Cara Hilangkan Kembung Perut Dengan Cepat Supaya Tak Senak Sampai Tak Boleh Bernafas.

Selesai saja update blog entry pasal cara turunkan kolestrol pagi tadi, saya keluar dari SoHo nak sidai kain. Suami yang sedang berehat dalam bilik (beliau tengah MC sebab tengah batuk teruk), pun turut keluar dari dalam bilik dengan muka yang berkerut-kerut.

'Perut abang macam kembung je, tak selesa nak baring' sambil dia duduk di sofa.

Patutlah saya tengok dia gelisah je, Sekejap pusing kanan, sekejap pusing kiri. Last-last keluar dari bilik. Otak saya pun ligat fikir apa nak buat sebagai cara hilangkan kembung tu dengan cepat.

Saya memang faham sangat perasaan orang yang alami masalah kembung perut ni, sebab dah pernah rasa.

Nak kentut tak lepas, nak sendawa pun tak lepas. Angin berlegar-legar je dalam perut. Mungkin akibat makan breakfast agak lewat tadi.


Remedy utama yang melintas dalam kepala saya tentulah mana-mana vitamin Shaklee. Seboleh-bolehnya saya memang malas nak amalkan pengambilan ubat berunsur steroid untuk keluarga saya.

Sememangnya semua jenis vitamin Shaklee ada dalam rumah saya ni. So kena lah gunakan ilmu dan pengetahuan tentang produk yang saya ada.

KAITKAN DENGAN SUMBER SEMULAJADI.

Kalau dulu, mak saya rajin buat teh halia untuk hilangkan angin dalam badan. Resepinya hanya air panas / suam yang dimasukkan potongan halia. (bukan masukkan serbuk teh). Lebih baik tanpa gula, dan terus diminum.


Bawang putih juga selalu dikaitkan untuk membuang angin dalam badan. Tengok sahaja resepi ibu-ibu dalam pantang, memang akan gunakan bawang putih yang banyak.



Oleh kerana saya agak yakin suami takkan suka nak makan (kunyah?) kedua-dua bahan mentah ni, taulah kan orang lelaki ni, so seeloknya saya ambil saja cara mudah iaitu dengan memberikan tablet vitamin kepadanya.

Nasib baiklah sekarang suami saya dah ok nak telan-telan pil ni. Kalau dulu memang susah sikit.

Produk Shaklee yang ada unsur halia adalah Peppermint Ginger Plus.
Produk Shaklee yang ada unsur-unsur bawang putih pula adalah Garlic Complex. 

IANYA BERKESAN!
Lepas bagi 2 biji Peppermint dan 2 biji Garlic Complex, saya minta suami berehat sambil sapukan minyak yu yee (macam baby kan, manja..hehe), saya bagi juga secawan air suam-panas untuk dia legakan sikit perutnya tu.

Saya baru saja nak ke dapur, saya dah dengar suami mula sendawa. Kalau beberapa minit tadi saya tengok dia macam berusaha nak sendawa tapi tak lepas.

Tapi lepas 3 perkara tadi;
- makan 2 biji Peppermint dan 2 biji Garlic Complex
- sapu minyak panas
- minum air suam-panas

terus sahaja dia sendawa dengan mudah. Kalau dah dapat sendawa tu, kira kurang sikitlah sebu dan senak perut yang dia rasakan tadi. Saya percaya sepeninggalan saya ambil anak balik dari sekolah tadi, dia dah buang angin dari perut dia kaw-kaw punya )

Saya jenguk suami sekali lagi, saya tengok dahinya dah tak berkerut lagi menahan senak perut.
Alhamdulillah, suami dah boleh berehat dengan lebih baik.

Lepas ini, saya nak monitor pengambilan vitamin untuk batuk dan Bronchitis nya pulak. Doakan suami saya sembuh segera ye.

Saya nasihatkan anda semua juga menyimpan 2 vitamin Shaklee ni, Peppermint Ginger Plus.
dan Garlic Complex sebagai cara bersedia untuk saat-saat tak terduga macam ni.

Terutama sekali untuk diri sendiri atau suami yang susah sikit nak ambil bahan-bahan tradisi sebagai 'ubat'. Harga 2 botol vitamin ni tak sampai pun RM100. Murah je tapi sangat berkesan nak hilangkan kembung perut dengan cepat dan efektif.

Mesti kita taknak ahli keluarga kita tersiksa melayan angin berpusing-pusing dalam perut dia lama kan. Ambil tindakan pantas, amalkan tips yang saya bagi kat atas tu, konpem anda akan lihat wajah mereka kembali ceria.

Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424



2 comments:

  1. Sendawa je tak pe la. Kalo x sekali lg xleh bernafas.��

    ReplyDelete
  2. Leh try herbal blend jugak
    Akak kalau travel especially masa g kursus memang wahib bawak herbal blend ni
    Perut masuk angin, sapu kan aje..
    Lega sangat

    ReplyDelete