UA-56349233-1
Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

4 Tips Mudah Elak Simpul Mengkarung Ketika Hamil Buat Anda Lena Tidur Malam


Pernah dengar istilah simpul mengkarung?

Saya pertama kali dengar istilah ini pun dikalangan rakan-rakan yang sudah pun bergelar ibu waktu mengandungkan anak pertama pada 2007 dahulu. Ada juga yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung dan sebagainya.

Lucu juga kalau nak difikirkan logic kaitan namanya. Macam pelik juga apa maknanya, rupanya daripada sembang mak-mak dekat opis tu, tahulah saya yang simpul mengkarung ini ialah nama lain bagi simptom kekejangan yang berlaku pada wanita hamil.

Pengalaman sendiri kena simpul mengkarung.

Tidak dinafikan, saya sendiri pernah mengalami masalah ini ketika hamilkan anak sulung dulu.

Sakitnya datang tiba-tiba terutama sekali ketika cuaca sejuk atau apabila kita tidur dalam kesejukan aircond. Tak kira lah pukul 2pagi ke, 4 pagi ke, tiba-tiba simpul mengkarung nak datang, hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya.

Kesakitan yang bermula dari bawah betishingga kebahagian bawah kaki. Ia akan mengambil masa beberapa minit, sebelum pulih seperti biasa semula. Tapi nak menunggu kesakitan tu surut, memang boleh menjerit-jerit menangis jugalah.

Biasanya, suami lah yang jadi mangsa, kejutkan dan minta dia urut-urut serta tarikkan kaki. Insya allah selepas seketika, kesakitan akan berkurangan dan boleh kembali tidur.

Apa Punca Kekejangan Ketika Hamil?

Menurut website BabyCentre, kekejangan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Saya petik sedikit ulasan dari website tersebut.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Ibu hamil yang selalu terkena tarik mengkarung ini mungkin akan mengalami fobia untuk tidur di waktu malam. Kurang tidur pula akan menyebabkan mereka mudah mengantuk, tidak cergas, tidak produktif di tempat kerja dan kadangkala boleh buat ibu tersebut menjadi semakin stress.

Kesannya bukan sekadar pada kaki yang sakit, ianya lebih dari itu. Jadi ibu hamil yang selalu mengalami masalah ini perlu buat sesuatu.

Ketahui 4 Tips Mudah Legakan Tarik Mengkarung.


4 tips di atas adalah antara cara mudah bagi ibu hamil nak elak dari terkena simpul mengkarung secara berulang-ulang.

1. Sapukan minyak panas sebelum tidur.

Seperti yang kita tahu melalui fakta yang saya kongsi dekat atas tadi, kekejangan ini melibatkan otot.
Seperti kebiasaan ramai atlit juga, untuk mengelakkan kaki kejang mereka akan menggunakan krim atau semburan minyak panas untuk melegakan otot yang kejang.

Anda boleh gunakan minyak mastika, minyak kayu putih, minyak yu yee atau apa sahaja minyak panas yang anda sukakan. Sapukan dan buat sedikit urutan pada belakang kedua dua betis hingga ke buku lali.

Efek kesan panas dari minyak tersebut tentu sangat melegakan dan ibu bolehlah tidur dengan lena.

2. Amalan merendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Ini juga bertujuan merehatkan otot dari tekanan.

3. Minum susu atau ambil pil kalsium setiap hari.

Dikatakan tubuh ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium apabila mengandung dan menyusu kerana ia dikongsi bersama bayi.

Jika ibu tidak 'top up' pengambilan kalsium dari sumber makanan / minuman atau suplemen, tubuh mereka sendiri akan mengalami defisit. Kasihan si ibu, jadi sebab itu lah di syorkan sangat minum susu atau ambil pil kalsium.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pil kalsium bernama Ostematrix secara konsisten sejak awal kehamilan lagi, dan terbukti saya tidak pernah kena tarik mengkarung lagi untuk kehamilan kali keempat ini. Berbeza dengan kehamilan sebelum ini, pasti akan kena sekurang-kurangnya 3 kali.

4. Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk bersilang.

Diketahui 2 keadaan ini akan menyebabkan kaki ibu hamil stress. Peredaran darah menjadi kurang lancar. Dan otot kaki akan mudah penat.

Jika duduk dimeja kerja di pejabat, ibu hamil disarankan meninggikan sedikit kaki mereka dengan sesuatu seperti kotak, agar tidak terjuntai seperti biasa. Mereka juga digalakkan bergerak secara kerap untuk menggalakkan peredaran darah dan seumpama senaman ringkas yang baik untuk ibu hamil.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya tentang isu ibu hamil berkaitan kaki kejang ini.
Saya sebagai seorang ibu hamil memang memahami betapa sakitnya bila diserang kekejangan walaupun ia tidak berpanjangan.

