UA-56349233-1
Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts

Indahnya Ramadhan Dengan Cinch Tea dan Performance

Alhamdulillah, selesai dah ibadat sunat solat terawikh bagi malam keempat Ramadhan 2014 ini.
Saya pun tak ketinggalan untuk meraikan pesta ibadat ini walaupun hanya melakukannya di rumah.

Dan hari ni saya nak kongsikan tentang Performance dan Cinch Tea, memang gabungan yang sangat mantap dapat saya rasakan sepanjang Ramadhan ini. Bila dibancuh sejuk saya akan panggil ia 'ICE LEMON TEA'.
Ya Allah, sedapnya bila ia mengalir ke tekak. Hilang segala rasa dahaga.


Ini adalah cerita dan pengalaman saya sendiri. Kalau flashback semula 2-3tahun sebelum ini.. banyak hari juga saya tertinggal terawikh disebabkan rasa penat, letih dan mengantuk. Lagi pula pada ketika itu saya menyusukan anak, asal berbaring menyusukan anak, saya akan turut tertidur sekali. Bak kata orang, 'asal letak kepala atas bantal, hilang'. Kiranya terus tertidur la.

Kadangkala terjaga, dah pun tiba waktu untuk bersahur. Alangkah ruginya saya ketika itu sebab asyik terlepas peluang untuk menunaikan solat terawikh.

Dan sejak saya konsisten bersama produk Shaklee, saya mula mencuba satu per satu produk yang ada.

Klik sini untuk melihat VIDEO : SET TENAGA, ianya tentang suplemen yang mampu memberikan tubuh kita tenaga segera.

Alhamdulillah, Cinch Tea dan Performance yang dibancuh sekali memang resepi dan pilihan yang sangat tepat. Selama 4 hari Ramadhan, inilah yang saya minum ketika berbuka. Saya lupakan air tebu sejuk, saya lupakan air soya dan segala macam air manis-manis yang menjadi hidangan berbuka selama ini. Hanya sedap dirasa, tapi tidak membawa banyak kebaikan kepada tubuh saya rupanya.

Sejak hari pertama Ramadhan juga, tubuh saya tidak terasa terlalu letih untuk mula bersolat. Saya bawak sekali sebotol air masak ketika berterawikh, maklumlah cuaca sangat panas sejak kebelakangan ni.
Ya Allah, syukur sangat.

Semangat kan dengar betapa bestnya minuman ni.
Kalau rasa nak order Set IceLemonTea Shaklee ini, klik sahaja di sini

Dan saya nak share juga sedikit tips supaya tidak lesu ketika mengerjakan solat terawikh.


- Mulakan berbuka dengan seteguk air dan beberapa biji kurma.
- Jangan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus
- Jangan ambil minuman terlalu banyak juga
- Nikmati juadah berbuka seadanya
- Amalkan pengambilan Performance, atau Cinch Tea atau kedua-duanya sekali ketika berbuka
- Berhenti sebelum kekenyangan  dan lakukan solat Maghrib dahulu
- Ambil sedikit masa untuk berehat sebelum mula menunaikan solat Isya dan terawikh
- Nikmati malam Ramadhan dengan penuh kesyukuran.

Selamat menikmati Ramadhan.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head






Diet : Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari

Saya masih obses dan excited tentang topik diet, get in shape dan pelangsingan. So layan aje tau. Insya allah akan tetap berkongsi tips dan info tentang topik lain berselang seli dengan topik utama ini.

Jadi, seperti tajuk enty hari ini, Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari?

Rutinnya kita mengambil 3 hidangan besar setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dan kebanyakan kita memang akan mengambil hidangan yang berat seperti nasi (dah memang makanan ruji rakyat Malaysia). Dan ada orang, akan ambil nasi bagi ketiga-tiga hidangan dengan banyaknya. Kenyang lebih lama kata mereka.

Okey, adakah tidak elok dengan amalan sebegini. Sebelum saya terangkan adakah ia elok atau tidak, saya nak ajak anda baca dulu tentang info Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari.

1) Mengelak Obesiti.


Ambil hidangan kecil untuk mengelakkan terlebih berat badan atau obes. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan hanya dua atau tiga kali makan besar sepanjang hari cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada orang-orang yang memecahkan kalori mereka kepada lima atau enam hidangan kecil.
Contohnya, apabila anda makan sarapan pagi pada jam 7 pagi, dan kemudian tidak makan sebanrang makanan sehingga jam 1:00 petang, anda akan berasa begitu lapar. Dan ini akan mendorong anda makan lebih banyak kalori hanya untuk membantu memuaskan kelaparan anda. Makan berlebihan ini membawa kepada peningkatan pengambilan kalori, dan seterusnya penambahan berat badan.

