Ramadhan menyusukan anak ketiga (2011-2012)

Dan sekarang saya sedang 'bebas' dari komitmen penyusuan dan kehamilan :)

Apa yang saya nak ceritakan adalah betapa Ramadhan bukan penghalang fungsi dan tugas kita sebagai seorang ibu. Samada ibu yang sedang 'bebas', ibu hamil atau juga ibu yang sedang menyusukan. Tugas dan rutin kita tetap sama. Yang membezakan mungkin adalah kita ibu yang cergas, atau kita ibu yang lesu.

Tahun 2009, saya bertandem nursing. Tanpa Shaklee. Sebab saya masih belum kenal apa itu Shaklee.
Tapi sebagai seorang ibu yang memang sangat mementingkan kesihatan diri, dan sangat mengambil tahu apa yang saya perlukan untuk tubuh saya ketika menyusukan.. saya ambil suplemen yang di beli di farmasi.
Pil kalsium & multivitamin adalah pilihan saya. Ini semua saya dapat hasil dari bacaan saya di website-website kesihatan. Tahun 2009, blog Shaklee belum banyak macam sekarang. So saranan dari blog tersebut hanyalah general sahaja.

Alhamdulillah, perjalanan penyusuan saya lancar. Memandangkan ketika itu bayi saya masih kecil, saya memang akan sentiasa memenuhi permintaan penyusuan mereka. Ketika saya terasa letih dan dahaga, saya akan berbaring bersama. Reserve my energy gitu, so tak perlulah saya berbuka walaupun ibu menyusu ada rukhsah puasa.

Tahun 2010 pula, saya mendapat berita kehamilan ketiga beberapa hari sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Kali ni saya memang dah berkenalan dengan Shaklee. Saya ambil Set Penyusuan Set B semasa masih menyusukan anak-anak saya yag berdua tu. Berita disambut dengan gembira dan saya meneruskan vitamin yang ada kecuali Afalfa untuk kehamilan saya.

Syukur sangat kerana setiap kali hamil, saya diberi rezeki kesihatan yang sangat baik oleh Allah Taala.
Tanpa morning sickness, tanpa loya dan muntah-muntah. Kecuali keletihan kadar biasa. Puasa penuh saya tahun 2010 tu. Seronok!

KLIK di SINI kalau nak oder Set Penyusuan Set B

Tahun 2012, saya dah pun bergelar Shaklee Independent Distributor. Maka perasaan membuak-buak nak cuba semua vitamin Shaklee memang ada. Jadi untuk Ramadhan 2012, saya mula consume Set Ramadhan
disamping Set Penyusuan Triple M.

Apa yang ada dalam Set Ramadhan?
ESP, Mealshake, Performance

Apa yang ada dalam Set Penyusuan Triple M?
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP

Dan sejak tahun 2012 lah saya terus jatuh cinta berkali-kali dengan produk Shaklee ni.

Sesi penyusuan berjalan lancar. Sesi mengepam stok susu di opis berjalan seperti biasa. Anak saya mendapat cukup susu sebagaimana hari-hari biasa. Dan saya juga masih aktif dan bertenaga seperti bukan di bulan Ramadhan.

Dan saya sangat percaya tubuh yang mendapat nutrisi lengkap adalah tubuh yang sihat dan dapat berfungsi secara optima. Saya tak mahu menidakkan keperluan tubuh saya dan memaksa ia bekerja diluar kemampuan. Kerana kesan dan side effectnya nanti, saya jugalah yang akan tanggung.

So ini adalah antara vitamin yang menjadi pemangkin tubuh saya sejak lebih 3 tahun lalu. Ini hanyalah sekadar pengalaman peribadi saya. Dan saya dapati memang semakin ramai ibu-ibu yang memilih produk Shaklee dengan sebab seperti saya.

