UA-56349233-1
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Diet : Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari

Saya masih obses dan excited tentang topik diet, get in shape dan pelangsingan. So layan aje tau. Insya allah akan tetap berkongsi tips dan info tentang topik lain berselang seli dengan topik utama ini.

Jadi, seperti tajuk enty hari ini, Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari?

Rutinnya kita mengambil 3 hidangan besar setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dan kebanyakan kita memang akan mengambil hidangan yang berat seperti nasi (dah memang makanan ruji rakyat Malaysia). Dan ada orang, akan ambil nasi bagi ketiga-tiga hidangan dengan banyaknya. Kenyang lebih lama kata mereka.

Okey, adakah tidak elok dengan amalan sebegini. Sebelum saya terangkan adakah ia elok atau tidak, saya nak ajak anda baca dulu tentang info Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari.

1) Mengelak Obesiti.


Ambil hidangan kecil untuk mengelakkan terlebih berat badan atau obes. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan hanya dua atau tiga kali makan besar sepanjang hari cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada orang-orang yang memecahkan kalori mereka kepada lima atau enam hidangan kecil.
Contohnya, apabila anda makan sarapan pagi pada jam 7 pagi, dan kemudian tidak makan sebanrang makanan sehingga jam 1:00 petang, anda akan berasa begitu lapar. Dan ini akan mendorong anda makan lebih banyak kalori hanya untuk membantu memuaskan kelaparan anda. Makan berlebihan ini membawa kepada peningkatan pengambilan kalori, dan seterusnya penambahan berat badan.

2) Mengekalkan Paras Gula Dalam Darah

Satu lagi sebab pentingnya makan dalam hidangan yang lebih kecil dengan lebih kerap adalah disebabkan berkaitan dengan paras gula dalam darah anda. Walaupun gula dalam darah biasanya paling kerap digunakan dalam perbincangan tentang orang-orang yang ada penyakit Diabetes, ia juga penting bagi orang-orang yang sihat yang tidak mengalami keadaan ini.

Gula dalam darah membantu memberikan anda tenaga dan stamina sepanjang hari. Apabila anda makan, tubuh anda akan 'memecahkannya', dan gula yang dilepaskan dari makanan memasuki aliran darah anda dan menjadi gula dalam darah. Apabila anda makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari , anda mendapat bekalan gula dalam darah  yang stabil.

Sebaliknya, jika anda hanya makan dua atau tiga kali makan besar, anda akan terus dapat 'dos besar' gula darah, dan kemudian terhenti enam jam. Ketidakstabilan bekalan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa selalu letih dan ia juga akan mengganggu proses semulajadi tubuh anda.

3) Penurunan Kadar Nutrisi Dalam Tubuh 

Makan 5 kali sehari sebenarnya boleh membantu untuk memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang betul. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan beberapa makanan sepanjang hari cenderung untuk mengubah diet mereka lebih daripada mereka yang hanya makan dua atau tiga kali makan besar. Mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kesihatan yang baik bagi semua peringkat umur dan jantina.

So itu lah dia antara sebabnya kita digalakkan makan dalam 5 small meal.

Jadi, apa yang saya pilih untuk lengkapkan small meal ini sepanjang hari?

1) Untuk sarapan awal pagi, biasanya saya akan ambil bancuhan Cinch Shake bersama ESP. Sumber protein yang senang disediakan dan mudah diambil. Kenapa ye protein ni bagus sangat untuk orang yang berdiet?

Protein meningkatkan pembakaran lemak dalam badan:

  • Ia meningkatkan rasa kenyang (rasa menjadi "penuh" atau "puas" selepas makan)
  • Ia mengurangkan pengambilan tenaga (kalori) oleh badan
  • Ia membawa kepada penurunan berat badan oleh 2 sebab diatas.
Protein Shake Shaklee
Feveret saya dan suami
2) Walaupun saya tak rasa lapar, tapi saya tetap disyorkan untuk ambil morning tea. So antara yang jadi pilihan saya ialah 1-2ketul kuih muih, atau 1-2 keping roti whole meal dengan cheese slice, atau potongan buah-buahan seperti epal atau jambu. depends pada buah apa yang ada dalam fridge.

