UA-56349233-1
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Promosi Oktober : Vitamin E, GLA Complex, Omega Guard & Vitalea For Kids

Alhamdulillah, untuk bulan ini pihak Shaklee Products (M) bermurah hati beri kita semua 4 jenis vitamin pada harga runtuh.

Tahun tahun sebelum ini, hanya 1 produk terpilih tapi kini 4 produk sekaligus. Bermakna mereka sedang memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula menikmati harga terbaik walaupun memang sebelum ini pun, harga produk Shaklee memang sangat berpatutan.



Kesemuanya adalah HOTSELLING vitamin kan?
Dekat rumah saya sendiri, kalau stok Omega takkan mampu bertahan selama 1 bulan pun.
Mana taknya, setiap hari saya ambil 3biji, anak anak 3 orang pula ambil 1biji setiap seorang. Jadi dalam masa sehari saja dah 6biji kami makan. Jadi satu botol hanya bertahan untuk setengah bulan sahaja. Sebab itu lah saya suka sangat dengan promosi bulan ini.

Suami saya pula amalkan Vitamin E setiap hari. Saya pula sapukan minyak Vitamin E ni sebagai masker dekat muka untuk memperbaiki tekstur kulit saya.

Owh ye, saya nak ingatkan lagi.  Bulan Oktober adalah bulan terakhir atau bulan penghabisan bagi promosi Daftar Ahli Dapat Vitalea Percuma.

Bayangkan kalau anda beli Set Twinpack (Beli 2 Dapat Less 5%) dan mendaftar keahlian, memang terpaksa bawak balik sebotol Vitalea secara PERCUMA sahaja.

Baiklah, jangan tunggu atau fikir lama lama untuk buat keputusan ye. Samada beli saja mana mana set promosi, atau mendaftar keahlian dengan membeli atleast 1 tiub Herbal Blend, anda sebenarnya memang dah buat keputusan paling bijak dalam hidup

Sebab keesokan harinya anda akan terus dapat menikmati pelbagai manfaat lain yang Shaklee offer.
Saya dah rasa serba sedikit, jadi saya taknaklah rasa sorang sorang. Jom kita sama sama duduk dibawah payung Shaklee :)

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Hamil Tanpa Ubat

Batuk ketika hamil, saya alami sendiri ketika kehamilan ketiga dan kini kehamilan kali keempat.
Kalau sebelum ini saya tidak pasti kenapa saya akan batuk teruk, tapi kini saya sudah maklum akan puncanya.

Selepas 2 minggu saya mengetahui keputusan positif pada UPT kit saya, terus saya diserang batuk-batuk.  Dan kebetulan beberapa orang rakan saya yang juga ibu hamil turut mengalami masalah ini.

Kesian tau kalau dapat batuk masa mengandung ni. Batuk tak kira siang atau malam dan ia menjadi lebih teruk ketika saya sedang tidur. Tidur sangat terganggu, sakit di dada dan saya boleh terfikir mahu pakai pad walaupun tidak 'period' sebab kadangkala batuk batuk berkali kali ni menyebabkan kami terkencing!

Tips pulihkan batuk ketika mengandung
Batuk ketika mengandung memang seksa!

MENGAPA MUDAH DISERANG BATUK ATAU SELSEMA KETIKA MENGANDUNG?

Secara amnya, ibu hamil mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Sistem imun mereka menjadi lemah akibat perubahan hormon ketika mengandung. Ia secara saintifiknya terjadi bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahim.

Menurut Doktor yang saya kunjungi, malah Doktor Zubaidi juga berpendapat, ibu hamil tiada cara untuk melindungi tubuh dari serangan virus batuk dan selsema kecuali dengan satu cara iaitu meningkatkan sistem imun tubuh.

Doktor di Klinik Soraya memang tidak memberikan saya sebarang ubat ketika lawatan terbaru saya minggu lepas. Kata beliau, awak cubalah petua petua tradisi dulu.

Petua tradisional yang saya cuba amalkan ketika kehamilan ketiga dulu setelah bertanya rakan rakan blog, mereka cadangkan petua perahan limau kasturi dicampur sesudu kicap.  Alhamdulillah, masam masin rasanya, berkesan juga untuk saya ketika itu.

Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Ibu Hamil

Apa pula yang saya lakukan kali ini? Teruskan membaca ye!

Saya memang menolak ubat secara total dan lebih sukakan cara alternatif, sama ada cara tradisi dan semestinya jika boleh diusahakan dengan produk Shaklee, dengan segera saya buat tanpa nanti.

Cara Tradisional.

1. Amalkan madu.
Kebetulan di rumah memang ada sebotol madu kepunyaan suami. Madu yang beliau beli beberapa bulan yang lalu adalah madu yang telah dicampurkan dengan biji biji Habbatussauda. 