2) Mengekalkan Paras Gula Dalam Darah

Satu lagi sebab pentingnya makan dalam hidangan yang lebih kecil dengan lebih kerap adalah disebabkan berkaitan dengan paras gula dalam darah anda. Walaupun gula dalam darah biasanya paling kerap digunakan dalam perbincangan tentang orang-orang yang ada penyakit Diabetes, ia juga penting bagi orang-orang yang sihat yang tidak mengalami keadaan ini.

Gula dalam darah membantu memberikan anda tenaga dan stamina sepanjang hari. Apabila anda makan, tubuh anda akan 'memecahkannya', dan gula yang dilepaskan dari makanan memasuki aliran darah anda dan menjadi gula dalam darah. Apabila anda makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari , anda mendapat bekalan gula dalam darah  yang stabil.

Sebaliknya, jika anda hanya makan dua atau tiga kali makan besar, anda akan terus dapat 'dos besar' gula darah, dan kemudian terhenti enam jam. Ketidakstabilan bekalan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa selalu letih dan ia juga akan mengganggu proses semulajadi tubuh anda.

3) Penurunan Kadar Nutrisi Dalam Tubuh 

Makan 5 kali sehari sebenarnya boleh membantu untuk memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang betul. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan beberapa makanan sepanjang hari cenderung untuk mengubah diet mereka lebih daripada mereka yang hanya makan dua atau tiga kali makan besar. Mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kesihatan yang baik bagi semua peringkat umur dan jantina.

So itu lah dia antara sebabnya kita digalakkan makan dalam 5 small meal.

Jadi, apa yang saya pilih untuk lengkapkan small meal ini sepanjang hari?

1) Untuk sarapan awal pagi, biasanya saya akan ambil bancuhan Cinch Shake bersama ESP. Sumber protein yang senang disediakan dan mudah diambil. Kenapa ye protein ni bagus sangat untuk orang yang berdiet?

Protein meningkatkan pembakaran lemak dalam badan:

  • Ia meningkatkan rasa kenyang (rasa menjadi "penuh" atau "puas" selepas makan)
  • Ia mengurangkan pengambilan tenaga (kalori) oleh badan
  • Ia membawa kepada penurunan berat badan oleh 2 sebab diatas.
Protein Shake Shaklee
Feveret saya dan suami
2) Walaupun saya tak rasa lapar, tapi saya tetap disyorkan untuk ambil morning tea. So antara yang jadi pilihan saya ialah 1-2ketul kuih muih, atau 1-2 keping roti whole meal dengan cheese slice, atau potongan buah-buahan seperti epal atau jambu. depends pada buah apa yang ada dalam fridge.

3) Masa untuk LUNCH! Kerap juga saya terlewat lunch sebab leka dan ralit buat kerja di SoHo. Saya cuba jugalah makan lunch macam biasa dengan nasi, lauk dan sayur-sayuran. Ingat, portion nasi kecil sahaja ya. Sekadar memenuhi keperluan karbohidrat sahaja.

4) Again, sekali lagi, biasanya saya tak rasa lapar pun waktu tea time ni. Tapi saya tetap dicadangkan untuk ambil sedikit kudapan untuk memastikan tubuh saya sentiasa mendapat 'minyak' untuk membakar kalori. Dan ini juga akan membuatkan kadar metabolisme saya kekal diparas yang tinggi. 
Untuk tea time, 2-3keping biskut weetameal atau biskut Hi-Fibre Jacob bersama dengan Cinch Tea tanpa gula. Memang padanan yang best!


5) Dan untuk diner, sama caranya seperti lunch. Saya berjaya disiplinkan diri untuk makan sebelum jam 8pm. Salah satu benefit Work At Home bila perancangan masa benar-benar terletak ditangan kita. Tiada kekangan balik lambat, stranded dalam jam dan sebagainya. So sambil tunggu azan maghrib, sambil tengok drama jam 7 TV3, dah selesai pn kami anak-beranak diner. :)

Okey, ini kisah saya. Anda juga maybe perlu ikuti plan diet small meal ini jika anda serius mahu KURUS.
Meal planning tak semestinya strict seperti saya, just cuba rancangkan agar menjadi rutin dan disiplin anda setiap hari. Semoga kita sama-sama mampu kurus selepas ini. Hehe.