3) Masa untuk LUNCH! Kerap juga saya terlewat lunch sebab leka dan ralit buat kerja di SoHo. Saya cuba jugalah makan lunch macam biasa dengan nasi, lauk dan sayur-sayuran. Ingat, portion nasi kecil sahaja ya. Sekadar memenuhi keperluan karbohidrat sahaja.

4) Again, sekali lagi, biasanya saya tak rasa lapar pun waktu tea time ni. Tapi saya tetap dicadangkan untuk ambil sedikit kudapan untuk memastikan tubuh saya sentiasa mendapat 'minyak' untuk membakar kalori. Dan ini juga akan membuatkan kadar metabolisme saya kekal diparas yang tinggi. 
Untuk tea time, 2-3keping biskut weetameal atau biskut Hi-Fibre Jacob bersama dengan Cinch Tea tanpa gula. Memang padanan yang best!


5) Dan untuk diner, sama caranya seperti lunch. Saya berjaya disiplinkan diri untuk makan sebelum jam 8pm. Salah satu benefit Work At Home bila perancangan masa benar-benar terletak ditangan kita. Tiada kekangan balik lambat, stranded dalam jam dan sebagainya. So sambil tunggu azan maghrib, sambil tengok drama jam 7 TV3, dah selesai pn kami anak-beranak diner. :)

Okey, ini kisah saya. Anda juga maybe perlu ikuti plan diet small meal ini jika anda serius mahu KURUS.
Meal planning tak semestinya strict seperti saya, just cuba rancangkan agar menjadi rutin dan disiplin anda setiap hari. Semoga kita sama-sama mampu kurus selepas ini. Hehe.

By the way, jika anda teringin nak cuba Cinch Shake atau Cinch Tea, feel free to contact me at the below info ye. Pastinya saya sudi berkongsi rahsia kurus dan sihat saya dengan anda



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



CINCH TEA MIX : Penyelesai Masalah Asyik Nak Mengunyah

Biasanya bila nak berdiet, kita akan dinasihatkan untuk kawal kalori = mengurangkan pengambilan makanan. Dan bila kita kurang makan, akan menyebabkan kita rasa kurang bertenaga dan cepat penat.

Kekurangan tenaga menyebabkan kita rasa macam nak makan macam-macam lalu mulalah kita mengunyah coklatlah, biskut la.. (snek tinggi kalori)

Persoalannya, bagaimana nak 'boost' tenaga tanpa mengambil kalori tambahan?



Penyelesaian TERBAIK adalah Cinch Tea Mix. Kalau belum pernah tahu, macam mana rupa Cinch Tea Mix ni, jom tengok gambar.


Produk Slimming Shaklee

Memang betul, saya dah hampir setahun dah ambil Cinch Tea dan gantikan teh tarik/kopi/milo untuk minum pagi atau petang saya. Saya dapati keinginan untuk mengunyah memang berkurang sebab saya rasa bertenaga dan tidak perlu ambil makanan kudapan berlebihan. 

Ramuan Cinch Tea Mix, campuran eksklusif tiga jenis teh termasuk:
  •  Matcha: serbuk teh hijau unggul yang tersedia secara semulajadi dan mengekalkan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
  • Ekstrak teh putih : juga dikenali sebagai "baby green tea" dengan tahap sebatian antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
  •  Rooibos : teh mreah, ekstrak unik daripada rantau Cedarburg Afrika Selatan dan dengan sebatian antioksidan polifenol yang unik.

