Iya, berkesan untuk anak-anak saya. Anda mungkin patut cuba jika ada masalah yang sama macam saya.
Sahabat-sahabat saya di atas juga berjaya.
Sebenarnya, saya perasan gambar 'hantu' ini dari wall Facebook sahabat saya Deeya. Terus tertancap mata saya pada gambar tersebut. Dah lah tengok gambar tu waktu malam, sebelum tidur. Rasa seram sejuk jugalah.
Terus saya komen pada sharing beliau, ' Nanti nak tunjuk lah gambar ni dekat anak-anak'. Deeya setuju sebab kami sebenarnya agak hilang idea bagaimana nak menjauhkan anak-anak dengan junkfood.
Walaupun kami sudah terapkan jenis pemakanan yang boleh dan tidak boleh kepada anak-anak sejak mereka kecil, namun pergaulan dengan rakan sebaya dan pergaulan di sekolah kadangkala menyebabkan anak anak ini mempunyai peel 'nak jugak! nak jugak!'.
Dan kebiasaannya, si ibu tak kuat nak kawal anak yang merengek-rengek mahukan gula-gula lantas akhirnya beri juga lah sebiji dua. Belum lagi kes, kadang-kadang kalau bersarapan di kedai mamak, si ayah membayar, tokei kedai mamak pula hulur 2-3biji gula-gula pada anak.
TAK MENGAPA KAH KAITKAN UNSUR HANTU YANG MENAKUTKAN KEPADA ANAK-ANAK?
Untuk hal ini, bagi saya tidak mengapa.
Saya tidak pernah memomokkan anak-anak saya untuk takut dengan tempat gelap sebab ada hantu.
Namun untuk kes ini, makan gula-gula, jajan dan sebagainya, memang nanti lama-lama jadi 'hantu'.
'Hantu jajan' lah kan!
Ask Dr. SearsExcitotoxins are food additives that can alter the chemistry of your brain and are especially harmful to the growing brains of children. See what common food additives are excitotoxins and how to exclude them from your family’s diet.
Kerana tidak mahu anak-anak terus menjadi mangsa 'bahan-bahan beracun' ini, saya memang sanggup memomokkan mereka.
'Eiii takutlah, kalau Hilda makan gula-gula banyak sangat, tengok gigi dah buruk macam hantu ni. Cuba tengok gigi Hilda, kan lebihkurang je..'
Hilda setuju sebab memang giginya dah mula rosak.
'Abang Hadif, tengok ni otak dia kena belah sebab nak keluarkan gula-gula dari otak dia. Dia makan banyak sangat la ni sampai penuh. Kalau otak jadi macam ni, macam mana nak belajar dan jadi pandai'
Anak-anak lebih mudah tertarik pada visual yang mereka boleh lihat secara terus. Berbanding mama membebel sampai cekang urat leher ni.
Kebetulan semasa saya tunjukkan pada mereka gambar ini, Hilda tengah pegang gula-gula NanoNano. Gula-gula ini memang ada corak yang lebihkurang sama macam dalam gambar 'hantu' di atas.
Mula-mula memang dia berdegil masih mahu makan. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, saya tunjukkan lagi corak tadi sama macam mata kanan hantu. Dia masih degil dan masukkan Nano Nano ke dalam mulut.
Yang buat saya terkejut, bila sampai taman (kami memang on the way ke taman untuk riadah petang), Hilda ludahkan gula-gula tadi. 'Tak nak lah mama, Hilda taknak jadi hantu'
Yesss! kemenangan di pihak mama! Yeay!
Dan pagi tadi, sedang saya sibuk memasak, datang pula Hadif. Dia buka peti sejuk, ambil bungkusan NanoNano yang lain, terus dia buang dalam tong sampah.
'Gula gula ni tak ada khasiat kan mama. Abang buang tau..'
Wahhhh.. mama menang lagi . Alhamdulillah cara ini nampaknya berkesan untuk saya kawal mereka daripada terus-terusan minta gula-gula.
Jomlah kita teruskan misi membuang 'junkfood' dari diari keluarga kita. Kalau anak-anak dihalang makan junkfood, tapi ayah tetap makan di depan anak-anak, ini tentunya menimbulkan konflik kepada anak-anak. Jadi, perlu konsisten ya.
Kalau ayah dan ibu nak makan (pastikan makan hanya ketika terpaksa makan), pastikan bukan didepan mereka.
Mari kita ubah diet anak-anak kita kepada sesuatu yang lebih sihat.
'Eiii takutlah, kalau Hilda makan gula-gula banyak sangat, tengok gigi dah buruk macam hantu ni. Cuba tengok gigi Hilda, kan lebihkurang je..'
Hilda setuju sebab memang giginya dah mula rosak.
'Abang Hadif, tengok ni otak dia kena belah sebab nak keluarkan gula-gula dari otak dia. Dia makan banyak sangat la ni sampai penuh. Kalau otak jadi macam ni, macam mana nak belajar dan jadi pandai'
Anak-anak lebih mudah tertarik pada visual yang mereka boleh lihat secara terus. Berbanding mama membebel sampai cekang urat leher ni.
Kebetulan semasa saya tunjukkan pada mereka gambar ini, Hilda tengah pegang gula-gula NanoNano. Gula-gula ini memang ada corak yang lebihkurang sama macam dalam gambar 'hantu' di atas.
Mula-mula memang dia berdegil masih mahu makan. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, saya tunjukkan lagi corak tadi sama macam mata kanan hantu. Dia masih degil dan masukkan Nano Nano ke dalam mulut.
Yang buat saya terkejut, bila sampai taman (kami memang on the way ke taman untuk riadah petang), Hilda ludahkan gula-gula tadi. 'Tak nak lah mama, Hilda taknak jadi hantu'
Yesss! kemenangan di pihak mama! Yeay!
Pinjam gambar ye : Ash-Adn |
'Gula gula ni tak ada khasiat kan mama. Abang buang tau..'
Wahhhh.. mama menang lagi . Alhamdulillah cara ini nampaknya berkesan untuk saya kawal mereka daripada terus-terusan minta gula-gula.
KEBURUKAN MAKAN 'JUNKFOOD' KEPADA ANAK KECIL
Tinggi garam
Tinggi gula
Ada kandungan bahan pengawet
Banyak bahan perasa
Dan ia menyebabkan 'excitotoxins'. Rujuk quote dari Dr Sears di atas.
Nampak sedap, nampak menarik, namun ia sebenarnya sangat bahaya untuk otak anak-anak kita yang sedang berkembang.
Kalau ayah dan ibu nak makan (pastikan makan hanya ketika terpaksa makan), pastikan bukan didepan mereka.
Mari kita ubah diet anak-anak kita kepada sesuatu yang lebih sihat.