Lagi lagi pula kalau kita tengah cramp, kejutkan suami..tapi beliau tak bangun nak tolong urut atau legakan kesakitan kita tu. Hehe memang rasa tak aci sangat kan :P

Saya doakan semua ibu hamil merasakan pengalaman manis kehamilan sepanjang 9bulan ini.
Kongsikan entry saya ini kepada mereka yang mengalami masalah simpul mengkarung ya..

Nak lebih mudah, syorkan sahaja mereka membeli Set Kehamilan Indah yang turut mengandungi pil kalsium Ostematrix daripada saya. Bukan apa, kalau boleh saya memang mahu semua ibu hamil happy happy saja tanpa masalah simpul mengkarung macam ini.

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Derita Sakit Sendi Selama 6 Bulan Berakhir, Kini Bebas Bergerak Sampai Puncak Bukit Broga

Ini kisah benar.

Puan Lydzar, selalu mengadu kepada suaminya tangan dan kakinya selalu terasa sakit tapi sukar nak digambarkan bagaimana kesakitannya.

Ia bukan seperti kena pukul, bukan juga rasa seperti terbakar, yang pasti kesakitan itu menyebabkan beliau sangat tidak selesa terutama sekali ketika memandu dan ketika sedang membuat kerja rumah.

Surirumah Tak Buat Kerja Rumah. 

Bayangkan! Duduk rumah tapi mampu buat kerja-kerja yang minima dan beliau gagahkan juga supaya mata suami tak semak memandang. Dan kerja yang paling beliau surrender adalah melipat baju.

Anda semua tentu faham, kerja melipat baju agak renyah dan mengambil masa. Lagi-lagi jika 'tercuti' lipat baju, terus jadi gunung baju-baju itu tadi.

Rimas, stress, bosan melihat timbunan kain, tapi bila nak lipat, beliau terpaksa berdepan dengan kesakitan pada sendi-sendi tangannya. Jadi, beliau hanya buat yang termampu dan gunung-gunung baju tidak pernah tertarah dengan baik.

Pasrah.

Klik butang 'PLAY' sekarang ya.

 

Set Kesihatan Sendi Penyelesai Masalah.

Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan Set Kesihatan Sendi oleh seorang rakan, hanya dalam masa beberapa bulan selepas itu, beliau mula merasakan kesan hebatnya.

Sakit-sakit sendi yang dialaminya semakin hilang. Dah rasa selesa otot dan sendi kaki masa bawa kereta, dah boleh lipat segunung kain dan sebagainya.

Jom lihat sebentar apakah yang ada dalam Set Kesihatan Sendi ini.

Saya kongsikan album tentang Set ini
Dan akhir sekali, ternyata beliau mampu bergerak bebas termasuk berhiking bersama suaminya.
Bayangkan jika masih sakit-sakit sendi, mungkinkan beliau dapat temankan suaminya buat aktiviti outdoor?


Sakit Sendi Dan Ibu Ayah Kita.

Saya yakin, anda yang membaca entry ini mempunyai ibu dan ayah yang semakin menginjak usianya. Jika Puan Lydzar yang muda ni pun boleh terkena sakit sendi, apatah lagi ibu ayah kita yang otot-otot sendi mereka seiring usia.

Tentu mereka pernah merungut, sukar nak berjalan jauh, sukar nak solat sunat sebab sakit-sakit lutut, sukar nak dapatkan tidur yang lena dan sebagainya. Ia adalah tanda penuaan. Namun, tidak terlambat untuk berikan mereka rasa selesa dan kesihatan yang baik.

Dan saya nasihatkan, jangan ambil masa terlalu lama untuk anda membuat keputusan membelikan mereka Set Kesihatan Sendi ini. Bayangkan hanya selepas seminggu mereka mulakan set sendi ini, mereka telefon anda beritahu mereka dah boleh buat lebih banyak solat sunat di masjid dengan nada yang sangat gembira.

Ibu bapa bahagia, anak-anak juga pasti lega. kan?



Post by Kedai Triple-S.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma tentang Set Kesihatan Sendi ini.
Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Promosi Feb : Gabungan 4 Produk Shaklee Kegilaan Rakyat Malaysia

Memang gila kalau tak beli produk-produk yang dipilih oleh pihak Shaklee bulan ini.
Kali ini kami sasarkan beberapa golongan yang mungkin tidak boleh tidur jika belum ambil vitamin-vitamin ini.

SIAPAKAH YANG AKAN BERPUSU-PUSU MEMBELI PRODUK PROMOSI BULAN FEB?

1) Golongan Ibu
  • Ibu yang sedang cuba untuk hamil (trying to conceive)
  • Ibu yang sedang hamil tak kira di trimester ke berapa pun
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Ibu yang sedang menyusukan anak-anak
  • Ibu-ibu yang dah lanjut usia dan risau risiko Osteoporosis
  • Ibu yang sayangkan anak-anak mereka
2) Golongan Bapa
  • Bapa yang bakal dapat baby baru
  • Bapa yang sedang menjaga isterinya di dalam pantang
  • Bapa yang memberikan sokongan kepada isterinya untuk menyusukan anak secara sepenuhnya
  • Bapa yang semakin meningkat usia
  • Bapa yang sayangkan anaknya
Nampak macam sama je, kan?

Siapa lagi yang mempunyai keinginan besar ketika sedang menjaga keluarga kalau bukan kedua-duanya sekali kan?


VITALEA & OSTEMATRIX

Tahukan anda, golongan ibu-ibu sangat memerlukan Vitalea dan Ostematrix disepanjang hidup mereka. Bermula dari zaman awal berumahtangga sehinggalah hujung usia mereka.

Dengan keadaan pemakanan yang sukar nak seimbang (saya tak kata tak boleh seimbang, cuma terdapat terlalu banyak limitation untuk mendapatkan pemakanan seimbang), jadi multivitamin adalah hampir menjadi keperluan wajib setiap individu sekarang

Proses kehamilan sehimggalah penyusuan yang membabitkan keperluan kalsium boleh menyebabkan si ibu menderita jika bekalan kalsium yang hilang tidak digantikan. Kesian lah ibu, sebab mahu mengandung dan susukan anak, akhirnya pinggang ibu sakit-sakit. Yang lebih menakutkan jika tulang ibu rapuh dan mudah patah, belum lagi risiko Osteroporosis.

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80biji badam. Simple!



OSTEMATRIX & JOINT HEALTH TABLET

Sukar nak solat? Lutut berbunyi-bunyi ketika berjalan? Naik tangga ke tingkat atas rumah menjadi mimpi ngeri?

Ini antara beberapa masalah utama ibu bapa kita yang berusia lebih 50tahun. Kelihatan sihat secara fizikal, tapi rupanya menangggung seksa dan sengsara bila berdepan masalah di atas.

Jika sentiasa dikelilingi anak untuk membantu mereka bergerak, oklah juga. Tapi masalahnya anak-anak pun sibuk sangat dengan komitmen hidup sendiri. Kesian mereka. 

Jadi dengan menghadiahkan mereka Set Kesihatan Sendi ini, sekurang-kurangnya anda telah pun menjadi anak yang berbakti walaupun tidak dapat membantu dari dekat.

VITALEA FOR CHILDREN

Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan pada bulan lepas, maka pihak Shaklee bermurah hati untuk terus mempromosikan Vitalea For Children ini sekali lagi pada bulan Februari pula.

Kalau bulan lepas dah cuba 1 botol untuk anak-anak, pastinya bulan ini anda mahu grab terus promosi Beli 3 Percuma 1 untuk anak-anak agar bekalan mereka tidak kehabisan.




Pastikan anda ambil langkah penjimatan membeli semua produk promosi ini ye. Peluang tak datang selalu.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Fairuz Ambil Penawar Sakit Lutut Ini Dan Kembali Beraksi Macam Juara Bola Dunia

Fairuz berumur 34 tahun, memang sangat tahu kepentingan bersukan dan bersenam untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Memang sejak muda, zaman study dekat universiti dahulu beliau aktif dengan beberapa jenis aktiviti sukan.

Futsal adalah antara sukan wajib setiap hari Khamis. Tidak mengapa isteri tunggu seketika setiap malam Khamis, tapi acara Futsal wajib pergi juga. Tanpa gagal, beliau akan pergi juga ke padang futsal untuk mengeluarkan peluh sambil bersosial dengan kawan-kawannya.


Dah macam video kat atas lah gaya bersembahan Fairuz bila di gelanggang Futsal. Hebat kan?

Jadi, selain untuk gaya hidup sihat, sebenarnya Fairuz memang suka bila kawan-kawan puji skill beliau bermain. Bangga saja hati bila dipuji. Malah kerap juga mendapat permintaan untuk 'personal coaching'. Wahhhhh!

MALANG TAK BERBAU

Fairuz pergi kerja menunggang motorsikal untuk mengelak kesesakan jalan dan beliau bencikan perasaan stress mencari parking di pejabat. Jadi motorsikal memang teman baik beliau. 

Pagi Rabu yang hening, hujan lebat tak henti-henti, Fairuz redahkan juga kerana beliau ada kerja penting yang perlu diselesaikan segera di pejabat. 

Walaupun Fairuz menunggang dan mengendalikan motor dengan baik, tidak semena-mena tiba-tiba beliau terasa tubuhnya terbang diawan. Dan dengan sekelip mata beliau melihat motorsikalnya 10meter di hadapan sedangkan beliau mula merasakan lututnya pedih dan hangat. 

Rupanya Fairuz tidak perasan lubang besar di depan. Air memenuhi lopak dan Fairuz telah melanggar lubang tersebut. 

Fairuz tidak dapat bergerak dan bangun. Dalam sekejapan sahaja, beberapa penunggang motorsikal yang lain berhenti dan memberi bantuan. Fairuz dihantar ke hospital berhampiran dan kaki beliau terpaksa disimen kerana patah. Berdenyut-denyut rasa, bermula dari lutut ke bawah. 

TINGGALLAH FUTSAL, BEREHATLAH LUTUT.


Selama hampir 2tahun, hati Fairuz meronta-ronta mahu ke gelanggang futsal namun terpaksa dipendam. Lututnya terasa begitu nyeri, sakit tak terperi jika beliau cuba berlari. Tinggallah futsal, tangis hati Fairuz. 

Fairuz bernasib baik kerana beliau tidak perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan dan bergerak. Selepas 4bulan dari tarikh kemalangan, kaki beliau hampir pulih, namun untuk berlari Fairuz belum mampu berlari setangkas dahulu. Atas saranan Doktor juga, kaki dan lutut Fairuz tidak boleh digunakan dengan terlalu lasak.

ISTERI BANTU CARI PENAWAR LUTUT APABILA LIHAT SUAMI KERAP MURUNG

Isteri Fairuz, Nana memang mementingkan kesihatan secara semulajadi. Dan Nana memang bersungguh-sungguh mahu suaminya pulih walaupun dia tahu risiko akan ditinggalkan setiap malam Khamis akan berulang lagi. Tapi demi kegembiraan suami, Nana tak kisah cuba macam-macam produk untuk pulihkan lutut Fairuz.

Terkini, Nana baru saja sign up keahlian dengan sahabatnya. Asalnya Nana mahu beli Set Kecantikan untuk selesaikan masalah jerawatnya. Dah hampir 8tahun Nana menderita dengan masalah jerawat yang tak mahu surut. Alhamdulillah, setelah hampir 4bulan Nana ambil Set Kecantikan tersebut, masalah jerawatnya hampir selesai. Tinggal nak uruskan parut-parutnya sahaja pula.

Lebihkurang macam inilah kulit Nana sekarang. 

kredit gambar : cikjatt
Fairuz pun dah lega tengok kulit isterinya yang semakin pulih. Sebab itu, bila Nana pujuk-pujuk suaminya makan produk dari keluaran yang sama dengan Set Kecantikan tadi, Fairuz bersetuju. 
Sebab Fairuz memang sudah saksikan keberkesanan produk tersebut pada isterinya. 


SET KESIHATAN SENDI UNTUK FAIRUZ YANG CEDERA




Demi isteri, demi futsal dan demi kesihatan lututnya, Fairuz telan sahaja apa yang Nana hulurkan pada beliau setiap hari.

Nana juga bekalkan beberapa 3biji Omega Guard untuk dimakan selepas waktu makan tengahari. Waktu malam pula Nana suapkan 2biji Joint Health Tablet dan 4biji Ostematrix.

Walaupun Nana dah suruh Fairuz baca setiap satu fungsi vitamin yang diberi, namun Fairuz tak baca. Fairuz yakin dan percayakan usaha isterinya akan memberi kesan positif pada lutut beliau. Insya allah dengan izin Allah.


ALHAMDULILLAH, HERO FUTSAL KEMBALI BERAKSI MACAM JUARA BOLA DUNIA

Alhamdulillah, kini Fairuz dah kembali ke gelanggang. Cumanya kini, setiap kali beliau ke padang futsal, beliau akan ajak Nana turut serta agar Nana tidak kesunyian tinggal di rumah berseorangan.

Fairuz sudah boleh berlari laju, dah boleh menggelecek bola, dah boleh ke sana ke mari macam dahulu. Besar jasa dan usaha isterinya untuk membantu beliau kembali sihat dan keluar dari kemurungan. 