Jika anda berminat nak cuba mana mana satu pemangkin dan jadi bertenaga seperti saya, anda boleh terus klik pada banner-banner di bawah. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d516b13671a4179d9b7b458a6ebdeb92

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98d6f58ab0dafbb86b083a001561bb34


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=67d16d00201083a2b118dd5128dd6f59





 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Cabaran Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Ops, saya tahu..belum lagi masuk bulan Ramadhan. Tapi Ramadhan dah tak jauh, kan. Tahun 2013, Ramadhan bermula pada 10 Julai, Insya Allah. Saya yakin ramai ibu yang dh mula mengganti puasa terutama sekali kaum ibu yang melahirkan anak pada bulan Ramadhan tahun lepas. Jangan tak tahu, ada ibu yang nak kena ganti puasa untuk sebulan penuh.

Bagi ibu yang masih menyusukan bayi, dan terutama sekali ibu yang pertama kali dengan experience ini, mesti tertanya-tanya jugak..macam manalah perjalanan penyusuan waktu berpuasa nanti. So untuk merasai pengalaman penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan, adalah lebih baik anda mulakan latihan dari sekarang. So that tak terkejut sangat dengan apa yang bakal kita hadapi waktu Ramadhan nanti.

Antara kebimbangan yang biasa ibu menyusu rasakan ketika berpuasa ialah:

1. Stok EBM dalam peti semakin susut.
2. Anak tiba-tiba demand tinggi (growth spurt)
3. Risau stok yang ada tak dapat tampung keperluan anak.
4. Risau SUSU DROP semasa puasa
5. Risau TAK TAHAN LAPAR sebab mengepam susu
6. Risau KEPENATAN MELAMPAU
7. Risau GASTRIK
8. Risau DEHYDRATE


Jadi, adakah ini mitos atau realiti?


Ini adalah pengakuan salah seorang ibu yang mengadu susunya mula merosot apabila beliau berpuasa. Jadi untuk beberapa kes terpencil, kurang susu pada bulan puasa bukan sekadar mitos.

Faktor penyebab susu berkurang ketika ibu sedang berpuasa:

Dehidrasi  : 
Dalam keadaan tidak berpuasa, biasanya ibu menyusu mampu mencukupkan kandungan air dalam tubuh iaitu minimum 2 liter air sehari. Mereka boleh kerap minum air sepanjang hari, tetapi tidak sewaktu sedang berpuasa. Lebih daripada 10jam mereka tidak dapat minum dan keadaan ini mebuatkan tubuh ibu sedikit terkejut akibat kekurangan air. Diketahui, komponen susu ibu adalah air. Maka inilah faktor utama susu kelihatan kurang.

Tidak mengambil sahur :
Ada golongan ibu yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bujang iaitu tak bangun sahur dengan anggapan minum air kosong sahaja pun dah cukup. Jangan ibu lupa, ketika menyusukan anak, tubuh memerlukan lebih daripada sekadar air untuk penghasilan susu. Tubuh masih perlu dibekalkan dengan nutrisi-nutrisi penting yang biasa ibu ambil ketika tidak berpuasa. Jika tiada 'bahan', bagaimana tubuh mahu produce susu. Dan akibat tidak bersahur, tubuh ibu akan terasa begitu letih kerana menahan lapar dan dahaga.

Berdiet sambil menyusu anak:
Ada ibu yang mengambil kesempatan untuk berdiet sewaktu bulan puasa dengan harapan, waktu raya nanti tubuh ibu kembali langsing. Ya, tak dinafikan berdiet sewaktu berpuasa memang sangat membantu ibu kembali kurus. Tapi ingat, akibat berdiet Ramadhan juga berkaitan dengan faktor kedua diatas.

Inilah dia tiga faktor utama yang dapat saya kupas dalam entry ni. Kenalpasti puncanya, dan lepas ni kita akan kupas bagaimana untuk berdepan dengan segala kemungkinan penyusuan di bulan Ramadhan. 

Kedai TripleS turut menyediakan BreastMilk Booster untuk ibu yang sedang berjuang mengumpul stok EBM sempena coming Ramadhan. 

Kenapa Set Triple M Sangat SESUAI untuk ibu menyusukan yang Berpuasa



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


 

Rahsia Kumpul 155 oz dalam 2 minggu.

Rahsia akan terbongkar hari ini :)



Sebenarnya nak kumpul stok yang banyak bukanlah suatu yang susah jika kena caranya. Hehe senang je saya  cakap kan? Ok ok lets continue.

