UA-56349233-1
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Adakah jenama 'breastpump' mempengaruhi kuantiti susu perahan?

Salam 6 Ramadhan semua :)

Pagi-pagi selepas bersahur, sambil tunggu azan Subuh, mari kita berkongsi tentang topik Breastpump atau pam payudara pulak.

Semalam saya ber'Whatsapp' dengan salah seorang ex-officemate saya yang sedang menyusukan anaknya yang hampir sampai 3bulan usianya. Bayinya mungkin sedang mengalami growth spurt. Menurut rakan saya tadi, anaknya menolak penyusuan terus (direct feeding) dan memilih menyusu melalui botol. Memandangkan stok susu yang tidak banyak, dan setiap kali pam rakan saya perlu terus berikan kepada bayi, timbul kerunsingan di hati ibu ini. Risau tentang peel bayinya yang berubah, risau tentang stok susu yang tak mencukupi. Kata beliau lagi, berastpump yang sedang digunakan ketika ini seperti tak 'suck' dengan baik lalu timbul persoalan, adakah jenama 'breastpump' mempengaruhi kuantiti susu perahan.

Teringat semula kenangan waktu saya menyusukan anak saya dahulu. Pam pertama yang saya beli sebagai persediaan menyusukan anak ialah Spectra3. Dan seterusnya setiap kali datang waktu-waktu tak terduga saya juga seolah-olah menyalahkan pam yang saya gunakan. Sedangkan terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keadaan susu merudum. Lalu terjadilah 'kegilaan' membeli breastpump. :)

Saya akan aim breastpump yang mendapat good feedback dan review yang baik dari blog-blog rakan ibu menyusu. Sepanjang tempoh penyusuan saya, saya telah pun membeli
-Spectra3 (electric double breastpump)
-Avent (manual)
-Medela Harmony (manual)
-Unimom Allegro (electric and battery pump operated)
-Medela FreeStyle (electric and battery pump operated)

Haaaa..punyalah banyak breastpump yang saya dah ada sekarang. Tapi hanya Medela Freestyle sahaja yang masih ada bersama saya.

Jadi, adakah jenama breastpump benar-benar mempengaruhi kuantiti susu perahan?

Melalui pengalaman saya sendiri, TIDAK.

Faktor pemilihan breastpump sepatutnya berdasarkan cici-cirinya seperti pilihan manual, bateri atau elektrik, single atau double pump, kekuatan hisapan, hisapan boleh laras atau tidak dan juga 'lifetime' pam itu sendiri. 

Orang kata breastpump paling BEST adalah Medela Freestyle. Mungkin kerana ia memudahkan proses mengepam kerana 'mobility', ringan, boleh lakukan double pumping serentak dan tak memerlukan soket elektrik kerana ianya battery-operated. Tapi jangan tak tau, ada juga pemilik Medela Freestyle tak suka gunakan FS yang dia ada tu.

Kembali pada pengalaman saya, dalam banyak-banyak breastpump yang saya pernah guna, Medela FreeStyle dan Unimom Allegro adalah yang paling mudah digunakan. Mudah dibawa dan memudahkan ibu mengepam dimana-mana hatta didalam kereta sekali pun. Begitu juga dengan Spectra3 juga pernah saya gunakan untuk mengepam ketika sedang memandu cuma saya memerlukan car adapter.
Dan memang mustahil nak mengepam sambil memandu dengan pam manual, bukan?

Pam manual pula sangat berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya ketika perlu outstation yang kita tak pasti ada atau tidak soket untuk kita plug-in breastpump tu. Di saat-saat 'black out' dan disaat breast sudah terlalu bengkak. Suction dari manual breastpump berada dalam kawalan kita, jadi ianya sangat efektif ketika kita sedang mengepam untuk mengurangkan bengkak.

Breastpump yang baik tanpa mengira jenama juga bakal membantu dan mempengaruhi semangat ibu ketika sedang berusaha untuk membuat Power Pumping. Adakala ibu tertidur sambil mengepam ketika membuat power pumping yang mengambil masa sejam lamanya. Ibu yang melakukan power pumping dengan pam manual selalu mengalami masalah letih tangan. Motivasi beginilah yang sebenarnya mempengaruhi perasaan siibu.
Kadangkala apabila kita buat sesuatu yang kita rasa susah, ia akan menyebabkan mood down dan apabila down, susu memang segan nak keluar.