Saya ambil 1sudu waktu pagi, tengahari dan malam.

khasiat madu untuk batuk

2. Amalkan serbuk kayu manis.
Petua ini saya dapat dari sebuah buku bertajuk Perubatan Cara Nabi. Saya pernah lakukannya untuk anak-anak ketika mereka batuk.

Hanya hujung sudu kecil dicampurkan dengan sesudu madu dan diminum setiap pagi dan malam.

3. Teh kayu manis.
Kadang-kadang saya hanya rendamkan sebatang kayu manis ke dalam air panas, tunggu ia menjadi suam dan saya amalkan seperti minum Cinch Tea. Rasanya tanpa gula agak payau, tapi sebab nak segera sihat, minum sahajalah.

teh kayu manis sebagai penawar batuk
Kalau nak sedap, boleh tambah madu

Cara Shaklee

Sebenarnya, ini adalah cara yang saya paling suka sekali. Sebab memang hampir semua produk Shaklee ada dalam kabinet dapur saya.

1. Vitamin C Plus
Memandangkan sistem imun tubuh ibu hamil agak rendah dan lemah, pengambilan Vitamin C sangat digalakkan untuk tujuan meningkatkan sistem imun. 

Nak makan limau Sunkist atau limau mandarin banyak-banyak, sakit tekak pula. Jadi cara termudah adalah dengan mengambil diantara 2 hingga 4biji Vitamin C setiap hari.

2. Garlic Complex
Jika anda seorang ibu, tentu sekali pernah mendengar tentang petua 'garlic oil' dari rakan-rakan ibu moden yang lain, kan?

Saya pula ambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Memang menakjubkan (tentu sekali dengan izin Allah), saya ambil dalam tempoh masa 3hari dan batuk-batuk saya berkurang dengan drastik sekali.

3. Omega Guard
Saya ambil Omega Guard secara berselang seli sahaja sejak mengandung kali ini. Tapi dek kerana batuk, saya kembali ambil 3 Omega Guard setiap hari. 

Antara manfaat dari minyak ikan terbaik ini adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kahak.

Jadi, ini lah antara remedy dan 'ubat-ubat' tanpa steroid yang saya amalkan sejak minggu lepas.
Jangan lupa tingkatkan pengambilan air masak juga ketika sedang diserang batuk atau selsema.

Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur lena tanpa mengganggu suami dan anak-anak dengan bunyi batuk keras saya di tengah malam lagi.

Pesan saya kepada ibu hamil yang lain, anda tak perlu runsing lagi memikirkan kenapa dah makan ubat batuk berbotol-botol dari klinik tapi tak baik-baik. Kerana Doktor pun memang dah kata macam tu. 

Jadi beralihlah kepada sesuatu yang lebih semulajadi. Dan jika anda ada rakan-rakan atau saudara yang sedang hamil dan juga sedang menderita disebabkan batuk, cepat-cepat bantu mereka selesaikan masalah dengan berkongsi tentang entry saya ini.

Kesian sangat tau, jika berat mata anda memandang, berat lagi yang ditanggung oleh ibu hamil itu.
Nak cepat baik, amalkan sahaja produk Shaklee seperti yang saya amalkan. Perjalanan kehamilan sepatutnya menjadi detik detik gembira bukan detik sengsara kan?

INILAH SHAKLEE EFFECT SAYA!

By the way, saya nak kongsi video ibu hamil juga. Beliau tiada masalah dengan batuk, tapi masalah beliau merunsingkan fikiran Doktor juga.

Masalah HB berjaya diatasi dengan baik melalui Set Kehamilan Shaklee.


Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Derita Sakit Sendi Selama 6 Bulan Berakhir, Kini Bebas Bergerak Sampai Puncak Bukit Broga

Ini kisah benar.

Puan Lydzar, selalu mengadu kepada suaminya tangan dan kakinya selalu terasa sakit tapi sukar nak digambarkan bagaimana kesakitannya.

Ia bukan seperti kena pukul, bukan juga rasa seperti terbakar, yang pasti kesakitan itu menyebabkan beliau sangat tidak selesa terutama sekali ketika memandu dan ketika sedang membuat kerja rumah.

Surirumah Tak Buat Kerja Rumah. 

Bayangkan! Duduk rumah tapi mampu buat kerja-kerja yang minima dan beliau gagahkan juga supaya mata suami tak semak memandang. Dan kerja yang paling beliau surrender adalah melipat baju.

Anda semua tentu faham, kerja melipat baju agak renyah dan mengambil masa. Lagi-lagi jika 'tercuti' lipat baju, terus jadi gunung baju-baju itu tadi.