Faedah Pengambilan Cinch Tea Mix

  1. Sentiasa selamat untuk meningkatkan tenaga semula jadi
  2. Mengandungi taurina , dikaji secara meluas untuk kecergasan yang dipertingkatkan, tenaga, dan daya tahan tubuh badan.
  3. Alternatif terbaik untuk makanan manis dan kopi untuk memberikan tenaga segera
  4. Citarasa hebat panas atau sejuk
  5. Dalam sachet yang mudah dibawa
 
Bermanfaat kepada mereka:

    ✎ 2.5 juta daripada orang dewasa di Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan
    ✎ Sesiapa yang mahukan alternatif yang rendah kalori untuk makanan manis , soda atau kopi untuk tenaga segera
    ✎ Sesiapa yang mencari cara untuk menguruskan berat badan dan mengurangkan inci tubuh mereka
    ✎ Sesiapa yang ingin meningkatkan tenaga secara semulajadi
    ✎ Sesiapa yang ingin perlindungan antioksidan dan faedah yang berkaitan dengan teh hijau

TESTIMONI Pengguna Tentang Cinch Tea Mix.

Minuman tenaga

Jadi kalau anda juga sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan, sedang berusaha untuk mengurangkan inci, dan juga sedang mengurangkan pengambilan kalori tapi tetap mahu tubuh cergas bertenaga, jom lah kita bancuh satu sachet Cinch Tea Mix bila-bila masa yang kita mahukan.

Boleh hubungi saya untuk info lanjut tentang produk Shaklee yang memang best dan sedap ni.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Kebaikan Collagen Powder Shaklee. Yang paling awesome, ia melembabkan kulit dan mengurankan pigmentasi. Masalah utama rakyat Malaysia sebagai negara Khatulistiwa. Htt...
  Like · Comment · Share

Diet Selulit : Makan untuk elak selulit

Cuba check, adakah anda juga mempunyai ini? Inilah yang dinamakan selulit. 
Apakah itu selulit? Selulit adalah permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren. Tak berapa cantik dipandang dan selulit adalah salah satu benda yang paling dibenci oleh kaum wanita. Setuju?


Jadi jika anda mempunya masalah selulit, mungkin anda boleh cuba tips-tips ini.

Tips makanan yang boleh membantu anda melawan selulit: -

• Minum sekurang-kurangnya 2liter air (sebaik-baiknya dengan lemon) setiap hari. Lebih baik jika anda boleh minum secawan air panas dengan limau dengan perut kosong pada waktu pagi. Ia adalah penyahtoksik yang hebat.

• Cuba untuk mengelakkan produk tepung; ini termasuk roti, pasta, produk pastri putih dan beras. Jenis-jenis produk yang akan meningkatkan jumlah gula di dalam darah,
yang membawa kepada pembentukan lemak.

• Elakkan gula-gula, soda dan alkohol. Alkohol merupakan faktor yang menghalang hati (kilang detoksifikasi badan) untuk menjalankan tugasnya.

• Elakkan kentang lecek atau kentang goreng, sebaiknya pilih ulam sayur-sayuran atau salad.

• Cuba elakkan makan selepas 6:00 petang dan jika perlu juga, pilihlah buah-buahan sahaja.

• Pilih salah satu waktu makan anda setiap hari, cuba untuk makan hanya buah-buahan sahaja. Mungkin anda boleh pilih waktu makan malam.

• Kurangkan kafein daripada diet anda.

• Pastikan diet anda mengandungi serat, dalam kuantiti yang mencukupi.

• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Cuba untuk makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Bukan sahaja ia mengandungi nutrien yang sihat, ia juga bertindak sebagai agen antioksida.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasanya kaya dengan bahan-bahan ini adalah: beri biru dan beri hitam, ceri, mangga, oren, strawberi dan raspberi, kranberi, anggur, epal, bayam, tomato, lada, lobak merah.

• Ambil sarapan yang konsisten, elakkan gula-gula di waktu makan tengah hari dan makan protein yang berkualiti, terutama dari sumber soya, tenusu, ikan dan ayam.

• Cuba minum jus bit merah. Ianya bermanfaat kerana ia membantu hati untuk mengeluarkan lemak yang disimpan di dalam badan.

• Makan salad saderi. Saderi melawan pengekalan air. Mereka yang mengalami masalah selulit mendakwa ia benar-benar membantu untuk melawan selulit.