By the way, jika anda teringin nak cuba Cinch Shake atau Cinch Tea, feel free to contact me at the below info ye. Pastinya saya sudi berkongsi rahsia kurus dan sihat saya dengan anda



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



CINCH TEA MIX : Penyelesai Masalah Asyik Nak Mengunyah

Biasanya bila nak berdiet, kita akan dinasihatkan untuk kawal kalori = mengurangkan pengambilan makanan. Dan bila kita kurang makan, akan menyebabkan kita rasa kurang bertenaga dan cepat penat.

Kekurangan tenaga menyebabkan kita rasa macam nak makan macam-macam lalu mulalah kita mengunyah coklatlah, biskut la.. (snek tinggi kalori)

Persoalannya, bagaimana nak 'boost' tenaga tanpa mengambil kalori tambahan?



Penyelesaian TERBAIK adalah Cinch Tea Mix. Kalau belum pernah tahu, macam mana rupa Cinch Tea Mix ni, jom tengok gambar.


Produk Slimming Shaklee

Memang betul, saya dah hampir setahun dah ambil Cinch Tea dan gantikan teh tarik/kopi/milo untuk minum pagi atau petang saya. Saya dapati keinginan untuk mengunyah memang berkurang sebab saya rasa bertenaga dan tidak perlu ambil makanan kudapan berlebihan. 

Ramuan Cinch Tea Mix, campuran eksklusif tiga jenis teh termasuk:
  •  Matcha: serbuk teh hijau unggul yang tersedia secara semulajadi dan mengekalkan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
  • Ekstrak teh putih : juga dikenali sebagai "baby green tea" dengan tahap sebatian antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
  •  Rooibos : teh mreah, ekstrak unik daripada rantau Cedarburg Afrika Selatan dan dengan sebatian antioksidan polifenol yang unik.

Faedah Pengambilan Cinch Tea Mix

  1. Sentiasa selamat untuk meningkatkan tenaga semula jadi
  2. Mengandungi taurina , dikaji secara meluas untuk kecergasan yang dipertingkatkan, tenaga, dan daya tahan tubuh badan.
  3. Alternatif terbaik untuk makanan manis dan kopi untuk memberikan tenaga segera
  4. Citarasa hebat panas atau sejuk
  5. Dalam sachet yang mudah dibawa
 
Bermanfaat kepada mereka:

    ✎ 2.5 juta daripada orang dewasa di Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan
    ✎ Sesiapa yang mahukan alternatif yang rendah kalori untuk makanan manis , soda atau kopi untuk tenaga segera
    ✎ Sesiapa yang mencari cara untuk menguruskan berat badan dan mengurangkan inci tubuh mereka
    ✎ Sesiapa yang ingin meningkatkan tenaga secara semulajadi
    ✎ Sesiapa yang ingin perlindungan antioksidan dan faedah yang berkaitan dengan teh hijau

TESTIMONI Pengguna Tentang Cinch Tea Mix.

Minuman tenaga

Jadi kalau anda juga sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan, sedang berusaha untuk mengurangkan inci, dan juga sedang mengurangkan pengambilan kalori tapi tetap mahu tubuh cergas bertenaga, jom lah kita bancuh satu sachet Cinch Tea Mix bila-bila masa yang kita mahukan.

Boleh hubungi saya untuk info lanjut tentang produk Shaklee yang memang best dan sedap ni.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Kebaikan Collagen Powder Shaklee. Yang paling awesome, ia melembabkan kulit dan mengurankan pigmentasi. Masalah utama rakyat Malaysia sebagai negara Khatulistiwa. Htt...
  Like · Comment · Share

[VLOG] Set Energy Booster Shaklee, Bukan Ubat Kuat Tapi Sangat Berkesan

Alhamduillah, berjaya juga saya upload vlog untuk Set Energy Booster yang telah saya recordkan semalam.

Jom tengok video ni dan dengar penerangan ringkas saya tentang Set Energy Booster yang bakal membantu anda menjadi ibu atau ayah yang cergas.

Vlog ini juga adalah dari rentetan entry saya ini > Set Energy Booster



Kenapa kena bertenaga?

Tenaga diperlukan oleh setiap tubuh untuk melalukan segala macam aktiviti harian. Jadual yang padat, kekangan masa dan masalah mendapatkan makanan seimbang adalah antara punca tubuh kita mudah letih. Bila mudah letih, fikiran kita tak dapat fokus pada apa yang kita lakukan. Perasaan terganggu dan kita juga akan lebih cepat marah.

Jadi kenapa mahu biarkan tubuh kita terus penat, letih tanpa tenaga, betul tak?