Rimas, stress, bosan melihat timbunan kain, tapi bila nak lipat, beliau terpaksa berdepan dengan kesakitan pada sendi-sendi tangannya. Jadi, beliau hanya buat yang termampu dan gunung-gunung baju tidak pernah tertarah dengan baik.

Pasrah.

Klik butang 'PLAY' sekarang ya.

 

Set Kesihatan Sendi Penyelesai Masalah.

Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan Set Kesihatan Sendi oleh seorang rakan, hanya dalam masa beberapa bulan selepas itu, beliau mula merasakan kesan hebatnya.

Sakit-sakit sendi yang dialaminya semakin hilang. Dah rasa selesa otot dan sendi kaki masa bawa kereta, dah boleh lipat segunung kain dan sebagainya.

Jom lihat sebentar apakah yang ada dalam Set Kesihatan Sendi ini.

Saya kongsikan album tentang Set ini
Dan akhir sekali, ternyata beliau mampu bergerak bebas termasuk berhiking bersama suaminya.
Bayangkan jika masih sakit-sakit sendi, mungkinkan beliau dapat temankan suaminya buat aktiviti outdoor?


Sakit Sendi Dan Ibu Ayah Kita.

Saya yakin, anda yang membaca entry ini mempunyai ibu dan ayah yang semakin menginjak usianya. Jika Puan Lydzar yang muda ni pun boleh terkena sakit sendi, apatah lagi ibu ayah kita yang otot-otot sendi mereka seiring usia.

Tentu mereka pernah merungut, sukar nak berjalan jauh, sukar nak solat sunat sebab sakit-sakit lutut, sukar nak dapatkan tidur yang lena dan sebagainya. Ia adalah tanda penuaan. Namun, tidak terlambat untuk berikan mereka rasa selesa dan kesihatan yang baik.

Dan saya nasihatkan, jangan ambil masa terlalu lama untuk anda membuat keputusan membelikan mereka Set Kesihatan Sendi ini. Bayangkan hanya selepas seminggu mereka mulakan set sendi ini, mereka telefon anda beritahu mereka dah boleh buat lebih banyak solat sunat di masjid dengan nada yang sangat gembira.

Ibu bapa bahagia, anak-anak juga pasti lega. kan?



Post by Kedai Triple-S.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma tentang Set Kesihatan Sendi ini.
Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Beli Sambil Beramal Untuk Tabung Back To School 2015 RKKTBC

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Saya dengan rendah hati dan penuh rasa syukur ingin membuat sedikit sebaran tentang aktiviti kebajikan yang sedang kami jalankan bersama semua warga RichFamily.

Program BackToSchool2015 bersama 70 orang anak dari Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras. (RKKTBC)

Misi kami adalah untuk membantu pihak RKKTBC menyediakan keperluan dan persediaan persekolahan anak-anak di sana, supaya anak-anak ini kembali ke sekolah dalam keadaan yang ceria dan gembira, sama seperti anak-anak kita.

Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang diperintah masuk ke Rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.





Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sesi persekolahan 2015 nanti. Dengan ini, Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita.

Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .

Jadi saya menyeru dan mengajak ke semua customer dan bakal customer kami untuk sama-sama Membeli Sambil Beramal. 10% daripada keuntungan runcit dari pembelian anda, akan terus kami masukkan ke tabung ini.

Atau anda semua boleh memilih mana-mana option seperti didalam poster dibawah.



Surat Pengesahan untuk kutipan amal bagi pihak SID RichFamily

Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Norliza Rusman (CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com). Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini 





http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Sebarang pertanyaan tentang program ini, boleh hubungi
Lydzar Rusman 013 3583424
Laman Awatif (Madiha) 012 6087544

Tak tahu nak beli apa untuk join aktiviti amal ini? Jom saya bagi anda idea



Post by Kedai Triple-S.


---------------------------------------------------------
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

PROMOSI OMEGA GUARD NOVEMBER 2014 : KATALOG


Bersempena promosi bulan November ni, jom saya kongsi sikit sebanyak info dengan anda.
Bermanfaat terhadap pelbagai golongan dan tujuan. Boleh lihat poster satu persatu.

Kanak kanak
Ibu hamil dan ibu menyusu
Orang yang mahu kurus
Pesakit darah tinggi
Pesakit kencing manis
Pesakit hypertension

Minyak ikan dari sumber laut dalam yang telah menjalani 3 peringkat penyulingan untuk memastikan ianya bebas dari segala unsur pencemaran laut dan logam berat.

Tinggi dengan kandungan DHA & EPA, anda sendiri boleh comparekan kandungannya berbanding suplemen minyak ikan yang lain dipasaran.

PROMOSI NOVEMVER 2014

BELI 6 PERCUMA 1
PERCUMA 1 BOTOL OMEGA BERNILAI RM136
PERCUMA KEAHLIAN BERNILAI RM75
PENJIMATAN SEBANYAK RM211

BUKAN ITU SAHAJA!!

