Entry hari ni santai saja. Rehat sekejap dari isu kesihatan :)
So tips hadiah harijadi suami ini, mungkin membantu para isteri yang tengah pening kepala nak bagi apa dekat suami. Seriously, mencari idea nak bagi hadiah untuk orang kesayangan ni boleh buat kita tak tidur malam!
HADIAH HARIJADI SUAMI, IKUT SAHAJA APA YANG DIA SUKA
Ini tips dari saya.
Dah lebih 7 tahun perkahwinan, saya lebih suka bertanya apa yang dia mahu, apa yang dia suka. Supaya apa yang saya beri tu benar-benar digunakan atau dimanfaatkan. Kadang-kadang memang dia mengada-ngada juga mintak yang mahal, tapi saya adjust balik ikut kemampuan saya :P
Pernah saya hadiahkan satu barang sempena anniversary, kononnya nak bagi surprise. Dia sambut sambil senyum tapi tak ada ekspresi teruja pun. Jadi tahulah saya, barang tu tak penting pada dia. Dan memang benar, barang yang saya hadiahkan tu terperap dalam kotak asal selama beberapa bulan tanpa digunakan langsung.
Ok, that's it! Kali pertama dan terakhir surprise dari saya.
HOBI SUAMI JADI PENANDA ARAS NAK BELI HADIAH
Satu masa dahulu suami sangat berminat dengan motor besar. Daripada belikan motor besar, baik saya beli kereta baru untuk diri sendiri (ahaks!). Jadi saya belikan dia jaket motor. Berkaitan dan bersangkut paut, kan?
Pernah juga suami berminat dengan workout dan bodybuilding, jadi saya belikan beliau set weight lifting. Malaslah saya taja yuran keahlian gym, dengan kerjanya yang sibuk tu mungkin dia hanya dapat pergi gym 2kali setahun. Set weight lift ni boleh digunakan dekat rumah saja.
Tahun lepas dan tahun ini, suami saya tengah gila dengan aktiviti marathon pula. Tahun lepas dah belikan kasut running / jogging, so tahun ini dapatlah jam tangan ini pulak.
Ternyata ada senyuman gembira di wajah beliau setiap kali dapat hadiah on demand ini. Kan senang kerja saya :) Takdeklah saya pulak nak menjeruk rasa bila hadiah 'teka-teka kot-kot dia suka' saya tu tak menepati citarasa dia.
Years counting, saya harap dia akan ada banyak lagi hobi lain yang pelbagai. Dan saya doakan hobi dia tu tak memerlukan modal yang besar-besar sangat lah! Jimat sikit poket ai Hihi.
http://newbalance-watch.com/ |
Boleh la kot nak kata ahli sukan, sebab suami memang aktif dalam aktiviti futsal sejak dulu walaupun tak mewakili office apatahlagi sukan negara. Kesedaran tentang gaya hidup sihat melalui senaman memang bagus dan perlu saya contohi.
Dia selalu pesan;
'Makan suplemen je, tapi tak bersukan macam sama je kot. Bawak-bawak la buat senaman jugak tau'
Pesan saya pulak;
'Bersukan tu bersukan juga, suplemen jangan lupa makan..'
Sebelum ini, saya pun tak ambil peduli dengan jenis-jenis jam. Rupanya ada jam canggih yang boleh track berapa jarak larian, track berapa step langkah kita seharian, track berapa lama masa larian langkah dan macam-macam fungsi lain. Siap ada device untuk dipakai di dada untuk kiraan degupan jantung. Bagi saya ianya Impressive! Sebab saya baru tahu :P
Dekat gambar jam diatas dah terangkan fungsi-fungsinya sekali. Saya tunggu review daripada tuan punya jam nanti. Nak cerita banyak pun tak boleh, jam tu baru saja beberapa jam dipakai.
Nampaknya hanya satu tips sahaja yang saya kongsikan di sini. Tak susahkan?
Hanya perhatikan kesukaan suami masing-masing. Sebagai isteri, seorang yang sangat dekat dan rapat dengan suami, ambil tahu setiap kegemaran dan kesukaan mereka. Mungkin hobi mereka berubah, mungkin juga masih sama. Raikannya.
INFO
Kalau ada yang nak tahu, kat mana kami beli jam ni.
Boleh kunjungi Star Ted, Berjaya Times Square.
FaceBook Star Ted
Kalau nak beli jam, pergi kat kedai Star Ted. Kalau nak beli Set Ahli Sukan atau produk lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424a