UA-56349233-1
Showing posts with label Vitamin Untuk Ahli Sukan. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Untuk Ahli Sukan. Show all posts

Fairuz Ambil Penawar Sakit Lutut Ini Dan Kembali Beraksi Macam Juara Bola Dunia

Fairuz berumur 34 tahun, memang sangat tahu kepentingan bersukan dan bersenam untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Memang sejak muda, zaman study dekat universiti dahulu beliau aktif dengan beberapa jenis aktiviti sukan.

Futsal adalah antara sukan wajib setiap hari Khamis. Tidak mengapa isteri tunggu seketika setiap malam Khamis, tapi acara Futsal wajib pergi juga. Tanpa gagal, beliau akan pergi juga ke padang futsal untuk mengeluarkan peluh sambil bersosial dengan kawan-kawannya.


Dah macam video kat atas lah gaya bersembahan Fairuz bila di gelanggang Futsal. Hebat kan?

Jadi, selain untuk gaya hidup sihat, sebenarnya Fairuz memang suka bila kawan-kawan puji skill beliau bermain. Bangga saja hati bila dipuji. Malah kerap juga mendapat permintaan untuk 'personal coaching'. Wahhhhh!

MALANG TAK BERBAU

Fairuz pergi kerja menunggang motorsikal untuk mengelak kesesakan jalan dan beliau bencikan perasaan stress mencari parking di pejabat. Jadi motorsikal memang teman baik beliau. 

Pagi Rabu yang hening, hujan lebat tak henti-henti, Fairuz redahkan juga kerana beliau ada kerja penting yang perlu diselesaikan segera di pejabat. 

Walaupun Fairuz menunggang dan mengendalikan motor dengan baik, tidak semena-mena tiba-tiba beliau terasa tubuhnya terbang diawan. Dan dengan sekelip mata beliau melihat motorsikalnya 10meter di hadapan sedangkan beliau mula merasakan lututnya pedih dan hangat. 

Rupanya Fairuz tidak perasan lubang besar di depan. Air memenuhi lopak dan Fairuz telah melanggar lubang tersebut. 

Fairuz tidak dapat bergerak dan bangun. Dalam sekejapan sahaja, beberapa penunggang motorsikal yang lain berhenti dan memberi bantuan. Fairuz dihantar ke hospital berhampiran dan kaki beliau terpaksa disimen kerana patah. Berdenyut-denyut rasa, bermula dari lutut ke bawah. 

TINGGALLAH FUTSAL, BEREHATLAH LUTUT.


Selama hampir 2tahun, hati Fairuz meronta-ronta mahu ke gelanggang futsal namun terpaksa dipendam. Lututnya terasa begitu nyeri, sakit tak terperi jika beliau cuba berlari. Tinggallah futsal, tangis hati Fairuz. 

Fairuz bernasib baik kerana beliau tidak perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan dan bergerak. Selepas 4bulan dari tarikh kemalangan, kaki beliau hampir pulih, namun untuk berlari Fairuz belum mampu berlari setangkas dahulu. Atas saranan Doktor juga, kaki dan lutut Fairuz tidak boleh digunakan dengan terlalu lasak.

ISTERI BANTU CARI PENAWAR LUTUT APABILA LIHAT SUAMI KERAP MURUNG

Isteri Fairuz, Nana memang mementingkan kesihatan secara semulajadi. Dan Nana memang bersungguh-sungguh mahu suaminya pulih walaupun dia tahu risiko akan ditinggalkan setiap malam Khamis akan berulang lagi. Tapi demi kegembiraan suami, Nana tak kisah cuba macam-macam produk untuk pulihkan lutut Fairuz.

Terkini, Nana baru saja sign up keahlian dengan sahabatnya. Asalnya Nana mahu beli Set Kecantikan untuk selesaikan masalah jerawatnya. Dah hampir 8tahun Nana menderita dengan masalah jerawat yang tak mahu surut. Alhamdulillah, setelah hampir 4bulan Nana ambil Set Kecantikan tersebut, masalah jerawatnya hampir selesai. Tinggal nak uruskan parut-parutnya sahaja pula.

