UA-56349233-1
Showing posts with label Rahsia Anak Bijak. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Anak Bijak. Show all posts

Hentikan Minat Anak-Anak Kepada 'JunkFood' Dengan Gambar 'Hantu', Berkesankah?

Iya, berkesan untuk anak-anak saya. Anda mungkin patut cuba jika ada masalah yang sama macam saya.
               

Sahabat-sahabat saya di atas juga berjaya.

Sebenarnya, saya perasan gambar 'hantu' ini dari wall Facebook sahabat saya Deeya. Terus tertancap mata saya pada gambar tersebut. Dah lah tengok gambar tu waktu malam, sebelum tidur. Rasa seram sejuk jugalah.

Terus saya komen pada sharing beliau, ' Nanti nak tunjuk lah gambar ni dekat anak-anak'. Deeya setuju sebab kami sebenarnya agak hilang idea bagaimana nak menjauhkan anak-anak dengan junkfood.

Walaupun kami sudah terapkan jenis pemakanan yang boleh dan tidak boleh kepada anak-anak sejak mereka kecil, namun pergaulan dengan rakan sebaya dan pergaulan di sekolah kadangkala menyebabkan anak anak ini mempunyai peel 'nak jugak! nak jugak!'.

Dan kebiasaannya, si ibu tak kuat nak kawal anak yang merengek-rengek mahukan gula-gula lantas akhirnya beri juga lah sebiji dua. Belum lagi kes, kadang-kadang kalau bersarapan di kedai mamak, si ayah membayar, tokei kedai mamak pula hulur 2-3biji gula-gula pada anak.

TAK MENGAPA KAH KAITKAN UNSUR HANTU YANG MENAKUTKAN KEPADA ANAK-ANAK?


Untuk hal ini, bagi saya tidak mengapa.

Saya tidak pernah memomokkan anak-anak saya untuk takut dengan tempat gelap sebab ada hantu. 
Namun untuk kes ini, makan gula-gula, jajan dan sebagainya, memang nanti lama-lama jadi 'hantu'. 
'Hantu jajan' lah kan!

Ask Dr. SearsExcitotoxins are food additives that can alter the chemistry of your brain and are especially harmful to the growing brains of children. See what common food additives are excitotoxins and how to exclude them from your family’s diet. 
Kerana tidak mahu anak-anak terus menjadi mangsa 'bahan-bahan beracun' ini, saya memang sanggup memomokkan mereka.

'Eiii takutlah, kalau Hilda makan gula-gula banyak sangat, tengok gigi dah buruk macam hantu ni. Cuba tengok gigi Hilda, kan lebihkurang je..'

Hilda setuju sebab memang giginya dah mula rosak.

'Abang Hadif, tengok ni otak dia kena belah sebab nak keluarkan gula-gula dari otak dia. Dia makan banyak sangat la ni sampai penuh. Kalau otak jadi macam ni, macam mana nak belajar dan jadi pandai'

Anak-anak lebih mudah tertarik pada visual yang mereka boleh lihat secara terus. Berbanding mama membebel sampai cekang urat leher ni.

Kebetulan semasa saya tunjukkan pada mereka gambar ini, Hilda tengah pegang gula-gula NanoNano. Gula-gula ini memang ada corak yang lebihkurang sama macam dalam gambar 'hantu' di atas.

Mula-mula memang dia berdegil masih mahu makan. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut, saya tunjukkan lagi corak tadi sama macam mata kanan hantu. Dia masih degil dan masukkan Nano Nano ke dalam mulut.

Yang buat saya terkejut, bila sampai taman (kami memang on the way ke taman untuk riadah petang), Hilda ludahkan gula-gula tadi. 'Tak nak lah mama, Hilda taknak jadi hantu'
Yesss! kemenangan di pihak mama! Yeay!

Pinjam gambar ye : Ash-Adn
Dan pagi tadi, sedang saya sibuk memasak, datang pula Hadif. Dia buka peti sejuk, ambil bungkusan NanoNano yang lain, terus dia buang dalam tong sampah.

'Gula gula ni tak ada khasiat kan mama. Abang buang tau..'

Wahhhh.. mama menang lagi . Alhamdulillah cara ini nampaknya berkesan untuk saya kawal mereka daripada terus-terusan minta gula-gula.

