UA-56349233-1
Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Promosi Mac : Beli 6 Percuma 1 Ostematrix

Alhamdulillah, dah habis dah promosi ESP untuk Mac, seronok betul dengan pengalaman mengendalikan urusan jual beli ESP dengang seluruh rakyat Malaysia yang tentunya sangat tahu erti penjimatan.
Dan kini giliran untuk Ostematrix pula, saya yakin seluruh rakyat Malaysia akan mengambil tindakan pantas mendapatkan satu set promosi Ostematrix ini.



Pil kalsium & magnesium yang dikenali dengan nama  Ostematrix ini merupakan tablet putih berbentuk lonjong yang sangat mudah ditelan. Saya memang tak ada masalah untuk menelan 4tablet sekaligus dengan segelas air.

Mungkin anda pernah dengar pendapat, jika makan pil kalsium boleh sebabkan sakit batu karang.  Pernah dengar? Anda tahu sebab apa ada mitos begitu? Kalau tak tahu, nanti saya share melalui entry yang lain.

Jadi sebab itulah anda kena tahu pil kalsium bagaimana yang kita patut ambil. Adakah boleh terus beli saja mana mana pil kalsium di farmasi. Dalam deretan botol tu, tahukah mana satu yang terbaik dan berbaloi untuk wang anda?

"I tell my patients to take the kind that they tolerate best and is least expensive," Bolster says. She says she recommends calcium carbonate because "it's inexpensive, won't cause discomfort, and is a good source of calcium."
Ini pendapat dari Marcy B. Bolster, seorang Professor Perubatan dari Jabatan Rheumatologi & Immunologi di Medical University of South Carolin.

Jom lihat label pada botl Ostematrix;

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Haaa, terang lagi jelas, Ostematrix Shaklee dari sumber calcium carbonate, lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk serapan yang lebih berkesan.

Dan jika anda mahu tahu, kenapa anda wajib makan Ostematrix setiap hari, jom tengok apakata mereka yang memang dah jatuh cinta sama Ostematrix. Tidak terhad kepada ibu hamil sahaja, tetapi golongan lelaki dan perempuan memang perlu ambil Ostematrix.


Manfaat Ostematrix kepada lelaki dan wanita

Jadi, bersempena promosi Ostematrix beli 6 Percuma1 botol ni, adalah masa terbaik untuk menyimpan bekalan pil kalsium terbaik untuk tempoh 7bulan akan datang.

Untuk order dan pembelian, hubungi saya melalui kontek info dibawah. Lebih mudah berurusan jika anda Whatsap saya.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Sup Brokoli sumber kalsium harian

Main masak-masak pun seronok juga. Selain mencuba resepi baru, walaupun sekadar ringkas, tetap ada kepuasannya. Yang paling penting lepas tu, boleh makan!

I memang suka brokoli. Biasanya saya buat sayur campur dengan lobak, capsicum dan beberapa sayuran lain saja. Buat sup ringkas mcmni pon tak kurang sedapnya. Dan kalau nak tau, brokoli juga adalah sumber kalsium. Siang saya makan brokoli, malam saya topup lagi dengan makan Ostematrix. Lengkap lah sumber kalsium utk saya :)

Sup Brokoli untuk Kesihatan.


Resepi Sup Brokoli


Sebuah penelitian mengatakan brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding susu. Ia juga sangat baik untuk membentuk massa tulang.

Bahan-bahan:
1 mangkuk brokoli
1 ulas bawang putih
1 biji lada merah untuk hiasan
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul kiub ikan bilis
1 biji telur
2 cawan air

Cara memasak
Didihkan air.
Masukkan bawang putih dan halia diikuti brokoli.
Biarkan mendidih dan menjadi lembut.
Pecahkan telur dan kacau sebati.
Masukkan garam.
Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba :)


Pssstt : Walaupun memang saya mabil Ostematrix setiap hari, tapi itu bukan pengganti sumber kalsium sebenar saya melalui makanan. Saya tetap makan tau.. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Promosi Mac 13 : OSTEMATRIX, Go Beyond Calcium

Selamat pagi! Dah masuk bulan Mac dh kita. Terima kasih pada semua customer yang bershopping Omega Guard sepanjang bulan lepas.

