Alhamdulillah, Sabtu lepas ( 12 April 2014), saya berpeluang berkelas untuk Business Leader bersama 2 orang lagi Master Coordinator hebat iaitu Master Nana dan juga Master Norhanita. Kami membuka kelas ini untuk semua leader dari organisasi kami dan alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan.
Bertempat di Seksyen 13, kami bermula seawal jam 9.30pagi.
Kelas ini diadakan khas buat leader yang bergelar Supervisor dan keatas. Dengan gelaran Supervisor, mereka telah pun berjaya menyandang gelaran SID 4-Angka kerana purata minima bonus mereka yang bergelar SID adalah lebihkurang RM1950.
Intro kelas Training Leadership:
Dimulakan dengan perkongsian dari Master Nana tentang leadership. Beliau berkongsi bagaimana untuk menyentuh hati anak didik, bagaimana leader sendiri perlu kuat dalam menghadapi cabaran bisnes. strategi membesarkan empayar dan juga tentang Vision Board.
Sedikit tentang Vision Board. Saya sendiri tak pernah tau tentang wujudnya Vision Board sebelum saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee. Mungkin juga kerana saya tidak pernah pergi kemana-mana kem motivasi atau team building ketika bekerja dulu. Tapi alhamdulillah, melalui Shaklee, kami diajar bagaimana mahu membina dan mencapai impian sendiri termasuklah cara membuat Vision Board ini.
Vision Board merupakan 'visualisation tool' yang digunakan untuk membayangkan impian atau kejayaan yang kita impikan dalam hidup. Jika hari ini kita hanya mempunyai sebuah motosikal biasa, tentunya kita berimpian untuk memiliki sebuah kereta pula untuk lebih keselesaan, terutama sekali jika kita sudah berkeluarga. Vision Board bukan sahaja berbentuk fizikal (tampalan pada sekeping kad), tetapi boleh juga dijadikan secara maya iaitu dalam laptop atau komputer anda sendiri.
Anda hanya perlu menampal gambar pada sekeping board, dan board tersebut boleh diletakkan dimana-mana tempat yang paling mudah dilihat. Gambar yang ditampal boleh merupakan gambar rumah idaman, kereta idaman, atau tempat pelancongan idaman. Lebih bagus jika setiap gambar adalah terperinci. Jika mahukan kereta Honda, boleh terus letakkan secara jelas model apa, warna apa, lengkap dengan aksesori dan juga bila anda membayangkan anda akan dapat kereta tersebut.
Kenapa Vision Board?
Tujuan Vision Board adalah untuk mengaktifkan hukum tarikan (law of attraction). Dengan memilih gambar dan tulisan, emosi anda akan terangsang untuk mula berusaha mendapatkan perkara-perkara idaman menjadi nyata ke dalam hidup anda.
Anda boleh lanjutkan bacaan tentang Hukum Tarikan di sini .
Yang saya nak kata, antara yang kami juga menerapkan pelbagai tools dan cara untuk membantu anak didik kami berjaya bersama. Inilah antara yang kami lakukan demi mengejar sebuah kejayaan dalam bisnes Shaklee.
![]() |
Lydzar, Nana, Norhanita |
![]() |
Peserta dari empayar Spectacular, RichFamily dan FJM Family. |
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S) SMS / WHATSAP : 013 3583424 |


Contact me:

