Vitamin Ibu Menyusu : Keperluan Ibu Dulu, Kini Dan Selamanya Untuk Penyusuan Berjaya Dan Badan Yang Cergas

 Vitamin Menyusu : Keperluan Ibu Dulu, Kini Dan Selamanya

Anak saya dah pun lebih 3tahun, dan dah hampir 8bulan saya wean-off kan dia. Tapi dunia dan cerita penyusuan tetap dekat dihati saya, kerana dari penyusuanlah saya berkenalan dengan Shaklee dan orang-orang hebat di dalam bisnes ini. Eh kali ni bukan nak cerita pasal bisnes ye. Tapi kembali kepada perkongsian tentang set penyusuan. Dah lama juga tak cerita pasal set breastfeeding ni. Lebih excited dan leka dengan set kecantikan dan set kurus.

Set Menyusu Shaklee membantu ibu menyusukan anak lebih lama


Semalam, saya terima private message dari seorang rakan sekolah saya. Beliau bertanyakan tentang suplemen untuk menyusu dan suplemen yang boleh memberikan badan beliau rasa bertenaga. "Letih sungguh sekarang ni" katanya.

Sebenarnya beliau baru sahaja melahirkan bayi beberapa minggu lepas. Mungkin masih dalam fasa mengadaptasi dengan rutin sebagai ibu beranak 2. Dan kali ini beliau mahu menyusukan anaknya.
Tentu sekali, proses penyusuan ketika berpantang menyebabkan beliau kurang masa tidur dek melayan permintaan si anak 'breastfeed on demand'. Sungguh besar pengorbanan si ibu sejak dulu kan? Walaupun badan masih belum sihat, tapi demi rasa tanggungjawab kepada anak, ibu akan sanggup untuk bangun memenuhi keperluan si bayi yang mahu menyusu bila bila dia suka.

Tambah lagi satu cerita, sebenarnya rakan saya ni seorang Doktor yang sedang melanjutkan pelajaran. Jadi cuti maternity beliau terpaksa dipendekkan. Kalau biasanya, wanit bekerja akan mendapat 60hari cuti, tapi beliau hanya mendapat cuti hanya sebulan. Tak habis pun tempoh 44hari agaknya.
Beliau sangat risau kalau keletihan dan rasa penat badan akan mempengaruhi prestasi akademiknya. Sebab itulah beliau nak sangat cuba produk Shaklee yang dah heboh dikatakan terbaik untuk masalah penyusuan dan masalah keletihan ini.

Ini adalah cadangan saya bagi ibu menyusu yang mahu kekal sihat dan bertenaga sambil menyusukan anak mereka.


Khas untuk ibu menyusu yang mahu sihat dan cergas


1. Vitalea - mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk zat besi yang penting untuk pembinaan darah. Diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusu agar si ibu cukup darah dan tak mudah pengsan serta membekalkan zat besi untuk pertumbuhan anak.

2. Vitamin C - berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencegah dari sakit serta pertumbuhan kolagen dalam tisu kulit untuk proses penyembuhan yang cepat.

3. B Complex - bertindak sebagai penenang, membantu membakar glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sangat diperlukan oleh mereka yang rendah metabolisme. Menjadikan badan ibu yang menyusu bertenaga dan gembira kerana kestabilan hormon, juga membantu fokus yang lebih baik.

4. Ostematrix (Kalsium Magnesium) - sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi dan darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Setiap 1biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.

5. Energizing Soy Protein (ESP) - mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soy iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Membantu penghasilan susu dengan cepat
bagi ibu yang menyusu.

6. Afalfa Complex : Terkenal sebagai milk booster. Selain itu ia mencuci usus bagi membuang toksik, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, dan melegakan sembelit.


--------------------------------------------------------------------------------
Tetapi untuk mendapatkan badan yang cergas, ada pelbagai faktor luaran yang perlu diambil kira juga. Ianya bukan sekadar tentang makan vitamin.  

Jika anda terlalu penat, pastikan anda wajib ambil sedikit masa untuk berehat. 
Jika anda terlalu mengantuk, pastikan anda wajib menjaga kuantiti tidur anda
Pastikan anda sangat konsisten dengan BComplex, Ostematrix dan juga ESP kerana 3 vitamin ini memang terdapat dalam set vitamin ibu menyusu dan ia sangat membantu dari segi 'boost up' tenaga. 

Alhamdulillah, rakan saya bersetuju untuk mendapatkan set lengkap ini dan sama-sama kita doakan beliau berjaya dalam penyusuannya ditemani set menyusu Shaklee

Jika anda masih tertanya-tanya bagaimana Set Ibu Menyusu ni dapat membantu proses dan perjalanan penyusuan anda, meh sini sembang dgn saya. Hubungi saya di kontek info tertera dekat bawah ye.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424



Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head