Untuk yang tertunggu tunggu Promosi Mac, here u are!

BUY 6 FREE 1 OSTEMATRIX pada harga RM294WM/RM312EM (tidak termasuk postage)

Promosi Ostematrix
NO KKM : MALN07081510XC


Ostematrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko Osteoporosis.

KOMPREHENSIF, TERBUKTI SECARA KLINIKAL & MUDAH DITELAN

Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, magnesium vitamin D dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu pengecutan oto dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurunga   
 OSTEMATRIX MEMBEKALKAN: 
  • 1000mg (100% pengambilan harian, DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan harian, DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU ( 100% pengambilan harian, DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 

  

Kapsul putih bersalut yang mudah ditelan. 
Cadangan pengambilan, 4 biji sehari. Ambil 2 biji, 2 kali selepas makan.

----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Nutrisi Penting untuk Kesihatan Tulang

Terbaca artikel tulisan Jamie McManus, tentang definisi sihat bagi setiap individu. Beliau berpendapat kesihatan tulang adalah yang paling PENTING.Saya juga bersetuju dengan beliau kerana tulang adalah tunggak segala aktiviti dan pergerakan yang manusia lakukan.

Jom saya kongsikan artikel dari website Pusat Maklumat Rakyat tentang kesihatan tulang.
-----------------------------------------------------------------

Kesihatan Tulang

Kesihatan tulang adalah salah satu daripada elemen penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa sokongan dan perlindungan daripada tulang, kita tidak mungkin dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal walaupun aktiviti yang paling mudah. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari.

Tulang Merupakan Tisu Yang Hidup

Tulang merupakan struktur yang kompleks dan dibahagikan kepada dua kategori utama; kortikal dan trabekular. Kortikal atau tulang-tulang padat membentuk lapisan luar tulang dan membentuk sebahagian besar rangka manusia. Trabekular membentuk bahagian dalam tulang dan mempunyai struktur ala jaringan atau seperti struktur sarang lebah. Kedua-dua tulang kortikal dan trabekular ini mengandungi sel-sel hidup yang terkandung di dalam satu matriks organik yang terdiri daripada serat-serat protein.
Bahan mineral seperti kalsium dan fosforus diendap ke dalam matriks tulang. Selain itu, nutrien-nutrien lain juga penting bagi metabolisme tulang yang normal termasuklah vitamin D, vitamin K, magnesium dan zink. Bekalan nutrien-nutrien ini adalah bergantung kepada pengambilan diet harian kita. Oleh sebab tulang merupakan tisu yang hidup, maka khasiat pemakanan yang tepat adalah penting untuk tulang. Seperti hidupan lain, rangka manusia sentiasa diperbaharui dengan sendirinya, melalui kitaran penguraian dan pembentukan yang dikenali sebagai proses pembentukan semula tulang. Keberkesanan proses semula jadi ini adalah bergantung kepada pemakanan yang kita bekalkan kepada tubuh kita. 

Proses Pembentukan Semula
Proses pembentukan semula adalah suatu fungsi biologikal asas yang direka bagi memastikan kemandirian tubuh kita. Pada satu masa tertentu, sel-sel yang terlibat dalam proses pembentukan semula tulang akan menguraikan dan membentuk tulang di berjuta lokasi yang merangkumi keseluruhan rangka dan juga matriks tulang. Sel-sel osteoblast dan osteoclast memainkan peranan utama di dalam proses ini. Sel osteoclast bertanggungjawab menguraikan struktur tulang dan melepaskan komponen tulang ini ke dalam aliran darah. Aktiviti penyerapan ini meninggalkan lekuk cekung halus di dalam tulang dikenali sebagai lekuk penguraian.
Lekuk-lekuk ini kemudiannya akan dilapisi oleh sel osteoblast, yang secara lazimnya membina semula tulang yang telah diuraikan. Sel osteoblast ini pada mulanya akan membentuk lapisan matriks protein dan ia kemudiannya akan menghasilkan bahan-bahan yang akan mengakibatkan pengendapan mineral-mineral tulang ke dalam matriks protein.