Nana kata dia beli Set Kecantikan dan Set Kesihatan Sendi ini daripada Kedai Triple S.

Jangan biarkan kekesalan menyelubungi anda pada masa akan datang jika anda juga pernah kemalangan sehingga lutut tidak mampu berfungsi dengan baik.

Ada lebih 200 testimoni yang semuanya sangat  berpuashati. Sekarang,mari saya tunjukkan beberapa testimoni yang begitu baik untuk dikongsikan




Kawan Nana memang tidak sekadar bercakap kosong apabila memang dah ada 200 testimoni tak termasuk testimoni Fairuz tadi.

Kalau anda tak tahu kontek info Nana, anda kontek saya aje lah. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424



Gusi Berdarah, Gigi Sakit Bila "Pause" Makan Ostematrix Shaklee

Gusi Berdarah, Gigi Sakit Bila "Pause" Makan Ostematrix Shaklee


Haa.. ni lah padah dia kalau makan vitamin tapi tak konsisten. Buat apa pun, kita wajar beristiqomah, atau secara berterusan agar hasilnya terjamin. Kalau tak konsisten, kan dah balik ke keadaan lama, gusi berdarah dan sakit!

Ini tak lain tak bukan, bebelan terhadap diri sendiri lah ni.  Sebenarnya, saya sengaja bereksperimen dengan diri sendiri. Kali ini saya bereksperimen dengan Ostematrix. Saya nak tengok apa kesan dia kalau saya ambil Ostematrix dengan tidak konsisten. Buat masa ni, dah lebih 3 malam, saya tidur tanpa menelan 4biji Ostematrix sebelum tidur.

Sebelum tu, saya nak jemput anda tonton sedikit video tentang Ostematrix Shaklee.


Eh iye ke, gusi berdarah sebab kurang kalsium? Kenapa nak kaitkan masalah gusi berdarah dengan Ostematrix pulak? Mentang-mentanglah bulan ni promosi Ostematrix, kan?

Ok, biarkan saya explain. Kebiasaannya, gusi berdarah disebabkan oleh radang gusi atau lebih dikenali sebagai gingivitis. Jom baca sedikit tentang GINGIVITIS

Adakah gigi anda berdarah setiap kali menggosok gigi? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan radang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.
Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.
Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.
Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.
Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium.
Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.
Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).
Sumber Maklumat: Berita Harian
Kredit sumber maklumat kepada Portal Penerangan 1Malaysia,

Perenggan terakhir artikel diatas ada menyatakan, kekurangan beberapa jenis makanan memang akan menyebabkan masalah gusi berdarah atau radang gusi ini.

Bila saya check balik pengambilan makanan saya sejak kebelakangan ini, memang agak tidak teratur. Ditambah lagi dengan keadaan pengambilan vitamin tambahan yang tidak konsisten. Jadi inilah punca sebenar mengapa masalah gusi berdarah saya kembali.

BAGAIMANA KALSIUM MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH GUSI BERDARAH?

Sebagaimana yang sudah disebutkan tadi, kalsium yang dibekalkan didalam Ostematrix Shaklee, bukannya sekadar kalsium. Tetapi ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral lain yang membantu kadar penyerapan terbaik ke dalam tubuh badan.

Ostematrix Shaklee membantu badan cergas ketika bangun tidur

Pentingkah vitamin dan mineral lain ini untuk tubuh kita?
Jawapannya, tentulah penting supaya anda bukan sekadar telan dan buang kalsium yang anda ambil, tetapi ianya diserap dengan baik oleh tubuh anda.

Magnesium membantu penyerapan kalsium kedalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
Vitamin D berfungsi untuk memaksimumkan penyerapan kalsium
Vitamin K membantu mengikat kalsium antara satu sama lain
Mangan, zat besi dan zinc pula membantu mengaktifkan enzim yang membina tulang.

Gabungan keseluruhan vitamin dan mineral ini membekalkan bekalan kalsium yang maksima kedalam tubuh anda.

Jadi, saya perlu tamatkan segera eksperimen saya ini demi menyelamatkan titisan-titisan darah dari keluar di celah-celah gusi saya. Baik saya pergi derma darah ke pusat derma daripada membiarkannya terbazir begitu sahaja :P

Insya allah selepas ni, pasti sekali saya akan kembali kepada rutin pengambilan kaplet Ostematrix sebelum tidur. Dan tubuh saya akan kembali bertenaga sebaik sahaja bangun dari tidur. Lihat betapa deritanya tubuh saya tanpa Ostematrix.

