UA-56349233-1
Showing posts with label Set Vitamin Untuk Kanak Kanak. Show all posts
Showing posts with label Set Vitamin Untuk Kanak Kanak. Show all posts

Formula Diperbaharui : Vitalea For Children Bau Anggur, Beri 1 Pasti Tak Cukup

Alhamdulillah, awal tahun 2015 semua penggemar Shaklee dihadiahkan dengan berita gembira.

Vitalea for Children membuat 'comeback' dengan formula yang lebih baik untuk membantu mempertingkatkan taraf kesihatan anak-anak.



Bayangkan mencabarnya hidup anak-anak kita zaman sekarang ini. Dengan pelbagai pencemaran (asap rokok, asap kereta asap kilang, pencemaran air dan sebagainya), dengan aktiviti harian dan jadual yang padat, dan biasanya mereka tidak mendapat makanan seimbang kerana ibu bapa yang sangat sibuk.

Akhirnya anak-anak juga terjebak dengan pelbagai 'fast-activity'. Fast food antara perkara yang mereka terpaksa hadap. Mak nak cepat, masak nasik dengan telur dadar saja. Ayah nak cepat, dibelikan anak ayam K**.


Mereka makan sekadar untuk kenyang tanpa mengambil kira keperluan nutrien sebenar yang tubuh perlukan. Nak komplen banyak-banyak pun, mereka tak tahu kepentingan makanan berkhasiat jika tidak dididik.

Vitalea Sebagai Pelengkap, Bukan Pengganti Makanan.

Jangan salah anggap ye, Vitalea For Children adalah multivitamin. Jadi pengambilannya bukanlah pengganti makanan. Maka ibu ayah sekalian masih perlu memasak atau memastikan anda menyediakan makanan seimbang untuk anak-anak


Sama seperti golongan dewasa yang memerlukan multivitamin setiap hari. Sekurang-kurangnya multivitamin akan menampung mana-mana kekurangan nutrien dari dalam diet dan pemakanan harian kita.

Vitalea For Children di sarankan untuk kanak-kanak agar mereka membesar dengan baik

Dan ini pula senarai sayuran atau makanan yang perlu anak-anak kita makan jika nak dapatkan khasiat 1 biji Vitalea For Children.

Bayangkan mudahnya kalau mereka hanya perlu mengunyah tablet Vitalea kan.



PENERIMAAN ANAK ANAK TERHADAP VITALEA FOR CHILDREN ?

Mungkin ada ibu ayah yang risau anak-anak tak suka makan vitamin kan? Saya kongsikan juga beberapa pendapat dan reviu dari ibu-ibu yang dah mula berikan Vitalea For Children kepada anak-anak mereka.


Jadi, jangan risau ye.

Kebanyakan kanak-kanak akan sukakan Vitalea For Children ini kerana bau dan rasa anggur yang memang sangat menyelerakan.

Dan ibu ayah patut dapatkan segera setelah mengetahui khasiat dan manfaat yang bakal anak-anak dapat melalui pengambilan Vitalea For Children ni.
Takkan kita sanggup lihat anak-anak selalu letih, lemah dan lesu dek kerana aktiviti mereka yang sangat padat.

Untuk bulan Januari, dapatkan promosi Beli 3 percuma 1 dari kami. Bekalan vitamin untuk tempoh beberapa bulan dengan kadar penjimatan berganda.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Pengalaman Uruskan Anak Dengan Mudah Pada Hari Pertama Persekolahan 2015

...dengan menggunakan Teknik Pengaktifan Minda Separa Sedar
sehingga anak-anak bangun pagi tanpa merengek tak mahu mandi dan berjaya makan sarapan pagi.
Itu sambungan kepada tajuk di atas. Panjang sangat siap ada sambungan :)

Wajah ceria hari pertama sekolah
Pagi tadi sempat dengar taklimat dalam perhimpunan pertama Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2. Itu pun separuh sahaja sebab perlu menghantar anak kedua dan ketiga ke tadika dulu.
Anak sulung dah darjah 2. Alhamdulillah persediaan masuk ke sekolah dah diuruskan dalam waktu cuti sekolah.

Sekolah Subest2 adalah sekolah yang baru dibuka tahun lepas dan Hannah adalah antara pelajar Tahun 1 pioneer di sana. Untuk tahun 2015, baru bermula 2 sesi sekolah ini. Tahun lepas hanya satu sesi sahaja. Tahun ini, pelajar-pelajar darjah 2, 4 dan 5 bersekolah sesi pagi. Dan pelajar darjah 1 dan 3 bersekolah sesi petang.

Insya allah, tiada perubahan rutin bagi kami suami isteri untuk menguruskan anak-anak kami untuk tahun 2015 ini. Alhamdulillah.