Lebihkurang macam inilah kulit Nana sekarang. 

kredit gambar : cikjatt
Fairuz pun dah lega tengok kulit isterinya yang semakin pulih. Sebab itu, bila Nana pujuk-pujuk suaminya makan produk dari keluaran yang sama dengan Set Kecantikan tadi, Fairuz bersetuju. 
Sebab Fairuz memang sudah saksikan keberkesanan produk tersebut pada isterinya. 


SET KESIHATAN SENDI UNTUK FAIRUZ YANG CEDERA




Demi isteri, demi futsal dan demi kesihatan lututnya, Fairuz telan sahaja apa yang Nana hulurkan pada beliau setiap hari.

Nana juga bekalkan beberapa 3biji Omega Guard untuk dimakan selepas waktu makan tengahari. Waktu malam pula Nana suapkan 2biji Joint Health Tablet dan 4biji Ostematrix.

Walaupun Nana dah suruh Fairuz baca setiap satu fungsi vitamin yang diberi, namun Fairuz tak baca. Fairuz yakin dan percayakan usaha isterinya akan memberi kesan positif pada lutut beliau. Insya allah dengan izin Allah.


ALHAMDULILLAH, HERO FUTSAL KEMBALI BERAKSI MACAM JUARA BOLA DUNIA

Alhamdulillah, kini Fairuz dah kembali ke gelanggang. Cumanya kini, setiap kali beliau ke padang futsal, beliau akan ajak Nana turut serta agar Nana tidak kesunyian tinggal di rumah berseorangan.

Fairuz sudah boleh berlari laju, dah boleh menggelecek bola, dah boleh ke sana ke mari macam dahulu. Besar jasa dan usaha isterinya untuk membantu beliau kembali sihat dan keluar dari kemurungan. 

Nana kata dia beli Set Kecantikan dan Set Kesihatan Sendi ini daripada Kedai Triple S.

Jangan biarkan kekesalan menyelubungi anda pada masa akan datang jika anda juga pernah kemalangan sehingga lutut tidak mampu berfungsi dengan baik.

Ada lebih 200 testimoni yang semuanya sangat  berpuashati. Sekarang,mari saya tunjukkan beberapa testimoni yang begitu baik untuk dikongsikan




Kawan Nana memang tidak sekadar bercakap kosong apabila memang dah ada 200 testimoni tak termasuk testimoni Fairuz tadi.

Kalau anda tak tahu kontek info Nana, anda kontek saya aje lah. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424



Tips Hadiah Harijadi Suami, Beri Yang Dia Suka Buat Dia Makin Cinta

Untuk dia, memang saya sanggup buat apa saja tapi masih ikut kemampuan saya. Tapi untuk hadiah harijadi suami, saya takkan buat tanpa bertanya. Saya ada banyak feeling 'fear of rejection', takut apa yang saya bagi, dia tak suka. Memang 99% pasti, takkan ada surprise dari saya bila tiba bab hadiah harijadi suami.

Entry hari ni santai saja. Rehat sekejap dari isu kesihatan :)
So tips hadiah harijadi suami ini, mungkin membantu para isteri yang tengah pening kepala nak bagi apa dekat suami. Seriously, mencari idea nak bagi hadiah untuk orang kesayangan ni boleh buat kita tak tidur malam!