Jadi si ibu perlu benar-benar mengawal emosi dan memastikan dirinya sihat sepanjang tempoh penyusuan agar dia dapat terus berjuang dengan cabaran dunia penyusuan.

Dan yang pasti kuantiti susu perahan benar-benar bergantung kepada kekerapan sesi perahan yang anda lakukan, tanpa mengira jenama breastpump anda.

Jika anda telah pun mempunyai breastpump, tanpa mengira jenama, pastikan ia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Servis mengikut tempoh yang ditetapkan dan segeralah hantar ke pusat servis jika anda dapati performance breastpump anda mulai menurun. Biar yang pakar advise tentang produk yang mereka jual.

Happy breastfeeding to all gorgeous mama! You are the best!



----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head














Susu tiada selepas bersalin

[ISU BREASTFEEDING]

Sejak 2-3hari ni, saya terima aduan.

1. Susu saya ni sikit lah. Saya pam dapat 1 oz je. Anak saya umur 10hari
2. Saya baru bersalin, tapi takda susu. Anak saya umur seminggu.

-----------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ibu ibu, pilihan untuk menyusukan anak adalah keputusan paling tepat. Bersyukur juga kerana setiap titik susu ibu adalah rezeki untuk permata hatimu.

Menurut AmericanPregnancy.org, penghasilan susu ibu berada dalam 3 fasa/tempoh yang berbeza : Kolostrum, Susu peralihan (Transitional milk), dan susu matang (mature milk)

1. Kolostrum : Peringkat pertama pengeluaran susu. Dalam masa 1-4hari. Berwarna kekuningan dan lebih pekat dari susu biasa. Mengandungi protin yang tinggi, vitamin dan mineral, dan juga antibodi (immunoglobin). Selepas dua-empat hari kolostrum akan berubah kepada susu peralihan.



set menyusu shaklee

2. Susu peralihan : Susu yang dihasilkan selepas kolostrum. Biasanya susu berada dalam fasa ini sehingga 2 minggu. Mengandungi susu yang penuh lemak, vitamin serap-air, dan mengandungi lebih kalori berbanding kolostrum.


Set breastfeeding Shaklee


3. Susu matang : Susu yang biasa kita lihat, berwarna keputihan-putihan. 90% daripada komponen susu matang adalah air dan ia sangat diperlukan untuk memastikan bayi sentiasa terhidrat.  10% lagi mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi.

Set Penyusuan Triple M

Dua peringkat susu matang :
-Susu awal (foremilk) : susu yang keluar lebih awal, mengandungi lebih air, vitamin dan protein.
-Susu akhir (hind milk) : Mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi untuk peningkatan berat badan bayi.

----------------------------------------------------------------------------
Jadi ibu-ibu perlu fahami terlebih dahulu fasa dan jenis-jenis susu ibu sendiri. Anda kini masih berada di fasa susu peralihan, jadi mungkin anda rasa ia seperti tiada.

Jangan risau. Susu ibu tetap ada kerana ia telah diciptakan khas untuk bayi anda. Teruskan penyusuan seperti biasa mengikut 'demand', kerap berkomunikasi dengan bayi agar memberi kerjasama dalam proses penyusuan anda berdua. Boleh juga baca tentang saiz perut bayi di sini

Ambil makanan seimbang, pastikan mood dan emosi sentiasa relax dan enjoy your breastfeeding moments! You baby love you..

Jika anda berminat untuk mencuba dan mendapatkan Set Breastfeeding,  boleh rujuk link ini : SET MENYUSU SHAKLEE


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 





Teknik Memerah Susu : Marmet VS Breastpump.

Rutin mengepam susu dah jadi amalan KEMESTIAN atau amalan WAJIB bagi ibu bekerja yang menyusukan anak mereka secara EKSKLUSIF. Mereka perlu memastikan bayi yang ditinggalkan sepanjang tempoh berkerja mendapat bekalan susu perahan secukupnya.
Dan rutin mengepam turut merupakan salah satu cara terbaik supaya production susu mereka tetap terhasil secara berterusan.

