UA-56349233-1
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Hamil Tanpa Ubat

Batuk ketika hamil, saya alami sendiri ketika kehamilan ketiga dan kini kehamilan kali keempat.
Kalau sebelum ini saya tidak pasti kenapa saya akan batuk teruk, tapi kini saya sudah maklum akan puncanya.

Selepas 2 minggu saya mengetahui keputusan positif pada UPT kit saya, terus saya diserang batuk-batuk.  Dan kebetulan beberapa orang rakan saya yang juga ibu hamil turut mengalami masalah ini.

Kesian tau kalau dapat batuk masa mengandung ni. Batuk tak kira siang atau malam dan ia menjadi lebih teruk ketika saya sedang tidur. Tidur sangat terganggu, sakit di dada dan saya boleh terfikir mahu pakai pad walaupun tidak 'period' sebab kadangkala batuk batuk berkali kali ni menyebabkan kami terkencing!

Tips pulihkan batuk ketika mengandung
Batuk ketika mengandung memang seksa!

MENGAPA MUDAH DISERANG BATUK ATAU SELSEMA KETIKA MENGANDUNG?

Secara amnya, ibu hamil mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Sistem imun mereka menjadi lemah akibat perubahan hormon ketika mengandung. Ia secara saintifiknya terjadi bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahim.

Menurut Doktor yang saya kunjungi, malah Doktor Zubaidi juga berpendapat, ibu hamil tiada cara untuk melindungi tubuh dari serangan virus batuk dan selsema kecuali dengan satu cara iaitu meningkatkan sistem imun tubuh.

Doktor di Klinik Soraya memang tidak memberikan saya sebarang ubat ketika lawatan terbaru saya minggu lepas. Kata beliau, awak cubalah petua petua tradisi dulu.

Petua tradisional yang saya cuba amalkan ketika kehamilan ketiga dulu setelah bertanya rakan rakan blog, mereka cadangkan petua perahan limau kasturi dicampur sesudu kicap.  Alhamdulillah, masam masin rasanya, berkesan juga untuk saya ketika itu.

Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Ibu Hamil

Apa pula yang saya lakukan kali ini? Teruskan membaca ye!

Saya memang menolak ubat secara total dan lebih sukakan cara alternatif, sama ada cara tradisi dan semestinya jika boleh diusahakan dengan produk Shaklee, dengan segera saya buat tanpa nanti.

Cara Tradisional.

1. Amalkan madu.
Kebetulan di rumah memang ada sebotol madu kepunyaan suami. Madu yang beliau beli beberapa bulan yang lalu adalah madu yang telah dicampurkan dengan biji biji Habbatussauda. 

Saya ambil 1sudu waktu pagi, tengahari dan malam.

khasiat madu untuk batuk

2. Amalkan serbuk kayu manis.
Petua ini saya dapat dari sebuah buku bertajuk Perubatan Cara Nabi. Saya pernah lakukannya untuk anak-anak ketika mereka batuk.

Hanya hujung sudu kecil dicampurkan dengan sesudu madu dan diminum setiap pagi dan malam.

3. Teh kayu manis.
Kadang-kadang saya hanya rendamkan sebatang kayu manis ke dalam air panas, tunggu ia menjadi suam dan saya amalkan seperti minum Cinch Tea. Rasanya tanpa gula agak payau, tapi sebab nak segera sihat, minum sahajalah.

teh kayu manis sebagai penawar batuk
Kalau nak sedap, boleh tambah madu

Cara Shaklee

Sebenarnya, ini adalah cara yang saya paling suka sekali. Sebab memang hampir semua produk Shaklee ada dalam kabinet dapur saya.

1. Vitamin C Plus
Memandangkan sistem imun tubuh ibu hamil agak rendah dan lemah, pengambilan Vitamin C sangat digalakkan untuk tujuan meningkatkan sistem imun. 

Nak makan limau Sunkist atau limau mandarin banyak-banyak, sakit tekak pula. Jadi cara termudah adalah dengan mengambil diantara 2 hingga 4biji Vitamin C setiap hari.