HADIAH HARIJADI SUAMI, IKUT SAHAJA APA YANG DIA SUKA

Ini tips dari saya.
Dah lebih 7 tahun perkahwinan, saya lebih suka bertanya apa yang dia mahu, apa yang dia suka. Supaya apa yang saya beri tu benar-benar digunakan atau dimanfaatkan. Kadang-kadang memang dia mengada-ngada juga mintak yang mahal, tapi saya adjust balik ikut kemampuan saya :P

Pernah saya hadiahkan satu barang sempena anniversary, kononnya nak bagi surprise. Dia sambut sambil senyum tapi tak ada ekspresi teruja pun. Jadi tahulah saya, barang tu tak penting pada dia. Dan memang benar, barang yang saya hadiahkan tu terperap dalam kotak asal selama beberapa bulan tanpa digunakan langsung.

Ok, that's it! Kali pertama dan terakhir surprise dari saya.



HOBI SUAMI JADI PENANDA ARAS NAK BELI HADIAH

Satu masa dahulu suami sangat berminat dengan motor besar. Daripada belikan motor besar, baik saya beli kereta baru untuk diri sendiri (ahaks!). Jadi saya belikan dia jaket motor. Berkaitan dan bersangkut paut, kan?

Pernah juga suami berminat dengan workout dan bodybuilding, jadi saya belikan beliau set weight lifting. Malaslah saya taja yuran keahlian gym, dengan kerjanya yang sibuk tu mungkin dia hanya dapat pergi gym 2kali setahun. Set weight lift ni boleh digunakan dekat rumah saja.

Tahun lepas dan tahun ini, suami saya tengah gila dengan aktiviti marathon pula. Tahun lepas dah belikan kasut running /  jogging, so tahun ini dapatlah jam tangan ini pulak.

Ternyata ada senyuman gembira di wajah beliau setiap kali dapat hadiah on demand ini. Kan senang kerja saya :) Takdeklah saya pulak nak menjeruk rasa bila hadiah 'teka-teka kot-kot dia suka' saya tu tak menepati citarasa dia.

Years counting, saya harap dia akan ada banyak lagi hobi lain yang pelbagai. Dan saya doakan hobi dia tu tak memerlukan modal yang besar-besar sangat lah! Jimat sikit poket ai Hihi.


http://newbalance-watch.com/
JAM UNTUK AHLI SUKAN

Boleh la kot nak kata ahli sukan, sebab suami memang aktif dalam aktiviti futsal sejak dulu walaupun tak mewakili office apatahlagi sukan negara. Kesedaran tentang gaya hidup sihat melalui senaman memang bagus dan perlu saya contohi.

Dia selalu pesan;
'Makan suplemen je, tapi tak bersukan macam sama je kot. Bawak-bawak la buat senaman jugak tau'

Pesan saya pulak;
'Bersukan tu bersukan juga, suplemen jangan lupa makan..'

Sebelum ini, saya pun tak ambil peduli dengan jenis-jenis jam. Rupanya ada jam canggih yang boleh track berapa jarak larian, track berapa step langkah kita seharian, track berapa lama masa larian langkah dan macam-macam fungsi lain. Siap ada device untuk dipakai di dada untuk kiraan degupan jantung. Bagi saya ianya Impressive! Sebab saya baru tahu :P

Dekat gambar jam diatas dah terangkan fungsi-fungsinya sekali. Saya tunggu review daripada tuan punya jam nanti. Nak cerita banyak pun tak boleh, jam tu baru saja beberapa jam dipakai.

hadiah harijadi suami

Nampaknya hanya satu tips sahaja yang saya kongsikan di sini. Tak susahkan?
Hanya perhatikan kesukaan suami masing-masing. Sebagai isteri, seorang yang sangat dekat dan rapat dengan suami, ambil tahu setiap kegemaran dan kesukaan mereka. Mungkin hobi mereka berubah, mungkin juga masih sama. Raikannya.

INFO
Kalau ada yang nak tahu, kat mana kami beli jam ni.


Boleh kunjungi Star Ted, Berjaya Times Square.
FaceBook Star Ted

Kalau nak beli jam, pergi kat kedai Star Ted. Kalau nak beli Set Ahli Sukan  atau produk lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.