Terdapat banyak gadget atau peralatan memerah sekarang. Manual, elektrik, bateri, 2 in 1 dan sebagainya. Semuanya telah direka khas mengikut budget dan kesesuaian penggunaan para ibu. Tapi jangan dilupa, Allah S.W.T telah mencipta sepasang tangan yang sangat banyak kegunaannya termasuk buat si ibu menyusu. Memerah menggunakan tangan dinamakan teknik Marmet.

Mengepam atau memerah, mana satu pilihan anda?

Set Breastfeeding Shaklee

Set Breastfeeding Shaklee

Saya sendiri waktu bekerja dahulu, menggunakan beberapa jenis pam untuk sesi memerah. Antara breastpump yang pernah saya miliki adalah Spectra3, Unimom Allegro dan Medela Freestyle. Walaubagaimanapun, selepas siap mengepam, saya akan tetap mengosongkan payudara menggunakan teknik Marmet agar ianya benar-benar kosong sebelum sesi perahan berikutnya.

Bagi saya kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Breastpump memudahkan urusan mengepam. Dalam waktu mengepam, si ibu mungkin boleh membuat bacaan ayat Al-Quran atau zikir-zikir perbanyak susu ibu tanpa perlu memerhatikan botol susu yang sedang dipenuhi.

Dan teknik Marmet amat berguna dikala ibu sedang mengalami bengkak susu. Kerana jari sendiri boleh mengenalpasti dikawasan mana terdapat bengkak atau benjolan, jadi si ibu boleh fokus dan mengurut kawasan yang sakit tadi. Dan kebiasaannya, si ibu lebih mudah mendapat let down reflects apabila menggunakan teknik marmet.

Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee bagi membekalkan nutrisi penting sepanjang proses penyusuan bayi anda di Kedai TripleS

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Bayi kerap menyusu, susu saya tak cukup ke?

Beberapa hari lepas, saya terima Whatsap dari seorang ibu menyusu tentang masalah penyusuan beliau. Anaknya berusia 2 bulan. Kata si ibu, bayinya terlalu kerap menyusu sehingga ibu berasa tertekan sebab ingat susunya tak banyak dan tak cukup untuk bayinya.

Si ibu cuba pam pula untuk melihat berapa amaun yang boleh didapati. 1oz! Ouh ibu sangat kecewa, susu saya sikit katanya. 
"Dia ni kejap-kejap nak menyusu, kalau siang gap dalam 1 1/2jam - 2jam, kalau malam pulak gap dalam 2-3jam.. saya risau la, susu saya ni ada ke takde sebenarnya"
Ok ibu, jangan tension ye. Jom kita baca dulu artikel ni. Menurut artikel di http://breastfeeding.about.com,

On average, a breastfed newborn eats approximately every 2 to 3 hours around the clock. This is about 8 to 12 times in a 24-hour period. Babies have little stomachs and breast milk is easily digested, so feed your baby often. The recommended way to feed your breastfed baby is on demand.
Jadi, adalah normal jika bayi anda menyusu dalam tempoh sebegini.
2-3 jam sekali dalam masa 24jam, 8-12kali penyusuan sepanjang hari. 
Jadi ibu tak perlu bimbang kerana ini adalah normal. Dan sebenarnya susu ibu sangat mudah dihadamkan dan perutnya juga tak besar mana. Sebab itulah bayi mudah kembali lapar. Jangan samakan bayi macam kita golongan dewasa yang makan 3-4kali sehari sahaja ye.

Saiz perut bayi
Jadi, ibu perlu hentikan kerisauan anda. Susukan bayi mengikut permintaannya. Insya allah, semakin kerap penyusuan berlaku, semakin banyak susu dihasilkan oleh tubuh.