CARANYA

Alhamdulillah. Walaupun cuti hampir 2 bulan, dan hampir setiap hari mereka bangun lewat, pagi tadi saya berjaya uruskan mereka dengan baik tanpa rengekan dan tangisan.

Bayangkan nak uruskan 3 anak yang bersekolah jika mood mereka tidak baik. Mungkin mood mama pun boleh kelaut jika tidak diuruskan dengan baik.

Jom saya kongsikan sedikit tips bagaimana nak uruskan anak bangun pagi-pagi tanpa ragam dan tangisan.

TEKNIK PENGAKTIFAN MINDA SEPARA SEDAR

Bunyinya macam saintifik sangat, kan?
Tapi anda jangan tak tahu, teknik minda separa sedar ni bukan sahaja boleh digunakan untuk pelajar peringkat lebih tinggi, orang-orang berkerjaya hebat dan sebagainya, ia sangat berkesan untuk anak-anak kecil kita juga.

Jika anda masih belum tahu, mengikut kajian secara saintifik, kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mampu bertindak cemerlang dan mendapat keputusan yang hebat dala, aa yang dilakukannya. 

Dan menurut kajian tersebut, minda separa sedar merupakan 'owner' yang memegang saham sebanyak 90% dalam diri seseorang individu.

Bayangkan kalau kita nak minta diskaun apabila mahu membeli sebuah telefon pintar, staf kedai tersebut akan merujuk kepada 'owner' kedai sebelum bersetuju dengan bargain kita.

Jika staff kedai boleh bagi diskaun 5%, namun jika kita pandai memujuk 'owner' kedai, mungin beliau sanggup memberi diskaun sebanyak 90% pada kita. Percayalah!

Kebanyakan anak-anak meragam kerana merasa seolah-olah dipaksa bangun pagi, dipaksa ke sekolah sedangkan keinginan dalamannya adalah tidur lebih lama dan bergembira dirumah seperti waktu cuti sekolah.

Insya allah, perkara ini mampu diubah jika kena caranya. Jom teruskan membaca ye!

CARANYA..

Sebelum itu, sebagai ibu bapa kita perlu tahu, minda separa sedar seseorang boleh diaktifkan pada waktu-waktu ini;
  • Anak sedang terharu atau bersemangat, ketika anda memberikan sesuatu yang disukai secara surprise. Contohnya membelikan bekas pensil yang dihajatkan oleh anak sebelum ini.
  • Anak sedang tenang (alpha wave), kebiasaannya pada waktu mereka sedang mencari mood nak tidur.
Gambar lama

Jadi, beberapa hari sebelum mula sesi persekolahan bolehlah mula mencari ruang masa yang sesuai untuk kita aktifkan minda separa sedar anak.

Ketika anak-anak berada dalam salah satu keadaan diatas, boleh mula berdialog dengan mereka. 
Dapatkan 3 perkara yang anak boleh persetujui seperti contoh d bawah;

'Sayang, hari Isnin nanti kakak dah mula ke sekolah tau. Kakak suka jadi pandai bila ke sekolah kan?'

Pastikan dia mengangguk setuju. Minda separa sedar anak akan mula memberi perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Dekat sekolah nanti, kakak akan belajar macam-macam yang kakak belum tahu. Nanti bila dah tahu boleh la kakak ajar mama pulak, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali kedua. Minda separa sedar anak akan mula memberi lebih perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Hari Isnin nanti, mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan. Boleh belajar, main dan makan dengan dorang. Kakak rindu Insyirah, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali ketiga. Minda separa sedar anak telah bersedia untuk mendengar saranan atau nasihat yang kita mahu sampaikan.

Sambunglah pesanan-pesanan dan expectation anda selepas ini. 

Jika mahu anak bangun awal, bangun dengan gembira dan bersemangat. Tidak merengek-rengek dan menangis serta membuatkan mama menjadi TARZAN.

'Ok, kalau macam tu, pagi Isnin nanti, kakak mesti bangun pukul 6.15pagi. Bangun dengan gembira. Terus pergi mandi, gosok gigi dan wudhu' 

Lepas tu solat Subuh 2 rakaat. Dah siap solat, pakai baju sekolah dan makan breakfast yang mama buat. Boleh?'

Ini dialog kisah benar saya dengan anak sulung saya. Anda nak tiru, silakanlah.

ALHAMDULILLAH, memang berjaya.

Begitu juga dengan dua orang lagi anak saya yang bersekolah Tadika. Teknik yang sama, hanya dialog berbeza. 


Semoga ianya membantu anda menguruskan anak (kalau lebih dari satu memang konfem kena apply teknik ini) untuk mengelakkan anda jadi TARZAN dan marah-marah anak di pagi hari.

Ada lagi satu Rahsia Anak Bijak yang boleh diamalkan jika anda mahu anak anda sihat dan cergas dan sentiasa bersedia dengan cabaran persekolahan mereka. Nanti saya tulis lagi ye. Kena masuk dapur!




