UA-56349233-1
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Promosi Oktober : Vitamin E, GLA Complex, Omega Guard & Vitalea For Kids

Alhamdulillah, untuk bulan ini pihak Shaklee Products (M) bermurah hati beri kita semua 4 jenis vitamin pada harga runtuh.

Tahun tahun sebelum ini, hanya 1 produk terpilih tapi kini 4 produk sekaligus. Bermakna mereka sedang memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula menikmati harga terbaik walaupun memang sebelum ini pun, harga produk Shaklee memang sangat berpatutan.



Kesemuanya adalah HOTSELLING vitamin kan?
Dekat rumah saya sendiri, kalau stok Omega takkan mampu bertahan selama 1 bulan pun.
Mana taknya, setiap hari saya ambil 3biji, anak anak 3 orang pula ambil 1biji setiap seorang. Jadi dalam masa sehari saja dah 6biji kami makan. Jadi satu botol hanya bertahan untuk setengah bulan sahaja. Sebab itu lah saya suka sangat dengan promosi bulan ini.

Suami saya pula amalkan Vitamin E setiap hari. Saya pula sapukan minyak Vitamin E ni sebagai masker dekat muka untuk memperbaiki tekstur kulit saya.

Owh ye, saya nak ingatkan lagi.  Bulan Oktober adalah bulan terakhir atau bulan penghabisan bagi promosi Daftar Ahli Dapat Vitalea Percuma.

Bayangkan kalau anda beli Set Twinpack (Beli 2 Dapat Less 5%) dan mendaftar keahlian, memang terpaksa bawak balik sebotol Vitalea secara PERCUMA sahaja.

Baiklah, jangan tunggu atau fikir lama lama untuk buat keputusan ye. Samada beli saja mana mana set promosi, atau mendaftar keahlian dengan membeli atleast 1 tiub Herbal Blend, anda sebenarnya memang dah buat keputusan paling bijak dalam hidup

Sebab keesokan harinya anda akan terus dapat menikmati pelbagai manfaat lain yang Shaklee offer.
Saya dah rasa serba sedikit, jadi saya taknaklah rasa sorang sorang. Jom kita sama sama duduk dibawah payung Shaklee :)

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


PROMOSI APRIL YANG OHSEM!

PROMOSI APRIL YANG OHSEM!

DETOX DAN KURUS.

Untuk sentiasa sihat dan sebelum anda nak slim slim balik, apa kata detox dulu hati anda dengan DTX Complex.

Manfaat DTX : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis.
Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
Tahukah anda, hati berfungsi untuk memproses makanan yang kita makan dan bertindak sebagai flter supaya apa yang sampai ke tubuh kita adalah bermanfaat.
Bayangkan kalau filter rosak. Berkeladaklah tubuh kita kan?
Lepas dah DETOX, bolehlah mulakan rejim kurus yang lain seperti pemecah lemak si Lecithin ini..


Bina semula otot anda yang sedang menjalani proses kehilangan lemak agar kulit anda tidak kelihatan mengelebehh nanti dengan CInch Shake Chocolate atau Caffe Latte

MAHU SUBUR..

EPO versi kami dinamakan GLA Complex. Telah terbukti mampu 'meghamilkan' wanita. Opss tentulah dengan kerjasama si suami

 ongue emoticon
Jangan lupa dapatkan juga vitamin untuk kesuburan suami ya. Kalau suami dan isteri sama sama berusaha menyediakan badan yang sihat, tentu lebih baik hasilnya nanti.

Untuk anak-anak pun ada.. promosi Vitalea For Children diteruskan lagi untuk bulan ke4. Jangan biarkan hari anak kit berlalu tanpa sebiji Vitalea For Children :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook


Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Ikuti 14 Tips Cepat Hamil Jika Anda Memang Tak Sabar Nak Cium Bau Baby

Assalamualaiku.

Kali ni saya nak share tentang Tips Cepat Hamil yang boleh anda cuba dan lakukan dengan rutin dalam proses anda dan pasangan untuk hamil. Iringi tips cepat hamil ini dengan doa juga ya ....