Jadi Ahli Shaklee

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424a

Pengalaman Larian Marathon Pertama : I Love Subang Run

Sebenarnya, kali kedua. Kali pertama masa umur 12 tahun dulu. Hehe. Lama dah. So saya reset balik, jadikan larian marathon 7km I Love Subang ni jadi yang pertama semula.


Inspired dengan  aktiviti dan minat suami saya sendiri yang dah berlari dalam macam-macam acara marathon sejak tahun lepas. Terfikir, suami ku semakin sihat dan fit, takkan lah ai nak stay menambah lemak-lemak sedia ada ni jadi bertambah banyak pulak..

Jadi, bila suami offer untuk join marathon 7km ni, saya pun segera bersetuju. Memang adalah buat beberapa sesi latihan joging dekat padang berdekatan rumah. Tapi setakat 2km sahaja, lepas tu stop sebab takde motivasi, tak tau teknik dan bosan lari sorang-sorang.

LARIAN AMAL I LOVE SUBANG

Sebenarnya memang agak terkenal sekarang ni, badan-badan korporat anjurkan acara marathon sebagai salah satu acara untuk membuat charity kepada masyarakat. Ia tidak bermatlamatkan kemenangan dalam bersukan, tapi lebih kepada tujuan amal seperti mengumpul dana untuk pesakit kanser, menyebarkan informasi tentang sesuatu kempen dan sebagainya. Larian hanyalah sebagai salah satu aktiviti sihat untuk masyarakat. Takkanlah asyik nak buat konsert, bagi saya buat larian amal lebih bagus.

Di bawah adalah item-item yang ada dalam goodie bag larian amal kali ini. Banyak juga pihak yang sudi sponsor. Matlamat I Love Subang adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan, keamanan dan kesihatan para penduduk di sekitar Subang Jaya

Menurut jurucakap larian ini, Subang Jaya kini menjadi salah satu kawasan yang mempunyai kadar pembuangan bayi yang tinggi. Mungkin kerana terdapat banyak Universiti dan kolej swasta, golongan remaja ini terlibat dengan kegiatan bersekedudukan sehingga melahirkan anak-anak yang tidak berdosa.  Di bawah program amal ini, mereka memohon agar anak-anak kecil tersebut tidak dibuang tetapi diserahkan kepada mereka untuk dijaga dengan baik.

Bukan lah nak menggalakkan lagi kerja maksiat, tapi sekurang-kurangnya nasib bayi bayi tersebut dapat dibela. Dan pihak penganjur giat berusaha menyebarkan kesedaran, bahayanya gejala maksiat dan seks rambang.


BERGURU SAMBIL BERLARI

Oleh sebab saya ada matlamat nak habiskan larian ni dalam masa yang ditetapkan, maka semestinya lah saya kena berlari dengan kadar yang konsisten. Bagi orang biasa macam saya yang larat lari 2km sahaja pada masa latihan, 7 kilo ni boleh dikatakan agak mencabar juga lah.

Nasib baiklah suami memang nak berlari bersama-sama saya sepanjang event tu. Kalau ikutkan memang dia boleh berlari lebih laju di depan. Suami saya kata, masa latihan saya buat salah target.
Mana boleh target 2km sahaja, tapi buat lah target lari sejauh yang boleh.

Okey, nak bermarathon lagi walaupun hanya 5km, mesti ada target.
Target jangan berhenti pada 2km pertama,.
Target untuk tidak berhenti walaupun dah tercungap-cungap
Target untuk bernafas melalui mulut ketika berlari agar oksigen sampai ke paru paru secara optimum
Target untuk menghilangkan dahaga dengan Performance
Target untuk melonjakkan larian dengan lebih laju ketika turun bukit

P.O.Y.O je kan? Hehe

AIR LIUR PEKAT KETIKA BERLARI PETANDA TUBUH MULA TERHIDRAT

Air Performance yang kami bawa, saya yang habiskan. Baru melepasi 2km, terasa air liur mula memekat. Agak mengganggu bila nak bernafas. Suami hulur air Performance. Dia kata, itu petanda badan dah mula nak terhidrat la tu.