Dan berkenaan hasil perahan yang cuma 1 oz tadi tu.. cuba ibu bayangkan, anak ibu menyusu setiap 2jam.. lepas tu ibu pam dan hasil perahan cuma 1 oz.. tahu tak kenapa?
Sebab lebih banyak susu dah masuk ke dalam perut bayi. Jadi sebenarnya apabila ibu mengepam selepas anak menyusu dan masih mampu mendapat 1oz, ia dikira sebagai banyak. Dan biasanya tujuan mengepam susu selepas sesi direct feeding adalah untuk benar-benar mengosongkan payudara. Kalau ibu konsisten melakukan rutin begini, percayalah bila ibu dah mula bekerja nanti, susu akan terhasil dengan meriah.

  Seat back, Relax and Enjoy your breastfeeding moments...!


Ibu mungkin nak cuba Set Penyusuan Shaklee dalam meneruskan misi dan perjuangan anda, klik sini untuk bacaan lanjut tentang Set Penyusuan @ Kedai TripleS

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bahaya air minuman (selain dari susu ibu) kepada bayi

Entry orang rajin. Saya menaip semula dari brosur yang diterima di Hospital Sungai Buloh masa check out hari tu.



air masak untuk bayi
kredit pic : http://mykidz.my

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya.

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun-temurun dimerata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :

    Merencatkan tumbesaran.


Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

    Merencatkan akal


Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan 'Kernicterus; iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

    Mengancam nyawa


Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan, Pencemaran boleh berkalu dipelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yg tidak selamat ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

    Mengakibatkan sawan tarik


Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam didalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil oral water intoxication.

SEBENARNYA SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI UNTUK BAYI TANPA PERLU DITAMBAH AIR ATAU CECAIR LAIN KERANA SUSU IBU MENGANDUNGI 88% AIR.

OLEH ITU JIKA ANDA FIKIRKAN BAYI ANDA HAUS, PANAS ATAU SEMBELIT..BERI BAYI ANDA SUSU IBU SEKERAPNYA.

psstt : Jika anda mendapati ada kesan berwarna putih pada lidah bayi anda, hanya lapkan dengan kain lembut yang basah utk membersihkannya. Tidak perlu beri air masak utk menghilangkan kesan putih tersebut.

Kredit : blog Mommalydzar

Penyusuan Susu Ibu : Satu-satunya makanan yang boleh disediakan ketika anda sedang tidur.


Excited sangat bila nampak poster ini yang disharekan oleh FB Susuibu.com Penang. Dengan pantas saya juga share kan ia di wall Fanpage Kedai TripleS. :)

Setuju tak dengan tajuk entry ini? Saya memang sangat setuju!

Breastfeeding sangat memudahkan sesi penyusuan malam. Tanpa perlu si ibu bangun dan ke dapur untuk membancuh susu formula. Tanpa perlu memangku bayi dan menunggunya habis menyusu. Ibu pasti tersengguk-sengguk mengantuk di tengah-tengah malam begitu kan? Tapi tidak dengan breastfeeding. Hanya dengan menggunakan baju yang sesuai, ibu suakan sahaja payudaranya untuk anak menyusu. Sambil menyusu ibu boleh baring malah tertidur bersama dengan bayi.

Teringat saya pengalaman ketika anak pertama dulu. Hannah tidak menyusu dengan susu ibu sepenuhnya. Waktu dia sudah pun dicampur dengan susu formula. Bayangkan setiap kali dia menangis mahu menyusu, saya perlu bangun dan turun ke dapur. Untuk memudahkan cara, saya bawa bakul susu dengan termos air panas untuk diletakkan dalam bilik. Dan saya perlu tunggu dia selesai menyusu sebab takut dia tersedak, barulah saya boleh kembali tidur.

Pernah satu ketika, dia tak mahu habiskan susu dan saya hanya letakkan botol susu di tepi katil. Tiba-tiba dia terjaga buat kali kedua dan menangis. Saya yang dalam keadaan mamai, terus capai botol tadi dan beri dia minum susu tersebut. Tak selamat kan?
Tanpa memeriksa pukul berapa dia bangun kali kedua tu, dan saya bagi dia minum susu yang telah lama dibancuh!! Keesokan pagi memang rasa bersalah sangat. Nasib baiklah dia tak ada rasa sakit perut atau cirit birit.