Vitamin Ibu Hamil Vitamin Kesuburan



1. Posisi ketika melakukan hubungan seks: 
Tidak semua posisi bercinta boleh memberi peluang yang sama untuk terjadinya persenyawaan . Kedudukan yang paling membolehkan agar sperma boleh berenang melintasi rongga rahim menuju saluran falopio yang ada di seberang rahim adalah kedudukan mubaligh . ( Suami diatas )

2. Berbaring dulu : 
" Satu nasihat yang bagus untuk berbaring selama 10 - 15 minit selepas seks , tetapi anda tidak perlu mengangkat kedua kaki, " kata James Goldfarb , MD, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland,

3. Nikmati seks: 
Mulakan menikmati hubungan seks tidak sebagai usaha untuk berhasil tapi juga kerana anda berdua menikmati dan selesa melakukannya.

4. Frekuensi hubungan seks : 
Idealnya adalah kira-kira 2-3 kali seminggu

5. Catat masa subur : 
Bagi anda yang kitaran haidnya teratur akan lebih mudah mengira masa subur . Bagi wanita dengan kitaran haid rutin 28 hari, kira hari ke- 12 dan pada bila-bila hari sehingga hari ke 16. Bermula dari hari pertama haid ya

 6. Ukur suhu basal tubuh : 
Suhu tubuh yang normal antara 35.5 - 36 darjah celcius. Pada masa ovulasi , suhu badan akan turun lalu naik menjadi 37 - 38 darjah.

7. Ujian kesuburan :
Gunakan kit UPT (urine pregnancy test) iaitu alat pengira masa subur yang dijual di farmasi. Alat ini akan mengukur kadar hormon LH pada air kencing yang biasanya berlaku sebelum ovulasi. Waku yang paling tepat untuk melakukan ujian kesuburan adalah pada waktu pagi.

8. Gaya hidup sihat:
Banyak kajian membuktikan bahawa merokok boleh mengurangkan kesuburan. Kebiasaan merokok mengakibatkan saluran telur tersumbat sehingga perjalanan sperma bertemu sel telur terbantut.

Gaya hidup lain yang patut anda elakkan adalah pemakaian ubat- ubatan secara sembarangan serta minuman beralkohol secara berlebihan.

9. Senaman dan olahraga
Jika anda ingin hamil, kerapkan sesi senaman anda. Contohnya pergi berjalan kaki tiga kali seminggu selama 30 minit.

10. Jaga berat badan 
Miliki berat badan ideal sesuai dengan body mass index (BMI). Berat badan berlebiha menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

11. Cek Lendir : 
Jika terdapat cecair serviks (cervical mucus) di faraj anda , itu petanda anda berada dalam puncak masa subur dan menjadi masa yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks.

12. Jauhi pelincir
Pelincir mengandungi komponen -komponen yang boleh merosakkan sperma dan ia tidak digalakkan untuk pasangan yang ingin mempunyai anak menggunakannya.

13. Rileks dan bebas stress
Cuba sedaya upaya untuk kekal dalam keadaan gembira dan bebas stress. Hati yang gembira akan mengurangkan stres dan akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

14. Segera berjumpa doktor! 
Jika kita sudah cuba cadangan-cadangan di atas namun selepas 1 - 2 tahun masih belum berjaya untuk hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan.

--------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin anda juga mahu tahu  jika Shaklee ada produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan para pasangan suami isteri.

Antaa yang disyorkan ialah:

Lelaki:
Vitamin E
Zinc Complex
CoqHealth Plus

Wanita:
GLA Complex
BComplex
ESP
Afalfa

Dapatkan konsultasi lengkap tentang fungsi setiap satu produk dan cara pengambilan selepas pembelian dari Distributor Shaklee Terbaik anda seperti dibawah.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Makan GLA Complex, Period Jadi Tak Stabil?

"Makan GLA Complex, Period Jadi Tak Stabil", ini adalah salah satu senario yang kerapkali saya dengar dari para pengguna GLA Complex. Ramai yang ambil GLA Complex untuk memperbaiki 'period cycle' yang bercelaru, tapi kenapa bila ambil GLA Complex, jadi semakin bercelaru?

Anda pernah dengar terma krisis penyembuhan atau dalam Englishnya 'healing crisis'?
Ya inilah salah satu healing crisis apabila anda ambil GLA Complex. Sebenarnya vitamin sedang berfungsi dan bertindakbalas dengan hormon dalam tubuh badan kita.

Apa yang perlu anda buat?
Teruskan pengambilan, perbanyakkan minum air dan konsistenlah.

Tapi jangan tak tahu, disebalik banyak rungutan period tak tetap, ramai juga yang dah rasa kebaikan GLA Complex untuk menstabilkan dan membetulkan period cycle mereka. Yang dah berjaya hamil pun RAMAI tau!