• Elakkan makan kerepek dan kacang tanah.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Cinch Energy Tea Mix Sekat Selera Makan

Salam semua. 

Dulu saya dh pernah tulis tentang Cinch Tea Mix ni di entry Cinch Energy Tea Mix : Untuk tenaga berpanjangan.

Ye la, dulu perlukan extra tenaga sebab dulu kan all-rounded. Kat opis kena kerja, kt rumah pon kena kerja. Alhamdulillah, memang sangat membantu saya kekal cergas dan bertenaga sampai tengah malam. Dan syukur, sekarang dah berkurang sikitt beban dibahu ini sejak bergelar Work At Home Mama. Chewah!

Tapi saya tetap meneruskan pengambilan Cinch Tea Mix ni sebab sekarang ni tengah proses 'back in shape'. Semenjak anak dah mula kurang menyusu ni, pembakaran kalori tak seaktif dulu. Tau kan, setiap kali proses penyusuan berlangsung, ibu menyusu membakar 500 kalori. So sekarang ni mungkin hanya tinggal 200-300kalori sahaja terbakar melalui penyusuan.



Cinch Tea Mix memang termasuk dalam Set Shape Up di K3S. Memang antara produk favourite bagi mereka yang sedang berdiet.


CINCH TEA DIET
Sekotak mengandungi 28 sachet yang senang dibawa kemana-mana
Sebab apa saya sukakan Cinch Tea Mix ni? Sebelum tu saya share dulu sedikit informasi tentang Cinch Tea Mix ye:

Bahan-bahan yang terdapat dalam Cinch Energy Tea Mix :

  • Taurine – sejenis asid amino yang penting untuk fungsi kardiovaskular, pembinaan dan fungsi otot rangka, retina dan sistem saraf pusat.
  • Maltodextrin – polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung
  • ekstrak Rooibos Red Tea –  sejenis herba hanya boleh didapati di rantau gunung Cedarburg Afrika Selatan, juga dikenali sebagai "Teh Ajaib" atau "Teh Sepanjang Hayat"
  • Ekstrak Green Tea  – gabungan antioksida
  • Ekstrak White Tea  –teh yang menjalani pemprosesan paling minimun
  • Matcha Green Tea Powder – teh bergred tertinggi dari Jepun. 
Banyak betul campuran dalam Cinch Energy Tea Mix ni kan? Jom kita fokus pada GREEN TEA. Menurut artikel dari Livestrong.com, ekstrak teh hijau mampu menyekat selera makan. 

BAGAIMANA TEH HIJAU MENGAWAL SELERA.

Menurut artikel tersebut, badan manusia menggunakan beberapa mekanisme untuk membantu mengawal selera makan, yang melibatkan pembebasan banyak hormon. Beberapa hormon penting termasuk noradrenalin dan dan cholecystokinin, perangsang sistem saraf pusat yang mengurangkan selera makan. Hormon ini sering dipanggil CCK, berasal dalam usus untuk mengurangkan kelaparan. 

Nampak kan, fungsi Teh Hijau dalam Cinch Tea Mix ni. Bukan setakat saya sorang yang dah rasa selera dah berkurang apabila mengamalkan Cinch Tea ni, mereka pon mengatakan yang sama.

CINCH TEA MIX KURANGKAN SELERA
Cara nak bancuh pun simple sangat. Boleh pilih sejuk, suam atau panas. Tanpa gula pastinya pilihan saya. Selalunya saya ambil bersama sarapan pagi saya. Sampai tengahari, memang tak ada pun rasa nk mengunyah. Bila berjaya mengurangkan kunyahan remeh ni, insya allah berat mudah turun. Mudah nak dapatkan shape asal. Weeehu!

Jom kita, Cinch Tea Mix secawan esok :)

-------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.




Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Kapsul Lecithin Shaklee

Kepentingan Lecithin:-
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Fungsinya : 

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu kawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK (untuk pelajar sekolah dan universiti)
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK WARGA TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.
Cara makan :
Untuk mereka yang nak turunkan berat badan digalakkan ambil lecithin 2 biji setiap kali selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Maknanya sehari 6 biji. Tetapi kalau untuk otak boleh juga makan sebiji sehari sahaja.

