Tips Jadi Finisher Marathon 10km Bagi Newbies

Hero saya tengah 'cramp' badannya, balik sahaja dari kerja terus mengadu 'abang rasa nak demam lah'.

Itu lah dia penangan nak pecah rekod peribadi, Finisher Marathon 20km hari Ahad lepas.
Alhamdulillah, memang pecah rekod. Tapi mungkin sebab baru pertama kali 'push harder', masa inilah beliau terpaksa berdepan dengan penangannya. Tadi selepas makan malam, beliau dah ambil Bcomplex dan Ostematrix dan sekarang saya minta dia tidur untuk memastikan tubuhnya mendapat cukup rehat.

Tips Jadi Finisher Marathon 10km
Hanya 'Finisher' akan dapat tshirt ini
Suami saya bermula dengan aktiviti marathon ni tahun lepas (2013). Bermula dengan suka-suka, marathon pertama adalah Larian 10km anjuran Standard Chartered. Dan kini benar benar jadi suka dan jatuh cinta dengan aktiviti marathon. Setiap bulan beliau merancang akan join sekurang-kurangnya 2 marathon di kawasan Lembah Klang ini. Tengok saja jadual saya, yang turut tercabar melihat betapa aktif dan fitnya suami saya sekarang. Jadi saya sahut cabaran beliau untuk turut sama membakar lemak-lemak kesayangan, nyahkan ia dari tubuh ini. Tapi saya akan bermula sebagai newbies, 5km cukuplah kan.


Anda boleh mendaftar untuk join mana mana marathon di website myraceonline.com. Buat satu akaun dan pilih sahaja mana mana aktiviti marathon yang sesuai dengan jadual waktu anda. 
KENAPA MASTER KAMARUDDIN SUKA BERMARATHON

Kerapkali telinga saya ni panas bila beliau 'membebel' tentang kesihatan.

Sayang ni makan je vitamin, tapi kalau tak bersenam macammana nak kurus. Kalau makan vitamin berbotol botol tu, ingat senang ke nak kurus. Cuba lah bersenam sikit.

Bernanah juga lah telinga saya ni. Maklumlah sibuk sangat dengan hal ehwal rumahtangga dan hal ehwal bisnes Shaklee, menyebabkan saya tidak begitu mementingkan senaman walaupun ketika bersekolah dulu saya adalah antara atlet sekolah yang berjaya mewakili daerah. Sepatutnya saya meneruskan aktiviti dan gaya hidup sihat ini walaupun dah berumahtangga. Dan kini setelah anak bongsu saya wean off dari menyusu badan, memang ternyata mudah sangat berat badan ni naik, Bagai di pam-pam! Dan satu perkara paling saya tak selesa ialah double chin yang semakin jelas ketara terutama sekali apabila memakai tudung.

Kembali kepada persoalan kenapa beliau suka bermarathon, sebenarnya beliau nak 'WALK THE TALK'. Selama ini beliau memang bermain futsal secara rutin setiap hari Rabu bersama rakan-rakan pejabat di Shah Alam.

Kita ni jual vitamin, so kita mesti la benar-benar sihat dan apply konsep gaya hidup sihat tu. Ini tak, jual vitamin tapi badan besar macam tak makan vitamin. Tak kena tuu..

APA ITU FINISHER?

Setiap acara marathon akan ada masa minima yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika pelari dapat berlari dan menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan (qualifying time), mereka adalah FINISHER. 

Contoh :

Dan biasanya Finisher akan mendapat medal khas. Dah ada beberapa medal Finsher di rumah. Mungkin satu hari nanti beliau akan pulang dengan hadiah yang lebih besar pula :)





TIPS JADI FINISHER 10KM DALAM MASA 1JAM

Rekod ni, baru-baru ni je beliau buat - di Night Marathon Putrajaya BSN. Sebelum ini rekod beliau dalam 1jam 20 minit. Sebagai newbies dalam marathon, mungkin tips yang beliau kongsikan ini agak berguna.

1. Berlatih dengan beberapa larian/jogging sebelum acara marathon sebenar.
Tujuannya supaya otot dan sendi kita bersedia untuk berlari dengan jarak yang agak jauh dari biasa. 2 minggu sebelum event, pastikan adakan masa berlatih sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan jarak 5km.

2. Tetap Berlari Walaupun Penat
'Jangan berhenti, kalau berhenti nanti susah nak dapatkan momentum balik. Susah nak start berlari balik.'
Jadi beliau nasihatkan agar terus berlari lari anak jika dah mula terasa penat.



