Ke Arah Tubuh Badan Sihat & Penurunan Berat Badan : Resepi Ikan Siakap Masak Stim

Ke Arah Tubuh Badan Sihat & Penurunan Berat Badan : Resepi Ikan Siakap Masak Stim

Serius saya bagitahu, sejak saya datang kelasHealth & Wellness Talk bertajuk "Kelebihan Phytosterol Untuk Kesihatan Jantung' pada 15 April yang lepas, saya mula tersedar tentang bahayanya gaya pemakanan saya selama ni.

Dalam kelas tersebut ada menyatakan, American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol yang begini;
  1. Individu normal : TIDAK LEBIH 300mg sehari
  2. Pesakit jantung : KURANG dari 200mg sehari..
Dan saya tak nafikan ini antara menu kegemaran saya sebelum ini.

Makanan Malaysia yang memang sedap-sedap belaka
Hanya dengan sepinggan mee goreng dah cukup malah TERLEBIH untuk saranan individu normal macam saya ni. Itu untuk sehari, kalau saya ambil waktu pagi, apa pula yang saya boleh makan utk tengahari dan malam nanti? Atas sebab rasa ngeri dan takut tergolong dalam golongan kolestrol tinggi dan sangat berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar, saya sedaya upaya mengubah cara saya makan.

Antara cara yang disarankan untuk memperbaiki kolesterol dalam tubuh adalah melalui beberapa cara ini.
  • Amalkan pemakanan seimbang bersama makanan yang tinggi serat
  • Ambil makanan yang mengandungi asid lemak Omega3
  • Mengawal berat badan melalui kawalan kalori yang masuk ke tubuh badan
  • Dan mendapatkan nasihat daripada Doktor bertauliah tentang ubat untuk mengurangkan paras kolestrol
Jom tengok video bertajuk Bagaimana Menurukan Kolestrol Dari Dalam Tubuh ini. Luang masa menonton educational info dari Youtube.



Saya bermula dengan langkah pertama iaitu berhati-hati dalam pemilihan makanan saya. Antara langkah yang saya temui adalah mengambilberat apa yang saya masak. Setelah membuat sedikit study, antara menu yang boleh saya amalkan dengan kerap adalah masakan secara stim yang tentunya tanpa menggunakan minyak yang banyak.

Ikan kukus atau stim mempunyai kurang kalori dan kurang lemak daripada ikan yang digoreng. Ikan kukus mepunyai kandungan protein rendah kalori yang amat penting untuk diet.

Jom saya kongsikan  resepi ringkas Ikan Siakap Masak Stim.

Bahan-bahan:

Seekor ikan saiz sederhana
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
Sebatang serai
2 biji tomato
4 biji limau kasturi
1 biji cili merah
2 cawan air
Garam secukup rasa

Semua bahan dihiris nipis
Dan ambil jus daripada perahan limau kasturi

Bahan-bahan


Cara-cara memasak.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Masak sehingga kekuningan dan masukkan secawan air.

Saya menggunakan Periuk Ajaib untuk mengukus (stim) ikan ini.
Letakkan ikan didalam Periuk Ajaib dan tuangkan tumisan bawang tadi kedalam periuk. Masukkan secawan air atau sehingga ikan tenggelam didalam kuah.
Campurkan garam dan air perahan limau
Masukkan cili dan tomato yang telah dipotong

Stim ikan dan terbalikkannya untuk memastikan keseluruhan ikan masak dengan baik.  Apabila ikan nampak macam dah masak, boleh la pindahkan ikan ke pinggan dan tuangkan sahaja kuah dan segala bawang, tomato, cili ke atas ikan tersebut. Simple kan?

Siakap Stim Menu Sihat

Alhamdulillah, saya tengok suami dan anak-anak saya enjoy juga makan resepi seperti ini. Cuma saya hidangkan sekali bersama sambal belacan untuk menambah selera mereka.
Jadi anda pon boleh juga mencuba resepi ringkas saya ni. Mudah dan cepat siap.

Sebelum saya akhiri entry saya ini, saya sangat teruja nak perkenalkan kepada anda produk baru yang bakal dilancarkan oleh pihak Shaklee pada bulan Jun nanti.
Menghalang penyerapan kolestrol
Cerita panjang tentang produk Phytocol ST akan saya ceritakan di entry lain nanti ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424



Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head