Oh ye, anda jangan terlepas peluang mendapatkan satu set promosi Ostematrix sepanjang bulan ini.
Beli pada harga 6 botol, tapi bawa pulang 7 botol!
Kalau nak order, segera hubungi saya melalui kontek info yang tertera dibawah tu ye, pasti saya akan memberikan anda konsultasi produk terbaik anda pernah dapat.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari



 Lydzar Rusman 
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








Promosi Mac : Beli 6 Percuma 1 Ostematrix

Alhamdulillah, dah habis dah promosi ESP untuk Mac, seronok betul dengan pengalaman mengendalikan urusan jual beli ESP dengang seluruh rakyat Malaysia yang tentunya sangat tahu erti penjimatan.
Dan kini giliran untuk Ostematrix pula, saya yakin seluruh rakyat Malaysia akan mengambil tindakan pantas mendapatkan satu set promosi Ostematrix ini.



Pil kalsium & magnesium yang dikenali dengan nama  Ostematrix ini merupakan tablet putih berbentuk lonjong yang sangat mudah ditelan. Saya memang tak ada masalah untuk menelan 4tablet sekaligus dengan segelas air.

Mungkin anda pernah dengar pendapat, jika makan pil kalsium boleh sebabkan sakit batu karang.  Pernah dengar? Anda tahu sebab apa ada mitos begitu? Kalau tak tahu, nanti saya share melalui entry yang lain.

Jadi sebab itulah anda kena tahu pil kalsium bagaimana yang kita patut ambil. Adakah boleh terus beli saja mana mana pil kalsium di farmasi. Dalam deretan botol tu, tahukah mana satu yang terbaik dan berbaloi untuk wang anda?

"I tell my patients to take the kind that they tolerate best and is least expensive," Bolster says. She says she recommends calcium carbonate because "it's inexpensive, won't cause discomfort, and is a good source of calcium."
Ini pendapat dari Marcy B. Bolster, seorang Professor Perubatan dari Jabatan Rheumatologi & Immunologi di Medical University of South Carolin.

Jom lihat label pada botl Ostematrix;

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Haaa, terang lagi jelas, Ostematrix Shaklee dari sumber calcium carbonate, lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk serapan yang lebih berkesan.

Dan jika anda mahu tahu, kenapa anda wajib makan Ostematrix setiap hari, jom tengok apakata mereka yang memang dah jatuh cinta sama Ostematrix. Tidak terhad kepada ibu hamil sahaja, tetapi golongan lelaki dan perempuan memang perlu ambil Ostematrix.


Manfaat Ostematrix kepada lelaki dan wanita

Jadi, bersempena promosi Ostematrix beli 6 Percuma1 botol ni, adalah masa terbaik untuk menyimpan bekalan pil kalsium terbaik untuk tempoh 7bulan akan datang.

Untuk order dan pembelian, hubungi saya melalui kontek info dibawah. Lebih mudah berurusan jika anda Whatsap saya.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Menangani Masalah Tulang Rapuh Dengan Ostematrix

Seringkali kita menontok iklan di tv berkenaan tulang rapuh pada usia tua. Adakah situasi ini benar-benar berlaku. Dan adakah golongan warga tua sahaja yang mengalami masalah tulang rapuh ini?

Apakah dia masalah tulang rapuh?

Masalah tulang rapuh atau osteoporosis biasanya dikenali sebagai kehilangan tisu-tisu tulang, dimana ianya merupakan keadaan tulang yang rapuh dan mudah patah. Biasanya proses penghasilan tisu-tisu tuang adalah seimbang dengan proses penghancuran/pembuangannya.

Namun selepas usia 30 tahun, proses penghancuran tisu-tisu tulang adalah lebih banyak daripada proses penghasilannya. Ini semua adalah proses normal bagi seseorang manusia, Biasanya kita akan kehilangan kira-kira 0.1% hingga 0.2% daripada keseluruhan kalsium dalam tubuh kita dalam masa setahun. Bagaimanapun ia boleh mencecah sehingga 0.5% selepas usia 40 tahun dan kepada wanita yang sudah menopause boleh mencapai sehingga 1%.

Osteoporosis biasanya berlaku pada kaum wanita yang berumur lebih 60tahun dan mempunyai berat kurang daripada 60kilogram. Pendek kata,wanita yang sudah menopaus memang berisiko mendapat osteoporosis. Ini kerana mereka kekurangan hormon estrogen dalam tubuh mereka.