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri mengumpul 155 oz dalam masa 2 minggu. Sebenarnya stok yang banyak ni saya collect ketika production susu saya telah mula memasuki fasa susu matang. Apa dia fasa susu matang? Fasa susu matang adalah fasa apabila penghasilan susu telah pun stabil. Daripada warna kekuningan dan cecair pekat kolustrum kepada susu yang berwarna putih susu.

Kenapa saya tunggu fasa susu matang, baru saya mulakan sesi mengepam? Kerana dalam tempoh ini susu saya memang mudah terhasil dan ia terhasil kerana hormon prolaktin yang tinggi. Setelah masuk minggu ketiga berpantang, saya mulakan sesi mengumpul stok penuh freezer ni.

BAGAIMANA NAK KUMPUL BANYAK SUSU?

Anda perlukan beberapa perkara dibawah:
  • Niat dan keazaman yang tinggi
  • Set pam yang sesuai untuk sesi memerah
  • Jadual yang tersusun 
  • Pemakanan sihat yang mengikut piramid makanan
  • Makanan tambahan seperti vitamin Shaklee jika perlu
Niat & Keazaman
Sejak mengandung lagi saya rajin membuat searching dan googleing tentang ilmu penyusuan. Dan saya telah tekad mahu menyusukan bayi saya secara 'exclusive' nanti. Pelbagai gajet penyusuan sepetri breastpump, cooler bag, botol-botol simpanan telah lengkap sebagai langkah persediaan awal untuk perjuangan penyusuan saya nanti.

Jadual memerah yang tersusun dan disiplin
Saya telah aturkan jadual seperti berikut, ala-ala jadual waktu yang saya perlu gunakan ketika saya naik kerja nanti.

Mengepam mengikut jadual yang telah ditetapkan


Kenapa perlu berjadual?
Jadual ini digunakan untuk 'trick' tubuh saya bahawa pada ketika dan saat itu, bayi saya mahu menyusu.  Jadi tubuh akan bersedia untuk menghasilkan susu pada waktu yang sama juga. Jadi mudahlah sesi mengumpul stok susu kerana payudara juga telah bersedia untuk penghasilan susu.

Saya mengutamakan keperluan bayi saya terlebih dahulu jika dalam waktu tersebut jika dia dah mintak susu. Saya akan berhenti mengepam dan susukan bayi terlebih dahulu. Lepas tu barulah saya sambung mengepam untuk mengosongkan payudara.


Pada sesi sesi awal memerah, saya tidak mendapat susu penuh satu botol pun. Ia bermula dengan 2oz-3oz sahaja. Lama-kelamaan apabila sesi perahan saya konsisten, hasil perahan saya meningkat sehingga 7oz-8oz per sesi.

Setiap kali sebelum dan selepas memerah, saya akan minum segelas air dahulu. Sangat penting untuk saya minum air agar badan tidak rasa terhidrat dan sembelit ketika saya masih berpantang.

Pemakanan dan pengambilan vitamin.
Pemakanan saya sangat terjaga. Setiap hari pasti akan ambil karbohidrat, serat, lemak dan protein. Setiap hari menu saya adalah nasi, sayur-sayuran dan lauk yang sesuai. Sesekali apabila lapar, saya akan ambil biskut dan minum milo.

Disamping pemakanan yang terjaga dengan baik, saya juga amalkan pengambilan suplemen dan vitamin daripada Shaklee. Saya berpantang dengan mood yang baik, hati yang gembira dan badan yang sihat dengan vitamin Shaklee.
Saya juga amalkan beberapa tips eksklusif berkaitan dengan pengambilan vitamin Shaklee agar penghasilan susu badan saya lebih cepat dan lancar. Yang ini kalau nak tahu, boleh dapatkan dari sesi konsultasi dengan saya nanti. Tak boleh la share di blog secara public. Hilanglah ke'exclusive'an nya kan :)

Tayang sikit produk Shaklee yang saya ambil dalam menjayakan penyusuan saya.


