Bacaan untuk orang yang suka sangat makan, tapi sedang mencari-cari cara turunkan kolestrol. Risau juga tengah sedap-sedap makan tiba-tiba kena strok atau serangan jantung padahal anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Bayangkan sepatutnya kita yang uruskan anak, tapi terpaksa serahkan pada orang lain atas alasan kita tak mampu lagi han handle mereka.
Nak buat macam mana, Malaysia memang kaya dengan pelbagai menu makanan sedap. Bermula dari sarapan - minum pagi - lunch - minum petang - makan malam - supper, lengkap dengan pelbagai makanan sedap, tapi AWAS kerana kebanyakan makanan orang Malaysia tinggi kolestrol.
Nak buat macam mana, Malaysia memang kaya dengan pelbagai menu makanan sedap. Bermula dari sarapan - minum pagi - lunch - minum petang - makan malam - supper, lengkap dengan pelbagai makanan sedap, tapi AWAS kerana kebanyakan makanan orang Malaysia tinggi kolestrol.
Contoh paling senang la, setiap kali breakfast mesti nak makan nasik lemak dengan air teh tarik. Setiap hari, selama berpuluh-puluh tahun... hmmmmm
Tengok sahaja bacaan kalori bagi setiap jenis makanan breakfast kita ni |
APAKAH KOLESTROL?
Sebenarnya memang tubuh kita memerlukan sejumlah kecil kolestrol untuk berfungsi dengan baik. Salah satu fungsi kolestrol adalah untuk membantu proses pembentukan sel yang sihat.
Fungsi lain kolestrol:
- membentuk hormon seks
- membentuk hormon korteks adrenal yang digunakan untuk menjana keseimbangan metabolisme dan kandungan garam dalam badan.
- membantu perkembangan otak dan saraf
- membantu penghasilan Vitamin D untuk kesihatan tulang
- sebagai bahan dalam pembentukan asid hempedu yang berfungsi untuk meningkatkan pembuangan lemak dari tubuh.
Tubuh kita hanya memerlukan sedikit sahaja kolestrol. Tapi malangnya, akibat dari tabiat suka makan, makanan berlemak berminyak bergoreng pulak tu, akhirnya tubuh ditimbuni banyak kolestrol yang tidak diperlukan.
Akhirnya kolestrol ini membentuk plak pada arteri (salur darah) dan meningkatkan risiko kita diserang pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti serangan strok, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggan dan diabetes.
Contoh salur darah yang telah di'sempit'kan oleh plak yang dihasilkan oleh kolestrol. |
TESTIMONI TURUNKAN KOLESTROL DALAM MASA SEBULAN.
Nak share sikit, perkongsian Puan Rozita dari Temerloh cara turunkan kolestrol suaminya hanya dalam masa sebulan. Doktor pun dah tak perlu bekalkan ubat kolestrol untuk suami beliau.
So nampak kan bagaimana Puan Rozita dan suami sangat concern akan kesihatan mereka. Takmahu berterusan dengan masalah kolestrol ni. Beliau nasihatkan, suami isteri mesti sentiasa aware dan beware, kena pergi buat checkup paras kolestrol.
Ok jom sambung balik baca bahan ilmiah tentang kolestrol
TANDA & GEJALA INDIVIDU YANG ADA PARAS KOLESTROL TINGGI
Nak share sikit, perkongsian Puan Rozita dari Temerloh cara turunkan kolestrol suaminya hanya dalam masa sebulan. Doktor pun dah tak perlu bekalkan ubat kolestrol untuk suami beliau.
So nampak kan bagaimana Puan Rozita dan suami sangat concern akan kesihatan mereka. Takmahu berterusan dengan masalah kolestrol ni. Beliau nasihatkan, suami isteri mesti sentiasa aware dan beware, kena pergi buat checkup paras kolestrol.
Ok jom sambung balik baca bahan ilmiah tentang kolestrol
TANDA & GEJALA INDIVIDU YANG ADA PARAS KOLESTROL TINGGI
Biasanya orang yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi tidak menunjukkan tanda dan gejala yang obvious. Cuma berkemungkinan mereka akan mengalami;
- Sakit dada (angina) apabila salur darah mulai tersumbat dan aliran darah tidak berjalan dengan baik.
- Rasa sakit pada bahagian pada betis apabila berjalan pada jarak tertentu akibat salur darah semakin sempit.
- Sering berasa sakit kepala dan pening kerana arteri yang sempit tidak mampu mengalirkan darah dan oksigen dengan baik ke otak.
- Strok atau mini strok -berlaku akibat pendarahan pada salur darah
- Bintilan kecil berwarna kuning pada kulit terutama sekali disekitar mata (xanthoma) - berlaku akibat penggumpalan lemak
Contoh bintik-bintik lemak pada mata (xanthoma) |
PENYEBAB KOLESTROL NAIK TINGGI.
1. Pola Pemakanan Tidak Sihat. Berbalik pada bebelan saya dekat atas tu, Makan nak sedap-sedap tanpa mengira terlebih lemak, terlebih goreng. Sup-sup taknak tak sedap katanya. Eh terbebel lagi. :P
2. Merokok. Tanpa disedari rupanya merokok dapat menurunkan kadar HDL (kolestrol baik) secara perlahan-lahan. Dapatkan Cara Berhenti Merokok Efektif Ini.