✅ CASH REBATE DISEMBER RM30+
✅ ACCESS MASUK PERCUMA KE GROUP RICHFAMILY
✅ SESI KONSULTASI DAN SUPPORT GROUP BERPANJANGAN
✅ PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Jangan tunggu lama lama.
Lydzar@gmail.com
013 358 3424.
http://semuasihatselalublogspot.com/


Post by Kedai Triple-S.

Rahsia dan Formula Hilangkan Perut Buncit Lelaki

DILEMA LELAKI BERPERUT BUNCIT


Orang lelaki yang sudah berkahwin, kalau nak elakkan rasa bersalah sebab ada perut buncit, mereka akan katakan ini;

'Ini bukan sebarang perut buncit, ni petanda hidup bahagia, isteri pandai jaga'

'Isteri suka masak resepi baru, dia suruh suami try. Manalah tak buncit perut ni'

'Saya saja je nak rasa perasaan isteri, dia mengandung buncit 9bulan, tapi saya buncit bertahun-tahun..(gelak-gelak)'


Kawan-kawan gurau gurau panggil one pack pun dia dah tak kisah sangat dah. Malah boleh rasa bangga pulak. Tapi kan, adakah mereka sebenarnya benar-benar berbangga dengan aset perut buncit yang mereka dapat setelah beberapa tahun berkahwin ini. Betul ke perut buncit tu petanda sedang bahagia dengan hidup?

Tak kurang juga dengan lelaki yang mula rimas, risau, tak suka, stress, dilema dan tertekan dengan perubahan fisiologi yang dialami setelah berkahwin.

'Adoi, hilangla macho aku dengan perut besar macamni..'

'Alamak, kena beli seluar baru lagi la, seluar ni londeh kebawah sangat sebab perut buncit ni'

'Susah betul nak berjogging sekarang, sebab rasa perut ni berat betul nak di bawak'

Siapa kata semua lelaki sukakan perut buncit tu. Memang ada lelaki yang sangat mementingkan penampilan diri tak suka kan perut buncit.

Masalah Perut Buncit Lelaki Kurangkan Keyakinan

MENGAPA LELAKI BOLEH DAPAT PERUT BUNCIT?

Senarai penyebab lelaki perut buncit ni saya ceduk dari blog Raja Eyrie, seorang blogger yang aktif berkongsi tentang tips senaman dan bina badan. Cuba pergi singgah blog dia, tengok gambar dia.. Raja Eyrie bukan seorang lelaki buncit :)

1) Melakukan ONANI ; Semasa air mani keluar secara paksa, kadar hormon testosteron berkurang menyebabkan kadar metabolisme menurun, seterusnya mengurangkan keupayaan badan untuk membakar lemak terutamanya di perut. Sebab itu lah jadi buncit

2) Hubungan seks ; boleh buat lelaki jadi buncit juga

3) Minum air semasa makan : menyebabkan kesukaran makanan yang dihadamkan kerana enzim-enzim didalam perut telah bercampur dengan air. Proses penghadaman yang terganggu menyebabkan banyak masalah pada perut dan usus. Jadi seeloknya, ikutlah sunnah Nabi, minum hanya 15-30minit selepas makan.

4) Faktor pemakanan harian : terlebih gula, terlebih lemak, terlebih nasi dan sebagainya. Kesimpulannya ikutlah panduan pemakanan dalam carta piramid makanan.

5) Hubungan intim suami isteri : Berbalik kepada point kedua.

Punca Lelaki Berkahwin Perut Buncit

Bagaimana Nak Selesaikan Masalah Perut Buncit?

Bagi kaum lelaki yang selesa, suka dan tak kisah dengan keadaan perut buncit anda, anda boleh tekan tanda 'X' di bahagian atas sekali belah kanan anda. Sebab anda takkan perlukan tips-tips hilangkan perut buncit yang saya nak kongsi kan ni.

Saya petik dari blog KevinZahri (semua orang yang nak kurus kenal dengan cikgu fit kita ni kan?) pula untuk perkara-perkara yang anda WAJIB lakukan kalau nak buang perut buncit anda tu.
  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakukan beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
Senaman Untuk HIlangkan Perut Buncit

      NAK TAK NAK MEMANG KENA BERSENAM JUGAK LA YE??
Kalau ikutkan memang itu lah ASASNYA.

Kena bersenam, kena kurangkan pengambilan makanan berkalori. Sebab punca terjadinya perut buncit ni pun disebabkan oleh makanan berlebihan dan kurangnya gaya hidup aktif yang memasukka unsur senaman dalam rutin harian kita.