Insya Allah, Set Energy Booster ini bakal membantu anda mengubah hidup lesu kepada hidup lebih bahagia. Tak perlu ambil complete set pon tidak mengapa, tapi make sure anda berkonsultasi dengan saya tentang permasalahan anda. Dan pastinya saya akan cadangkan pengambilan vitamin dan suplemen mengikut keperluan anda sahaja.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Shaklee Malaysia lancar CoQHealth Plus — SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. ...
  Like · Comment · Share


Kenapa saya selalu penat dan cadangan penyelesaiannya?

Senario zaman sekarang.

Bangun pagi -> rushing dan harung kesesakan jalan raya pergi kerja -> bebanan kerja di pejabat -> ruhing dan harung kesesakan jalan raya waktu pulang -> menguruskan rumahtangga => PENAT TAK TERHINGGA.


Inilah realiti kita sekarang kan?

Yes, senario ini memang berlaku pada anda jika anda seorang wanita. Anda memang seorang Supermom jika anda adalah golongan wanita yang bekerja, belajar/bisnes sampingan. Tak cukup dengan tugas rasmi sebagai seorang isteri dan ibu, ditambah dengan tugas sebagai seorang pekerja. Tambah lagi beban jika anda adalah seorang pelajar PJJ atau mempunyai bisnes sampingan sendiri. Penat memang penat..

Tapi apakah punca sebenar rasa penat itu? Adakah semata-mata kerana aktiviti harian yang padat? Ada lagi tak punca lain? Yup, jom kita ulas sekarang.

3 punca yang telah dikenalpasti menyumbang pada kepenatan adalah :
  • APA YANG KITA MAKAN.
  • TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

  • BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT
APA YANG KITA MAKAN.

Lumrah zaman serba pantas kini, kita memilih makan untuk menghilangkan rasa lapar dengan cepat berbanding makan makanan berkhasiat. Asal ada makanan dan cepat disediakan, itu lah yang menjadi pilihan. Dan biasanya restoran fastfood menjadi pilihan diluar, dan 'frozen food' jadi pilihan dirumah. Piramid makanan? Eh apa tu?

Semua kategori 'fast' ini biasanya menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan dan pastinya zat dan khasiat adalah terlalu minimum. Sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral daripada makanan yang lengkap. Kesiannya tubuh kita. Perut kenyang tapi sel tubuh kelaparan. Bila sel tubuh lapar, tak hairanlah kalau ia tak dapat memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan. Sebab sel tubuh pun tiada tenaga.

Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Jika paras glukosa dalam darah menjadi rendah, tubuh akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, tidur 5 jam dah cukup.

Bergantung pada jenis aktiviti harian kita, tidur berfungsi untuk merehatkan tubuh. Dan ketika tidurlah hampir semua anggota fizikal manusia berada dalam 'rest mode'. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat biasanya akan kurang fokus dan akan mengganggu kesihatan. Jadi tetapkan jadual tidur anda agar bila bangun esok pagi, tubuh akan terasa cergas kembali.

BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT.

Penyakit hipotiroid
Kalenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan pertambahan berat badan, kelesuan dan pelbagai simptom lain.


Penyakit Kencing Manis

Satu masalah pesakit kencing manis adalah sel-sel tubuh mereka tidak dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada tenaga. Apabila ini berlaku, tenaga tak dapat dihasilkan dan hasilnya mereka akan mudah letih. Pesakit kencing manis sangat perlu mengawal pemakanan dan bersenam untuk mengelakkan simptom kepenatan ini terus menyerang mereka. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Jadi, kalau anda perlukan ENERGY BOOSTER, jom teruskan pembacaan anda :)

Vitamin untuk meningkatkan tenaga


Hmmm ada banyak produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

1- Bcomplex - secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (glukos) pada tenaga
2- ESP - terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan. Dan kini ia diperkaya dengan formula OptiLyte pula.

Apa yang saya ambil?
Of course saya ambil semua :) Sebagai seorang mama dan seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian, saya perlu pastikan tubuh saya benar-benar bertenaga. Kalau tak, habislah terbengkalai kerja-kerja harian saya. Kalau anda juga perlukan tenaga dan mahu bergerak aktif macam saya, boleh hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di nombor yang tertera kt bawah tu ye.


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 





Tips Langsing : Tulis Diari Makanan

Sudah berapa lama anda jalani sesi berdiet? Ada perubahan?
Adakah apabila anda berdiri di hadapan cermin, anda nampak semakin besar pula bahagian-bahagian tertentu itu?

Kenapa agaknya jadi macamtu. Apakah punca kegagalan diet yang anda lakukan?

So hari ni nak share sedikit tips yang mungkin membantu proses diet anda.


Tulis Diari Makanan:

Tip Langsing Cepat

Jom kita belajar mencatat setiap apa yang kita ambil.

