UA-56349233-1
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

3 Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

Alhamdulillah dah masuk hari ke14 kita berada di bulan Ramadhan 2015. Dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, ramai umat Islam tetap bersabar menahan lapar dan dahaga.

Menariknya tahun ini, tahun ke3 saya berpuasa di rumah dan bergelar WAHM. Hampir setiap hari saya akan sediakan juadah berbuka untuk keluarga. Kalau di hari-hari biasa, saya akui memang agak muak dan bosan bila kena masak hari-hari (ops!), namun berbeza pula pada bulan Ramadhan ini, boleh jadi tersangat rajin pula.

Mungkin kerana nak kejarkan berkat Ramadhan kan, orang yang menyediakan makanan untuk orang berpuasa turut mendapat ganjaran pahala yang banyak.

TAK TERINGIN KE BERBUKA DILUAR?

Setakat ini memang tiada keinginan yang membuak-buak nak ajak suami dan anak berbuka diluar. Mungkin kerana factor kos makan diluar yang saya rasa semakin mencekik leher, saya lebih rela membelanjakan duit kami untuk membeli lauk dan masak sendiri.

Namun, kalau dapat peluang berbuka di luar secara PERCUMA, memang lah saya takkan tolak. Makan free kan, jangan ditolak rezeki.

BERBUKA DI KAMPUNG CLASSIC, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE.



Alhamdulillah,minggu lepas kami sekeluarga telah mendapat jemputan berbuka berpuasa di hotel. Jemputan khas majlis berbuka puasa untuk SLC leaders oleh mak bisnes Shaklee saya iaitu Masters Lyna Noh.

Majlis berbuka ini diadakan di Kampung Classic' Kuala Lumpur Convention Centre.


Master Lyna dan suami book satu 'private room' yang menempatkan lebihkurang 10 meja untuk para jemputan mereka. Bermula jam 6petang, para jemputan mula tiba dan kami berkumpul di bilik yang telah ditempah oleh Master Lyna.

Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

1. Pelbagai Sajian Enak.

Kampung Classic menyediakan sajian kampong 'buffet style' penuh dengan pelbagai juadah seperti lauk-pauk, nasi beriani, kambing golek, kek dan dessert, kueteow dan mee goreng, keropok lekor, buah buahan, ABC dan pelbagai lagi juadah lain yang sedap sedap semuanya.

Memang melonjak nafsu makan bila melihat semua juadah yang terhidang. Inilah cheat day saya. Saya memilih untuk tidak makan nasi dan lauk-pauk yang disediakan. Sebaliknya saya focus pada dessert dan side dishes serta buah-buahan sahaja.

Dikatakan menu yang ada disini tidak akan sama dalam masa 1-2minggu. Ianya sentiasa bertukar-tukar. Dan Kampung Classic merupakan caterer yang suka mempelbagaikan menu makanan mereka.
Contoh terbaik adalah Popia Nasi Lemak.

Saya ingatkan popia dengan inti biasa, rupanya didalam gulungan popia tersebut diisi dengan nasi lemak dan sambal. Sedap!

Teh tarik pisangnya pula memang mengingatkan saya kepada susu pisang yang kami nikmati setiap hari di Korea. Ya Allah, sedap sangat.


2. Ruang solat dan wudhu yang dekat dan selesa.

Perkara paling menarik berbuka di sini adalah, mereka menyediakan ruang solat lengkap dengan tempat wudhu yang sangat selesa untuk semua pelanggan Muslim yang berpuasa. Sebuah bilik solat dan bilik wudhu lelaki dan perempuan disediakan di tingkat 3.

Para pelanggan tak perlu pergi jauh mencari surau. Dan yang paling mengagumkan saya, bilik wudhu diubahsuai daripada bilik seminar sahaja. Saya memang teruja melihat setup bilik wudhu ini. Biasanya jika orang ramai-ramai ambil wudhu si tandas, akan menyebabkan ruang lantai tandas basah dan mulai kotor. Namun ia tidak berlaku di sini. Yang sedihnya, saya lupa nak ambil gambar.

Malah mereka juga menyediakan imam untuk lead solat terawikh. Selepas solat terawikh juga masih boleh sambung makan jika mahu.

3. Pilihan berbuka secara kumpulan di private room.



Jika anda bertujuan nak buat gathering sambil berbuka, mereka menyediakan private room seperti yang telah di booking oleh Master Lyna. Bagi individu yang datang berdua atau dalam keluarga kecil, mereka boleh memilih untuk duduk dikawasan open air diluar.

Kebiasaannya private room ini ditempah oleh pihak pejabat atau kontraktor/vendor yang ingin meraikan client mereka.

Inilah 3 perkara yang memang saya boleh bagi pujian pada pihak Kampung Classic.

Sedikit info tentang Iftar di Kampung Classic, KLCC

Diadakan setiap hari, dan perlukan booking lebih awal.
Hubungi Lee San Meng 013 23332740 atau Aishah Amelia 03 23332833 untuk info lanjut.
Harga bermula dari RM99++ hingga RM135++ seorang

Selepas makan, sempat kami berkumpul seketika untuk sesi coaching ringkas. Alhamdulillah, banyak pengisian dari Master Lyna dalam tempoh yang sekejap itu.

Terima kasih Master Lyna dan suami, founder kepada iReach!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Definisi, Fadhilat serta Niat Puasa Sunat Syawal

Alhamdulillah, hari ni dah pun 13 Syawal. Indahnya Syawal jika kita teruskan beramal ibadat dengan mengerjakan puasa sunat Syawal selepas pesta ibadah di bulan Ramadhan. Dan ibadat ini cukup dikenali sebagai Puasa Enam, jom kita baca fadhilat dan kelebihan Puasa Enam.

Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Maksudnya:
    “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
(Hadits Riwayat Imam Muslim)

Niat Puasa Sunat Syawal :

“Sahaja aku berpuasa sunat bulan Syawal kerana Allah swt “.

Kebiasaannya bagi golongan ibu kami, mereka akan mula berpuasa seawal hari kedua Syawal. Alhamdulillah. Cepat atau lambat bermula, semoga kita semua sempat mengejar pahala Puasa Enam ini.

Jom sambung bacaan tentang Isu Gabung Sunat & Qadha Puasa di blog Ustaz Zaharuddin

Bagi yang dah mula berpuasa (sunat atau ganti), saya ucapkan selamat beramal ibadat, selamat bersahur, selamat berbuka.
Semoga amal ibadat kita diterima Allah. Insya Allah.
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Owh ye, kita juga boleh amalkan rutin sahur dan berbuka yang sama ketika puasa Ramadhan untuk Puasa Enam ini. 
Rutin saya waktu bersahur, ambil 2 sudu ESP dicampurkan dengan 1 sudu Performance. Sesekali saya selangkan menu minuman dengan Cinch Shake perisa Coklat.
Dan untuk berbuka puasa, saya suka sangat bancuh Cinch Tea dengan Performance Drink. Memang puas hati dengan tahap kesihatan dan kecergasan saya sepanjang Ramadhan yang lepas. :)
 
Inginkan info lanjut tentang produk dan rutin puasa saya, hubungi saya melalui info dibawah. Boleh saya sharekan secara terus dengan anda,


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tahu tentang risiko turun berat drastik, Puan Yani Suhainie dah pun dapat berat badan idealnya. Hanya dengan Afalfa dan Lecithin. Me...
  Like · Comment · Share

Mighty Triple Gems untuk berpuasa

Untuk mereka yang tercari-cari suplemen utk bulan puasa. Risau tak larat nk puasa, ibu menyusu risau rasa haus slps sesi pumping, dan yang gastrik tu, risau tak dpt nk sempurnakan puasa sampai petang.

Set Mighty Triple Gem untuk anda. 
 BF mom yang risau production susu merudum ketika berpuasa, jangan risau. Mari kita bersedia untuk membuat stok secukupnya bagi simanja bermula hari ni.

Yang risau tak larat nk puasa, Triple Gem akan memberikan anda tenaga supaya anda bertahan sampai kepetang. Dan yang gastrik jangan susah hati, ambil Triple Gem sekarang supaya perut anda lebih sihat dan mendapat protection dari asid gastrik.
Jom baca info tentang suplemen Triple Gem ni.
Mighty Triple Gems : gabungan tiga jenis suplemen dari Shaklee iaitu ESP, Mealshake dan Performance Drink.


Energising Soy Protein (ESP) : 
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 

- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,

- Membekalkan tenaga,

- Memberikan rasa kenyang

- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Meal Shake : 
- Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
- Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

**Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


Performance drink
:
- Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

info kredit :norhanita mohd yusof


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~

Email : lydzar@gmail.com

Phone : +6012-3103787

Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com

FaceBook : Lydzar Rusman

Fan Page : Kedai TripleS FanPage 
 

Persediaan Ramadhan : Energizing Soy Protein

Saya baru saje membuat bayaran utk satu canister ESP dan Performance Drink - utk self consumption saya.  Ramai pelanggan GBS memberikan testimoni terbaik pada ESP. Sebagai milk booster dan juga energy saver.

Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi, saya terus la order sebagai preparation mengumpul stok EBM utk anak saya yang ketiga. Jom kita lihat apa kah kelebihan ESP by Shaklee.

Persediaan Ramadhan dengan ESP
ESP Shaklee
SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
credit to anakkuwiraku.com

Ingin mencuba ESP yang sedap ini?


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Sedekah Paling Utama.. Kepada Siapa?? Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat ke...
  Like · Comment · Share

Performance Drink : Persediaan untuk menyusu dibulan puasa

Salam semua..

Tajuk kt atas tu, mmg dah tak lama dah Ramadhan bakal menjelma. Kawan-kawan dh mula ganti puasa? Saya, masih ada 2 hari lagi yang belum berganti. Insya allah, saya akan ganti secepat mungkin.

Utk ibu-ibu yang menyusu, mesti timbul sedikit keraguan dalam hati masing-masing. Mesti ada yang risau sesi pumping kt opis masa puasa ni kan. Mesti ada yang takut production susu terjejas sebab kita tak boleh nk minum air diwaktu siang.

Jangan risau, saya disini ada cadangan nak bagi.
Apa kata kita cuba amalkan Set B dan 2 lagi supplement macam kt bawah ni iaitu : Energizing Soy Protein dan Performance Drink. Boleh start dari sekarang utk buat stok tau.




Performance drink ni adalah minuman anti dehidrasi dari Shaklee yang sangatlah hot semasa bulan puasa.

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3.  Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Ia boleh mencegah dehydration.

Sesuai sangatla minum performance drink semasa bersahur dan berbuka utk menggalakkan kita para pumping mommies kekal bertenaga waktu puasa nanti.  


JOM KITA MINUM!! 
info credit to : Mommylyna

Sila email kepada saya di lydzar@gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 012-3103787 untuk mendapatkannya.