155 oz dalam masa 2 minggu!
Ya inilah kejayaan saya. Dalam masa 2 minggu saya dapat kumpul 155oz stok susu perahan. Stok ini memang khas untuk disimpan dan hanya digunakan setelah saya mula bekerja nanti. Saya hanya train anak saya menggunakan botol selepas usianya mencecah 1bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan kini, dah lengkap pun penyusuan penuh selama 2 tahun. Syukur.

Mudah saja bukan? Jika ibu-ibu mahu saya bantu anda dalam proses mengumpul stok, jom lakukan praktis yang sama. Kalau ada orang boleh berjaya, mengapa tidak anda?

Hubungi saya untuk konsultasi penyusuan dan produk Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Tembamnya bayi Set Triple M

Terima kasih Puan Nornadia Mohd Yazid yang sudi berkongsi gambar anak 'Shaklee'nya di group exclusive customer kami.

Tengok saja pipi bayi montel ni. Rasa nak gigit gigit je kan. Geram!

Puan Nornadia Mohd Yazid menyusukan bayinya secara exclusive dengan susu ibu, sambil mengamalkan Set Penyusuan Triple M. Malah beliau telah mengamalkan set vitamin Shaklee sejak hamil lagi. Sebab tu lah saya katakan, inilah bayi 'Shaklee'.

Putih, gebu, montel dan tembam sangat!


Set Breastfeeding Triple M

Jika anda nak tahu, vitamin yang sesuai untuk diamalkan sepanjang kehamilan dan sepanjang penyusuan si manja, ini lah setnya. Owh ianya juga sesuai diamalkan ketika tempoh berpantang.

Rangkaian vitamin yang semulajadi, selamat, halal dan sangat bermanfaat pada tubuh mereka yang mengambilnya.

Set Triple M Shaklee

KEHAMILAN.

Terdiri daripada ESP, Vitamin C Plus Sustained Release, Vitalea, BComplex, Ostematrix, Afalfa, Omega Guard dan GLA Complex.

Ibu hamil boleh mula mengambil vitamin seperti ESP, Vitamin C Plus Sustained Release, Vitalea, BComplex, Ostematrix seawal kehamilan lagi. Rangkaian vitamin ini mampu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral yang ibu hamil perlukan sepanjang 9bulan kehamilannya.

Vitamin yang diambil secara konsisten juga mampu membuatkan badan ibu hamil terasa lebih sihat, bertenaga dan cergas. Ada juga yang memberitahu kami, 'morning sickness' mereka dapat diatasi apabila mereka makan rangkaian vitamin ini.

Omega Guard pula boleh diambil selepas ibu memasuki fasa trimester kedua kehamilan. Omega Guard bermanfaat untuk perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan lagi..

Dan satu berita yang pasti membuat ibu hamil tersenyum panjang, pengambilan Vitamin C Plus Sustained Release dan ESP secara konsisten, mampu menurunkan berat badan si ibu dengan lebih cepat selepas bersalin nanti.

BERPANTANG.
Selepas melahirkan bayi, ibu boleh teruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan. Tambahan vitamin seperti GLA Complex dan Afalfa sangat digalakkan. Fungsi Afalfa bagi mempercepatkan pemulihan luka dalaman si ibu. Manakala GLA Complex untuk membantu 'regulate hormone' si ibu.

MENYUSUKAN.
Dan semua vitamin yang diterangkan di atas adalah sesuai untuk ibu ambil sepanjang proses menyusukan bayi tersayang.
Baca tentang Set Menyusu Triple M di sini

Puan Nornadia Mohd Yazid sangat berpuashati dengan vitamin Shaklee yang di ambilnya. Mungkin ada juga ingin jadi seperti dia juga. Jom dapatkan set vitamin untuk ibu dari Kedai Triple S :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Set Menyusu Lengkap bantu ibu kumpul stok penuh freezer

Selamat pagi semua ibu menyusu.

Saya pasti anda 'bump into' this entry masa anda tengah google info penyusuan kan?
Yup, entry ini khas untuk ibu menyusu yang sedang tercari-cari 'booster' dan mahukan hidup sihat.