Menangani masalah tulang rapuh dengan ostematrix
GOLONGAN WANITA 6KALI LEBIH MUDAH MENDAPAT OSTEOPOROSIS
Wanita yang mempunyai berat lebih 60kg, anda patut menarik nafas lega!
Kerana golongan yag mempunyai berat badan berlebihan mempunyai lebih banyak estrogen yang lazimnya terdapat didalam tisu-tisu di adipos. Sebab itulah golongan ini kurang berisiko mendapat osteoporosis kerana adanya estrogen yang dapat mencegah osteoporosis.

Bagaimana menangani masalah tulang rapuh atau osteoporosis ini?

Langkah paling mudah ialah anda perlu pastikan anda mendapat bekalan kalsium secukupnya iaitu sebanyak 500mg kalsium setiap hari. Anda juga perlu memastikan anda mendapat 400iu Vitamin D setiap hari. Cara paling mudah untuk mendapatkan kedua-dua nutrisi ini adalah melalui pengambilan suplemen.
Nanti kita lihat apakah keistimewaan Ostematrix Shaklee.

Anda juga perlu mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya kerana sinaran matahari merupakan sumber ternaik Vitamin D. Banyakkan riadah dan aktiviti diluar, selain hanya terperap dipejabat atau di dalam rumah sahaja.

Jika anda merokok, kurangkanlah atau berhenti sahajalah kerana merokok juga salah satu faktor penyebab osteoporosis.

Jom berkenalan dengan Ostematrix Shaklee. 




Tablet lonjong berwarna putih susu ini adalah tablet Ostematrix. Pengambilan 4biji Ostematrix setiap hari mampu memenuhi keperluan kalsium tubuh kita. Tambahan pula setiap biji tablet Ostematrix mempunyai 250mg kalsium dan ia telah dilengkapi dengan 100IU Vitamin D.
Jika anda rujuk kembali kepada fakta diatas, 4 biji Ostematrix memang sangat membantu anda untuk mencegah dan terhindar daripada sakit osteoporosis.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang OSTEMATRIX.

Dan Ostematrix bukan hanya untuk menangani masalah tulang rapuh sahaja, malah lebih dari itu.

Kelebihan dan Manfaat Ostematrix


Ostematrix sangat sesuai untuk golongan berikut;
-Ibu mengandung
-Ibu menyusu
-Wanita yang selalu alami period pain (senggugut)
-Wanita dan lelaki yang selalu diserang migrain
-Wanita dan lelaki berumur 30tahun keatas

Jom pastikan pengambilan kalsium kita mencukupi dengan Ostematrix Shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Eksperimen : Kadar Serapan Ostematrix Di Dalam Tubuh.

Terpanggil nak buat sedikit eksperimen tadi. Ianya berkaitan kadar serapan Ostematrix dalam tubuh..

Taddaaaaa.. inilah hasilnya.





Ostematrix larut dalam tubuh dengan segera

10am : Saya masukkan sebiji Ostematrix dalam segelas air
10.10am : Kelihatan Ostematrix mula melarut dalam air dan kelihatan terurai
10.15 : Ostematrix semakin larut, saya ambil sebatang sudu dan mengacau air didalam gelas tersebut. Dan memang ostematrix telah larut sepenuhnya di dalam air tadi.

Jadi, anda dah tau kan, berapa lama masa yang diambil untuk Ostematrix melarut dalam air? 

Sepantas 15minit!



Anda pernah dengar, pengambilan suplemen kalsium boleh menyebabkan penyakit batu karang?
Of course TIDAK, bila kalsium yang anda ambil adalah Ostematrix. 



Shaklee telah mereka OsteMatrix secara eksklusif, dan antara bahan-bahan penting di dalamnya termasuk vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Gabungan tiga sumber terbaik kalsium di dalam Ostematrix:  

Kalsium karbonat (berkepekatan tinggi)
Kalsium sitrat (sangat mudah diserap) dan  
kalsium fosfat (menyediakan 2 mineral penting untuk penyerapan kalsium)
Vitamin D juga diperlukan untuk menyerap kalsium.

 
Nutrien lain bertindak sebagai pengikat untuk kalsium untuk melekat bersama-sama. 

Kalsium terbaik adalah kalsium sitrat kerana penyerapannya adalah yang terbaik berbanding kalsium lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Jadi, jika ada kalsium berlebihan dalam badan ia mudah dibebaskan melalui air kencing.

So apa lagi.. jomlah pilih Ostematrix :)

om aktif dan sihat dengan produk Shaklee :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.