Terpanggil untuk sama-sama berkongsi pengalaman tentang GLA Complex.

Saya ambil GLA Complex sebaik sahaja saya mula memasang implanon (kaedah perancangan keluarga) pada awal tahun 2012. Kini dah expired pon implanon yang saya pakai tu.

Sebab apa saya ambil GLA?
Dengan perasaan gusar dan risau jika implanon akan membuat sistem tubuh dan hormon saya huru-hara, saya ambil keputusan untuk consume GLA Complex secara konsisten.

Pada 3-4bulan pertama, pemakaian implanon dan pengambilan GLA Complex, ye benar, period cycle saya juga agak kelam kabut. Saya didatangi period selama lebih 2 minggu menghmpiri 3 minggu.
Ianya hanya kelihatan seperti 'stain' dan berwarna brownish sahaja. Dan apabila telah menjangkau lebih 15hari, darah period yang sedikit-sedikit ini, maka fahamlah saya, saya sdang berada dalam keadaan istihadah.


Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.

Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Keadaan begini sehingga bulan keempat. Memasuki bulan kelima pula, period saya tidak datang untuk bulan tersebut. Dan ia juga berlaku sehingga beberapa bulan, yang saya kira adalah normal bagi pengguna implanon seperti saya.

Dan buat seketika, period datang dalam tempoh yang sangat sekejap. Walaupun begini keadaan dan ragam period cycle saya, saya tetap meneruskan pengambilan GLA Complex dengan konsisten kerana saya sukakan kesan sampingannya yang lain terutama sekali dari segi kulit.



 Wajah saya begitu jarang dihinggapi jerawat sejak konsisten dengan kombinasi GLA Complex dan pelbagai lagi vitamin untuk penyusuan saya ketika itu.

Dan memasuki tahun kedua saya berGLA Complex, period cycle saya menjadi agak panjang.
Datang period untuk tempoh 2 minggu, dan ia datang hanya 2 bulan sekali. Apapun, tiada masalah bagi saya denga kesan-kesan healing crisis dan senario period yang tidak berapa tetap ini.

Kerana saya memahami, darah period bukanlah dikira sebagai darah kotor, yang wajib keluar dari tubuh badan setiap bulan. Tetapi ia adalah runtuhan dinding rahim akibat dari proses ovulasi. Jika saya memang menghalang ovulasi daripada berlaku (dgn pemakaian implanon) susah tentulah proses ini (period cycle) tidak akan berlangsung dengan tetap.


Apa pun, kesan pengambilan vitamin dan suplemen memang bergantung pada sistem tubuh individu.





Ostematrix, Bcomplex & GLA Complex Membantu Anda Berdepan Serangan Senggugut

Umum tahu tentang satu 'penyakit' yang kerap menyerang golongan wanita dikala menstrual. Serangan senggugut atau dalam bahasa Inggerisnya 'period pain' dialami oleh kaum wanita berpunca daripada pengeluaran hormon prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim bagi mengeluarkan darah haid dari rahim.

Pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan menyebabkan kesakitan, samada ada dibahagian bawah perut malah mungkin menyebabkan sakit dibahagian belakang pinggang juga.

Serangan senggugut ialah kesakitan seperti rasa 'cramp' dibahagian tulang pinggul bawah perut dan sekitar ari-ari juga dibahagian pinggang. Kadangkala mereka mengalami serangan senggugut sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.

Set Senggugut Shaklee


Sebahagian tanda yang dialami ketika kedatangan haid;

  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payudara bengkak atau sensitif
  • Kebimbangan
  • Masalah tidur (imsomnia)
  • Pening kepala dan keletihan
  • Jerawat
  • 'Mood swing'
Antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut;
  • Lakukan senaman ringan
  • Ambil makanan seimbang dan digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi vitamin B dan magnesium
  • Minum air secukupnya
  • Tuam dengan towel/botol panas
Dalam kebanyakan kes, senggugut yang teruk mungkin berkaitan dengan masalah penyakit puan seperti jangkitan kuman, fibroid dan endometriosis

Jika anda tertanya-tanya, vitamin apakah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah serangan senggugut, kami akan cadangkan pengambilan Ostematrix, Bcomplex dan juga GLA Complex.

Jom kita baca informasi tentang satu per satu vitamin yang dicadangkan di atas.