Suami nasihatkan saya, jangan minum air isotonik yang berkarbonat (bergas). Kadar gula yang tinggi tak mampu buat kita rasa hilang dahaga. Gas yang ada juga akan buat kita rasa tak selesa. Ok, konpem lah saya akan pilih Performance.

'FINISHER' DALAM MASA 53 MINIT 23 SAAT

Ini rekod newbies ye. Para otai jangan gelakkan. Hehe.


dan dapatlah medal Finisher ini. Kenang-kenangan untuk kami, buat sesuatu yang salah seorang dari kami suka, tentu jadi salah satu cara mengeratkan hubungan.

I do what you love, sure you will love me even more. Chewah!


Suami akan ada beberapa siri marathon lagi selepas ini. Dan saya pula akan update lagi kisah marathon seterusnya selepas 21 Disember, Cyberjaya FunRun.

Jom baca cerita ini juga!


Kalau nak beli Performance, minuman isotonik yang best ni, klik je!


Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.


---------------------------------------------------------
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook

Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head




Tips Jadi Finisher Marathon 10km Bagi Newbies

Hero saya tengah 'cramp' badannya, balik sahaja dari kerja terus mengadu 'abang rasa nak demam lah'.

Itu lah dia penangan nak pecah rekod peribadi, Finisher Marathon 20km hari Ahad lepas.
Alhamdulillah, memang pecah rekod. Tapi mungkin sebab baru pertama kali 'push harder', masa inilah beliau terpaksa berdepan dengan penangannya. Tadi selepas makan malam, beliau dah ambil Bcomplex dan Ostematrix dan sekarang saya minta dia tidur untuk memastikan tubuhnya mendapat cukup rehat.

Tips Jadi Finisher Marathon 10km
Hanya 'Finisher' akan dapat tshirt ini
Suami saya bermula dengan aktiviti marathon ni tahun lepas (2013). Bermula dengan suka-suka, marathon pertama adalah Larian 10km anjuran Standard Chartered. Dan kini benar benar jadi suka dan jatuh cinta dengan aktiviti marathon. Setiap bulan beliau merancang akan join sekurang-kurangnya 2 marathon di kawasan Lembah Klang ini. Tengok saja jadual saya, yang turut tercabar melihat betapa aktif dan fitnya suami saya sekarang. Jadi saya sahut cabaran beliau untuk turut sama membakar lemak-lemak kesayangan, nyahkan ia dari tubuh ini. Tapi saya akan bermula sebagai newbies, 5km cukuplah kan.


Anda boleh mendaftar untuk join mana mana marathon di website myraceonline.com. Buat satu akaun dan pilih sahaja mana mana aktiviti marathon yang sesuai dengan jadual waktu anda. 
KENAPA MASTER KAMARUDDIN SUKA BERMARATHON

Kerapkali telinga saya ni panas bila beliau 'membebel' tentang kesihatan.

Sayang ni makan je vitamin, tapi kalau tak bersenam macammana nak kurus. Kalau makan vitamin berbotol botol tu, ingat senang ke nak kurus. Cuba lah bersenam sikit.

Bernanah juga lah telinga saya ni. Maklumlah sibuk sangat dengan hal ehwal rumahtangga dan hal ehwal bisnes Shaklee, menyebabkan saya tidak begitu mementingkan senaman walaupun ketika bersekolah dulu saya adalah antara atlet sekolah yang berjaya mewakili daerah. Sepatutnya saya meneruskan aktiviti dan gaya hidup sihat ini walaupun dah berumahtangga. Dan kini setelah anak bongsu saya wean off dari menyusu badan, memang ternyata mudah sangat berat badan ni naik, Bagai di pam-pam! Dan satu perkara paling saya tak selesa ialah double chin yang semakin jelas ketara terutama sekali apabila memakai tudung.