2. Garlic Complex
Jika anda seorang ibu, tentu sekali pernah mendengar tentang petua 'garlic oil' dari rakan-rakan ibu moden yang lain, kan?

Saya pula ambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Memang menakjubkan (tentu sekali dengan izin Allah), saya ambil dalam tempoh masa 3hari dan batuk-batuk saya berkurang dengan drastik sekali.

3. Omega Guard
Saya ambil Omega Guard secara berselang seli sahaja sejak mengandung kali ini. Tapi dek kerana batuk, saya kembali ambil 3 Omega Guard setiap hari. 

Antara manfaat dari minyak ikan terbaik ini adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kahak.

Jadi, ini lah antara remedy dan 'ubat-ubat' tanpa steroid yang saya amalkan sejak minggu lepas.
Jangan lupa tingkatkan pengambilan air masak juga ketika sedang diserang batuk atau selsema.

Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur lena tanpa mengganggu suami dan anak-anak dengan bunyi batuk keras saya di tengah malam lagi.

Pesan saya kepada ibu hamil yang lain, anda tak perlu runsing lagi memikirkan kenapa dah makan ubat batuk berbotol-botol dari klinik tapi tak baik-baik. Kerana Doktor pun memang dah kata macam tu. 

Jadi beralihlah kepada sesuatu yang lebih semulajadi. Dan jika anda ada rakan-rakan atau saudara yang sedang hamil dan juga sedang menderita disebabkan batuk, cepat-cepat bantu mereka selesaikan masalah dengan berkongsi tentang entry saya ini.

Kesian sangat tau, jika berat mata anda memandang, berat lagi yang ditanggung oleh ibu hamil itu.
Nak cepat baik, amalkan sahaja produk Shaklee seperti yang saya amalkan. Perjalanan kehamilan sepatutnya menjadi detik detik gembira bukan detik sengsara kan?

INILAH SHAKLEE EFFECT SAYA!

By the way, saya nak kongsi video ibu hamil juga. Beliau tiada masalah dengan batuk, tapi masalah beliau merunsingkan fikiran Doktor juga.

Masalah HB berjaya diatasi dengan baik melalui Set Kehamilan Shaklee.


Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Cara Hilangkan Kembung Perut Dengan Cepat Supaya Tak Senak Sampai Tak Boleh Bernafas.

Selesai saja update blog entry pasal cara turunkan kolestrol pagi tadi, saya keluar dari SoHo nak sidai kain. Suami yang sedang berehat dalam bilik (beliau tengah MC sebab tengah batuk teruk), pun turut keluar dari dalam bilik dengan muka yang berkerut-kerut.

'Perut abang macam kembung je, tak selesa nak baring' sambil dia duduk di sofa.

Patutlah saya tengok dia gelisah je, Sekejap pusing kanan, sekejap pusing kiri. Last-last keluar dari bilik. Otak saya pun ligat fikir apa nak buat sebagai cara hilangkan kembung tu dengan cepat.

Saya memang faham sangat perasaan orang yang alami masalah kembung perut ni, sebab dah pernah rasa.

Nak kentut tak lepas, nak sendawa pun tak lepas. Angin berlegar-legar je dalam perut. Mungkin akibat makan breakfast agak lewat tadi.


Remedy utama yang melintas dalam kepala saya tentulah mana-mana vitamin Shaklee. Seboleh-bolehnya saya memang malas nak amalkan pengambilan ubat berunsur steroid untuk keluarga saya.

Sememangnya semua jenis vitamin Shaklee ada dalam rumah saya ni. So kena lah gunakan ilmu dan pengetahuan tentang produk yang saya ada.

KAITKAN DENGAN SUMBER SEMULAJADI.

Kalau dulu, mak saya rajin buat teh halia untuk hilangkan angin dalam badan. Resepinya hanya air panas / suam yang dimasukkan potongan halia. (bukan masukkan serbuk teh). Lebih baik tanpa gula, dan terus diminum.


Bawang putih juga selalu dikaitkan untuk membuang angin dalam badan. Tengok sahaja resepi ibu-ibu dalam pantang, memang akan gunakan bawang putih yang banyak.



