UA-56349233-1
Showing posts with label Energy Booster. Show all posts
Showing posts with label Energy Booster. Show all posts

Indahnya Ramadhan Dengan Cinch Tea dan Performance

Alhamdulillah, selesai dah ibadat sunat solat terawikh bagi malam keempat Ramadhan 2014 ini.
Saya pun tak ketinggalan untuk meraikan pesta ibadat ini walaupun hanya melakukannya di rumah.

Dan hari ni saya nak kongsikan tentang Performance dan Cinch Tea, memang gabungan yang sangat mantap dapat saya rasakan sepanjang Ramadhan ini. Bila dibancuh sejuk saya akan panggil ia 'ICE LEMON TEA'.
Ya Allah, sedapnya bila ia mengalir ke tekak. Hilang segala rasa dahaga.


Ini adalah cerita dan pengalaman saya sendiri. Kalau flashback semula 2-3tahun sebelum ini.. banyak hari juga saya tertinggal terawikh disebabkan rasa penat, letih dan mengantuk. Lagi pula pada ketika itu saya menyusukan anak, asal berbaring menyusukan anak, saya akan turut tertidur sekali. Bak kata orang, 'asal letak kepala atas bantal, hilang'. Kiranya terus tertidur la.

Kadangkala terjaga, dah pun tiba waktu untuk bersahur. Alangkah ruginya saya ketika itu sebab asyik terlepas peluang untuk menunaikan solat terawikh.

Dan sejak saya konsisten bersama produk Shaklee, saya mula mencuba satu per satu produk yang ada.

Klik sini untuk melihat VIDEO : SET TENAGA, ianya tentang suplemen yang mampu memberikan tubuh kita tenaga segera.

Alhamdulillah, Cinch Tea dan Performance yang dibancuh sekali memang resepi dan pilihan yang sangat tepat. Selama 4 hari Ramadhan, inilah yang saya minum ketika berbuka. Saya lupakan air tebu sejuk, saya lupakan air soya dan segala macam air manis-manis yang menjadi hidangan berbuka selama ini. Hanya sedap dirasa, tapi tidak membawa banyak kebaikan kepada tubuh saya rupanya.

Sejak hari pertama Ramadhan juga, tubuh saya tidak terasa terlalu letih untuk mula bersolat. Saya bawak sekali sebotol air masak ketika berterawikh, maklumlah cuaca sangat panas sejak kebelakangan ni.
Ya Allah, syukur sangat.

Semangat kan dengar betapa bestnya minuman ni.
Kalau rasa nak order Set IceLemonTea Shaklee ini, klik sahaja di sini

Dan saya nak share juga sedikit tips supaya tidak lesu ketika mengerjakan solat terawikh.


- Mulakan berbuka dengan seteguk air dan beberapa biji kurma.
- Jangan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus
- Jangan ambil minuman terlalu banyak juga
- Nikmati juadah berbuka seadanya
- Amalkan pengambilan Performance, atau Cinch Tea atau kedua-duanya sekali ketika berbuka
- Berhenti sebelum kekenyangan  dan lakukan solat Maghrib dahulu
- Ambil sedikit masa untuk berehat sebelum mula menunaikan solat Isya dan terawikh
- Nikmati malam Ramadhan dengan penuh kesyukuran.

Selamat menikmati Ramadhan.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head






[VLOG] Set Energy Booster Shaklee, Bukan Ubat Kuat Tapi Sangat Berkesan

Alhamduillah, berjaya juga saya upload vlog untuk Set Energy Booster yang telah saya recordkan semalam.

Jom tengok video ni dan dengar penerangan ringkas saya tentang Set Energy Booster yang bakal membantu anda menjadi ibu atau ayah yang cergas.

Vlog ini juga adalah dari rentetan entry saya ini > Set Energy Booster



Kenapa kena bertenaga?

Tenaga diperlukan oleh setiap tubuh untuk melalukan segala macam aktiviti harian. Jadual yang padat, kekangan masa dan masalah mendapatkan makanan seimbang adalah antara punca tubuh kita mudah letih. Bila mudah letih, fikiran kita tak dapat fokus pada apa yang kita lakukan. Perasaan terganggu dan kita juga akan lebih cepat marah.

Jadi kenapa mahu biarkan tubuh kita terus penat, letih tanpa tenaga, betul tak?