4 Rahsia Anak Bijak, Dapat Skor A Setiap Kali Exam, Best Tak?

'Mama, tengok kertas exam Hannah, dapat skor A lagi mama'
Tentu sekali hati mama berbunga riang bila anak bagi laporan pelajarannya yang cemerlang.

'Bijaknya anak mama.. dapat skor A lagi ye. Alhamdulillah..syukur. Mama doakan Hannah berjaya dalam pelajaran dan hidup di masa depan nanti Insya Allah'

Mama peluk erat erat anak yang baru pulang dari sekolah tadi.

Rahsia Anak Skor A Dalam Exam

Mungkin ada yang tak setuju dengan sistem pendidikan masakini yang terlalu 'exam-oriented', bergantung kepada peperiksaan untuk menentukan kecemerlangan seseorang. dan pelbagai lagi persepsi.

Namun begitu, saya lebih suka follow the flow. Diketika sistem pendidikan memerlukan anak-anak saya untuk skor A, maka saya akan berusaha memastikan mereka skor A juga. Dalam masa yang sama, sentiasa cuba menerapkan pelbagai lagi nilai hidup dalam diri mereka.

Saya nak kongsikan beberapa rahsia saya sebagai seorang ibu dalam mendidik anak saya yang baru memulakan persekolahan darjah 1 tahun ini. Masih panjang lagi proses pembelajaran beliau dan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan beliau sentiasa excellent dalam exam dan hidupnya..

Mempunyai anak yang bijak memang impian semua ibu bapa, bukan? Persoalannya adakah bijak ini adalah takdir, atau sesuatu yang perlu diusahakan. Bagi saya, tentulah kebijakan ini perlu diajar dan diasuh kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi, malah memang ada amalan untuk ibu mengandung jika mahu melahirkan anak yang bijak.

Jom baca 4 rahsia anak bijak yang saya amalkan selama ini.

Doa Nabi Sulaiman

DOA MUSTAJAB IBU BAPA

Saya memang sangat percaya akan kuasa DOA terutama sekali doa ibu bapa terhadap anak mereka.
Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut termasuklah doa ibu bapa.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ibu bapa boleh memohon apa sahaja hajat berkaitan dengan anak-anak mereka kepada ALLAH. Doa ibu bapa tiada hijab kerana redha ALLAH kepada anak-anak bergantung kepada redha kedua ibubapanya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa redha dan mendoakan yang baik baik untuk anak mereka.

Doa diatas diperturunkan sendiri oleh abah saya untuk diamalkan sejak saya kecil dahulu.


MENJAGA EMOSI ANAK SUPAYA SENTIASA POSITIF DAN BERSEMANGAT


Kanak-kanak juga tidak lari dari rasa stress. Mungkin kita menganggap mereka sangat happy dan kelihatan aktif bermain, tetapi itu bukan petanda mereka tidak tertekan. Antara perkara yang kerap membuat anak stress ialah, rasa cemburu melihat layanan ibubapa kepada adik beradiknya yang lain, suka membandingkan kelemahan diri dengan rakan-rakan, kesukaran menyelesaikan kerja sekolah, tidak dapat apa yang mereka minta daripada ibu bapa (contohnya toys), terpaksa beradaptasi dengan pelbagai perubahan seperti berpindah sekolah dan tak kurang juga, tiada minat dengan beberapa subjek tertentu di sekolah.

Jadi untuk memastikan anak saya stress-free, saya akan sentiasa meluangkan masa bersama beliau dan saling bertukar cerita tentang aktiviti harian. Sebagaimana orang dewasa, kanak kanak juga memerlukan pendengar setia untuk mereka melepaskan perasaan sekaligus memastikan emosi mereka sentiasa terjaga.

Cubalah sentiasa meluangkan masa dan mendengar apa yang ingin anak-anak cerita dan sampaikan kepada kita. Percayalah anak akan mudah kecil hati dan merajuk apabila ibu bapanya terlalu sibuk dengan hal sendiri.


DISIPLIN DENGAN RUTIN BELAJAR HARIAN



Sebenarnya jarang juga beliau berkesempatan mengulangkaji pelajaran, sebab setiap malam anak saya akan fokus untuk membuat kerja rumah (homework). Jadi melalui kerja rumah yang cikgu bagi itu lah yang kami jadikan sumber ulangkaji. Dan papa nya pula fokus mengajar mata pelajaran Matematik. Yang pasti, beliau hanya boleh tidur setelah semua kerja sekolah disiapkan


MENJAGA PEMAKANAN SUPAYA ANAK SENTIASA SIHAT


Faktor pemakanan juga sangat penting, kerana dari pemakanan ini lah yang akan menentukan taraf kesihatan anak-anak kita. Pastikan mereka mendapat khasiat lengkap daripada makanan. Jika saya tak dapat pastikan beliau dapat keseluruhan zat melalui makanan haria, saya akan berikannya makanan tambahan seperti multvitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk menampung keperluan gizi hariannya. Dan saya memilih Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak ini sebagai makanan tambahan harian anak anak saya.