Oleh kerana saya agak yakin suami takkan suka nak makan (kunyah?) kedua-dua bahan mentah ni, taulah kan orang lelaki ni, so seeloknya saya ambil saja cara mudah iaitu dengan memberikan tablet vitamin kepadanya.

Nasib baiklah sekarang suami saya dah ok nak telan-telan pil ni. Kalau dulu memang susah sikit.

Produk Shaklee yang ada unsur halia adalah Peppermint Ginger Plus.
Produk Shaklee yang ada unsur-unsur bawang putih pula adalah Garlic Complex. 

IANYA BERKESAN!
Lepas bagi 2 biji Peppermint dan 2 biji Garlic Complex, saya minta suami berehat sambil sapukan minyak yu yee (macam baby kan, manja..hehe), saya bagi juga secawan air suam-panas untuk dia legakan sikit perutnya tu.

Saya baru saja nak ke dapur, saya dah dengar suami mula sendawa. Kalau beberapa minit tadi saya tengok dia macam berusaha nak sendawa tapi tak lepas.

Tapi lepas 3 perkara tadi;
- makan 2 biji Peppermint dan 2 biji Garlic Complex
- sapu minyak panas
- minum air suam-panas

terus sahaja dia sendawa dengan mudah. Kalau dah dapat sendawa tu, kira kurang sikitlah sebu dan senak perut yang dia rasakan tadi. Saya percaya sepeninggalan saya ambil anak balik dari sekolah tadi, dia dah buang angin dari perut dia kaw-kaw punya )

Saya jenguk suami sekali lagi, saya tengok dahinya dah tak berkerut lagi menahan senak perut.
Alhamdulillah, suami dah boleh berehat dengan lebih baik.

Lepas ini, saya nak monitor pengambilan vitamin untuk batuk dan Bronchitis nya pulak. Doakan suami saya sembuh segera ye.

Saya nasihatkan anda semua juga menyimpan 2 vitamin Shaklee ni, Peppermint Ginger Plus.
dan Garlic Complex sebagai cara bersedia untuk saat-saat tak terduga macam ni.

Terutama sekali untuk diri sendiri atau suami yang susah sikit nak ambil bahan-bahan tradisi sebagai 'ubat'. Harga 2 botol vitamin ni tak sampai pun RM100. Murah je tapi sangat berkesan nak hilangkan kembung perut dengan cepat dan efektif.

Mesti kita taknak ahli keluarga kita tersiksa melayan angin berpusing-pusing dalam perut dia lama kan. Ambil tindakan pantas, amalkan tips yang saya bagi kat atas tu, konpem anda akan lihat wajah mereka kembali ceria.

Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424



Kelebihan Bawang Putih Untuk Pelbagai Penyakit

Selalu kita lihat bawang putih di pasar kan. Masakan Malaysia biasanya tak akan tertinggal dengan bawang putih. Mengapa ianya dipilih menjadi rencah masakan kita, tentu ada sebabnya. Insya allah saya akan kongsikan sedikit sebanyak khasiat dan kelebihan bawang putih

Garlic Complex Shaklee


1) Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi megelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2) Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah. Ia mengurangkan risiko kanser

3) Antibakteria dan antivirus
Sejenis bahan bernama Allicin yang terkandung didalam bawang putih bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi bawang putih amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya

4) Anti inflamasi
Kajian menunjukkan bawang puth mempunyai bahan anti inflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arthritis pada sendi seperti rheumatoid ataupun osteoarthritis

5) Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang mempunyai hypertioid

6) Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan pada saluran makanan.

7) Meningkatkan sistem imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2-3 biji sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih bagi melawan jangkitan dan tumor

8) Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
Kandungan di-sulphide dalam bawang putih membantu menurunkan tahap kolestrol dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung

Berikut adalah kegunaan bawang putih secara general.

Jika anda mencari suplemen yang berkaitan dengan bawang putih, kami menyediakan Garlic Complex.
Cara penyediaan dan pengambilan yang lebih mudah untuk anda mendapatkan manfaat bawang putih ini.

Manfaat bawang putih


Nak tahu bagaimana nak DETOX tubuh dengan Garlic Complex, baca selanjutnya kt SINI

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.


 Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head