Harga retail sebotol Lecithin adalah RM62.50 termasuk kos penghantaran. Hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa serta konsultasi :)

Hubungi saya lydzar@gmail.com | call/sms/whatsapp 013 3583424 untuk konsultasi produk dan pesanan dengan harga terbaik!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: VIVIX : THE BEST CELLULAR ANTI AGING TONIC. Jom tengok video tentang Vivix nih..apa yang membuatnya ISTIMEWA,... http://t.co/GpUriIZX Follow @lydzar Reply Retweet   11:38 Sep-12
Latest post: VIVIX : THE BEST CELLULAR ANTI AGING TONIC. Jom tengok video tentang Vivix nih..apa yang membuatnya ISTIMEWA, semuanya ada diceritakan disi... http://www.youtube.com/watch?v=M16jYdF8YUE&list=PL104DD68B942F1E50
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like


Testimoni Berat badan turun dengan Shaklee

Alhamdulillah, berjaya juga saya hadir ke Kelas Asas Euphoria pada 10hb 12 yang lepas. Bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Terima kasih kepada suami yang menjadi GPS memandu arah saya malam sebelum itu kerana dia tak dpt nak temankan saya pada hari tersebut.

Seronok bila berkumpul beramai-ramai dalam majlis perkongsian ilmu mcm ni. I am looking forward to join again in future. Dan menarik sekali apabila salah seorang teman Euphoria, Kak Norhasmah diberi peluang utk berkongsi pengalaman tentang cara dia menurunkan berat badannya.

Boleh baca perkongsian Kak Hasmah tentang kesah berat badannya di sini



Saya simpulkan disini, proses menurunkan berat badan memerlukan seseorang itu mempunyai azam dan keinginan yang tinggi, sama seperti ibu yang mahu relaktasi. Yang ni, kita cerita kemudian ye.

Jadi apa yang Kak Hasmah lakukan,


1- Jaga pemakanan, mengawal nafsu makan bukannya TAK MAKAN. Jika lapar, boleh ambil REPLACEMENT MEAL. (ESP, Mealshake, Performance Drink)
2- Bersenam setiap hari walaupon hanya dengan senaman ringkas.
3-Banyakkan minum AIR MASAK..kerana air masak membantu untuk meningkatkan metabolisma badan.
4-Banyakkan makan buah-buahab yang kaya dengan serat.

Sebelum memulakan proses diet, adalah dinasihatkan utk berDETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..Ini adalah proses menyingkirkan toksin dalam badan untuk penyerapan vitamin yg lebih efisyen.

Seperti yang telah saya tuliskan dalam beberapa entry sebelum ini. Jenis vitamin yang terdapat dalam set diet K1 dan K2 adalah Vitalea, Afalfa, Lecithin dan Herb Lax( bagi perempuan/lelaki atau ibu-ibu yang tidak menyusukan)

Kak Hasmah sangat setia dengan pengambilan Lecithin sepanjang proses penurunan berat badannya.


Jika anda berminat utk kurus seperti teman saya ini, boleh la dapatkan Set ini dari Kedai Triple-S. Saya akan berikan anda jadual makan vitamin dan juga beberapa panduan lain supaya diet anda mencapai target. Insya allah :)


Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.

Diet dengan Suplement Shaklee.

Saya memang sgt berminat nak dalami ilmu diet dengan supplement ni. Sebab dalam masa beberapa hari nnt, saya bakal memakai 'sesuatu' yang katanya ada side efek 'badan mengembang', huhu. Risau ok! Tapi saya fikir memang saya perlu memakai 'sesuatu itu jadi ada baiknya jika saya expertkan diri sendiri dengan ilmu diet ni. So bila tiba masanya nnt, saya dh tau apa yg saya perlu amalkan. 
Dan saya juga perlu fokus pada diet dengan supplement sebagai ibu menyusu.