Kembali kepada persoalan kenapa beliau suka bermarathon, sebenarnya beliau nak 'WALK THE TALK'. Selama ini beliau memang bermain futsal secara rutin setiap hari Rabu bersama rakan-rakan pejabat di Shah Alam.

Kita ni jual vitamin, so kita mesti la benar-benar sihat dan apply konsep gaya hidup sihat tu. Ini tak, jual vitamin tapi badan besar macam tak makan vitamin. Tak kena tuu..

APA ITU FINISHER?

Setiap acara marathon akan ada masa minima yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika pelari dapat berlari dan menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan (qualifying time), mereka adalah FINISHER. 

Contoh :

Dan biasanya Finisher akan mendapat medal khas. Dah ada beberapa medal Finsher di rumah. Mungkin satu hari nanti beliau akan pulang dengan hadiah yang lebih besar pula :)





TIPS JADI FINISHER 10KM DALAM MASA 1JAM

Rekod ni, baru-baru ni je beliau buat - di Night Marathon Putrajaya BSN. Sebelum ini rekod beliau dalam 1jam 20 minit. Sebagai newbies dalam marathon, mungkin tips yang beliau kongsikan ini agak berguna.

1. Berlatih dengan beberapa larian/jogging sebelum acara marathon sebenar.
Tujuannya supaya otot dan sendi kita bersedia untuk berlari dengan jarak yang agak jauh dari biasa. 2 minggu sebelum event, pastikan adakan masa berlatih sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan jarak 5km.

2. Tetap Berlari Walaupun Penat
'Jangan berhenti, kalau berhenti nanti susah nak dapatkan momentum balik. Susah nak start berlari balik.'
Jadi beliau nasihatkan agar terus berlari lari anak jika dah mula terasa penat.



3. Ambil Makanan Tambahan 
Atas nasihat isteri kesayangan, banyak juga suplemen yang beliau ambil untuk memastikan tubuh badannya sihat, daripada kaki dan jantung dan termasuklah untuk menjaga stamina.
  •   Joint Health Tablet : Vitamin ini khas untuk memastikan sendi dan otot berada di paras kesihatan yang baik. Ia sangat membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat. Kita tahu, aktiviti larian memerlukan lutut yang kuat untuk menyokong berat badan kita, jadi tulang rawan yang sihat adalah sangat penting supaya pergerakan lutut dan otot kita lancar.
  • CoqHealth : Vitamin ini berfungsi khas untuk memastikan jantung kita bertenaga dan dapat berfungsi dengan baik ; dapat mengepam darah dengan lancar ke seluruh tubuh.
  • Performance Drink : Performance memang sangat dikenali dikalangan ahli sukan. Ia sangat penting untuk mengembalikan kehidratan tubuh setelah banyak peluh keluar. Apabila 'cecair dalam badan semakin berkurang, akan menyebabkan seseorang mudah letih dan penat. Performance boleh dibancuh dan dimasukkan kedalam botol kecil untuk dibawa bersama ketika berlari. Ketika tekak terasa haus, teruslah 'sip' sedikit bancuhan Performance tadi.
  • Lecithin : Antara fungsi Lecithin adalah sebagai pengemulsi lemak. Apabila Lecithin diambil sebelum mula berlari, seseorang akan terasa berpeluh dengan sangat banyak. Tanda lebih banyak lemak ditubuhnya telah di emulsi dan disingkirkan keluar melalui perpeluhan.
  • Cinch Shake Mix : pengambilan protein secukupnya adalah sangat penting sebelum dan selepas setiap kali sesi larian atau 'work out' untuk tujuan pembinaan semula sel,  dan ia juga sangat penting untuk sel darah yang mengangkut oksigen dan nutrisi kepada otot kita

    'Pre work out protein' akan bertindak sebagai 'fuel' (bahan bakar) semasa sedang bersenam. Protein ini akan membantu pembinaan semula otot.
    'Post work ot protein' pula penting untuk perkembangan dan pembinaan semula sel.
4. Gunakan Kasut Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Berlari.
Pastikan kasut anda sesuai kalau tak nak kuku jari kaki anda patah. Bergantung kepada budget masing-masing, sila pastikan anda benar-benar selesa dengan kasut anda.