KEBURUKAN MAKAN 'JUNKFOOD' KEPADA ANAK KECIL

Tinggi garam
Tinggi gula
Ada kandungan bahan pengawet
Banyak bahan perasa

Dan ia menyebabkan 'excitotoxins'. Rujuk quote dari Dr Sears di atas.

Nampak sedap, nampak menarik, namun ia sebenarnya sangat bahaya untuk otak anak-anak kita yang sedang berkembang. 

Jomlah kita teruskan misi membuang 'junkfood' dari diari keluarga kita. Kalau anak-anak dihalang makan junkfood, tapi ayah tetap makan di depan anak-anak, ini tentunya menimbulkan konflik kepada anak-anak. Jadi, perlu konsisten ya.

Kalau ayah dan ibu nak makan (pastikan makan hanya ketika terpaksa makan), pastikan bukan didepan mereka.

Mari kita ubah diet anak-anak kita kepada sesuatu yang lebih sihat.


Pengalaman Uruskan Anak Dengan Mudah Pada Hari Pertama Persekolahan 2015

...dengan menggunakan Teknik Pengaktifan Minda Separa Sedar
sehingga anak-anak bangun pagi tanpa merengek tak mahu mandi dan berjaya makan sarapan pagi.
Itu sambungan kepada tajuk di atas. Panjang sangat siap ada sambungan :)

Wajah ceria hari pertama sekolah
Pagi tadi sempat dengar taklimat dalam perhimpunan pertama Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2. Itu pun separuh sahaja sebab perlu menghantar anak kedua dan ketiga ke tadika dulu.
Anak sulung dah darjah 2. Alhamdulillah persediaan masuk ke sekolah dah diuruskan dalam waktu cuti sekolah.

Sekolah Subest2 adalah sekolah yang baru dibuka tahun lepas dan Hannah adalah antara pelajar Tahun 1 pioneer di sana. Untuk tahun 2015, baru bermula 2 sesi sekolah ini. Tahun lepas hanya satu sesi sahaja. Tahun ini, pelajar-pelajar darjah 2, 4 dan 5 bersekolah sesi pagi. Dan pelajar darjah 1 dan 3 bersekolah sesi petang.

Insya allah, tiada perubahan rutin bagi kami suami isteri untuk menguruskan anak-anak kami untuk tahun 2015 ini. Alhamdulillah.

CARANYA

Alhamdulillah. Walaupun cuti hampir 2 bulan, dan hampir setiap hari mereka bangun lewat, pagi tadi saya berjaya uruskan mereka dengan baik tanpa rengekan dan tangisan.

Bayangkan nak uruskan 3 anak yang bersekolah jika mood mereka tidak baik. Mungkin mood mama pun boleh kelaut jika tidak diuruskan dengan baik.

Jom saya kongsikan sedikit tips bagaimana nak uruskan anak bangun pagi-pagi tanpa ragam dan tangisan.

TEKNIK PENGAKTIFAN MINDA SEPARA SEDAR

Bunyinya macam saintifik sangat, kan?
Tapi anda jangan tak tahu, teknik minda separa sedar ni bukan sahaja boleh digunakan untuk pelajar peringkat lebih tinggi, orang-orang berkerjaya hebat dan sebagainya, ia sangat berkesan untuk anak-anak kecil kita juga.

Jika anda masih belum tahu, mengikut kajian secara saintifik, kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mampu bertindak cemerlang dan mendapat keputusan yang hebat dala, aa yang dilakukannya. 

Dan menurut kajian tersebut, minda separa sedar merupakan 'owner' yang memegang saham sebanyak 90% dalam diri seseorang individu.

Bayangkan kalau kita nak minta diskaun apabila mahu membeli sebuah telefon pintar, staf kedai tersebut akan merujuk kepada 'owner' kedai sebelum bersetuju dengan bargain kita.

Jika staff kedai boleh bagi diskaun 5%, namun jika kita pandai memujuk 'owner' kedai, mungin beliau sanggup memberi diskaun sebanyak 90% pada kita. Percayalah!

Kebanyakan anak-anak meragam kerana merasa seolah-olah dipaksa bangun pagi, dipaksa ke sekolah sedangkan keinginan dalamannya adalah tidur lebih lama dan bergembira dirumah seperti waktu cuti sekolah.

Insya allah, perkara ini mampu diubah jika kena caranya. Jom teruskan membaca ye!

CARANYA..

Sebelum itu, sebagai ibu bapa kita perlu tahu, minda separa sedar seseorang boleh diaktifkan pada waktu-waktu ini;
  • Anak sedang terharu atau bersemangat, ketika anda memberikan sesuatu yang disukai secara surprise. Contohnya membelikan bekas pensil yang dihajatkan oleh anak sebelum ini.
  • Anak sedang tenang (alpha wave), kebiasaannya pada waktu mereka sedang mencari mood nak tidur.
Gambar lama

Jadi, beberapa hari sebelum mula sesi persekolahan bolehlah mula mencari ruang masa yang sesuai untuk kita aktifkan minda separa sedar anak.

Ketika anak-anak berada dalam salah satu keadaan diatas, boleh mula berdialog dengan mereka. 
Dapatkan 3 perkara yang anak boleh persetujui seperti contoh d bawah;

'Sayang, hari Isnin nanti kakak dah mula ke sekolah tau. Kakak suka jadi pandai bila ke sekolah kan?'

Pastikan dia mengangguk setuju. Minda separa sedar anak akan mula memberi perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Dekat sekolah nanti, kakak akan belajar macam-macam yang kakak belum tahu. Nanti bila dah tahu boleh la kakak ajar mama pulak, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali kedua. Minda separa sedar anak akan mula memberi lebih perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Hari Isnin nanti, mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan. Boleh belajar, main dan makan dengan dorang. Kakak rindu Insyirah, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali ketiga. Minda separa sedar anak telah bersedia untuk mendengar saranan atau nasihat yang kita mahu sampaikan.

Sambunglah pesanan-pesanan dan expectation anda selepas ini. 

Jika mahu anak bangun awal, bangun dengan gembira dan bersemangat. Tidak merengek-rengek dan menangis serta membuatkan mama menjadi TARZAN.

'Ok, kalau macam tu, pagi Isnin nanti, kakak mesti bangun pukul 6.15pagi. Bangun dengan gembira. Terus pergi mandi, gosok gigi dan wudhu' 

Lepas tu solat Subuh 2 rakaat. Dah siap solat, pakai baju sekolah dan makan breakfast yang mama buat. Boleh?'

Ini dialog kisah benar saya dengan anak sulung saya. Anda nak tiru, silakanlah.

ALHAMDULILLAH, memang berjaya.

Begitu juga dengan dua orang lagi anak saya yang bersekolah Tadika. Teknik yang sama, hanya dialog berbeza. 


Semoga ianya membantu anda menguruskan anak (kalau lebih dari satu memang konfem kena apply teknik ini) untuk mengelakkan anda jadi TARZAN dan marah-marah anak di pagi hari.

Ada lagi satu Rahsia Anak Bijak yang boleh diamalkan jika anda mahu anak anda sihat dan cergas dan sentiasa bersedia dengan cabaran persekolahan mereka. Nanti saya tulis lagi ye. Kena masuk dapur!




4 Rahsia Anak Bijak, Dapat Skor A Setiap Kali Exam, Best Tak?

'Mama, tengok kertas exam Hannah, dapat skor A lagi mama'
Tentu sekali hati mama berbunga riang bila anak bagi laporan pelajarannya yang cemerlang.

'Bijaknya anak mama.. dapat skor A lagi ye. Alhamdulillah..syukur. Mama doakan Hannah berjaya dalam pelajaran dan hidup di masa depan nanti Insya Allah'

Mama peluk erat erat anak yang baru pulang dari sekolah tadi.

Rahsia Anak Skor A Dalam Exam

Mungkin ada yang tak setuju dengan sistem pendidikan masakini yang terlalu 'exam-oriented', bergantung kepada peperiksaan untuk menentukan kecemerlangan seseorang. dan pelbagai lagi persepsi.

Namun begitu, saya lebih suka follow the flow. Diketika sistem pendidikan memerlukan anak-anak saya untuk skor A, maka saya akan berusaha memastikan mereka skor A juga. Dalam masa yang sama, sentiasa cuba menerapkan pelbagai lagi nilai hidup dalam diri mereka.

Saya nak kongsikan beberapa rahsia saya sebagai seorang ibu dalam mendidik anak saya yang baru memulakan persekolahan darjah 1 tahun ini. Masih panjang lagi proses pembelajaran beliau dan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan beliau sentiasa excellent dalam exam dan hidupnya..

Mempunyai anak yang bijak memang impian semua ibu bapa, bukan? Persoalannya adakah bijak ini adalah takdir, atau sesuatu yang perlu diusahakan. Bagi saya, tentulah kebijakan ini perlu diajar dan diasuh kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi, malah memang ada amalan untuk ibu mengandung jika mahu melahirkan anak yang bijak.

Jom baca 4 rahsia anak bijak yang saya amalkan selama ini.

Doa Nabi Sulaiman

DOA MUSTAJAB IBU BAPA

Saya memang sangat percaya akan kuasa DOA terutama sekali doa ibu bapa terhadap anak mereka.
Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut termasuklah doa ibu bapa.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ibu bapa boleh memohon apa sahaja hajat berkaitan dengan anak-anak mereka kepada ALLAH. Doa ibu bapa tiada hijab kerana redha ALLAH kepada anak-anak bergantung kepada redha kedua ibubapanya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa redha dan mendoakan yang baik baik untuk anak mereka.

Doa diatas diperturunkan sendiri oleh abah saya untuk diamalkan sejak saya kecil dahulu.


MENJAGA EMOSI ANAK SUPAYA SENTIASA POSITIF DAN BERSEMANGAT


Kanak-kanak juga tidak lari dari rasa stress. Mungkin kita menganggap mereka sangat happy dan kelihatan aktif bermain, tetapi itu bukan petanda mereka tidak tertekan. Antara perkara yang kerap membuat anak stress ialah, rasa cemburu melihat layanan ibubapa kepada adik beradiknya yang lain, suka membandingkan kelemahan diri dengan rakan-rakan, kesukaran menyelesaikan kerja sekolah, tidak dapat apa yang mereka minta daripada ibu bapa (contohnya toys), terpaksa beradaptasi dengan pelbagai perubahan seperti berpindah sekolah dan tak kurang juga, tiada minat dengan beberapa subjek tertentu di sekolah.

Jadi untuk memastikan anak saya stress-free, saya akan sentiasa meluangkan masa bersama beliau dan saling bertukar cerita tentang aktiviti harian. Sebagaimana orang dewasa, kanak kanak juga memerlukan pendengar setia untuk mereka melepaskan perasaan sekaligus memastikan emosi mereka sentiasa terjaga.

Cubalah sentiasa meluangkan masa dan mendengar apa yang ingin anak-anak cerita dan sampaikan kepada kita. Percayalah anak akan mudah kecil hati dan merajuk apabila ibu bapanya terlalu sibuk dengan hal sendiri.


DISIPLIN DENGAN RUTIN BELAJAR HARIAN



Sebenarnya jarang juga beliau berkesempatan mengulangkaji pelajaran, sebab setiap malam anak saya akan fokus untuk membuat kerja rumah (homework). Jadi melalui kerja rumah yang cikgu bagi itu lah yang kami jadikan sumber ulangkaji. Dan papa nya pula fokus mengajar mata pelajaran Matematik. Yang pasti, beliau hanya boleh tidur setelah semua kerja sekolah disiapkan


MENJAGA PEMAKANAN SUPAYA ANAK SENTIASA SIHAT


Faktor pemakanan juga sangat penting, kerana dari pemakanan ini lah yang akan menentukan taraf kesihatan anak-anak kita. Pastikan mereka mendapat khasiat lengkap daripada makanan. Jika saya tak dapat pastikan beliau dapat keseluruhan zat melalui makanan haria, saya akan berikannya makanan tambahan seperti multvitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk menampung keperluan gizi hariannya. Dan saya memilih Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak ini sebagai makanan tambahan harian anak anak saya.

Saya memang sangat kagum dengan manfaat minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard. Selain membantu anak-anak recover batuk dengan cepat, ia sangat membantu anak-anak saya fokus pada perkara yang mereka lakukan. Bak kata satu iklan susu tu, sel otak sedang berhubung sebab kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Jika cikgu anak anda pernah komplen anak anda sukar nak fokus dalam kelas mungkin anda perlu berikan mereka Omega Guard juga. Percayalah, kesannya memang menakjubkan.