 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Ubat Migraine Untuk Anda Yang Sering Sakit Kepala

Migraine adalah sakit kepala yang berlaku akibat daripada perubahan neurologi, perncernaan dan migrain ada dua jenis iaitu migrain tanpa aura (migrain klasik) dan migrain dengan aura (migrain umum). Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam migrain, tapi ianya hanya sekadar peratusan yang begitu sedikit dan belum boleh ditakrifkan sebagai pola pewarisan atau keturunan.

Atasi migraine shaklee

Punca Migrain.

Sebahagian migrain didapati berpunca daripada stress, merokok, tidur berlebihan atau kurang tidur dan juga kelaparan.

Melewatkan makan atau waktu makan yang tidak konsisten boleh menyebabkan pelepasan hormon  yang boleh meningkatkan paras tekanan (stress) dan menurunkan kadar gula darah sehingga menyebabkan migrain.

Cahaya yang terlalu terang juga boleh  menyebabkan sakit kepala pada manusia normal.

Bagaimana Mencegah Migrain?
  • Rajin bersenam
  • Tidur yang cukup
  • Ambil makanan kesihatan atau suplemen.
Bolehkan Mengatasi Migrain Dengan Vitamin Shaklee? Adakah Ubat Migrain?

Mestilah BOLEH. Kita usahakan mengubati migraine dengan vitamin Shaklee, bebas dari penggunaan paracetamol dan dadah. Mari baca sedikit sebanyak info tentang vitamin yang dikatakan 'ubat migrain ini'

Ubat Migraine Shaklee

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Kredit info :  Vitamin Semulajadi.
Oleh kerana terdapat pelbagai faktor penyebab kepada sakit kepala atau migraine ini, penderita migraine perlu mengenalpasti apakah punca sebenar serangannya. Jadi langkah pencegahan perlu diambil berdasarkan keadaaan anda dan wajarlah juga anda menimbangkan pengambilan vitamin Shaklee yang dikatakan sebagai 'ubat migraine' ini untuk membantu anda mengurangkan risiko serangan berulang migrain. Insya allah, kita usahakan agar sakit migraine anda sembuh. 


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Ostematrix, Bcomplex & GLA Complex Membantu Anda Berdepan Serangan Senggugut

Umum tahu tentang satu 'penyakit' yang kerap menyerang golongan wanita dikala menstrual. Serangan senggugut atau dalam bahasa Inggerisnya 'period pain' dialami oleh kaum wanita berpunca daripada pengeluaran hormon prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim bagi mengeluarkan darah haid dari rahim.

Pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan menyebabkan kesakitan, samada ada dibahagian bawah perut malah mungkin menyebabkan sakit dibahagian belakang pinggang juga.

Serangan senggugut ialah kesakitan seperti rasa 'cramp' dibahagian tulang pinggul bawah perut dan sekitar ari-ari juga dibahagian pinggang. Kadangkala mereka mengalami serangan senggugut sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.

Set Senggugut Shaklee


Sebahagian tanda yang dialami ketika kedatangan haid;

  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payudara bengkak atau sensitif
  • Kebimbangan
  • Masalah tidur (imsomnia)
  • Pening kepala dan keletihan
  • Jerawat
  • 'Mood swing'
Antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut;
  • Lakukan senaman ringan
  • Ambil makanan seimbang dan digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi vitamin B dan magnesium
  • Minum air secukupnya
  • Tuam dengan towel/botol panas
Dalam kebanyakan kes, senggugut yang teruk mungkin berkaitan dengan masalah penyakit puan seperti jangkitan kuman, fibroid dan endometriosis

Jika anda tertanya-tanya, vitamin apakah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah serangan senggugut, kami akan cadangkan pengambilan Ostematrix, Bcomplex dan juga GLA Complex.

Jom kita baca informasi tentang satu per satu vitamin yang dicadangkan di atas.

Ostematrix (kalsium & magnesium)

Kalsium dikenalpasti membantu untuk meringankan gejala PMS (sindrom pra-haid). Wanita dengan diet yang tinggi kalsium atau yang mengambil suplemen kalsium cenderung untuk kurang mengalami kekejangan, kembung dan sakit kepala sebelum dan semasa tempoh menstrual mereka berbanding wanita dengan pengambilan kalsium yang rendah. Kalsium bukan sahaja memberi manfaat untuk gejala fizikal PMS tetapi juga gejala emosi seperti perubahan mood. 

B-Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

GLA Complex
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. 
Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Pengambilan GLA Complex menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan membantu menghilangkan kesakitan akibat serangan senggugut jika diambil secara konsisten dan berterusan

Nak tengok apa kata mereka yang begitu gembira setelah mengambil Set Senggugut Shaklee ini?

testimoni senggugut

Saya share satu sahaja ye! Selamat mencuba.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head