NAK TAHU TAK CARA LAIN HILANGKAN PERUT BUNCIT? 

Cuba tengok dulu testimoni di bawah ini.


WOWW!!!

Lelaki lelaki yang memang tengah dalam dilema berperut buncit mesti tak sabar nak tahu apa rahsia abang di dalam gambar ni kan?

Beliau mengamalkan pengambilan Omega Guard selama 2 bulan setengah. Ukur lilit pinggang dan perut jauh berbeza.


Proses Thermogenic membolehkan tubuh membakar lebih bayak kalori


Dr Stephen Sinatra, seorang certified Cardiologist, dan juga pakar nutrisi turut mencadangakan pengambilan suplemen Omega3 dalam proses menurunkan berat badan dan mendapatkan berat ideal.
Formula yang beliau gunapakai adalah seperti berikut.

Rahsia dan Formula hilangkan perut buncit

Sangat lah sesuai dengan promosi yang sedang berlangsung di Kedai TripleS sekarang.
Omega Guard lah apa lagi. Insya allah nanti saya akan kongsikan lagi bagaimana Omega boleh membantu anda selesaikan dan hilangkan masalah perut buncit ini. Ada banyak rahsia yang saya nak kongsi dengan anda. Kalau yang membaca ni adalah seorang isteri, mungkin anda juga berminat nak bantu suami anda kelihatan lebih handsome pada pandangan anda..kan?

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Omega Guard, perut buncit atau pun isu kesihatan lelaki yang lain, jangan malu malu hubungi saya melalui kontek info dibawah.

Sekian, terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.

Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424


4 Rahsia Anak Bijak, Dapat Skor A Setiap Kali Exam, Best Tak?

'Mama, tengok kertas exam Hannah, dapat skor A lagi mama'
Tentu sekali hati mama berbunga riang bila anak bagi laporan pelajarannya yang cemerlang.

'Bijaknya anak mama.. dapat skor A lagi ye. Alhamdulillah..syukur. Mama doakan Hannah berjaya dalam pelajaran dan hidup di masa depan nanti Insya Allah'

Mama peluk erat erat anak yang baru pulang dari sekolah tadi.

Rahsia Anak Skor A Dalam Exam

Mungkin ada yang tak setuju dengan sistem pendidikan masakini yang terlalu 'exam-oriented', bergantung kepada peperiksaan untuk menentukan kecemerlangan seseorang. dan pelbagai lagi persepsi.

Namun begitu, saya lebih suka follow the flow. Diketika sistem pendidikan memerlukan anak-anak saya untuk skor A, maka saya akan berusaha memastikan mereka skor A juga. Dalam masa yang sama, sentiasa cuba menerapkan pelbagai lagi nilai hidup dalam diri mereka.

Saya nak kongsikan beberapa rahsia saya sebagai seorang ibu dalam mendidik anak saya yang baru memulakan persekolahan darjah 1 tahun ini. Masih panjang lagi proses pembelajaran beliau dan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan beliau sentiasa excellent dalam exam dan hidupnya..

Mempunyai anak yang bijak memang impian semua ibu bapa, bukan? Persoalannya adakah bijak ini adalah takdir, atau sesuatu yang perlu diusahakan. Bagi saya, tentulah kebijakan ini perlu diajar dan diasuh kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi, malah memang ada amalan untuk ibu mengandung jika mahu melahirkan anak yang bijak.

Jom baca 4 rahsia anak bijak yang saya amalkan selama ini.

Doa Nabi Sulaiman

DOA MUSTAJAB IBU BAPA

Saya memang sangat percaya akan kuasa DOA terutama sekali doa ibu bapa terhadap anak mereka.
Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut termasuklah doa ibu bapa.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ibu bapa boleh memohon apa sahaja hajat berkaitan dengan anak-anak mereka kepada ALLAH. Doa ibu bapa tiada hijab kerana redha ALLAH kepada anak-anak bergantung kepada redha kedua ibubapanya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa redha dan mendoakan yang baik baik untuk anak mereka.

Doa diatas diperturunkan sendiri oleh abah saya untuk diamalkan sejak saya kecil dahulu.


MENJAGA EMOSI ANAK SUPAYA SENTIASA POSITIF DAN BERSEMANGAT


Kanak-kanak juga tidak lari dari rasa stress. Mungkin kita menganggap mereka sangat happy dan kelihatan aktif bermain, tetapi itu bukan petanda mereka tidak tertekan. Antara perkara yang kerap membuat anak stress ialah, rasa cemburu melihat layanan ibubapa kepada adik beradiknya yang lain, suka membandingkan kelemahan diri dengan rakan-rakan, kesukaran menyelesaikan kerja sekolah, tidak dapat apa yang mereka minta daripada ibu bapa (contohnya toys), terpaksa beradaptasi dengan pelbagai perubahan seperti berpindah sekolah dan tak kurang juga, tiada minat dengan beberapa subjek tertentu di sekolah.