Saya sangat tertarik dengan satu brand kasut larian ni -> Brooks.
Brooks menyediakan konsultasi personal mengikut jenis kaki individu. Mereka mempunya sejenis mesin yang boleh mengenalpasti jenis tapak dan design kasut yang sesuai dengan kaki. Dari analisa melalui mesin tersebut, konsultan Brooks boleh tahu samada kita pernah accident, selalu sakit kaki dan pelbagai lagi situasi berbeza yang lain. Menarik sangat kan? Jadi memang padanlah sangat harga kasut dengan servis yang mereka berikan.


5. Study Route Larian Anda
Umpama memandu kereta tanpa arah dengan memandu dengan destinasi specific. Tentu sekali memandu kereta tanpa arah akan membuatkan kita terasa jauhnya perjalanan ini. Kalau kita dah tau dimana destinasi akhir, tahu berapa km lagi nak sampai, tentunya akan lebih memotivasikan dan perjalanan akan terasa lebih pendek, kan?

So untuk larian, pastikan anda tahu route anda. Contoh route suami dalam Marathon 20km tempohari : Padang Merbok - Bukit Tunku - Jalan Duta - Taman Sri Hartamas - Hartamas Height - kembali ke Padang Merbok.  Dari route ini mungkin kita dah boleh expect, jalan mendatar, atau jalan mendaki, atau jalan berliku-liku (eh ada ke?).Tujuan utamanya agar kita boleh memotivasikan diri untuk teruskan larian kita dengan laju.

LARIAN DI LUAR TAK MEMBOSANKAN.

Nampak macam banyak juga yang perlu kita tahu apabila nak mula menjebakkan diri dalam aktiviti marathon kan? Buat newbies macam saya, mungkin akan berlari lari anak dahulu, kalau tak larat kita berjalan aje. Hehehe. Tunggu dah agak otai macam suami saya ni, baru lah betul-betul berlari ke garisan penamat. Yang pasti ini adalah salah satu acara menarik dalam usaha kita nak sihat dan fit. Sambil berlari keluarkan peluh, boleh juga menikmati keindahan alam dan juga berkenalan dengan orang lain. Kalau berlari atas threadmill tu bosan juga kan?

Apa lagi, jom la kita amalkan gaya hidup sihat, keep fit dan banu tubuh kita mengelak risiko pelbagai penyakit kritikal. Doakan saya berjaya menjadi Finisher untuk larian pertama saya hujung minggu ini di Love Subang Run.

Oh ye, kalau anda juga dalam golongan yag aktif bersukan tak kiralah marathon ke, main futsal ke, main badminton ke, suka hiking ke, anda juga mungkin memerlukan suplemen dan vitamin yang suami saya amalkan tu. Ia memang sangat membantu tubuh anda fit dan cergas untuk anda terus enjoy melakukan aktiviti yang anda suka tu.  Kalau berminat nak kenal dengan lebih detail tentang suplemen dan vitamin tu, jom lah..anda kontek saya dan saya akan consult anda.

Jangan malu malu hubungi saya melalui kontek info dibawah.

Sekian, terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.

Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424

Vitamin Untuk Ahli Sukan : Performance, ESP, Joint Heatlh, Ostematrix Yang Paling Digemari

Kalau anda seorang ahli sukan atau atlit, atau juga yang sentiasa aktif bersukan secara santai kerana mengamalkan cara hidup sihat, jom teruskan pembacaan tentang vitamin untuk ahli sukan.

