UA-56349233-1
Showing posts with label BComplex. Show all posts
Showing posts with label BComplex. Show all posts

Ubat Migraine Untuk Anda Yang Sering Sakit Kepala

Migraine adalah sakit kepala yang berlaku akibat daripada perubahan neurologi, perncernaan dan migrain ada dua jenis iaitu migrain tanpa aura (migrain klasik) dan migrain dengan aura (migrain umum). Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam migrain, tapi ianya hanya sekadar peratusan yang begitu sedikit dan belum boleh ditakrifkan sebagai pola pewarisan atau keturunan.

Atasi migraine shaklee

Punca Migrain.

Sebahagian migrain didapati berpunca daripada stress, merokok, tidur berlebihan atau kurang tidur dan juga kelaparan.

Melewatkan makan atau waktu makan yang tidak konsisten boleh menyebabkan pelepasan hormon  yang boleh meningkatkan paras tekanan (stress) dan menurunkan kadar gula darah sehingga menyebabkan migrain.

Cahaya yang terlalu terang juga boleh  menyebabkan sakit kepala pada manusia normal.

Bagaimana Mencegah Migrain?
  • Rajin bersenam
  • Tidur yang cukup
  • Ambil makanan kesihatan atau suplemen.
Bolehkan Mengatasi Migrain Dengan Vitamin Shaklee? Adakah Ubat Migrain?

Mestilah BOLEH. Kita usahakan mengubati migraine dengan vitamin Shaklee, bebas dari penggunaan paracetamol dan dadah. Mari baca sedikit sebanyak info tentang vitamin yang dikatakan 'ubat migrain ini'

Ubat Migraine Shaklee

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Kredit info :  Vitamin Semulajadi.
Oleh kerana terdapat pelbagai faktor penyebab kepada sakit kepala atau migraine ini, penderita migraine perlu mengenalpasti apakah punca sebenar serangannya. Jadi langkah pencegahan perlu diambil berdasarkan keadaaan anda dan wajarlah juga anda menimbangkan pengambilan vitamin Shaklee yang dikatakan sebagai 'ubat migraine' ini untuk membantu anda mengurangkan risiko serangan berulang migrain. Insya allah, kita usahakan agar sakit migraine anda sembuh. 


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Ostematrix, Bcomplex & GLA Complex Membantu Anda Berdepan Serangan Senggugut

Umum tahu tentang satu 'penyakit' yang kerap menyerang golongan wanita dikala menstrual. Serangan senggugut atau dalam bahasa Inggerisnya 'period pain' dialami oleh kaum wanita berpunca daripada pengeluaran hormon prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim bagi mengeluarkan darah haid dari rahim.

Pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan menyebabkan kesakitan, samada ada dibahagian bawah perut malah mungkin menyebabkan sakit dibahagian belakang pinggang juga.

Serangan senggugut ialah kesakitan seperti rasa 'cramp' dibahagian tulang pinggul bawah perut dan sekitar ari-ari juga dibahagian pinggang. Kadangkala mereka mengalami serangan senggugut sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.

Set Senggugut Shaklee


Sebahagian tanda yang dialami ketika kedatangan haid;

  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payudara bengkak atau sensitif
  • Kebimbangan
  • Masalah tidur (imsomnia)
  • Pening kepala dan keletihan
  • Jerawat
  • 'Mood swing'
Antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut;
  • Lakukan senaman ringan
  • Ambil makanan seimbang dan digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi vitamin B dan magnesium
  • Minum air secukupnya
  • Tuam dengan towel/botol panas
Dalam kebanyakan kes, senggugut yang teruk mungkin berkaitan dengan masalah penyakit puan seperti jangkitan kuman, fibroid dan endometriosis

Jika anda tertanya-tanya, vitamin apakah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah serangan senggugut, kami akan cadangkan pengambilan Ostematrix, Bcomplex dan juga GLA Complex.

Jom kita baca informasi tentang satu per satu vitamin yang dicadangkan di atas.