Proses Pembentukan Semula Tulang
Proses penguraian dan pembentukan inilah yang menyembuhkan bahagian permukaan tulang yang haus dan rosak serta mengekalkan kekuatan tulang dan pergerakannya setiap hari. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kitaran pembentukan semula tulang ini dipenuhi dengan khasiat pemakanan yang optimum. Ini adalah satu langkah yang penting bagi memastikan bahawa seseorang itu berupaya menikmati kesihatan tulang yang baik dan gaya hidup yang aktif. Tanpa nutrien, vitamin dan mineral yang tepat sebagai blok-blok binaan, proses pembentukan semula ini akan terganggu dan mengakibatkan tulang-tulang menjadi lemah dan rapuh. Tiada siapa yang terkecuali daripada risiko tulang yang tidak sihat. Oleh itu, tulang kita perlu dijaga dengan baik sejak zaman kanak-kanak dan remaja.

Membekalkan Pemakanan Untuk Tulang Anda
Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.
Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.

Kalsium
Kalsium adalah salah satu mineral utama dalam pembentukan tulang yang diperlukan oleh tubuh dan kepentingan mineral ini merupakan asas yang telah lama bertapak dalam sains pemakanan untuk tulang. Penyelidikan telah membuktikan hubungan di antara pengambilan kalsium yang mencukupi dengan puncak jisim tulang yang optimum di awal kehidupan dan pencegahan kehilangan jisim tulang ketika usia tua.

Vitamin D
Vitamin D meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium, oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tahap kalsium yang optimum di dalam darah. Pengetahuan saintifik menyatakan bahawa kekurangan vitamin D adalah berkaitan dengan ketumpatan tulang yang rendah dan risiko keretakan tulang yang tinggi, terutamanya pada golongan tua.

Vitamin K
Vitamin ini telah lama dikenali melalui peranannya dalam proses pembekuan dan penggumpalan darah. Bagaimanapun, kebelakangan ini semakin banyak bukti menunjukkan bahawa vitamin K memainkan peranan dalam mengoptimumkan kesihatan tulang. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin K amat penting dalam salah satu proses utama dalam pembentukan tulang iaitu proses pengkarboksilan osteocalcin, protein yang ditemui dengan banyaknya di dalam tulang. 
Vitamin K berfungsi dengan meningkatkan jumlah osteocalcin yang aktif, yang dapat meningkatkan daya tarikannya terhadap kalsium. Ini akan mengekalkan dan mengikat nutrien-nutrien di dalam tulang. Kajian populasi telah melaporkan bahawa terdapat hubungan antara tahap pengambilan vitamin K yang rendah, dengan pengurangan ketumpatan jisim tulang dan peningkatan risiko keretakan tulang. Penemuan ini dikenal pasti pada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita yang merangkumi pelbagai peringkat umur.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda bertanya saya, produk Shaklee yang mana yg sesuai untuk tujuan kesihatan tulang, jawapan saya tentunya OSTEMATRIX. 
Ostematrix adalah sumber kalsium terbaik yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang penting utk kadar penyerapan optimum. Semua golongan dewasa sesuai untuk mengambil OStematrix sebagai bekalan kalsium harian mereka


Baca info produk di sini : FAKTA OSTEMATRIX 
Baca perbezaan produk kalsium Shaklee dgn produk lain : BEZA OSTEMATRIX dgn KALSIUM LAIN

Hubungi saya untuk info lanjut tentang Ostematrix dan juga pesanan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 
 

10 Kaedah Tingkatkan Metabolisme Badan

Apa itu metabolisme? 

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme bagi setiap individu berbeza.
Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? 
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.






Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan Metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  9. Vitamin C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
credit to : KevinZahri.com

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787