Sejak itu, saya memang nekad untuk tidak mengulangi kesilapan saya. Maka untuk anak kedua dan ketiga, memang tidak berlaku lagi senario tersebut. Malah ketika anak kedua lahir, saya berjaya membuat tandem nursing Hannah dengan adiknya.
Sangat mudah. Bergilir-gilir mereka menyusu malam. Waktu tu, saya memang umpama 'kilang' yang tak berhenti bekerja walaupun diwaktu malam. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Alhamdulillah, kuasa Allah. Memang air susu tetap terhasil walaupun anak menyusu kerap sangat.

Memori bertandem nursing, Hannah & Hadif
So ibu-ibu, kalau anda nak permudahkan cara hidup anda, senang sahaja..
BREASTFEED UR BABIES!

------------------------------------------------------------------------  
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Treatment Vitamin E untuk Nipple Crack

CRACKED NIPPLE

  ~ SAKIT KAN!! 

Ini cerita nipple crack ketika menyusukan. Nipple crack while breastfeeding.
Nipple crack ni boleh terjadi disebabkan oleh latching yang tidak betul, gigitan gigi anak, 'thrush' ataupun 'milk blister'.

Semenjak dua menjak ni, memang keadaan ni selalu berlaku pada saya. Dan saya dah kenalpasti puncanya. Anak yang dah besar memang takkan melekap dengan baik pada puting sewaktu penyusuan. Sebabnya dia suka buat free-style position. Sekejap berpusing kesana, sekejap kesini. Dan memandangkan umurnya juga menjelang 2 tahun, penghasilan susu saya sudah mula merosot. Dan keadaan ini menyebabkan dia menghisap dengan kat sekali dan membuat nipple saya melecet.

Mahukan tips untuk crack nipple gaya Shaklee?

Jadi, bila keadaan ini berlaku, saya perlukan treatment dengan kapsul Vitamin E. Treatment Vitamin E untuk Nipple Crack ni memag berkesan! Memang dahulu saya pernah beli krim Purelan 100 untuk sapuan. Tapi pakainya sekejap je, selebihnya terbuang. Satu tiub kecik tu, bukan murah ye. Sejak dah kenal Vitamin E Shaklee, saya dah tak beli dah sebarang krim sapuan untuk crack nipple. Sebab Vitamin E memang selalu ada dirumah. So saya gunakan at-home-remedy sahaja.

Kesian anak bongsu saya, terpaksa berpuasa dari menyusu dari 'favourite side' dia dek kerana 'crack' yang saya sedang alamai. Hanya yang pernah mengalaminya tahu bagaimana perit dan pedih apabila anak menyusu ketika ini. Serius SAKIT! Memang saya sendiri pun tak boleh tahan. 


Dalam keadaan bertenang saya rawat nipplecracked dengan Vitamin E.

BAGAIMANA GUNAKAN VITAMIN E UNTUK RAWAT CRACKED NIPPLE?

So saya ambil sebiji Vitamin E, dipecahkan kapsulnya dan saya sapu dibahagian yang 'crack'. Saya biarkan untuk beberapa ketika. 


Alhamdulillah selepas 20minit sapuan, anak saya anak saya kembali happy dengan 'favourite side'nya, dan saya dapat menyusukan dia tanpa rasa perit dan pedih dibahagian yang luka tu.

Vitamin E memang dh cukup terkenal untuk menyembuhkan luka-luka kecil. Samada luka terjatuh, luka terkena pisau, luka ekzema..dannnn luka crack nipple.
Simpan lah sebotol Vitamin E untuk kegunaan kecemasan anda :)



Sedikit informasi tentang Vitamin E.


Lihat warna baru Vitamin E. Kalau dulu warnanya jernih keperangan, kini warnanya bertukar gelap sedikit kerana ekstrak biji anggur.

Manfaat ekstrak biji anggur :

Ekstrak biji anggur adalah antioksidan yang kuat yang boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada tubuh dalam pelbagai cara. Biji anggur bersifat antioksidan, antiallergenic, antihistamin, anti-radang dan ia boleh memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan virus, alergen, dan karsinogen.