Ostematrix (kalsium & magnesium)

Kalsium dikenalpasti membantu untuk meringankan gejala PMS (sindrom pra-haid). Wanita dengan diet yang tinggi kalsium atau yang mengambil suplemen kalsium cenderung untuk kurang mengalami kekejangan, kembung dan sakit kepala sebelum dan semasa tempoh menstrual mereka berbanding wanita dengan pengambilan kalsium yang rendah. Kalsium bukan sahaja memberi manfaat untuk gejala fizikal PMS tetapi juga gejala emosi seperti perubahan mood. 

B-Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

GLA Complex
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. 
Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Pengambilan GLA Complex menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan membantu menghilangkan kesakitan akibat serangan senggugut jika diambil secara konsisten dan berterusan

Nak tengok apa kata mereka yang begitu gembira setelah mengambil Set Senggugut Shaklee ini?

testimoni senggugut

Saya share satu sahaja ye! Selamat mencuba.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kenapa saya selalu penat dan cadangan penyelesaiannya?

Senario zaman sekarang.

Bangun pagi -> rushing dan harung kesesakan jalan raya pergi kerja -> bebanan kerja di pejabat -> ruhing dan harung kesesakan jalan raya waktu pulang -> menguruskan rumahtangga => PENAT TAK TERHINGGA.


Inilah realiti kita sekarang kan?

Yes, senario ini memang berlaku pada anda jika anda seorang wanita. Anda memang seorang Supermom jika anda adalah golongan wanita yang bekerja, belajar/bisnes sampingan. Tak cukup dengan tugas rasmi sebagai seorang isteri dan ibu, ditambah dengan tugas sebagai seorang pekerja. Tambah lagi beban jika anda adalah seorang pelajar PJJ atau mempunyai bisnes sampingan sendiri. Penat memang penat..

Tapi apakah punca sebenar rasa penat itu? Adakah semata-mata kerana aktiviti harian yang padat? Ada lagi tak punca lain? Yup, jom kita ulas sekarang.

3 punca yang telah dikenalpasti menyumbang pada kepenatan adalah :
  • APA YANG KITA MAKAN.
  • TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

  • BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT
APA YANG KITA MAKAN.

Lumrah zaman serba pantas kini, kita memilih makan untuk menghilangkan rasa lapar dengan cepat berbanding makan makanan berkhasiat. Asal ada makanan dan cepat disediakan, itu lah yang menjadi pilihan. Dan biasanya restoran fastfood menjadi pilihan diluar, dan 'frozen food' jadi pilihan dirumah. Piramid makanan? Eh apa tu?

Semua kategori 'fast' ini biasanya menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan dan pastinya zat dan khasiat adalah terlalu minimum. Sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral daripada makanan yang lengkap. Kesiannya tubuh kita. Perut kenyang tapi sel tubuh kelaparan. Bila sel tubuh lapar, tak hairanlah kalau ia tak dapat memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan. Sebab sel tubuh pun tiada tenaga.

Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Jika paras glukosa dalam darah menjadi rendah, tubuh akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, tidur 5 jam dah cukup.

Bergantung pada jenis aktiviti harian kita, tidur berfungsi untuk merehatkan tubuh. Dan ketika tidurlah hampir semua anggota fizikal manusia berada dalam 'rest mode'. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat biasanya akan kurang fokus dan akan mengganggu kesihatan. Jadi tetapkan jadual tidur anda agar bila bangun esok pagi, tubuh akan terasa cergas kembali.

BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT.

Penyakit hipotiroid
Kalenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan pertambahan berat badan, kelesuan dan pelbagai simptom lain.


Penyakit Kencing Manis

Satu masalah pesakit kencing manis adalah sel-sel tubuh mereka tidak dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada tenaga. Apabila ini berlaku, tenaga tak dapat dihasilkan dan hasilnya mereka akan mudah letih. Pesakit kencing manis sangat perlu mengawal pemakanan dan bersenam untuk mengelakkan simptom kepenatan ini terus menyerang mereka. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Jadi, kalau anda perlukan ENERGY BOOSTER, jom teruskan pembacaan anda :)

Vitamin untuk meningkatkan tenaga


Hmmm ada banyak produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

1- Bcomplex - secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (glukos) pada tenaga
2- ESP - terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan. Dan kini ia diperkaya dengan formula OptiLyte pula.

Apa yang saya ambil?
Of course saya ambil semua :) Sebagai seorang mama dan seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian, saya perlu pastikan tubuh saya benar-benar bertenaga. Kalau tak, habislah terbengkalai kerja-kerja harian saya. Kalau anda juga perlukan tenaga dan mahu bergerak aktif macam saya, boleh hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di nombor yang tertera kt bawah tu ye.


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 





Testimoni Set Vitamin Khas untuk Kecantikan (Beauty Set)

Set Vitamin Khas untuk Kecantikan

Sharing terbaru daripada group exckusive kami
***Ini hanya sekadar perkongsian persendirian, kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu**
Testimoni pengguna : Selepas 2 minggu amalkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kecantikan kulit, dah banyak improvement yg dia rasakan.

-Jerawat semasa menstrual tidak sebanyak sebelum ni
- Wajah nampak glowing dan flawless

Itu baru dua minggu, kalau konsisten berbulan-bulan list of improvement cik adik manis kita ni akan senaraikan.

Best!! ---> Vitamin C, Bcomplex dan Vitamin E.

Nak cantik macam cik adik kita ni tak?
  Vitamin E Shaklee

Vitamin untuk kulit ini terdiri daripada Vitamin C, B kompleks dan Vitamin E. Setiap satu supplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain.

  • Vitamin C : penting untuk pengikatan kolagen
  • B Kompleks : B untuk "beauty", membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria
  • Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf
So apalagi!! Jom dapatkan set vitamin ini

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.  
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Mari kita berkenalan dengan Riboflavin. Apakah ia? Apa fungsinya? Apa manfaatnya?

Mari kita berkenalan dengan Riboflavin. Apakah ia? Apa fungsinya? Apa manfaatnya?

Riboflavin terdapat di dalam vitamin BComplex Shaklee. 

***Shaklee Difference***
Terdapat lapan vitamin B, dan jika digabungkan, Vitamin B akan bekerja dengan lebih baik lagi. Malangnya, dalam diet Barat, ianya tidak mencakupi keseluruhan 8 vitamin ini. Berbeza dengan B-Complex Shaklee yang menyediakan semua vitamin B kita tidak dapat dalam diet seharian kita. Lapan vitamin B, iaitu : Thiamin, Riboflavin,  Niacin, Vitamin B6, Folate (asid folic),Vitamin B12, Biotin dan Panthothenic Acid.

 Segalanya tentang RIBOFLAVIN
Riboflavin adalah vitamin larut air, bermakna jika diambil berlebihan ia tidak akan disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan. Manusia mempunyai keperluan yang tinggi untuk Riboflavin dalam keadaan tertekan.


Riboflavin secara semulajadi terdapat dalam makanan. Ia berfungsi untuk mengaktifkan enzim yang terlibat dalam pembentukan tenaga daripada pecahan karbohidrat, protein, dan lemak. 

Fungsi utamanya ialah untuk bekerja dengan bahan-bahan lain untuk memetabolismekan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga. Rakyat Amerika mendapatkan kira-kira separuh daripada keperluan Riboflavin mereka daripada susu dan produk tenusu, diikuti oleh daging dan produk gandum atau diperkaya. Riboflavin mudah dimusnahkan oleh cahaya, air semasa memasak, estrogen, dan penggunaan alkohol.
Peranan pemakanan daripada Riboflavin
Riboflavin adalah penting kepada badan untuk pelbagai fungsi. Ia mempunyai kesan yang mendalam ke atas pengeluaran hormon tiroid, yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan metabolisme dan menyediakan tenaga yang stabil. Ia membantu badan menghasilkan sel-sel imun untuk melawan jangkitan, dan bersama-sama dengan zat besi, membantu membina sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke sel-sel badan. Riboflavin juga menukar niasin dan B-6 ke dalam bentuk aktif supaya badan dapat menggunakannya secara berkesan. Ia mengandungi bahan yang membantu nutrien lain sebagai antioksidan kuat, membaiki dan mengekalkan tisu, dan menyembuhkan luka. Ia membantu dengan fungsi mata yang sihat dan saraf yang sihat.

Manfaat kesihatan Riboflavin dalam Pemakanan Manusia

    -
Bagi pertumbuhan dan perkembangan yang normal
   
-Untuk sistem pembiakan
   
-Untuk penglihatan, keletihan mata, kanta mata, dan pencegahan katarak.
    -
Bagi sakit kepala migrain
    -
Untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku
    -
Bagi antioksidan     

     -Untuk sistem saraf
   
-Untuk bibir mulut, tekak, dan lidah
   
-Untuk memetabolismekan karbohidrat, lemak, dan protein untuk tenaga
   
-Untuk penyakit kulit seperti rosacea
   
-Untuk pemulihan penyembuhan luka, kecederaan, dan selepas pembedahan    -Untuk kebimbangan, tekanan, dan keletihan
   
-Untuk masalah berkaitan saraf-: Alzheimers, kebas & sesemut, epilepsi, dan pelbagai sklerosis
Sumber semula jadi daripada Riboflavin
Susu, yogurt, keju Amerika, keju cheddar, hati, daging lembu, telur, tuna, brokoli, bayam, makaroni, roti, hati, bijirin, avokado, cendawan, buah pinggang, yis, dan sayur-sayuran berdaun hijau

Garis Panduan Penggunaan untuk Riboflavin
RDA untuk Riboflavin ialah 1.7 mg sehari, walaupun dos harian yang paling biasa adalah 100-300 mg. Paling bagus diambil bersama dengan vitamin B yang lain. Dos berlebihan dikumuhkan dalam air kencing, dengan kesan sampingan yang tidak berbahaya. Air kencing menjadi warna kuning terang. Elakkan mengambil alkohol, ia boleh mengurangkan penyerapan.

  
Gejala kekurangan Riboflavin termasuk retak dan kudis dalam mulut, peningkatan kepekaan terhadap cahaya, gatal, terbakar, mata berair, jumlah sel darah merah yang rendah, ruam kulit kawasan pangkal paha, dan pengelupasan kulit di sekitar kening, hidung, dan bentuk cuping telinga.

Atasi 'Period Pain' secara alami

'Period pain' atau senggugut memang salah satu mimpi ngeri bagi setiap wanita yang mengalaminya. 'Period pain' yang disebabkan oleh pengecutan uterus boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berjam-jam lamanya. Bagi 'period pain' yang agak teruk, wanita tersebut berkemungkinan utk mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian perut, keletihan melampau, sakit belakang, muntah-muntah dan cirit birit.



Kalau anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan, the most suggested medication hanyalah ubat tahan sakit. Baca Kesan dan Bahaya Pengambilan Ponstan.

Jadi saya nk kongsikan beberapa tips mengurangkan gejala 'period pain' ini. 

Beberapa hari sebelum anda didatangi menstrual, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut: 

  • Elakkan makanan masin dan beralkohol - ia boleh menyebabkan anda kembung, dan membuatkan 'period pain' anda bertambah buruk.
  • Minum banyak air suam - membantu untuk mengelakkan kekembungan. 
  • Amalkan pemakanan seimbang - banyakkan sayur-sayuran.
  • Elakkan minuman berkafein dan produk tenusu (susu) kerana ia didapati boleh meningkatkan kesakitan 'period pain'.
  • Elakkan tekanan dari orang sekeliling. Ambil lebih banyak masa untuk berehat.
  • Ambil suplemen termasuk seperti kalsium, magnesium, zink dan kalium. Vitamin B Complex juga membantu untuk mengurangkan kekejangan otot.
 Apabila period sudah bermula, dan anda masih terasa sakit walaupun telah membuat persediaan seperti  diatas, diharap idea seperti dibawah dapat membantu.

  • Gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender, untuk mengurut secara lembut bahagian abdomen anda yang sakit. Ini akan membantu anda untuk berehat dan seterusnya membantu meringankan kekejangan.
  • Masukkan air panas ke dalam botol, balut dan jadikan ia seperti tungku. Ini akan  memberikan keselesaan pada perut. Berendam  dalam mandian panas juga boleh membantu.
  • Makan pisang dengan yogurt setiap hari. Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glukosa darah, dan akan mempengaruhi moos anda supaya menjadi lebih baik. 
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau latihan yoga juga boleh membantu.
Di Kedai Triple-S, saya boleh mencadangkan anda mengamalkan Ostematrix dan juga BComplex ketika sedang berdepan dengan kesakitan 'period pain' ini. 
  
 OsteMatrix Membekalkan: 
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang   kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Dan bagi yang telah terlalu lama menderita akibat period pain, suka saya nk suggest pengambilan GLA Complex. Dah ramai yang amalkan GLA memberikan reaksi positif, period pain tidak lagi mengganggu mereka ketika didatangi haid.

Kelebihan GLA COmplex

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel


Semoga membantu!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kesan dan Bahaya Pengambilan Ponstan

Sejak lama dulu, kalau demam, senggugut atau sakit kepala, tentu saja kita akan carik ubat. To be specific memang ramai yang gemar ambil ubat tahan sakit utk mengurangkan gejala kesakitan. Sama juga la macam saya dulu, sakit kepala sket, carik Panadol. Sakit perut pon carik Panadol. Memang Panadol tu sentiasa ada je dalam rumah.



Tapi tahukan anda, ada bahayanya jika terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Sejak saya tahu bahayanya, memang saya sangat menahan diri dari mengambil pil tahan sakit ni. Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya. 

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.



Mari kita lihat apakah risiko, kesan sampingan dan bahayanya pada tubuh badan kita.

Antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang 
(inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Memang banyak efek jangka panjang yg negatif pada pengamal Ponstan. Jadi berhati-hatilah dengan pengambilan Ponstan. Saya akan kongsikan tips hilangkan sakit tanpa Ponstan nanti. Tungguuu!


sumber rujukan : http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/01/ponstan-kesan-sampingan/

Tips Tambah Berat Badan Bagi Golongan ECTOMORPH

Selalunya saya cerita pasal kurangkan / turunkan berat badan kan? Mula la saya dok share pasal Lecithin la, Omega, Herb Lax dan Afalfa tu. So hari ni nak share pasal nk naikan berat badan pulak.

Memang tak dinafikan ada individu yang kelihatan sangat kurus dan skinny. Lelaki ke perempuan ke, memang ada yang nampak cengkung je, sampai kadang-kadang ada yang menegur..sakit ke awak ni?? Padahal tak sakit pon..Ada jugak keluh kesah yang saya dengar dari rakan tentang beratnya yang susah nak naik walaupon dah banyak makan.

Tahukah anda tentang istilah ECTOMORPH?

Ectomorph  adalah salah satu kategori jenis-jenis badan manusia. Kategori ini perlu dikenalpasti bg sesiapa yang menjalankan diet dan aktiviti senaman di gym terutamanya golongan lelaki. Orang yang badan jenis Ectomorph sangat sukar untuk menaikkan berat badan. Mereka mempunyai metabolisme yang tinggi, yang membakar kalori dengan cepat. Ectomorph perlu banyak kalori untuk mendapatkan berat badanEctomorphs perlu makan sebelum tidur untuk mengelakkan katabolisme otot pada waktu malam

Saya kongsikan tips dan jadual makan bagi sesiapa yang ingin menaikkan berat badan hasil perkongsian dari BestBeautyMom dan rakannya.

Untuk sarapan pagi
Makan : Kentang rebus + telur rebus ( 1 Biji).
Minum : Susu - Prefered ambil MEALSHAKE segelas
Vitamin : B complex - 1 biji

Lunch

Makan seperti biasa

Petang
Minum : Susu - prefered Energizing soy protin (ESP) segelas, sebelum buat excercise.