Saya memang sangat kagum dengan manfaat minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard. Selain membantu anak-anak recover batuk dengan cepat, ia sangat membantu anak-anak saya fokus pada perkara yang mereka lakukan. Bak kata satu iklan susu tu, sel otak sedang berhubung sebab kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Jika cikgu anak anda pernah komplen anak anda sukar nak fokus dalam kelas mungkin anda perlu berikan mereka Omega Guard juga. Percayalah, kesannya memang menakjubkan.

-------------------------------------------------------------------------

Ok itu lah dia 4 Rahsia Anak Bijak yang saya sedang apply dalam keluarga saya. Masih terlalu banyak ilmu yang saya perlu belajar dalam menjadi seorang ibu hebat yang sedang membesarkan anak-anak bijak dan pintar. Dan saya memang akan terus berusaha agar anak anak saya dapat terus SKOR A dalam exam, dalam pelajaran dan dalam kehidupan mereka, insya allah.

Insya allah, saya akan share kan lagi tips-tips anak bijak dan pintar di masa depan. Saya sangat recommend anda berikan juga Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak, lagi lagi sekarang Shaklee tengah buat promosi untuk Omega Guard. Anda sebagai ibu dan bapa pasti impress dengan perbezaan anak anda sekarang berbanding dahulu. Ingat, memang tugas ibu bapa untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kan?





Sekian, terima kasih

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.




Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424





Vitamin pelengkap nutrisi untuk kanak-kanak

Saya tak berapa suka makan jajan. Makan pon bila mmg dh ada depan mata. Tapi saya tak dapat nk elak anak-anak saya daripada sukakan jajan. Yer lah kan, bila ada party pack birthday konpom memang ada jajan kt dalam tu. Bila dh bawak balik, sukarnya saya nk minta anak-anak simpan saje jajan tu. Yang pasti mereka pon dah pandai buka sendiri pek jajan tu.

So bila saya dh tak ada 100% kuasa menghalang anak-anak yang suka makan jajan, gula-gula, ais krim dan sebagainya saya perlu limitkan intake dan gantikan dengan sesuatu.

Jadi, sebagai ibu bapa prihatin, saya memang cuba supaya anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Info credit to VitaminSemulajadi.com
  • Dari lahir sampai usia tiga tahun, perkembangan otak sangat sensitif dan bergantung terhadap gizi bayi dan anak-anak. 75% dari kapasiti otak mereka berkembang selama waktu ini. Kerana itu bayi harus diberi susu ibu, dan ibu hendaklah menjaga diet agar mendapat nutrient yang mencukupi untuk dirinya bagi menjaga tahap penting dalam perkembangan bayi.
  • Setelah usia dua tahun, diet anak harus mengandungi cukup rendah lemak untuk mengelakkan perkembangan penyakit jantung, obesiti, dan masalah kesihatan yang lain di sepanjang pembesaran mereka.
  • Pada usia lima tahun, otak anak telah berkembang sebanyak 90%.
  • Antara usia 11 dan 16, anak-anak mengalami growth sput, selari dengan pertambahan berat badan, pembentukan otot dan kematangan alat reproduksi.
Memandangkan kami suami isteri hari bekerja, maka tugas memberi makan anak-anak jatuh kepada pengasuh termasuk guru taska mereka. Saya memang tidak berapa pasti, adakah mereka diberi gizi pemakanan yang seimbang ditaska termasuk sayur-sayuran. Saya memang pernah bertanya pada anak sulung saya, apa yang dia makan di sekolah. Dia akan jawab, nasi dengan ayam..nasi dengan kicap, nasi dengan telur. So saya dapat buat kesimpulan, di taska mereka diberi makan makanan yang simple sahaja. Begitu juga dirumah, sayur yang saya masak akhirnya saya juga yang habiskannya.

Saya tahu, makan bukan untuk kenyang tapi untuk membekalkan nutrien kepada tubuh. Oleh itu, saya memilih Vitalea for Children supaya mereka dapat melengkapkan nutrien dalam tubuh badan mereka.

vitamin kanak-kanak

Vita-Lea® for Children Chewable

  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Anak-anak saya tiada masalah makan vitamin dalam bentuk tablet ni. Tapi saya belikan juga MealShake utk mereka kerana ada masa mereka tak mau makan Vitalea.

mealshake 

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Anda BAGAIMANA?

Pastikan anda memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan nutrisi ini bukan sahaja untuk tumbesaran tubuh badan mereka, tetapi juga untuk otak yang cerdas.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head