UA-56349233-1
Showing posts with label set ramadhan. Show all posts
Showing posts with label set ramadhan. Show all posts

3 Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

Alhamdulillah dah masuk hari ke14 kita berada di bulan Ramadhan 2015. Dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, ramai umat Islam tetap bersabar menahan lapar dan dahaga.

Menariknya tahun ini, tahun ke3 saya berpuasa di rumah dan bergelar WAHM. Hampir setiap hari saya akan sediakan juadah berbuka untuk keluarga. Kalau di hari-hari biasa, saya akui memang agak muak dan bosan bila kena masak hari-hari (ops!), namun berbeza pula pada bulan Ramadhan ini, boleh jadi tersangat rajin pula.

Mungkin kerana nak kejarkan berkat Ramadhan kan, orang yang menyediakan makanan untuk orang berpuasa turut mendapat ganjaran pahala yang banyak.

TAK TERINGIN KE BERBUKA DILUAR?

Setakat ini memang tiada keinginan yang membuak-buak nak ajak suami dan anak berbuka diluar. Mungkin kerana factor kos makan diluar yang saya rasa semakin mencekik leher, saya lebih rela membelanjakan duit kami untuk membeli lauk dan masak sendiri.

Namun, kalau dapat peluang berbuka di luar secara PERCUMA, memang lah saya takkan tolak. Makan free kan, jangan ditolak rezeki.

BERBUKA DI KAMPUNG CLASSIC, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE.



Alhamdulillah,minggu lepas kami sekeluarga telah mendapat jemputan berbuka berpuasa di hotel. Jemputan khas majlis berbuka puasa untuk SLC leaders oleh mak bisnes Shaklee saya iaitu Masters Lyna Noh.

Majlis berbuka ini diadakan di Kampung Classic' Kuala Lumpur Convention Centre.


Master Lyna dan suami book satu 'private room' yang menempatkan lebihkurang 10 meja untuk para jemputan mereka. Bermula jam 6petang, para jemputan mula tiba dan kami berkumpul di bilik yang telah ditempah oleh Master Lyna.

Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

1. Pelbagai Sajian Enak.

Kampung Classic menyediakan sajian kampong 'buffet style' penuh dengan pelbagai juadah seperti lauk-pauk, nasi beriani, kambing golek, kek dan dessert, kueteow dan mee goreng, keropok lekor, buah buahan, ABC dan pelbagai lagi juadah lain yang sedap sedap semuanya.

Memang melonjak nafsu makan bila melihat semua juadah yang terhidang. Inilah cheat day saya. Saya memilih untuk tidak makan nasi dan lauk-pauk yang disediakan. Sebaliknya saya focus pada dessert dan side dishes serta buah-buahan sahaja.

Dikatakan menu yang ada disini tidak akan sama dalam masa 1-2minggu. Ianya sentiasa bertukar-tukar. Dan Kampung Classic merupakan caterer yang suka mempelbagaikan menu makanan mereka.
Contoh terbaik adalah Popia Nasi Lemak.

Saya ingatkan popia dengan inti biasa, rupanya didalam gulungan popia tersebut diisi dengan nasi lemak dan sambal. Sedap!

Teh tarik pisangnya pula memang mengingatkan saya kepada susu pisang yang kami nikmati setiap hari di Korea. Ya Allah, sedap sangat.


2. Ruang solat dan wudhu yang dekat dan selesa.

Perkara paling menarik berbuka di sini adalah, mereka menyediakan ruang solat lengkap dengan tempat wudhu yang sangat selesa untuk semua pelanggan Muslim yang berpuasa. Sebuah bilik solat dan bilik wudhu lelaki dan perempuan disediakan di tingkat 3.

Para pelanggan tak perlu pergi jauh mencari surau. Dan yang paling mengagumkan saya, bilik wudhu diubahsuai daripada bilik seminar sahaja. Saya memang teruja melihat setup bilik wudhu ini. Biasanya jika orang ramai-ramai ambil wudhu si tandas, akan menyebabkan ruang lantai tandas basah dan mulai kotor. Namun ia tidak berlaku di sini. Yang sedihnya, saya lupa nak ambil gambar.

Malah mereka juga menyediakan imam untuk lead solat terawikh. Selepas solat terawikh juga masih boleh sambung makan jika mahu.

3. Pilihan berbuka secara kumpulan di private room.



Jika anda bertujuan nak buat gathering sambil berbuka, mereka menyediakan private room seperti yang telah di booking oleh Master Lyna. Bagi individu yang datang berdua atau dalam keluarga kecil, mereka boleh memilih untuk duduk dikawasan open air diluar.

Kebiasaannya private room ini ditempah oleh pihak pejabat atau kontraktor/vendor yang ingin meraikan client mereka.

Inilah 3 perkara yang memang saya boleh bagi pujian pada pihak Kampung Classic.

Sedikit info tentang Iftar di Kampung Classic, KLCC

Diadakan setiap hari, dan perlukan booking lebih awal.
Hubungi Lee San Meng 013 23332740 atau Aishah Amelia 03 23332833 untuk info lanjut.
Harga bermula dari RM99++ hingga RM135++ seorang

Selepas makan, sempat kami berkumpul seketika untuk sesi coaching ringkas. Alhamdulillah, banyak pengisian dari Master Lyna dalam tempoh yang sekejap itu.

Terima kasih Master Lyna dan suami, founder kepada iReach!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Perkongsian Pengalaman : Kehamilan dan Penyusuan Semasa Ramadhan.

Sekadar berkongsi pengalaman tentang penyusuan anak-anak sepanjang Ramadhan.

Kalau diikutkan pengalaman sejak mula berkahwin sehingga kini, memang banyak pengalaman manis yang berkaitan dengan pengalaman menjadi seorang mama.
2 kali Ramadhan saya bergelar ibu hamil (tahun 2008 & 2010).
1 kali Ramadhan saya bertandem nursing, menyusukan anak sulung 1 tahun 8 bulan dan anak kedua 3bulan (tahun 2009)
2 kali Ramadhan menyusukan anak ketiga (2011-2012)

Dan sekarang saya sedang 'bebas' dari komitmen penyusuan dan kehamilan :)

Apa yang saya nak ceritakan adalah betapa Ramadhan bukan penghalang fungsi dan tugas kita sebagai seorang ibu. Samada ibu yang sedang 'bebas', ibu hamil atau juga ibu yang sedang menyusukan. Tugas dan rutin kita tetap sama. Yang membezakan mungkin adalah kita ibu yang cergas, atau kita ibu yang lesu.

Tahun 2009, saya bertandem nursing. Tanpa Shaklee. Sebab saya masih belum kenal apa itu Shaklee.
Tapi sebagai seorang ibu yang memang sangat mementingkan kesihatan diri, dan sangat mengambil tahu apa yang saya perlukan untuk tubuh saya ketika menyusukan.. saya ambil suplemen yang di beli di farmasi.
Pil kalsium & multivitamin adalah pilihan saya. Ini semua saya dapat hasil dari bacaan saya di website-website kesihatan. Tahun 2009, blog Shaklee belum banyak macam sekarang. So saranan dari blog tersebut hanyalah general sahaja.

Alhamdulillah, perjalanan penyusuan saya lancar. Memandangkan ketika itu bayi saya masih kecil, saya memang akan sentiasa memenuhi permintaan penyusuan mereka. Ketika saya terasa letih dan dahaga, saya akan berbaring bersama. Reserve my energy gitu, so tak perlulah saya berbuka walaupun ibu menyusu ada rukhsah puasa.

Tahun 2010 pula, saya mendapat berita kehamilan ketiga beberapa hari sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Kali ni saya memang dah berkenalan dengan Shaklee. Saya ambil Set Penyusuan Set B semasa masih menyusukan anak-anak saya yag berdua tu. Berita disambut dengan gembira dan saya meneruskan vitamin yang ada kecuali Afalfa untuk kehamilan saya.

Syukur sangat kerana setiap kali hamil, saya diberi rezeki kesihatan yang sangat baik oleh Allah Taala.
Tanpa morning sickness, tanpa loya dan muntah-muntah. Kecuali keletihan kadar biasa. Puasa penuh saya tahun 2010 tu. Seronok!

KLIK di SINI kalau nak oder Set Penyusuan Set B

Tahun 2012, saya dah pun bergelar Shaklee Independent Distributor. Maka perasaan membuak-buak nak cuba semua vitamin Shaklee memang ada. Jadi untuk Ramadhan 2012, saya mula consume Set Ramadhan
disamping Set Penyusuan Triple M.

Apa yang ada dalam Set Ramadhan?
ESP, Mealshake, Performance

Apa yang ada dalam Set Penyusuan Triple M?
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP

Dan sejak tahun 2012 lah saya terus jatuh cinta berkali-kali dengan produk Shaklee ni.

Sesi penyusuan berjalan lancar. Sesi mengepam stok susu di opis berjalan seperti biasa. Anak saya mendapat cukup susu sebagaimana hari-hari biasa. Dan saya juga masih aktif dan bertenaga seperti bukan di bulan Ramadhan.

Dan saya sangat percaya tubuh yang mendapat nutrisi lengkap adalah tubuh yang sihat dan dapat berfungsi secara optima. Saya tak mahu menidakkan keperluan tubuh saya dan memaksa ia bekerja diluar kemampuan. Kerana kesan dan side effectnya nanti, saya jugalah yang akan tanggung.

So ini adalah antara vitamin yang menjadi pemangkin tubuh saya sejak lebih 3 tahun lalu. Ini hanyalah sekadar pengalaman peribadi saya. Dan saya dapati memang semakin ramai ibu-ibu yang memilih produk Shaklee dengan sebab seperti saya.

Jika anda berminat nak cuba mana mana satu pemangkin dan jadi bertenaga seperti saya, anda boleh terus klik pada banner-banner di bawah. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d516b13671a4179d9b7b458a6ebdeb92

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98d6f58ab0dafbb86b083a001561bb34


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=67d16d00201083a2b118dd5128dd6f59





 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Menu Bersahur Berkhasiat Untuk Keluarga

Salam 1 Ramadhan buat semua readers blog SemuaSihatSelalu yang beragama Islam.

Alhamdulillah..diberi peluang dan dipertemukan lagi dengan next Ramadhan. Sesungguhnya kita telah diberikan peluang untuk sama sama bertemu dan berpesta ibadat sepanjang Ramadhan 2014 pula. Dan mari kita berdoa agar Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan dan kemenangan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Macam tahun tahun sebelum ini juga (sejak 2012), Ramadhan saya lebih berseri dan bertenaga dengan  adanya vitamin & suplemen Shaklee. Walaupun berpuasa, amalan rutin mengambil vitamin takkan saya ketepikan.

Ini kerana saya telah merasakan sendiri betapa best dan syoknya berpuasa dengan vitamin. Dan produk yang paling saya gemari ketika Ramadhan adalah Performance & ESP. "DOUBLE GEM" ini benar benar membantu saya kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari berpuasa 

Dan pagi ini, saya "Shaklee-kan" juga sahur untuk suami dan anak anak saya yang berumur 5tahun & 7tahun.
Seperti yang anda semua lihat pada gambar, saya sediakan Cinch Shake untuk suami. Mungkin ada yang belum tahu..Cinch Shake Shaklee juga adalah sejenis minuman protein. Begitu juga Mealshake dan ESP.
Kenapa saya pilih minuman berprotein sebagai sahur?

Sesungguhnya pengambilan extra protein bakal membantu perut kita berasa kenyang lebih lama. Dan apabila kita mengambil protein ketika bersahur, maka dapatlah kita mengurangkan pengambilan karbohidrat.
Pengambilan nasi yang banyak tidak membantu anda kenyang lama dan selalunya membuatkan anda murah rasa mengantuk.

Sangat berbeza dengan pengambilan protein terutama sekali Cinch Shake dan ESP. Bukan sahaja dapat membuatkan perut terasa lebih kenyang dan lama, tetapi sangat membantu memberikan tenaga
Sebab itulah semenjak saya kenal dengan protein Shaklee, saya takperlukan sahur yang berat berat sebagaimana kisah Ramadhan saya sebelumnya.

Anda pasti cuba membuat google dan carian lain tentang info Set Ramadhan kan? Yes, saya pasti semua SID lain akan beritahu anda..Set Ramadhan Shaklee memang terbaik.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=76dc611d6ebaafc66cc0879c71b5db5c 


Call to action! Jom hubungi saya 013 3583424 utk info lanjut tentang Set Ramadhan Shaklee..
Atau anda boleh order sendiri Set Ramadhan ini DI SINI