Jadi untuk memastikan anak saya stress-free, saya akan sentiasa meluangkan masa bersama beliau dan saling bertukar cerita tentang aktiviti harian. Sebagaimana orang dewasa, kanak kanak juga memerlukan pendengar setia untuk mereka melepaskan perasaan sekaligus memastikan emosi mereka sentiasa terjaga.

Cubalah sentiasa meluangkan masa dan mendengar apa yang ingin anak-anak cerita dan sampaikan kepada kita. Percayalah anak akan mudah kecil hati dan merajuk apabila ibu bapanya terlalu sibuk dengan hal sendiri.


DISIPLIN DENGAN RUTIN BELAJAR HARIAN



Sebenarnya jarang juga beliau berkesempatan mengulangkaji pelajaran, sebab setiap malam anak saya akan fokus untuk membuat kerja rumah (homework). Jadi melalui kerja rumah yang cikgu bagi itu lah yang kami jadikan sumber ulangkaji. Dan papa nya pula fokus mengajar mata pelajaran Matematik. Yang pasti, beliau hanya boleh tidur setelah semua kerja sekolah disiapkan


MENJAGA PEMAKANAN SUPAYA ANAK SENTIASA SIHAT


Faktor pemakanan juga sangat penting, kerana dari pemakanan ini lah yang akan menentukan taraf kesihatan anak-anak kita. Pastikan mereka mendapat khasiat lengkap daripada makanan. Jika saya tak dapat pastikan beliau dapat keseluruhan zat melalui makanan haria, saya akan berikannya makanan tambahan seperti multvitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk menampung keperluan gizi hariannya. Dan saya memilih Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak ini sebagai makanan tambahan harian anak anak saya.

Saya memang sangat kagum dengan manfaat minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard. Selain membantu anak-anak recover batuk dengan cepat, ia sangat membantu anak-anak saya fokus pada perkara yang mereka lakukan. Bak kata satu iklan susu tu, sel otak sedang berhubung sebab kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Jika cikgu anak anda pernah komplen anak anda sukar nak fokus dalam kelas mungkin anda perlu berikan mereka Omega Guard juga. Percayalah, kesannya memang menakjubkan.

-------------------------------------------------------------------------

Ok itu lah dia 4 Rahsia Anak Bijak yang saya sedang apply dalam keluarga saya. Masih terlalu banyak ilmu yang saya perlu belajar dalam menjadi seorang ibu hebat yang sedang membesarkan anak-anak bijak dan pintar. Dan saya memang akan terus berusaha agar anak anak saya dapat terus SKOR A dalam exam, dalam pelajaran dan dalam kehidupan mereka, insya allah.

Insya allah, saya akan share kan lagi tips-tips anak bijak dan pintar di masa depan. Saya sangat recommend anda berikan juga Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak, lagi lagi sekarang Shaklee tengah buat promosi untuk Omega Guard. Anda sebagai ibu dan bapa pasti impress dengan perbezaan anak anda sekarang berbanding dahulu. Ingat, memang tugas ibu bapa untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kan?





Sekian, terima kasih

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.




Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424





Omega Guard Bermanfaat Untuk Seluruh Keluarga

Maafkan saya kerana terlewat membuat announcement tentang promosi bulanan. Untuk makluman semua pembaca blog SemuaSihatSelalu, bulan Disember sangat istimewa kerana produk Omega Guard sekali lagi terpilih untuk menjadi item promosi.

Seperti biasa promosi yang Shaklee kelolakan berupa Beli 6 Percuma 1.

Omega Guard Shaklee

BELI 6 BOTOL OMEGA GUARD dan anda bakal membawa pulang pakej ini sekali.

-1 botol Omega Guard PERCUMA
-1 keahlian Shaklee bersama Kedai Triple-S PERCUMA
-Cash rebate bernilai RM32.55 pada 15hb Jan 14
-Peluang berbisnes dan menjana pendapatan sampingan di bawah payung RichFamily dibawah pimpinan Master Coordinator Lydzar Rusman.

Terlalu banyak yang bakal anda bawa pulang nanti. Jangan lepaskan peluang ini.


Tahukah anda, kebanyakan suplemen minyak ikan yang ada dipasaran biasanya dihasilkan daripada minyak hati ikan (Cod liver). Tetapi minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan ikan bilis). Dan ternyata sumber minyak ikan dari ikan laut dalam adalah lebih baik.