Ostematrix (kalsium & magnesium)

Kalsium dikenalpasti membantu untuk meringankan gejala PMS (sindrom pra-haid). Wanita dengan diet yang tinggi kalsium atau yang mengambil suplemen kalsium cenderung untuk kurang mengalami kekejangan, kembung dan sakit kepala sebelum dan semasa tempoh menstrual mereka berbanding wanita dengan pengambilan kalsium yang rendah. Kalsium bukan sahaja memberi manfaat untuk gejala fizikal PMS tetapi juga gejala emosi seperti perubahan mood. 

B-Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

GLA Complex
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. 
Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Pengambilan GLA Complex menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan membantu menghilangkan kesakitan akibat serangan senggugut jika diambil secara konsisten dan berterusan

Nak tengok apa kata mereka yang begitu gembira setelah mengambil Set Senggugut Shaklee ini?

testimoni senggugut

Saya share satu sahaja ye! Selamat mencuba.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

SET KESUBURAN : Pn Marimar Berjaya Hamil Setelah 2 Bulan


Tiada kata selain SYUKUR ALHAMDULILLAH yang keluar dari mulut kami apabila pelanggan yang mengambil vitamin Shaklee berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka. Kami turut tumpang gembira bila apa yang dihajatkan oleh mereka tercapai.

Terbaru kisah dan testimoni tentang SET KESUBURAN  yang saya ambil dari group tertutup customer kami iaitu Shaklee Golden Lounge. Hanya customer yang membeli dari kami di jaringan group Jutawan layak masuk ke group tertutup ini.

Jom kita baca pengalaman beliau.

Marimar Er
:: HAMIL SELEPAS 2 BULAN AMBIL SET KESUBURAN ::

Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha... 😊


Inilah gambar scan yang Puan Marimar Er kongsikan bersama kami.
Semoga perjalanan kehamilan selama 9bulan Puan Marimar berjalan dengan baik dan beliau dikurniakan kesihatan hingga selamat melahirkan bayinya nanti.

Alhamdulillah, ini bukan kisah dan cerita pertama yang kami dengar di SGL. Cuma sejak promosi GLA Complex tamat bulan Julai yang lalu, lebih kerap berita gembira ini kami terima. 

Syukur, ianya sebagai salah satu usaha. Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’anAllah jugalah yang memakbulkannya. 

Dan kita sebagai hambanya wajib berusaha, kerana Allah sangat sukakan mereka yang berusaha. 

Kenapa GLA Complex dikatakan sangat membantu dalam proses nak hamil ni? Jom baca dekat SINI

Bagaimanapun jika tubuh kita mendapat nutrisi yang lengkap, ianya akan lebih memudahkan tujuan kita untuk hamil. Dan kedua-dua pihak suami isteri perlu bekerjasama untuk persediaan kehamilan ini. Bukan hanya bergantung pada pihak isteri sahaja. Puan Marimar dan suaminya pun ambil vitamin masing-masing. Kami memang menyediakan set kesuburan yang lengkap untuk suami dan isteri.

----------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Tempohari ready stok ESP saya ada 15. Alhamdulillah. Produk soya non GMO yang memang sangat berkesan. Rasanya sedap, enak dibancuh dengan pelbagai resepi. Tapi jangan ...
  Like · Comment · Share

GLA Complex, betul ke boleh mengandung?

Insya Allah, hanya tinggal hari ini dan esok sahaja bagi promosi GLA Complex. Masuk saja 1 Ogos, promosi akan tamat dan kita nantikan pula promosi terkini daripada Shaklee.

Saya terima soalan dari salah seorang bakal customer semalam;

"Kalau saya makan GLA Complex sahaja, boleh ke saya mengandung kak?"

Tersenyum saya membaca mesej di Whatsapp tersebut. Sebelum menjawab, saya teliti dulu isi kandungan jawapan yang bakal saya berikan pada beliau. Ye saya sangat memahami, isu conceive ini sangat sensitif dikalangan pasangan yang masih belum dikuriniakan zuriat. Kadangkala sedikit ayat atau jawapan mampu mengguris perasaan dan merobek kepercayaan mereka terhadap sesuatu, terutama sekali produk yang dikatakan mampu untuk menjadikan tubuh mereka subur sekaligus membuatkan mereka hamil.

Antara faktor penting yang perlu kita ambilkira apabila bercakap tentang zuriat ialah, konsep rezeki dari Allah (bagi orang Islam). Kita memahami ajal, maut, umur dan rezeki semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.

~Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu~

Jadi perkara ini adalah satu ketentuan yang kita perlu redha. Tapi redha bukanlah bermaksud berserah tanpa sebarang usaha. Tapi redha sambil berusaha gigih mendapatkan apa yang kita mahukan. Jadi kita anda sedang berusaha dengan sebarang produk, kita hendaklah redha ianya sebagai salah satu usaha bagi mendapatkan sesuatu yang kita hajatkan. Sebab itulah bila saya dapat soalan begini, saya akan tekankan konsep ini dahulu. Saya tak mahu memberi harapan dan janji andainya nanti produk ini tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Kita juga perlu juga ketahui  dan memahami beberapa faktor yang menyebabkan tubuh seseorang wanita tidak subur.

Ovulasi
Tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi.  Dalam bahasa mudahnya 'pengeluaran telur daripada ovari adalah sedikit atau kurang atau tiada langsung'.

Berat Badan
Wanita yang mempunyai berat badan yang terlalu berat atau terlalu kurus juga antara penyebab atau faktor sukar hamil. Jadinya antara langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

Usia
Apabila umur telah mencecah 35 tahun keatas, kebiasaannya kadar hormon semakin menurun dan mempengaruhi faktor kesuburan seseorang wanita. Biasanya pada usia ini kesuburan wanita semakin menurun.

Masalah-masalah lain
Pertumbuhan cyst, fibroid dan tumor yang mendatangkan masalah pada tiub fallopio, masalah serviks, masalah uterus, masalah lendir serviks, masalah hormon dan sebagainya.

Jadi sebelum memulakan sebarang suplemen untuk kesuburan, anda dinasihatkan untuk melakukan 'check-up' dan mendapatkan pandangan daripada yang lebih pakar dahulu. Jika ada sebarang masalah, saya nasihatkan anda ikuti treatment yang bakal Doktor lakukan terlebih dahulu. Apabila tiada masalah berkaitan isu-isu medikal, maka bolehlah anda mencuba untuk hamil dengan produk Shaklee.

Walaubagaimanapun, berikut saya paparkan beberapa testimoni yang saya ambil dari kumpulan tertutup Facebook kami berkaitan dengan kesuburan dan berjaya hamil dengan produk Shaklee.

Testimoni 1 : Ezeyana Ashleyana
Alhamdulillah!

Customer sy da 4 tahun kahwin tp blum de rezki utk mengandung

Berkat di bulan suci ni Alhamduliah beliau da disahkan mengandung(^-^)

Liza consume the magical set of GLA ,ALFALFA & B complex sejk awal July aritu

Beliau x prnah mkn ape2 supplement b4 this..

Tahniah liza n husband.. Allah makbulkan doa awk

Terima kasih krn memilih set kesuburan Shaklee !

 Testimoni 2 : Mastura Md Nor
Assalamulaikum.... kat sini saya nak share ttg costumer saya yang teringin nak anak lagi selepas kelahiran anak sulongnye 6 tahun lalu. Tapi masih takde rezeki. Dia ade terbaca ttg GLA shaklee n nak try. Selepas consume tak sampai sebotol pun GLA ni, dengan izin Allah dia pregnent. Dia betul2 tak sangka sbb dah tunggu lama sgt kan.

Testimoni 3 : HaziRah YuSoff

oooo..tahniah juga...cheerful monday! salam ramadhan..doakn kandungan saya sehat walafiat..thnx juga sbb promote gla kt saya...^^ kalau kak ade ape2 tips sila2kn share kt saya...hehe...

Ok cukup. Sebenarnya ada banyak lagi kisah kejayaan kehamilan dengan set kesuburan Shaklee atau GLA Complex ni.  Jika anda adalah antara golongan yang sedang berusaha untuk hamil, saya syorkan anda cuba set kesuburan Shaklee.

Saya adalah pengedar Shaklee dikawasan Subang Bestari dan Kota Damansara. Hubungi saya melalui info dibawah untuk tujuan konsultasi dan pesanan vitamin Shaklee anda. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Promosi Julai 2013 : GLA Complex Beli 6 Percuma 1

Alhamdulillah, sampai juga sms yang dinanti-nantikan oleh geng Shaklee Distributor semalam. SMS tiba agak lewat. Padahal hati kami dah berdebar-debar menunggu.

So untuk bulan ni, promosi terbaik untuk mereka yang sukakan GLA Complex.

Anda boleh dapatkan extra 1 botol GLA Complex jika membuat pembelian promosi ini. Harga retail hanya RM547(WM) / RM570 (EM).