Kami namakan ia Set Triple M, perhatikan tagline Set Triple M ni. 
Mom's Marvellous Milk, Makes More Milk. Dan alhamdulillah ianya memang terbukti berkesan pada ribuan ibu menyusu di Malaysia yang dh mencuba set ni. Set Menyusu lengkap ini mengandungi beberapa jenis vitamin yang kami combinekan utk support keperluan ibu menyusu



Set Menyusu lengkap terbaik ini :

* Mengandungi Vitalea (Multivitamin lengkap dengan zat besi) , Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium lengkap dgn Vitamin D), Alfalfa dan ESP.

Saya sendiri mula mengenali vitamin Shaklee  melalui set menyusu ini. Alhamdulillah, hasilnya memang seperti yang saya harapkan. SUPERB! Sebelum mula mengambilnya (kisah penyusuan anak kedua), susu saya agak cair, dalam 5oz per sesi pumping sahaja, then selepas mula mengambil set ini susu kelihatan creamy dan pekat, dan amaun susu bertambah ke 11-14oz per session. Memang kenangan yang sangat manis bagi saya.

So kalau anda juga adalah ibu menyusu yang mahu perjalanan penyusuan anda dipermudahkan, jom la cuba set ni. Ye, ia adalah investment yang sangat berbaloi.

ps : tengok hasil perahan salah seorang customer Kedai Triple S di sini

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Vitamin Ibu Menyusu : Pilihan Ramai Ibu Zaman Sekarang

Ramai ibu muda telah kembali kepada fitrah manusia iaitu menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan sendiri, bukan lagi susu formula. Alhamdulillah, perkembanganyg sangat bagus. Dan demi memberikan yang terbaik buat si manja, ibu-ibu mula mencari sesuatu yang boleh membantu mereka dalam penyusuan.

Menurut sembang sembang di salah satu kumpulan Facebook, kini memang ramai ibu menyusu yang mencari-cari produk apa yang bagus utk membanyakkan susu dan membuat badan ibu lebih bertenaga.
Dan salah satu produk yang telah mula jadi sebutan dikalangan ribuan ibu adalah vitamin Shaklee.

Bagaimana pula vitamin boleh membantu? Kami telah menyusun beberapa jenis vitamin untuk menjadi rangkaian vitamin khas utk penyusuan.



Set terbaik ini :

* Mengandungi Vitalea (Multivitamin lengkap dengan zat besi) , Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium lengkap dgn Vitamin D), Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation

Walaupun begitu, selalu saya ingatkan konsep asas penyusuan masih perlu dipatuhi..iaitu demand dan supply atau bahasa ringkasnya penyusuan terus yang kerap dan juga sesi pumping berjadual. Kalau tak pam atau bagi anak minum, macam mana pulak kita nk tau ada perubahan pada kualiti dan kuantiti susu kan? :)

Antara checklist yang anda perlu bagi perhatian
  • Sesi direct feeding yang kerap
  • Sesi pengepaman (di tempat kerja) yg konsisten dan disiplin
  • Pengambilan air secukupnya : 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda
  • Pengambilan makanan seimbang dan mengikut piramid makanan
  • Doa berterusan agar sentiasa diperbanyakkan susu untuk permata hati anda


Mungkin hasil begini yang anda mahukan??

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: Waaahhh..tak abes abes promosi Set Triple M ni. Bulan lepas promo sebab ESP, bulan ni promo sebab Afalfa pulak.... http://t.co/696idFRI Follow @lydzar Reply Retweet   15:35 Nov-02

Susu MERUDUM dan TIPS MENINGKATKAN semula

Isu glamor ibu menyusu : SUSU MERUDUM!



Sebelum anda panik dan memberikan anak anda susu formula, kenalpasti dulu apakah punca susu anda drop.

Kenalpasti masalah akan membuat ibu lebih tenang dan bertindak secara rasional untuk mengatasi masalah tersebut sebelum surrender pada keadaan.

Jom tengok apa masalahnya :

-Sesi perahan dan sesi penyusuan terus yang konsisten :
Adakah jadual pumping anda di tempat kerja konsisten? Adakah penyusuan terus (direct feeding) masih kerap. Kebiasaannya susu merudum kerana kekurangan rangsangan dilakukan terhadap payudara. Bila stimulation (demand) kurang, maka ia akan mempengaruhi penghasilan susu.

