Memperkenalkan Performance Orange Di Acara Walk For Humanity Anjuran Rose2Rose

Memperkenalkan Performance Orang Di Acara Walk For Humanity Anjuran Rose2Rose.


Alhamdulillah, acara yang saya sangka saya tak dapat sertai ini berjaya juga berjalan dengan lancar.
Acara Walk For Humanity ni sepatutnya berlangsung pada 16 Mac 2014, tetapi terpaksa ditunda kerana masalah jerebu yang melanda negara. Semua persiapan dah pon saya lakukan waktu tu (kecuali stok Performance), mula-mula memang agak kecewa bila ia ditunda. Saya dah set team saya yang bakal bertugas pada hari tersebut. Siapa kena bancuh Performance, siapa kena hulur dan pass kepada peserta dan siapa yang akan bertugas memberi konsultasi. Perancangan rapi telah disusun.

Tapi bila difikirkan semula, mungkin ada hikmah disebaliknya. Acara ini akan disertai oleh lebih 2000 peserta yang mungkin merupakan warga emas dan juga ibubapa yang membawa anak-anak mereka. So bahayalah kalau acara tetap berjalan dan ia akan menjejaskan kesihatan golongan ini.

Hari Khamis 3 April, saya menerima SMS dari pihak Rose2Rose. Terus saya bertanya pada team saya, malangnya kebanyakan mereka telah pun mempunyai perancangan dan aktiviti sendiri. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kami sebagai sponsor air tenaga untuk acara ini.


Sedikit insight tentang event ini;


Walk For Humanity is not just a 'walk' that you may have experienced before. It is a WALK that gives you an insight of how we as human should united and fight for the right of Palestinian, Syrian and Rohingyan.


Why Rose2Rose? In many conflicts, Women and Children are the one will be effected most. Hence, this charity drive is mainly focus in building up the capability of the Palestian women and children through giving more spaces of education especially for younger generation. Through Rose2Rose, more than a million RM of contribution was contributed in the past.


Last year, Rose2Rose expands her wings in raising fund for the Syrian and Rohingyans through our charity dinner. We are humble to say that some of the contribution has already been given through Syrian Winter appeal and our recent mission to Syria.


As we can witnessed with our own eyes through various medias, how women & children of Syrian and Rohingyan's were raped, killed and starved for food....If not in the form of monetory and energy, the least we could shelter them with our love and pray.


Hope this fund raised through noble event of Walk For Humanity shall give more light of life to the women & children of Palestian,Syrian and Rohingyan in surviving and fighting for their own right!.


To all the participants, donors and volunteers thanks for giving us the trust to realize this humanitarian mission and to all volunteers, may Allah swt pays you bounty of rewards.


Lets enjoy all moments in our lenses during the Walk For Humanity event held on the 6th April 2014 at Padang Merbok Kuala Lumpur and shows the world our stand in fighting for human right!


Walaubagaimanapun, dengan izin Allah dan usaha dari rakan kami, akhirnya pada jam 6.15 pagi kami bertolak juga menuju ke Padang Merbok membawa hampir 100liter air mineral dan beberapa canister Performance untuk diperkenalkan dan disajikan pada peserta Walk For Humanity.



memperkenalkan Performance kepada orang ramai
RichMommy and family :)

Performance Drinks untuk sebagai memberi tenaga ketika membuat aktiviti luar yang sihat
ASB members

Acara ini disertai oleh 1400 orang. Bermula pada jam 7.40pagi, dimulakan dengan sesi senaman dan stretching. Wajib buat stretching atau pemanasan badan untuk mengelakkan tubuh kejang ketika berjalan / berlari nanti.

Sesi pemanasan badan

Selesai acara pemanasan badan, peserta terus diminta kegaris mula dan mereka terus dilepaskan. Dianggarkan peserta akan mengambil masa selama lebihkurang 40 minit untuk menghabiskan perjalanan sejauh 5km.
Di garisan mula, kelihatan suami dan anak saya di sana
Sebaik sahaja para peserta dilepaskan di garis mula, saya dan En Munzir mula membancuh air Performance. Manakala suami menyertai peserta yang lain berjalan / berlari.


Kami membawa lebih 100liter air mineral dan 4 canister Performance. Risau juga kalau tak cukup. Akhirnya kami buat keputusan untuk membancuh berdasarkan bekalan Performance yang kami bawa. Dah kata agak ad hoc, so dapat bawak banyak tu saja.

En Munzir membantu membancuh dan saya pastikan rasanya ok atau tak :)
Selesai membancuh 20liter pertama air Performance, saya decide untuk meneruskan bancuhan sehingga semua Performance digunakan. Manakala En Munzir membawa air yang siap dibancuh untuk dihidangkan pada orang sekeliling yang tidak menyertai aktiviti berjalan.

Bancuhan 20 liter pertama Performance Orange

Performance memberikan tenaga buat mereka yang aktif
Menyambung tugas membancuh air
Tak sampai 20minit, sudah ramai peserta yang tiba. Saya rasa mereka berlari, bukan berjalan :)


Sebab tu lah cepat sampai. Meja kami memang terletak betul-betul di tempat ketibaan (Finish), jadi kami terus menjemput mereka ambil sorang satu cawan. Sambil para peserta merehatkan diri mereka juga dijamu dengan sedikit hidangan ringan iaitu sandwich dan cupcake.

Anda tak tau apa dia yang kami hidangkan? Tak tahu apa itu Performance Orange? Meh saya cerita sikit.

Performance Orange adalah minuman isotonik tanpa bikarbonat yang selalunya digunakan oleh para atlet dan ahli sukan, atau mereka yang aktif dengan aktiviti luar (outdoor) bagi tujuan mengelakkan rasa terhidrat. Minuman tenaga yang dicipta dengan formula OPTI-LYTE, Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

Jadi, inilah sebabnya kami mahu memperkenalkan minuman tenaga Performance, opsyen kepada minuman tenaga berbikarbonat dan bergula kepada umum.

Jemput minum air Performance dari Shaklee kata En Kamaruddin

Performance air tenaga untuk ahli sukan
Performance Orange membantu mengekalkan kehidratan tubuh bagi mereka yang aktif
Dalam masa hampir satu jam, semua peserta berjaya sampai ke garisan penamat, dan air yang kami hidangkan juga hampir habis. Gambar kat atas ni antara cawan-cawan terakhir yang tinggal. Laku kan :)

Selepas acara berjalan, event diteruskan dengan persembahan dan juga ucapan. Terdapat juga beberapa booth jualan di khemah urusetia, tapi saya tak sempat nak jenguk pun sebab sangat sibuk membancuh air.

Alhamdulillah, selesai juga akhirnya event ini. Walaupun tak dapat menjalankannya bersama anak-anak dari team RichFamily, saya tetap berpuas hati kerana dapat membantu menjayakan salah satu program amal sebegini. Semoga pihak Rose2Rose akan terus teguh dengan perjuangan mereka membantu mangsa seagama kita yang tertindas disana..


Jika anda pun terasa nak cuba Performance Orang, jangan segan silu kontek melalui nombor yang tertera dibawah untuk mendapatkannya ok. Harga (RP) Performance Drink (539gram) : RM82.50 WM/EM

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424



Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head