Buat exercise angkat berat dari 20kg - 60kg kalau mampu. klu tak, buat la senaman lain

Malam :
Makan heavy meal - paling mudah ambil sebijik dua burger yang lengkap dengan daging, roti, sayur, sos.

Perlu dielakkan :

- Air batu
- Air manis
- Karbohidrat tak lebih 30%

So pada yang nak naikkan berat badan bolehlah cuba dengan usaha ini dan antara yang diperlukan adalah:



Mealshake untuk naikkan berat badan

ESP untuk naikkan berat badan

Bcomplex rangsang selera makan

PALING UTAMA - PERLU KEKALKAN AIR DALAM BADAN DENGAN AMBIL 3 LITER AIR SEHARI


BestBeautyMom berkongsi jadual makan bagi rakannya seorang body builder. So kalau utk kaum ibu yang terlalu kurus ni, masih boleh lagi nak ikut saranan pemakanan ni, cuma senaman tu mungkin bukan dengan cara angkat beratlah, but boleh buat jogging, cycling, aerobik atau dancing.

 -----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Vitamin Menggemukkan Ke?

"Kalau saya makan vitamin ni, berat badan saya akan naik tak?"
"Vitamin-vitamin ni menggemukkan tak?"
"Eh, bukan ke kalau makan BComplex, berat badan kita boleh naik?"

Banyak juga soalan seperti ini yang saya dapat sewaktu sesi konsultansi dengan bakal customer. Ramai juga yang takut-takut nak ambil vitamin terutamanya BComplex sebab takut ianya menggemukkan.

Jawapan saya : TIDAK.

Saya ambil vitamin Shaklee, sejak saya menyusukan anak kedua saya, Hadif. Berterusan hingga kini. Tapi saya tak rasa pon diri saya gemuk. Malah berat badan saya maintain je dekat range yang sama macam sebelum saya pregnant. 



Fakta BComplex:

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik

Rujukan : MyChibibox

BComplex berfungsi untuk menukarkan gula menjadi tenaga. Dan tenaga akan digunakan untuk membuat aktiviti harian kita. Kita mungkin akan cepat berasa lapar dan ingin makan apabila tenaga telah digunakan. Jangan risau, kika BComplex diambil dengan cara yang betul, gula dari makanan yg kita makan akan terus dijana dan ditukar kepada tenaga semula. Bagaimana pula tenaga habis digunakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi gemuk?

Fakta BComplex Shaklee : 



  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin


PENTING!!
B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan berselera sekali, dan ini lah penyebab berat badan anda meningkat!!

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.



Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Fakta Set Penyusuan di K3S

Alhamdulillah, memang set penyusuan adalah HOT SELLING product di Kedai TripleS. 

Saya sendiri memang sangat gembira dengan para ibu yang semakin membudayakan penyusuan susu badan. Sana sini rata-rata dah mula menyusukan anak mereka sendiri. 

Jadi duit yang selalunya dilaburkan untuk membeli susu formula, kini mula dilaburkan untuk membeli suplemen penyusuan yang khasiatnya 2 dalam 1. 

Baik untuk ibu, baik untuk anak :)

Saya nk terangkan beberapa jenis set penyusuan yang disediakan di Kedai TripleS. Jom baca!

Set Breastfeeding


Set Penyusuan Asas (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa):

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

Set Penyusuan Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
* Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
* Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.

Set Medium (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Menambah kebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.

***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

Set Penyusuan Medium with ESP (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation .

 Set Penyusuan Triple M lengkap (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!
 
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation   

***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain

*hubungi saya untuk mendapatkan harga bagi setiap set*

**setiap set di atas adalah untuk memenuhi KEPERLUAN FISIOLOGI DALAMAN sahaja. 
Puan-puan harus mengikuti konsep penyusuan (supply-demand) untuk penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi untuk di manja, dengan sokongan set-set kami.

**kami tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak mengepam susu badan mengikut jadual.

Hubungi saya utk informasi lanjut dan konsultasi. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head