Tertekan dengan persekitaran/kerja :
Terlalu banyak kerja membuat ibu tension. Masalah keluarga atau masalah kewangan membuat anda kusut?

Prestasi pam :
Bilakah kali terakhir anda servis breastpump anda? Pump elektrik perlu diservis pada kala tertentu.

Kurang minum air :
Terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga ibu terlupa akan perlunya minum air secukupnya.

Ibu tidak sihat : 
Ibu demam? Ibu batuk dan selsema? Ibu bengkak susu?

Mengandung :
Sila buat UPT test ye ibu, hormon hamil memang menjadi punca kepada kemeruduman production susu badan

Sedang mengambil pil perancang :
Terdapat banyak pil perancang yg tidak sesuai untuk ibu menyusu kerana ia boleh 'mengeringkan' susu ibu

Sedang mengikuti diet yang ketat :

Ibu menyusu perlukan kalori yang cukup untuk menghasilkan susu. Jangan sampai tak makan sebab nk kurus. Nnt anak pun kurus sama :)

Dah cek? Dah kenal pasti? Ibu DIMANA? 

Untuk mengatasi masalah diatas, jom ikuti tip-tip meningkatkan semula penghasilan susu seperti berikut :



Bila kita dh kenalpasti masalah, mari kita ikuti tip-tip mengatasi dan meningkatkan semula penghasilan susu ibu:

Sesi perahan BERJADUAL yang konsisten, dan sesi penyusuan terus yang KERAP. Sesi ini adalah sesi untuk meningktkan stimulasi pada payudara sekaligus membantu meningkatkan penghasilan susu. Sangat digalakkan membuat teknik double pumping, tandem pumping, dan POWER PUMPING utk tujuan memperbanyakkan stimulasi.

Mengawal mood : Ibu menyusu perlu sentiasa gembira demi menghasilkan hormon oksitosin yang lebih byk. Hormon oksitosin akan merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih lancar dan banyak. Cek pam anda. Jika performance/sedutannya semakin perlahan, mungkin anda perlu menghantarnya utk diservis. Pam elektik mempunyai tempoh masa (lifetime) bergantung pada jenis pam. Apabila dh mencapai tahap maksimum, prestasi pam tersebut akan semakin berkurang. Servis atau beli baru sahaja :D

Minum banyak air. Susu terhasil daripada air. Jadi kalau ibu kurang minum air, bagaimana susu hendak terhasil. Pengambilan lebih 3liter sehari adalah sgt digalakkan.

Gunakan pil atau kaedah merancang yang sesuai untuk ibu menyusu. Cadangan terbaik bagi pil perancang adalah Pil Noriday. Selainnya kaedah merancang secara semulajadi, penggunaan kondom, penggunaan IUCD dan implanon adalah antara kaedah yang selamat untuk ibu menyusu dan tidak menjejaskan penghasilan susu ibu.

Ibu diet? Tak dinafikan memang ramai ibu yang berazam utk kembali langsing setelah melahirkan. Jika ibu mahu berdiet, ikutlah diet yang sesuai tanpa mengganggu pengambilan kalori harian anda. Ibu menyusu memerlukan kalori yang tinggi untuk menampung keperluan badan sendiri dan juga utk menghasilkan susu badan.

Ibu mahu sentiasa sihat dan cergas. Saya percaya dgn cara amalan pemakanan yang sihat dan amalan pengambilan suplemen sgt membantu tubuh ibu utk kekal sihat dan cergas. Dapatkan panduan dari Doktor anda sebelum mula mengambil apa-apa produk suplemen.

Semoga tips ini memberi inspirasi kepada anda utk terus menyusukan permata hati anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: RAHSIA SUSU IBU BANYAK, kini BUKAN RAHSIA lagi. Dapatkan tips-tips penyusuan, tips pengendalian susu perahan,... http://t.co/D12xWfa0 Follow @lydzar Reply Retweet   08:46 Sep-22