Bisnes : Millionaire Marketing Mastery, Kelas Dr.Azizan Osman Yang Best Giler

Alhamdulillah, Allah izinkan saya dan suami serta beberapa kenalan Shaklee berkampung selama 3 hari di Shah Alam Convention Centre (SACC) untuk menimba ilmu marketing demi meningkatkan jualan dan meningkatkan keuntungan perniagaan. Nama kelas pun dah gempak, Millionaire Marketing Mastery, apatah lagi program dan pengisiannya.


Saya memang dah dengar tentang Dr Azizan Osman sejak tahun 2005 lagi. Tapi sebagai seorang 'kuli-kutif', hati dan minda saya tak terbuka pun nak tahu pasal seminar-seminar perniagaan yang ada kat luar sana. Fokus dan mindset saya, cukuplah apa yang ada ni. Ada kerja, ada rumah untuk disewa, ada makanan untuk dimakan setiap hari. Memang berbeza cara penerimaan saya semasa masih bekerja dan setelah terjun ke dalam bidang bisnes. Totally different!

Sejak join bisnes Shaklee, memang rajin ( giler rajin) pergi kelas, samada kelas dari group, dari syarikat Shaklee dan kini melangkah 2-3-4-5-6 tapak lebih jauh, masuk seminar perniagaan yang dianjurkan mentor hebat lain diluar.

PENTINGNYA BERMENTOR

Seronok sangat bila dapat menimba ilmu dari pelbagai guru. Mereka ada pelbagai info dan pengalaman yang saya tak ada. Dan misi saya, saya mahu berjaya dengan cara mudah tanpa terlalu banyak kesilapan dan kerugian. So cara terpaling-paling senang ialah bermentor, saya tak mahu mengulang kesilapan yang pernah mereka lakukan sebab ia hanya membazirkan masa dan tenaga saya.

Saya dapati mentor-mentor saya memang berdepan dengan pelbagai cabaran ketika sedang mendaki puncak kejayaan. Ada yang terpaksa berguru dengan sifu / trainer / guru dari luarnegara yang menelan belanja mahal, ada yang terpaksa spend masa berjam-jam merangka strategi nak tengok boleh jalan (jadi) atau tidak. Akhirnya mereka berjumpa dengan formula paling tepat setelah pelbagai 'try and error' versi mereka. Dan dengan formula terpantas inilah mereka ajar kami. Mereka jga berkongsi 'common mistakes', so jangan lah ulang apa yang dah mereka kategorikan sebagai kesilapan.

Jangan buang masa buat kerja sendiri, ego tak mahu bermentor kerana sebenarnya mentorlah yang mampu menjimatkan banyak masa dan duit kita.

'Ikut exactly apa yang guru buat..' 
Ini memang pesanan setiap mentor saya. Master Norita, Master Cery, Master Lyna dan juga Dr Azizan. Puan Celine dan Puan Sarah, pakar nutrisi tu je yang tak bagi pesanan macam tu dekat saya. Hehe



KEPAKARAN SAYA

Dalam kelas tersebut saya ada belajar tentang cara untuk memperkenalkan diri dan bisnes saya. Saya tulis sikit ye apa yang saya belajar :)

'Assalamualaikum..

Saya Lydzar Rusman, Founder kepada group RichFamily dan Managing Director Kedai TripleS yang berpusat di Subang Bestari Shah Alam

Kepakaran saya adalah membantu semua orang diluar sana terutama sekali mereka yang ada masalah kolestrol yang tinggi sampai boleh menjadi penyebab utama kematian dalam senyap. Masalahnya ialah, ramai orang tak take care kesihatan mereka dan suka sangat makan makanan sedap sampai tak tahu sebenarnya makanan itulah yang membunuh mereka. 

Saya mahu membantu golongan ini dengan memberikan khidmat nasihat dan pelbagai tips bagaimana untuk mengurangkan paras kolestrol sehingga mampu membuatkan mereka kelihatan kurus dan langsing macam zaman remaja. Itu bonus tu!

Ini salah satu contoh saja lah. Panjang lagi dialognya ..

Saya pernah masuk seminar Public Speaking kelolaan Tuan Amin Idris pada Disember 2013 dulu, dan inilah format beliau guna ketika perkenalkan diri. Dan bagi saya ianya IMPRESSIVE!

KELAS ILMU MEMANG BERBALOI.

Saya tak boleh lah nak reveal apa yang mentor saya ajarkan dekat dalam blog ni. Tapi secara ringkasnya, minda kami semakin terbuka apabila mendengar perkongsian dari Dr Azizan dan ramai peserta lain tentang perspektif masing-masing dalam membina empayar bisnes.

Pendedahan 245 strategi pemasaran (marketing strategies) yang di ajar dalam kelas MMM ini memang membuka minda kami untuk tidak menghadkan potensi produk kami untuk 'reach' lebih ramai pengguna dan pelanggan. Sebab tu lah untungnya masuk kelas ni, insya allah nanti saya akan kongsikan sedikit intipati strategi kepada semua anak didik RichFamily saya.

( ehem ehem! kalau nak tau rahsia 245 strategi ni, jom sertai kami di RichFamily dan anda juga layak berjaya dengan formula ini)

PUAK KAYA DAN BERJAYA.

Saya sangat gembira sebab berada dalam kelompok orang yang sangat positif di sana. Setiap perkara dalam hidup yang berlaku pada diri setiap orang, sama ada baik atau buruk, mampu dijadikan sebagai salah satu cara untuk bersyukur.

Diberi kesenangan, kita bersyukur. Diberi ujian juga kita bersyukur. Dalam sesi HotSeat, pihak Richwork menampilkan 15 orang jutawan untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka.

Subhanallah, Allahuakbar. Allah memilih orang yang benar-benar tahan diuji demi sebuah kejayaan. Kisah paling terkesan dihati saya, bagaimana seorang wanita yang sangat bersemangat nak buat bisnes. Beliau mulakan bisnes tanpa ilmu. Beli stok jualan untuk dijual sampai kena perli dengan suami tapi bila dipasarkan, tak mampu nak dapatkan keuntungan malah tak balik modal pun.
Diuji lagi bila tiba-tiba beliau diisytihar muflis sebab pernah menjadi penjamin seseorang. 2 kali jatuh terduduk, tapi kini mampu menjana pendapatan beratus ribu sebulan.

Hebat tak hebatnya mereka ni, ada yang mampu membuat jualan RM1.2 juta sebulan! Mereka bukan usahawan oil and gas pun. Impressive sangat kan. Kisah-kisah kejayaan macamni lah buat saya tak senang duduk ditempat sekarang. I want more, I want more!!

Rakan rakan sehati sejiwa kaya berjaya di IMKK dan MMM

NAK JUMPA LAGI DR AZIZAN DI PROGRAM PLATINUM.

Insya allah, saya berjanji dengan diri sendiri untuk mendaftar masuk ke University Of Life yang diperkenalkan oleh Dr Azizan Osman, selain graduate dari Universiti of Shaklee dalam masa 1 tahun dari sekarang.  Doakan saya dan suami yer :)

Founder of RichFamily Group
Oh ye, kalau anda yang baca entry ni berminat nak korek apakah rahsia 245 Marketing Strategies yang saya dah belajar dalam kelas MMM ni, meh sini meh. Join group saya, mulakan bisnes Shaklee dan dapatkan sale berkoyan-koyan melalui strategi ini. Jangan tungguuu lagi sebab in no time saya akan buat kelas bersama anakdidik Shaklee saya dalam group tertutup kami :)


Jadi Ahli Shaklee

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424a