Bagi yang belum tahu akan khasiat GLA Complex, mari sini saya cerita sikit. Atau boleh terus klik link KEPENTINGAN GLA COMPLEX

GLA Complex sangat terkenal sebagai vitamin yang membantu pasangan mendapatkan cahaya mata. Ia juga glamor dan diambil oleh ibu menyusukan yang mempunyai anak yang ada ekzema. Dan tak kurang juga bagi jelitawan yang sangat sukakan GLA Complex kerana fungsinya yang mampu memberi efek 'glowing' pada wajah mereka. Dan tak lupa, paling kerap ditemui kalau anda search dan lakukan carian Google, GLA Complex membantu mengecutkan cyst.

Tiada masalah juga bagi kaum lelaki yang mahu mengambil GLA Complex. Ia bukanlah suplemen untuk wanita semata-mata. GLA Complex mengandungi 15IU vitamin E yang mampu menguatkan arteri. Dan ia juga berfungsi untuk mengelakkan terjadinya blood clot, jadi ianya membantu mengelakkan masalah dan risiko serangan jantung.

Banyak kan manfaatnya. So memang berbaloi kalau anda grab terus 6 botol. Boleh kongsi makan bersama suami dan isteri. Pastinya anda berdua akan dapat rasakan perubahan pada kulit masing-masing. Suami puji isteri, isteri puji suami. Alahaiii bahagianya :)

So kalau anda nk order, refer info dibawah dan kontek saya ye.
Special consultation menunggu anda. Apa lagi, kontek saya sekarang ye
----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 



Set Women's Health : Untuk Kesihatan OPTIMUM setiap wanita

KETAHUI KEPENTINGAN KESIHATAN WANITA

Wanita tunjang keluarga. Wanita adalah ibu, kakak, adik, nenek dan menjadi kesayangan setiap orang dalam keluarganya. Tugas wanita zaman sekarang yang banyak membantu menjana ekonomi keluarga dan negara juga sangat tinggi nilainya.

Kesihatan wanita amat penting kerana mereka memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan setiap ahli keluarga dan orang sekeliling mereka. Ramai wanita terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatan diri mereka sendiri.

Dalam kehidupan seorang wanita, mereka mengalami beberapa peringkat perubahan hormon iaitu dari peringkat baligh kepada kehamilan sehingga lah keperingkat putus haid. Setiap peringkat ini memerlukan penjagaan yang khusus.

Diet yang seimbang, senaman dan amalan makanan tambahan yang betul sangat penting untuk mereka kekal sihat dan mencegah daripada penyakit yang berkaitan dengan usia, contohnya kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

Beberapa komponen terpenting bagi wanita untuk mengekalkan tahap kesihatan di paras OPTIMUM:

DOCOSAHEXAENOICACID (DHA) & EICOSAPENTAENOICACID (EPA) : merupakan asid lemak omega 3 yang dikenalpasti dapat memberi sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolestrol yg baik sekaligus menjadikan jantung sihat.

GAMMA LINOLENICACID (GLA) : GLA telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa kitaran bulanan atau haid termasuk dapat melegakan kesakitan (period pain), sakit kepala, ketidakselesaan termasuk juga simptom-simptom pre-menopaus.

CALCIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D, MINERALS ZINC, COPPER & MANGANESE :
Wanita perlu menitikberatkan kesihatan tulang mereka. Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia kurang kesedaran berkenaan bagaimana untuk mengekalkan tulang yang sihat. Mengambil kalsium, magnesium, Vitamin D  dan zink, copper dan mangan dalam diet harian dapat membantudalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.

K3S dan Shaklee mengesyorkan set Women's Health untuk kesihatan OPTIMUM wanita. Ianya adalah kombinasi nutrien yang menepati keperluan wanita disetiap peringkat kehidupan mereka.




Harga retail bagi setiap produk dalam set ini :
Omega Guard :RM136WM/RM140EM,
GLA Complex RM91.25WM/RM95EM dan
Ostematrix RM61WM/RM65EM

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi dan pesanan Set Women's Health anda!!
_________________________________________________


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS
(K3S)

Mobile: 013 3583424



Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Latest post: Sempat update blog tentang Vitamin C Sustained Release sementara tunggu ayam 'thawed,nak masak untuk sahur. http://semuasihatselalu.blogsp... Sustained Release Vitamin C 500mg : Manfaat UTAMA K3S:Semua.Sihat.Selalu by Lydzar
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like