Minyak ikan dalam OmegaGuard ™ menjalani tiga proses penyulingan molekul proprietari untuk membantu membuang raksa dan logam berat lain seperti plumbum dan arsenik, potensi pencemaran laut seperti digoxin dan PCB, dan untuk meminimumkan bau dan rasanya.
Omega Guard dari sumber minyak ikan terbaik
Antara kepentingan Omega Guard, ianya membekalkan EPA dan DHA dalam diet wanita hamil. Ianya memberikan impak yang besar kepada perkembangan otak, kognitif dan visual bayi.


Set Kehamilan Shaklee

Tiga biji gel lembut menyediakan sebanyak 1,000 mg
asid lemak Omega-3  termasuk 545 mg daripada Eicosapentaenoic (EPA) Acid, 360 mg daripada Docosa-Ptaenoic Acid (DHA), dan 95 mg lain secara semula jadi yang berlaku sepanjang rantaian asid lemak seperti linolenik alfa dan asid stearidonic.

Testimoni Omega Guard.

1) Omega Guard dan dan gabungan beberapa vitamin lain mampu merawat ekzema anak rakan kami yang berumur 2 tahun. Selepas rawatan agak intensif menggunakan set vitamin ini, luka ekzema anak ini semakin sembuh.

Ekzema pulih dengan pengambilan Omega Guard
 
 2) Testimoni langsingkan badan dengan Omega Guard dan Set Shape Up

Testimoni penurunan berat badan sebanyak 16kg dari Puan Chrysalis Nurul dengan menggunakan vitamin dan produk Shaklee yang selamat dan berkesan. Puan Nurul mengambil Cinch Shake Mix, Afalfa Complex, Lecithin dan Omega Guard. Daripada 92kg kepada 75kg. Ianya adalah kejayaan yang besar!

Omega Guard sebagai pemecah lemak untuk menurunkan berat badan

Jom borong Omega Guard beramai-ramai~

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head




Sihat seisi keluarga dengan vitamin Shaklee

Family All Time Favorite Vitamin. Sihat seisi keluarga dengan vitamin Shaklee.





Alang-alang dah bervitamin tu, mari kita 'vitamin'kan seluruh ahli keluarga. Ini lah yang saya suka tentang Shaklee, sebab vitaminnya bersifat menyeluruh.




Baca fakta tentang Omega Guard di sini 

Baca fakta tentang Vitamin C di sini

So ibu ayah beli, dan seluruh keluarga makan bersama-sama, sihat dan cergas bersama-sama.

Omega Guard dan Chewable Vitamin C memang TERBAIK untuk dijadikan vitamin seisi keluarga. Sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung golongan dewasa dan membantu dalam proses pembelajaran bagi remaja dan kanak-kanak. Of course akan menjaga kesihatan jantung mereka juga. 


Dose Omega Guard kami :

2 biji untuk mama sebab dia nak kurus (ahaks)
1 biji plus Vitalea untuk papa supaya dia bertenaga nak uruskan hal ehwal kerja dan aktiviti hariannya
1 biji plus chewable Vitamin C x 3orang untuk setiap HM..untuk perkembangan otak bg mereka yang sedang bergelar 'THE EXPLORER'

Total consumption kami setiap hari, 6biji. So sebotol Omega Guard hanya untuk 15 hari. Sebab tu lah mama happy sangat bila ada promosi Omega Guard tempoh hari. Dapat extra 1 botol.. so sempena promosi ni, mama dah sedia nk adakan stok utk next 7month, sebab harganya memaaaaang BERBALOI!


Dan mengunyah Chewable C pastinya akan lebih menggembirakan bila dilakukan bersama-sama. Chewable Vitamin C mampu menjadi perisai tubuh dan meningkatkan sistem imun kita sekeluarga..Kesan paling ketara kita boleh lihat selepas ambil Vitamin C adalah, anak-anak tidak lagi diserang demam selsema dengan kerap. Maklumlah, anak-anak terdedah pada persekitaran yang kurang sihat apabila berada diluar, disekolah mahupun di taska atau tadika. Agak sukar untuk kita nak pastikan keadaan sekeliling dia bebas habuk dan bebas penyakit, tapi kita boleh pastikan kita dah bagi mereka perisai terbaik untuk lindung diri mereka. 

Jadi kalau anda concern kan kesihatan keluarga anda, jom bersama-sama amalkan dua vitamin yang dicadangkan ni. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Pesakit ASTHAMA tak perlu NEBULISER selepas amalkan Minyak Ikan Terbaik

NO MORE nebuliser..kisah benar salah seorang sahabat Shaklee kami:

Shareena Hashim.
ini kisah my boy,Darwish setahun yg lalu... kali terakhir admit HUKM & amik NEB Jan 12.....alhamdulliahh, dah bebas dari nebulizer & inhaler lebih setahun selepas amalkan Mealshake & OmegaGuard….:) semuanya dgn izin Allah jua..