Caranya simple;

-Catatkan setiap minuman dan makanan yang kita ambil
-Tuliskan apa, bila dan berapa kuantiti yang telah masuk dalam tubuh

Dengan adanya diari ini, kita boleh monitor dengan jelas berapa banyak kalori dalam setiap makanan.

KONSISTEN! Tak mustahil berat badan anda akan turun dengan lebih cepat :)





-------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Cinch Energy Tea Mix Sekat Selera Makan

Salam semua. 

Dulu saya dh pernah tulis tentang Cinch Tea Mix ni di entry Cinch Energy Tea Mix : Untuk tenaga berpanjangan.

Ye la, dulu perlukan extra tenaga sebab dulu kan all-rounded. Kat opis kena kerja, kt rumah pon kena kerja. Alhamdulillah, memang sangat membantu saya kekal cergas dan bertenaga sampai tengah malam. Dan syukur, sekarang dah berkurang sikitt beban dibahu ini sejak bergelar Work At Home Mama. Chewah!

Tapi saya tetap meneruskan pengambilan Cinch Tea Mix ni sebab sekarang ni tengah proses 'back in shape'. Semenjak anak dah mula kurang menyusu ni, pembakaran kalori tak seaktif dulu. Tau kan, setiap kali proses penyusuan berlangsung, ibu menyusu membakar 500 kalori. So sekarang ni mungkin hanya tinggal 200-300kalori sahaja terbakar melalui penyusuan.



Cinch Tea Mix memang termasuk dalam Set Shape Up di K3S. Memang antara produk favourite bagi mereka yang sedang berdiet.


CINCH TEA DIET
Sekotak mengandungi 28 sachet yang senang dibawa kemana-mana
Sebab apa saya sukakan Cinch Tea Mix ni? Sebelum tu saya share dulu sedikit informasi tentang Cinch Tea Mix ye:

Bahan-bahan yang terdapat dalam Cinch Energy Tea Mix :

  • Taurine – sejenis asid amino yang penting untuk fungsi kardiovaskular, pembinaan dan fungsi otot rangka, retina dan sistem saraf pusat.
  • Maltodextrin – polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung
  • ekstrak Rooibos Red Tea –  sejenis herba hanya boleh didapati di rantau gunung Cedarburg Afrika Selatan, juga dikenali sebagai "Teh Ajaib" atau "Teh Sepanjang Hayat"
  • Ekstrak Green Tea  – gabungan antioksida
  • Ekstrak White Tea  –teh yang menjalani pemprosesan paling minimun
  • Matcha Green Tea Powder – teh bergred tertinggi dari Jepun. 
Banyak betul campuran dalam Cinch Energy Tea Mix ni kan? Jom kita fokus pada GREEN TEA. Menurut artikel dari Livestrong.com, ekstrak teh hijau mampu menyekat selera makan. 

BAGAIMANA TEH HIJAU MENGAWAL SELERA.

Menurut artikel tersebut, badan manusia menggunakan beberapa mekanisme untuk membantu mengawal selera makan, yang melibatkan pembebasan banyak hormon. Beberapa hormon penting termasuk noradrenalin dan dan cholecystokinin, perangsang sistem saraf pusat yang mengurangkan selera makan. Hormon ini sering dipanggil CCK, berasal dalam usus untuk mengurangkan kelaparan. 

Nampak kan, fungsi Teh Hijau dalam Cinch Tea Mix ni. Bukan setakat saya sorang yang dah rasa selera dah berkurang apabila mengamalkan Cinch Tea ni, mereka pon mengatakan yang sama.

CINCH TEA MIX KURANGKAN SELERA
Cara nak bancuh pun simple sangat. Boleh pilih sejuk, suam atau panas. Tanpa gula pastinya pilihan saya. Selalunya saya ambil bersama sarapan pagi saya. Sampai tengahari, memang tak ada pun rasa nk mengunyah. Bila berjaya mengurangkan kunyahan remeh ni, insya allah berat mudah turun. Mudah nak dapatkan shape asal. Weeehu!

Jom kita, Cinch Tea Mix secawan esok :)

-------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.




Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Shaklee Products as Energy Booster

Q : Cik Puan K3S, saya nk tanya la vitamin apa yg sesuai untuk saya yg selalu rasa letih dan lesu ni. Kadang-kadang balik dari kerja terus 'flat' dan terus nk tidur. So cuba cerita sket apa yg boleh bantu saya.

A : Terima kasih atas soalan ni. OK kalau utk boost energy saya boleh suggestkan beberapa vitamin utk anda consider.

1- Bcomplex,secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (gluk
os) pada tenaga
2- ESP -terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan

Hmmm ada byk produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head