BAHAYA MEROKOK! |
3. Obesiti. Memang sebahagian besar orang yang ada kolestrol tinggi adalah orang yang obes.
Dalam tubuh orang obes berlaku pengumplan lemak yang menyebabkan meningkatnya kadar trigliserida yang menurunkan kadar HDL (kolestrol baik).
4. Kurang Bersenam. Aktiviti bersenam akan menggalakkan pembakaran lemak LDL (kolestrol tak baik) dan meningkatkankan kadar HDL (kolestrol baik). Jadi kalau kurang bersenam, proses sebaliknya yang akan berlaku. Dah lah kuat makan menambah LDL, tak mahu bersenam untuk bakar LDL maka berkumpullah semua LDL menjadi semakin banyak dan banyak.
5. Usia Dan Gender. Umumnya lelaki berumur 40tahun keatas lebih mudah mendapat paras kolestrol yang tinggi berbanding wanita.
CARA TURUNKAN KOLESTROL
So kalau anda dah cek simptom dan cek jika anda tergolong dalam kategori kolestrol tinggi, inilah dia tips-tips yang anda PERLU lakukan demi nak elakkan diri daripada terkena serangan STROK.
1. ATUR POLA PEMAKANAN ANDA
Cara yang ini memang sepatutnya semua orang tahu. Doktor advise jaga makan. Nurse advise jaga makan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak berlebihan. Banyakkan cara masakan yang menggunakan kurang gula dan garam. Ambil lebih banyak serat makanan. Atau kalau rasa susah sangat, jangan lupa tiru cara Puan Rozita, ambil Phytocol ST.
2. BERHENTI MEROKOK SEKARANG!
Merokok bukan sahaja meningkatkan kolestrol jahat, malah boleh menyebabkan radang paru-paru, dan punca pelbagai kanser. Lebih teruk, ahli keluarga anda yang lain juga akan turut menumpang penyakit akibat rokok anda. Saya ulang balik Cara Berhenti Merokok Efektif Ini.
3. KAWAL BERAT DAN AMALKAN SENAMAN RUTIN
Terutama sekali untuk anda yang tergolong dalam golongan obes. Boleh cuba aktiviti berjalan atau berjoging selama 30minit sehari untuk 3kali seminggu. Kalau nak rasa fun ketika beriadhah, boleh join aktiviti Larian Amal / Fun Run / Marathon yang dianjurkan oleh banyak badan kesihatan sekarang. Tak semestinya jadi pemenang, tapi lebih kepada untuk melatih diri seronok dengan aktiviti senaman. Tapi kalau nak cuba jadi juara, boleh la apply Tip Habiskan Marathon 10km ini.
4. JANGAN CULAS MAKAN UBAT JIKA DIBEKALKAN OLEH DOKTOR.
Kalau dah tahap kena ambil ubat, pastikan anda mengikut arahan Doktor. Jangan culas!
5. AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BOLEH TURUNKAN KOLESTROL
Terdapat beberapa jenis vitamin yang akan saya syorkan, setiap satunya mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal paras kolestrol
Phytocol ST (seperti yang Puan Rozita kongsi dalam video tadi)
Ia berfungsi untuk terus menghalang molekul-molekul kolestrol dari masuk ke dalam salur darah kita. Kolestrol tersebut akan terus disingkarkan keluar melalui pembuangan air besar / kecil. Biasanya orang yang ambil Phytocol ST mendapati najis mereka seperti berminyak, tanpa molekul kolestrol telah disingkirkan.
Omega Guard (Dapatkan segera item promosi bulan ini)
Minyak ikan tulen Omega3 yang dihasilkan melalui sistem penyulingan berperingkat mampu membantu 'mengikis' plakkolestrol yang telah melekat pada salur darah kita. Pengambilan 3biji Omega Guard secara konsisten setiap hari membantu kita bebas daripada risiko serangan jantung dan strok apabila laluan untuk darah dan oksigen telah kembali lebar macam highway.
Lecithin (suplemen berharga RM52 sebotol yang bagus untuk otak juga)
Berfungsi untuk mengemulsi lemak, menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik). Jika ambil Lecithin dengan rutin dalam dos yang betul, anda juga melompat girang sebab anda dapati berat semakin turun dan seluar jeans semakin longgar. BONUS kan?
AKHIR KATA.
Semoga apa yang saya kongsikan dalam entry ini membantu anda untuk memastikan diri bebas dari risiko penyakit berbahaya dan serangan-serangan tak terduga macam strok dan sakit jantung tu.
Orang gemuk memang risau, orang kurus jangan ingat anda selamat sebab kolestrol tak kenal sangat saiz badan. So buat lah health checkup secara berkala, atleast 1kali dalam masa 6bulan.
Bayangkan jika anda adalah ibu atau bapa kepada anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian dari kedua orangtuanya, apa akan terjadi kalau tiba-tiba si ayah kena strok akibat kolestrol tinggi. Tentu sukar, kan?
Kalau nak beli Set Turunkan Kolestrol atau produk lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424