Secara asasnya utk diet.. saya dan anda perlukan.
credit info : Kak Cery

Detoks (Fiber/herblax) + Protin (Cinch Shake or Energizing Soy Protin (ESP) + Lecitin 

Kenapa protin?  
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.  

Kenapa kene detoks? 
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :).
kunci asas untuk kurus adalah detox dulu 

Kenapa perlu Lecitin?:
berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

 
Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax..terpulang  mengikut budget.. 

Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :.. 

Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..

Tetapi sebagai ibu menyusu, anda tidak disarankan mengambil Cinch, fiber dan herblax. 

Alternatif kepada Cinch adalah Energizing Soy Protein, dan alternatif kepada Fiber dan Herblax (fungsi detox) adalah Afalfa sahaja.

Anda boleh dapatkan Set Diet K1 yang sesuai utk ibu menyusu dengan harga mampu milik.

Set Diet K1 ::30s Vitalea :: 90s Lecithin :: 90s Afalfa

Dan bagi yang tidak breastfeed anak, option anda lebih luas. Dengan basic trial set K2 atau tambahan produk-produk lain seperti Fiber, HerbLax, dan Cinch.

Set Diet K2::30s Vitalea ::60's Lecithin :: 60s Afalfa :: 30s Herblax

Jadual makan Set Diet akan disertakan dan pastinya anda dapat Free Gift menarik yang bakal membantu anda mengukur kekurangan inci anda :)



Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.

Diet dengan cara sihat dan selamat

Ramai juga yang salah faham tentang konsep diet utk kurus ni. Ramai yang beranggapan mengurangkan makan adalah cara terbaik utk mendapatkan berat badan yg dikehendaki. Tak kurang juga yang TAK MAKAN semata-mata nak kurus. Tapi ketahuilah bahawa cara itu adalah salah.

Kita masih perlukan makanan utk 'generate' tenaga. Bila kita tak makan kita akan mudah lesu, penat, tak bermaya dan juga mudah pitam. Cara yang sebenar adalah makan dengan cara yang betul. Disamping itu anda boleh amalkan pengambilan vitamin daripada Shaklee dalam usaha utk menguruskan badan.

Disini saya kongsikan beberapa produk yang boleh diambil oleh anda terutama bagi yang sedang breastfeeding. Saya tekankan kepada para ibu yang ingin kurus, kerana saya faham anda adalah seorang ibu yang hebat kerana mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak anda (susu ibu) dan of course juga mahu menjaga suami (jaga penampilan).

Bagi yang tak breastfeeding, baca tentang supplement utk anda di sini yer.

Pakej supplement mampu milik ni hanya berharga serendah RM70 sahaja.

Set K1

Vitalea Multivitamin ::  Lecithin :: Alfalfa

Set K2

Vitalea ::  Lecithin ::  Alfalfa :: Herb-Lax




Fungsi:

Vitalea : Untuk memastikan anda mendapat vitamin & mineral secukupnya meskipun berdiet
Herb-lax: Bertindak untuk mengaktifkan usus untuk pembuangan toksin yang lebih cemerlang
Lecithin: Membantu membakar lemak (boleh membantu dalam mengawal tekanan darah, gula dan kolestrol)
Alfalfa: Bertindak mengangkut lemak untuk dinyahtinja


Nota:

1. Ibu yang sedang menyusukan tidak sesuai mengambil Herb-Lax, cukup sekadar menambah Lecithin kepada set penyusuan kerana Lecithin tidak akan memberikan kesan kepada anak yang sedang disusukan.
2. Lecithin perlu diambil bersama fiber dan di dalam set mampu milik ini, alfalfa adalah fiber yang paling minimum.
3. Tidak bermakna dengan makan vitamin ini, anda boleh melupakan senaman. Senaman masih lagi aktiviti yang paling penting dalam memastikan kita sihat. Bersenam-lah dua kali seminggu (paling minimum) untuk memastikan jantung kita dapat berfungsi dengan baik dan memecahkan lemak-lemak yang baru terkumpul.


credit to : VitaminMampuMilik

Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.