Omega Guard rawat ASTHMA


Gembiranya hati seorang ibu bila kesihatan anaknya semakin pulih. Asthma akan menyebabkan anak kecil kita alami kesukaran bernafas. Asthma juga seringkali buat mereka tidak mampu untuk aktif. Kelihatan lemah tak bermaya, dan ini akan menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.

Yups, kalau anda sedang mencari suplemen untuk kanak-kanak, samada untuk kesihatan general mereka, atau yang memang mempunyai masalah asma, OMEGA GUARD & MEALSHAKE adalah pilihan terbaik!


Penyediaannya mudah. Anak anda pasti sukakan rasa Mealshake yang dicampur kedalam minuman mereka. Anak anak saya bagitau, rasa macam aiskrim. Dan memang setiap kali buat susu, mereka minta saya menambah Mealshake. Eh mana boleh banyak-banyak!

Dan aktiviti yang sangat riang bila disuruh mengunyah Omega Guard. Saat yang paling disukai mereka, apabila kapsul Omega Guard meletup didalam mulut.


BONUS : Manfaat kepada perkembangan otak anak-anak yang mana mereka akan lebih aktif dan bijak, mudah belajar, mudah mengingat dan perkembangan yang lebih baik berbanding usianya. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan Set Healthy and Clever Kids ini.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kurus Sambil Menyusukan Anak

Topik best bagi ibu menyusu. Saya sendiri dah alami pengalaman ni.

Waktu hamil anak pertama, berat naik konsisten je 2-3-4kg setiap bulan. Total kenaikan berat pon memang banyak. At the end of pregnancy, berat paling tinggi pernah saya capai adalan 74kg. Kenaikan sebanyak hampir 23kg.. Punya lah risau! Dan lepas anak sulung lahir, berat saya tak turun banyak sangat dan saya kelihatan agak berisi masa tu. Saya tak exclusively breastfeed anak masa tu. So kalori tak berapa nak terbakar la kot.

Nasib baik jugalah, utk anak kedua dan ketiga, berat naik dalam ranges 13-16kg. Dan utk anak kedua, saya buat tandem nursing. Susukan anak sulung dan kedua serentak. Masa ni pulak, zaman saya kembali kurus macam masa belum kahwin. Mana taknya, susukan anak 'kembar'. Masa ni tangan saya ni cuma ada sikit je daging dan lemak. Mungkin sebab kalori terbakar lebih cepat setiap kali saya lakukan sesi tandem nursing mereka. Memang senang sangat nak bakar kalor dengan penyusuan susu ibu ni.

Utk penyusuan kali ketiga, saya sertakan dengan suplemen Shaklee. Alhamdulillah berat badan terkawal.

Kenapa ibu menyusu nak berdiet? Lumrah wanita lah kan, nak kelihatan cantik dan menarik. Dalam masa yang sama masih menunaikan hak untuk bayi tersayang. Bagi saya tak salah. Cuma masalahnya, kerapkali ibu yang breastfeed anak ni mudah rasa lapar. Sentiasa rasa nak mengunyah. Haaa.kalau diikutkan sgt hati ni, tercapai atau tak impian nak kurus kembali?

So macam mana diet ibu menyusu? Boleh ke? Mesti la boleh..Ada caranya.
1. Jaga Corak Pemakanan
2. Senaman
3. Diet

General kan?
Ibu yang tak breastfeed anak atau golongan yang berdiet pon perlu ikuti rules ini juga. Jadi dari segi pemakanan, perlulah kita ambil makanan yang seimbang. Cukup karbohidrat, protein dan lemaknya. Ikut bahagian yang disarankan. Kalau nk ikuti diet Shaklee pon bagus juga sebab saya akan selalu menasihatkan anda untuk ambil makanan ikut panduan.

Senaman penting agar tubuh kita sentiasa aktif, kadar metabolisme dalam keadaan normal, dan sentiasa berpeluh untuk mengeluarkan toksin dari badan. Senaman ringkas yang paling kerap saya buat hanyalah lompat bintang atau jogging di taman.

Dan diet pulak, ibu menyusu perlu berhati-hati dengan kadar pengurangan kalori yg hendak dilakukan. Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. So kena tahu dan rajinlah mengira kalori harian kita. Jangan terlebih-lebih, nanti tak kurus. Dan jangan kurang, nanti susu berkurang.

Untuk diet bersama produk Shaklee, cadangan vitamin seperti berikut ;

Lecithin atau Omega Guard : Berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

Alfalfa : sebagai serat untuk bantu mengeluarkan lemak yang telah dicairkan melalui proses pembuangan.

ESP :  minuman protin yang membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

Jadi kalau anda berminat nak berdiet dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya untuk informasi lanjut dan pesanan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head