3. Ambil Makanan Tambahan 
Atas nasihat isteri kesayangan, banyak juga suplemen yang beliau ambil untuk memastikan tubuh badannya sihat, daripada kaki dan jantung dan termasuklah untuk menjaga stamina.
  •   Joint Health Tablet : Vitamin ini khas untuk memastikan sendi dan otot berada di paras kesihatan yang baik. Ia sangat membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat. Kita tahu, aktiviti larian memerlukan lutut yang kuat untuk menyokong berat badan kita, jadi tulang rawan yang sihat adalah sangat penting supaya pergerakan lutut dan otot kita lancar.
  • CoqHealth : Vitamin ini berfungsi khas untuk memastikan jantung kita bertenaga dan dapat berfungsi dengan baik ; dapat mengepam darah dengan lancar ke seluruh tubuh.
  • Performance Drink : Performance memang sangat dikenali dikalangan ahli sukan. Ia sangat penting untuk mengembalikan kehidratan tubuh setelah banyak peluh keluar. Apabila 'cecair dalam badan semakin berkurang, akan menyebabkan seseorang mudah letih dan penat. Performance boleh dibancuh dan dimasukkan kedalam botol kecil untuk dibawa bersama ketika berlari. Ketika tekak terasa haus, teruslah 'sip' sedikit bancuhan Performance tadi.
  • Lecithin : Antara fungsi Lecithin adalah sebagai pengemulsi lemak. Apabila Lecithin diambil sebelum mula berlari, seseorang akan terasa berpeluh dengan sangat banyak. Tanda lebih banyak lemak ditubuhnya telah di emulsi dan disingkirkan keluar melalui perpeluhan.
  • Cinch Shake Mix : pengambilan protein secukupnya adalah sangat penting sebelum dan selepas setiap kali sesi larian atau 'work out' untuk tujuan pembinaan semula sel,  dan ia juga sangat penting untuk sel darah yang mengangkut oksigen dan nutrisi kepada otot kita

    'Pre work out protein' akan bertindak sebagai 'fuel' (bahan bakar) semasa sedang bersenam. Protein ini akan membantu pembinaan semula otot.
    'Post work ot protein' pula penting untuk perkembangan dan pembinaan semula sel.
4. Gunakan Kasut Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Berlari.
Pastikan kasut anda sesuai kalau tak nak kuku jari kaki anda patah. Bergantung kepada budget masing-masing, sila pastikan anda benar-benar selesa dengan kasut anda.

Saya sangat tertarik dengan satu brand kasut larian ni -> Brooks.
Brooks menyediakan konsultasi personal mengikut jenis kaki individu. Mereka mempunya sejenis mesin yang boleh mengenalpasti jenis tapak dan design kasut yang sesuai dengan kaki. Dari analisa melalui mesin tersebut, konsultan Brooks boleh tahu samada kita pernah accident, selalu sakit kaki dan pelbagai lagi situasi berbeza yang lain. Menarik sangat kan? Jadi memang padanlah sangat harga kasut dengan servis yang mereka berikan.


5. Study Route Larian Anda
Umpama memandu kereta tanpa arah dengan memandu dengan destinasi specific. Tentu sekali memandu kereta tanpa arah akan membuatkan kita terasa jauhnya perjalanan ini. Kalau kita dah tau dimana destinasi akhir, tahu berapa km lagi nak sampai, tentunya akan lebih memotivasikan dan perjalanan akan terasa lebih pendek, kan?

So untuk larian, pastikan anda tahu route anda. Contoh route suami dalam Marathon 20km tempohari : Padang Merbok - Bukit Tunku - Jalan Duta - Taman Sri Hartamas - Hartamas Height - kembali ke Padang Merbok.  Dari route ini mungkin kita dah boleh expect, jalan mendatar, atau jalan mendaki, atau jalan berliku-liku (eh ada ke?).Tujuan utamanya agar kita boleh memotivasikan diri untuk teruskan larian kita dengan laju.

LARIAN DI LUAR TAK MEMBOSANKAN.

Nampak macam banyak juga yang perlu kita tahu apabila nak mula menjebakkan diri dalam aktiviti marathon kan? Buat newbies macam saya, mungkin akan berlari lari anak dahulu, kalau tak larat kita berjalan aje. Hehehe. Tunggu dah agak otai macam suami saya ni, baru lah betul-betul berlari ke garisan penamat. Yang pasti ini adalah salah satu acara menarik dalam usaha kita nak sihat dan fit. Sambil berlari keluarkan peluh, boleh juga menikmati keindahan alam dan juga berkenalan dengan orang lain. Kalau berlari atas threadmill tu bosan juga kan?

Apa lagi, jom la kita amalkan gaya hidup sihat, keep fit dan banu tubuh kita mengelak risiko pelbagai penyakit kritikal. Doakan saya berjaya menjadi Finisher untuk larian pertama saya hujung minggu ini di Love Subang Run.

Oh ye, kalau anda juga dalam golongan yag aktif bersukan tak kiralah marathon ke, main futsal ke, main badminton ke, suka hiking ke, anda juga mungkin memerlukan suplemen dan vitamin yang suami saya amalkan tu. Ia memang sangat membantu tubuh anda fit dan cergas untuk anda terus enjoy melakukan aktiviti yang anda suka tu.  Kalau berminat nak kenal dengan lebih detail tentang suplemen dan vitamin tu, jom lah..anda kontek saya dan saya akan consult anda.

Jangan malu malu hubungi saya melalui kontek info dibawah.

Sekian, terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.

Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424