UA-56349233-1
Showing posts with label vitamin ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label vitamin ibu hamil. Show all posts

Alam Kehamilan : Cerita Gembira Ibu Hamil Yang Anemia & Ibu Hamil Ganti Puasa

Anemia Semasa Hamil


Antara isu biasa namun memang sentiasa diberi perhatian oleh pihak klinik kesihatan dan hospital adalah anemia atau dikenali juga sebagai masalah Hemoglobin (sel darah) rendah.

Pelbagai faktor penyebab pada masalah anemia seperti faktor malnutrisi, masalah perubatan, masalah Thalasemia  dan pelbagai masalah lain.

Masalah ini dikenalpasti apabila bacaan Hemoglobin darah ibu hamil dibawah 11% ( Hb= < 11g%) 

Puan Rohaya adalah antara ibu hamil yang mempunyai masalah anemia sehingga mendapat amaran supaya masuk ke hospital lebih awal untuk melahirkan bayinya jika bacaan Hb rendah masih berterusan.

Mujurlah Puan Rohaya mempunyai seorang kakak yang sangat concern akan kesihatan dan keselamatan adiknya, dan si kakak terus memaksa adiknya mula mengamalkan beberapa jenis vitamin yang terbukti berkesan mampu menyelesaikan masalah Hb rendah ini.

Apa terjadi seterusnya, saya mohon anda klik butang Play pada video yang saya sertakan dibawah. 

Ini adalah video daripada tuan punya cerita iaitu Puan Rohaya dan kakaknya Puan Lin.

Anda pasti terasa lega bersama-sama mereka apabila masalah Hb rendah yang mungkin membahayakan bayi dalam kandungan berjaya diatasi dan bacaan Hb terus meningkat naik dengan baik sekali.




Cergas Semasa Puasa, Walaupun Sarat Mengandung

Saya kenal ramai juga rakan yang risau bila Ramadhan semakin hampir. Risau tak dapat dan tak mampu tahan lapar ketika Ramadhan, malah puasa tahun lepas yang belum berganti pun masih banyak.

Risau punya risau sehingga ada yang mengambil mudah mengambil langkah membayar fidyah sahaja dan tunggu sehingga melahirkan bayi, baru lah diganti puasa yang telah tertinggal tu.

Dari segi hukumnya, nanti kita akan kupaskan di entry lain.

Saya nak berkongsi dengan ibu-ibu hamil yang membaca entry ini, supaya tidak terlalu risau dan takut dengan ibadah puasa kerana sebenarnya ada cara untuk kita menggantikan puasa atau menjalani ibadah puasa tanpa rasa tak larat dan pedih pedih perut.

Bagi yang muslim, puasa tak semestinya jadi alasan untuk produktiviti makin jatuh. Malah, kita patut lebih cergas daripada biasa kan? buktikan kita muslim/muslimah sejati; puasa ke tak puasa ke kita cergas seperti biasa...
Bonus bagi yg pregnant, boleh dapat baby yang POWER lagi tu! 

Kita saksikan pengalaman Puan Haridah yang mampu berpuasa penuh dengan penuh tenaga dan cergas menguruskan anak-anak, suami dan bisnes walaupun mengandung di trimester pertama. Orang kata trimester pertama ni memang mencabar dari segi penat nya, kan?




Saya nak hint, mereka ambil Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix.

Untuk lebih feel dan mendalami apa yang mereka rasa, sebaiknya anda klik dan dengar sendiri pengalaman mereka ye!

Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Ikuti 14 Tips Cepat Hamil Jika Anda Memang Tak Sabar Nak Cium Bau Baby

Assalamualaiku.

Kali ni saya nak share tentang Tips Cepat Hamil yang boleh anda cuba dan lakukan dengan rutin dalam proses anda dan pasangan untuk hamil. Iringi tips cepat hamil ini dengan doa juga ya ....

Vitamin Ibu Hamil Vitamin Kesuburan



1. Posisi ketika melakukan hubungan seks: 
Tidak semua posisi bercinta boleh memberi peluang yang sama untuk terjadinya persenyawaan . Kedudukan yang paling membolehkan agar sperma boleh berenang melintasi rongga rahim menuju saluran falopio yang ada di seberang rahim adalah kedudukan mubaligh . ( Suami diatas )

2. Berbaring dulu : 
" Satu nasihat yang bagus untuk berbaring selama 10 - 15 minit selepas seks , tetapi anda tidak perlu mengangkat kedua kaki, " kata James Goldfarb , MD, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland,

3. Nikmati seks: 
Mulakan menikmati hubungan seks tidak sebagai usaha untuk berhasil tapi juga kerana anda berdua menikmati dan selesa melakukannya.

4. Frekuensi hubungan seks : 
Idealnya adalah kira-kira 2-3 kali seminggu

5. Catat masa subur : 
Bagi anda yang kitaran haidnya teratur akan lebih mudah mengira masa subur . Bagi wanita dengan kitaran haid rutin 28 hari, kira hari ke- 12 dan pada bila-bila hari sehingga hari ke 16. Bermula dari hari pertama haid ya

 6. Ukur suhu basal tubuh : 
Suhu tubuh yang normal antara 35.5 - 36 darjah celcius. Pada masa ovulasi , suhu badan akan turun lalu naik menjadi 37 - 38 darjah.

7. Ujian kesuburan :
Gunakan kit UPT (urine pregnancy test) iaitu alat pengira masa subur yang dijual di farmasi. Alat ini akan mengukur kadar hormon LH pada air kencing yang biasanya berlaku sebelum ovulasi. Waku yang paling tepat untuk melakukan ujian kesuburan adalah pada waktu pagi.

8. Gaya hidup sihat:
Banyak kajian membuktikan bahawa merokok boleh mengurangkan kesuburan. Kebiasaan merokok mengakibatkan saluran telur tersumbat sehingga perjalanan sperma bertemu sel telur terbantut.

Gaya hidup lain yang patut anda elakkan adalah pemakaian ubat- ubatan secara sembarangan serta minuman beralkohol secara berlebihan.

9. Senaman dan olahraga
Jika anda ingin hamil, kerapkan sesi senaman anda. Contohnya pergi berjalan kaki tiga kali seminggu selama 30 minit.

10. Jaga berat badan 
Miliki berat badan ideal sesuai dengan body mass index (BMI). Berat badan berlebiha menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

11. Cek Lendir : 
Jika terdapat cecair serviks (cervical mucus) di faraj anda , itu petanda anda berada dalam puncak masa subur dan menjadi masa yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks.

12. Jauhi pelincir
Pelincir mengandungi komponen -komponen yang boleh merosakkan sperma dan ia tidak digalakkan untuk pasangan yang ingin mempunyai anak menggunakannya.

13. Rileks dan bebas stress
Cuba sedaya upaya untuk kekal dalam keadaan gembira dan bebas stress. Hati yang gembira akan mengurangkan stres dan akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

14. Segera berjumpa doktor! 
Jika kita sudah cuba cadangan-cadangan di atas namun selepas 1 - 2 tahun masih belum berjaya untuk hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan.

--------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin anda juga mahu tahu  jika Shaklee ada produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan para pasangan suami isteri.

Antaa yang disyorkan ialah:

Lelaki:
Vitamin E
Zinc Complex
CoqHealth Plus

Wanita:
GLA Complex
BComplex
ESP
Afalfa

Dapatkan konsultasi lengkap tentang fungsi setiap satu produk dan cara pengambilan selepas pembelian dari Distributor Shaklee Terbaik anda seperti dibawah.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Mengapa Vitamin Pre-Natal Penting Untuk Anda dan Bayi?



Jika anda sedang berusaha untuk hamil, salah satu perkara pertama yang doktor anda akan cadangkan ialah tentang pengambilan vitamin pre-natal. Walaupun mungkin anda mengambil makanan dari sumber-sumber yang sihat,  banyak kandungan vitamin dalam makanan kita telah berkurangan dek pelbagai faktor. Dan banyak makanan tidak lagi mengandungi vitamin dan mineral yang perlukan untuk memastikan kita sihat dan membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan.