Ekstrak biji anggur terbukti 20 kali lebih berkesan daripada Vitamin C dan 50kali lebih kuat dari Vitamin E.

Beberapa manfaat tambahan ekstrak biji anggur :

* Mencegah pembentukan plak dalam arteri.
* Meningkatkan kecerdasan mental dan boleh membantu untuk mengelakkan keadaan uzur.
* Mencegah kerosakan gigi
* Membantu untuk mencegah osteoporosis
* Boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan sel kanser
* Membantu peredaran darah
* Mengatasi komplikasi disebabkan oleh kencing manis
* Meredakan konstipasi (sembelit)
* Ia adalah larut minyak, menyampaikan perlindungan antioksidan dengan menembusi membran sel seluruh badan.


Banyak lagi manfaat lain Vitamin E ni selain sebagai 'ubat' cracked nipple.
Baca manfaat vitamin E di sini.  

Lega sekali bila masalah ni selesai. So kalau anda ibu breastfeeding yang selalu jugak alami masalah macam saya ni, jom try Vitamin E. Sebotol Vitamin E, pelbagai gunanya. Memang berbaloi-baloi!
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Ilmu Penyusuan : GALILAH sedalam-dalamnya sebelum kelahiran

Salam Rabu semua :)

Saya nak membebel sket tentang topik ni. ILMU PENYUSUAN.

Penyusuan susu badan, ramai yang anggap nk menyusu ni mudah. Semudah selak dan sua. Memang nampak mudah kalau dua-dua pihak iaitu ibu dan bayi saling bekerjasama dengan baik dalam proses ini. Alhamdulillah kalau anda berada dalam situasi ini.

Tapi bagaimana pula kalau tiba-tiba bila anda suakan susu anda kepada bayi, dia menyusu tetapi tetap menangis dan masih kelihatan lapar? Adakah ini normal? Dan bagaimana kalau tiba-tiba niple anda terluka? Adakah ini normal pada semua ibu yang menyusukan?

Sebab itu lah saya kata GALILAH SEDALAM DALAMNYA SEBELUM KELAHIRAN.
Agar anda dapat bersedia dengan segala kemungkinan sepanjang proses penyusuan susu ibu untuk bayi kesayangan anda.

Sangat kerap saya lihat, bila ada sebarang masalah, ibu mudah panik dan akhirnya surrender kepada susu formula.
Alasan ibu, "bayi saya terlalu cranky dan nampak tak kenyang bila saya breastfeed dia"
Alasan ibu, "niple saya sakit la bila dh luka macam ni..macam mana saya nk susukan dia...nak pam lagi lah tak boleh..sakit!"

Sebab utama adalah kerana kurangnya ILMU PENYUSUAN.

Tahukah ibu, bayi anda cranky atas beberapa sebab, mungkin lampinnya sudah basah, mungkin dia terlalu sejuk atau panas, mungkin  dia gelisah apabila berada jauh dari pelukan dan dakapan ibu. Lapar bukanlah sebab utama utk bayi anda cranky.

Jika ibu dh check semua dan semua OK tetapi bayi masih menangis..dakaplah dia dan cuba susukan dia.
Masih cranky? Mungkin lekapannya tidak betul dan dia tidak dapat menyusu dengan baik. Lekapan yang tidak betul membuatkan breast ibu sakit dan akhirnya luka.

Semua masalah ada penyelesaiannya. Tapi jika ibu tidak mahu mencari ilmu dan caranya, azam penyusuan anda pasti cepat terpadam.

Kalau anda nk tanya saya tentang penyusuan, saya dgn senang hati suka nk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Just emelkan pertanyaan anda kepada lydzar@gmail.com

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: Hot Stuff GLA Complex! GLA COmplex adalah antara suplemen yang kerap saya cadangkan pada mereka yang bertanya... http://t.co/y4csB24l Follow @lydzar Reply Retweet   10:19 Sep-05
Latest post: Hot Stuff GLA Complex! GLA COmplex adalah antara suplemen yang kerap saya cadangkan pada mereka yang bertanya tentang vitamin untuk kesuburan dan sedang berusaha untuk c...
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like