Insya Allah, Set Energy Booster ini bakal membantu anda mengubah hidup lesu kepada hidup lebih bahagia. Tak perlu ambil complete set pon tidak mengapa, tapi make sure anda berkonsultasi dengan saya tentang permasalahan anda. Dan pastinya saya akan cadangkan pengambilan vitamin dan suplemen mengikut keperluan anda sahaja.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Shaklee Malaysia lancar CoQHealth Plus — SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. ...
  Like · Comment · Share


Kenapa saya selalu penat dan cadangan penyelesaiannya?

Senario zaman sekarang.

Bangun pagi -> rushing dan harung kesesakan jalan raya pergi kerja -> bebanan kerja di pejabat -> ruhing dan harung kesesakan jalan raya waktu pulang -> menguruskan rumahtangga => PENAT TAK TERHINGGA.


Inilah realiti kita sekarang kan?

Yes, senario ini memang berlaku pada anda jika anda seorang wanita. Anda memang seorang Supermom jika anda adalah golongan wanita yang bekerja, belajar/bisnes sampingan. Tak cukup dengan tugas rasmi sebagai seorang isteri dan ibu, ditambah dengan tugas sebagai seorang pekerja. Tambah lagi beban jika anda adalah seorang pelajar PJJ atau mempunyai bisnes sampingan sendiri. Penat memang penat..

Tapi apakah punca sebenar rasa penat itu? Adakah semata-mata kerana aktiviti harian yang padat? Ada lagi tak punca lain? Yup, jom kita ulas sekarang.

3 punca yang telah dikenalpasti menyumbang pada kepenatan adalah :
  • APA YANG KITA MAKAN.
  • TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

  • BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT
APA YANG KITA MAKAN.

Lumrah zaman serba pantas kini, kita memilih makan untuk menghilangkan rasa lapar dengan cepat berbanding makan makanan berkhasiat. Asal ada makanan dan cepat disediakan, itu lah yang menjadi pilihan. Dan biasanya restoran fastfood menjadi pilihan diluar, dan 'frozen food' jadi pilihan dirumah. Piramid makanan? Eh apa tu?

Semua kategori 'fast' ini biasanya menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan dan pastinya zat dan khasiat adalah terlalu minimum. Sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral daripada makanan yang lengkap. Kesiannya tubuh kita. Perut kenyang tapi sel tubuh kelaparan. Bila sel tubuh lapar, tak hairanlah kalau ia tak dapat memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan. Sebab sel tubuh pun tiada tenaga.

Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Jika paras glukosa dalam darah menjadi rendah, tubuh akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, tidur 5 jam dah cukup.

Bergantung pada jenis aktiviti harian kita, tidur berfungsi untuk merehatkan tubuh. Dan ketika tidurlah hampir semua anggota fizikal manusia berada dalam 'rest mode'. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat biasanya akan kurang fokus dan akan mengganggu kesihatan. Jadi tetapkan jadual tidur anda agar bila bangun esok pagi, tubuh akan terasa cergas kembali.

BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT.

Penyakit hipotiroid
Kalenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan pertambahan berat badan, kelesuan dan pelbagai simptom lain.


Penyakit Kencing Manis

Satu masalah pesakit kencing manis adalah sel-sel tubuh mereka tidak dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada tenaga. Apabila ini berlaku, tenaga tak dapat dihasilkan dan hasilnya mereka akan mudah letih. Pesakit kencing manis sangat perlu mengawal pemakanan dan bersenam untuk mengelakkan simptom kepenatan ini terus menyerang mereka. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Jadi, kalau anda perlukan ENERGY BOOSTER, jom teruskan pembacaan anda :)

Vitamin untuk meningkatkan tenaga


Hmmm ada banyak produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

1- Bcomplex - secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (glukos) pada tenaga
2- ESP - terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan. Dan kini ia diperkaya dengan formula OptiLyte pula.

Apa yang saya ambil?
Of course saya ambil semua :) Sebagai seorang mama dan seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian, saya perlu pastikan tubuh saya benar-benar bertenaga. Kalau tak, habislah terbengkalai kerja-kerja harian saya. Kalau anda juga perlukan tenaga dan mahu bergerak aktif macam saya, boleh hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di nombor yang tertera kt bawah tu ye.


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head