Walaupun mengambil multivitamin setiap hari adalah lebih baik daripada tiada apa-apa, ia tidak mengandungi cukup nilai nutrien tertentu yang penting untuk perkembangan bayi anda. Biasanya multivitamin mengandungi vitamin dan mineral dalam jumlah paling minimum, sedangkan wanita yang mengandung memerlukan lebih dari itu.  Itulah sebabnya vitamin prenatal  disyorkan.

Antara nutrien yang dicadangkan diambil sepanjang kehamilan adalah:


Asid Folik
- Asid folik adalah salah satu komponen dalam vitamin B. Ia secara semula jadi membantu tiub saraf bayi anda berkembang dengan baik, akhirnya menjadi otak dan saraf tunjang. Asid folik boleh mencegah kecacatan tiub saraf yang serius, tetapi ia hanya berfungsi jika diambil sebelum hamil dan dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan.

Vitamin B – Vitamin B sangat penting dalam pembentukan dan pembangunan tisu.

Kalsium - Kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat pada bayi anda. Kalsium juga sangat bermanfaat kepada anda supaya tulang kekal kukuh. Ia juga membantu dalam mencegah kejang kaki, sakit belakang, sakit pinggang dan masalah keletihan ketika mengandung.

Zat Besi - Anemia, satu keadaan di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup sihat. Masalah ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil. Ianya boleh dicegah melalui pengambilan zat besi tambahan.

DHA (asid lemak Omega-3) - DHA telah terbukti sangat membantu semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Asid lemak Omega-3 inimembantu dalam pembangunan mata bayi, saraf dan otaknya.

Jadi, vitamin-vitamin ini perlu diambil seawal anda dan pasangan membuat keputusan untuk memperolehi zuriat. Semua wanita diperingkat usia ideal untuk hamil (18tahun-35tahun) sangat disarankan untuk memastikan mereka mendapat cukup amaun Asid Folic.
Jika anda memang merancang untuk hamil, anda perlu mula mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

Ambil vitamin secara tetap dan konsisten seawal bulan pertama anda tiada haid, sepanjang kehamilan dan seterusnya sepanjang tempoh penyusuan.

-----------------------------------------------------------------
Set Lengkap Ibu Hamil dari Kedai Triple S, yang mencakupi semua keperluan seperti diatas.


Ringkas tentang khasiat dan manfaat setiap vitamin dalam Set Lengkap Ibu Hamil ini.

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil? 
Semua vitamin ini terdapat dalam Set Ibu Hamil di K3S. Secara asasnya fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

ESP (Protein)
: untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.

Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil ini dari Kedai TripleS beserta dengan panduan makan vitamin percuma. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Vitamin Ibu mengandung : Vitamin yang PENTING dan vitamin yang TIDAK BOLEH diambil.

Salah satu saat terindah dalam hidup wanita adalah ketika sedang mengandung. Tak kiralah sedang mengandung anak pertama atau yg seterusnya. Memang setiap saat adalah memori yang paling manis untuk dikenang.

Dan satu perkara yang sinonim dengan waktu mengandung adalah pengambilan vitamin bagi membantu tubuh ibu bersedia utk pembesaran bayi didalam kandungan. Dalam pada ibu begitu berhati-hati tentang food intake nya, si ibu patut juga mengambil tahu tentang vitamin apa yg BOLEH dan TAK BOLEH diambil ketika sedang mengandung.

Saya kongsikan artikel yang ditulis oleh Kak Norita tentang Vitamin Shaklee yang boleh dan tidak boleh diambil oleh wanita mengandung.

Credit to Google


Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien (ESP) : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi (Vitalea) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.



Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Dapatkan vitamin ibu mengandung anda dari K3S. Hubungi saya untuk konsultasi dan order ye!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head