-------------------------------------------------------------------------

Ok itu lah dia 4 Rahsia Anak Bijak yang saya sedang apply dalam keluarga saya. Masih terlalu banyak ilmu yang saya perlu belajar dalam menjadi seorang ibu hebat yang sedang membesarkan anak-anak bijak dan pintar. Dan saya memang akan terus berusaha agar anak anak saya dapat terus SKOR A dalam exam, dalam pelajaran dan dalam kehidupan mereka, insya allah.

Insya allah, saya akan share kan lagi tips-tips anak bijak dan pintar di masa depan. Saya sangat recommend anda berikan juga Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak, lagi lagi sekarang Shaklee tengah buat promosi untuk Omega Guard. Anda sebagai ibu dan bapa pasti impress dengan perbezaan anak anda sekarang berbanding dahulu. Ingat, memang tugas ibu bapa untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kan?





Sekian, terima kasih

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.




Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424





Gabungan Vitamin Terbaik Untuk Anak Pintar Kita

Senangnya hati kita bila melihat permata hati kita aktif, cergas, sihat dan pintar. Seiring dengan usia mereka, adakalanya mereka mempunyai 'peel picky eater'. Ya Allah tertekannya bila berdepan dengan situasi anak tak mau makan ni, setuju kan? Memang rami ibu menghadapi dilema macam ni kan?

Suruh makan nasi, geleng kepala, suruh makan sayur geleng kepala, suruh makan ayam goreng laju jeeee. Anak saya la tu.

Banyak juga resepi yang saya dah cuba untuk menarik minat mereka makan. Tapi macam tu lah, kadangkala ok nampak berselera, kadangkala sampai menjerit-jerit saya menyuruh mereka makan. Moment makan menjadi sesuatu yang sangat stress bagi kami anak beranak. Dan atas saranan beberapa orang kawan, saya mula konsisten memberikan anak-anak saya Set Vitamin Untuk Anak Bijak ini.

Dahulu saya bermula dengan hanya 2 suplemen ini iaitu Mealshake dan Omega Guard. Rakan saya menasihatkan saya memasukkan dua supplement ini kedalam diet seharian mereka. Saya pon dah cuba konsisten selama 3bulan dan stick pada amalan ini sekarang.

Sebiji Omega Guard dan 2 sudu besar Mealshake setiap hari.


vitamin yang diperlukan oleh kanak kanak

Sedikit informasi tentang gabungan vitamin terbaik untuk kanak kanak:

Mealshake :

-Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
-Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.
-Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
-Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Omega Guard :

-Minyak ikan terbaik dipasaran.
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
-Meningkatkan sistem imunisasi.
-Menapis segala virus dan bakteria daripada badan.
-Kanak-kanak yang mengambil Omega 3 dari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Alhamdulillah memang ada perubahan pada peel makan anak saya. Mudah sikit la nk beri makan berbanding dulu. Saya juga seronok sangat melihat testimoni-testimoni dari para ibu yang telah memberikan anak mereka Mealshake.

Kebanyakannya memberikan reaksi dan perubahan positif terhadap selera anak mereka. Jom kita lihat apa kata mereka.

Testimoni Set Vitamin Anak PintarTerbaru sepanjang tahun ini, saya menyaksikan prestasi cemerlang anak-anak saya di sekolah. Hadif berjaya mendapat nombir 1 dalam kelas bagi peperiksaan pertengahan tahun dengan markah A bagi 4 subjek yang dipelajari  di sekolah. Dan Hannah juga membawa pulang kertas peperiksaan hujung tahunnya dengan setiap satu nya dengan markah 90 dan keatas. Sebagai seorang ibu, tentunya saya berasa sangat bangga dan gembira dengan prestasi mereka di kelas.



Jadi kepada para ibu yang masih berdepan dengan masalah anak tak mau makan, nampak kesukaran nak fokus dalak kelas dab beberapa lagi masalah biasa anak-anak. apa kata anda cuba dua produk ini.
Serius, saya sangat gembira dengan perkembangan anak-anak saya sekarang.

Kalau ibu ibu juga seronok lihat anak orang lain skor A, dan mahu anak anda juga skor A, boleh hubungi saya melalui whatsapp, nanti saya akan kongsikan lebih banyak tips-tips tentang anak bijak.

----------------------------------------------------------------------------------------------


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head