Sebenarnya, memang dah terkenal seluruh dunia, ramai atlit yang dah menggunakan produk Shaklee untuk membantu mereka kekal bertenaga dan sihat. Sebagai contoh atlet ini, Eli Bremer.


Boleh lihat dan dengar lebih lanjut tentang video clip ringkas dari Eli Bemmer di SINI . Beliau menyatakan Performance adalah produk yang paling beliau gemari.


Eli Bremer terlibat dengan 5 jenis sukan yang dinamakan Penthatlete, merangkumi sukan lompat pagar, renang, menunggang kuda, larian dan juga menembak. Dengan pelbagai jenis sukan sebegini pastinya memerlukan Eli Bremer cukup 'fit' dan fokus untuk melakukan semua jenis aktiviti.

Jom baca lagi apa kata Eli tentang dirinya, sukannya dan nutrisi Shaklee yang beliau amalkan.

I was first introduced to Shaklee in high school. My mom, who has a Ph.D. in human nutrition, searched the sports nutrition market for the highest quality nutrition product and recommended Shaklee to me. Ever since, I have been using their products and have never been let down by their quality. Shaklee is a leader in nutrition research and they are known industry-wide for the quality of their product line.

Today, I am proud to say that I'm "Powered by Shaklee"! In the sport of Modern Pentathlon, it is important to ensure that my body is in peak condition. With up to five workouts a day, it is products like Physique and Performance that keep me going. They allow me to recover in the short time between workouts and be at my best when the next workout or competition rolls around.

Furthermore, my competition schedule requires me to travel up to three weeks a month, often to places where the food and water do not allow for optimal performance. I have learned that by traveling with my Shaklee products, I am able to get the nutrients my body needs to perform at its best, both at home and abroad.

Finally, at a time when steroid use among high-profile athletes is on the rise, it is more important than ever that I know what I'm putting into my body. That's why I trust Shaklee products — I know that they're made from the purest of ingredients and manufactured in an ideal environment. With Shaklee, I don't have to worry about trace elements of banned substances ending up in my supplements. I know that the products I'm putting into my body are just as pure and clean as I am — and they will help me compete and win fairly.

Dan antara produk Shaklee yang menjadi kegemaran beliau adalah Performance. Beliau menghabiskan setengah gelen (hampir 2 liter) air bancuhan Performance. Kata beliau, Performance sangat membantu menyeimbangkan cairan dalam badan beliau ketika beliau sedang melakukan latihan dan ketika beliau sedang bertanding.

 

Antara produk Shaklee yang disukai oleh beliau. Tapi tidak semua produk dalam senarai di atas ada dipasaran Malaysia. Hanya Performance Orange, Vivix dan set Get Clean sahaja yang ada di sini.

Performance Orange juga sangat bagus diambil jika anda sedang memerlukan fokus ketika berkerja bersukan atau memandu. Review daripada staf Shaklee sendiri, mereka hilang rasa mengantuk dan mampu untuk terus fokus melayan pelanggan apabila mengambil secawan air bancuhan Performance Orange.

Dikala atlet dunia lain terlibat dengan steroid untuk memastikan mereka 'perform' cemerlang, Eli Bremmer memilih Shaklee kerana ianya terbukti bebas dari segala unsur dadah dan hanya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Beliau hanya memilih yang terbaik untuk dirinya. Tahniah Eli!

So, dah baca? Ini sekadar review ringkas yang saya pilih dari puluhan atlit dunia yang mengamalkan produk Shaklee untuk kesihatan dan kecergasan mereka. Insya allah nanti saya buat review atlit lain pulak. Dan pelbagai lagi pilihan vitamin untuk ahli sukan

Ops! Sebelum terlupa, nak bagitahu bahawa atlit kita, Watson Nyambek juga mengamalkan produk Shaklee.



Jom aktif dan sihat dengan produk Shaklee :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head