UA-56349233-1
Showing posts with label nutrisi lengkap. Show all posts
Showing posts with label nutrisi lengkap. Show all posts

Majlis Konvokesyen Train The Trainer Training Yang Pertama Seumpamamya Di Malaysia

 
Alhamdulillah, pada tarikh 19 Mei 2015 bertempat di Shaklee HQ, jam 8malam majlis dimulakan dengan kata kata aluan dan ucapan tahniah dari Presiden Shaklee Malaysia, En Victor Lim.
 
Program Train The Trainer Training adalah salah satu usaha dan inisiatif dari pihak pengurusan Shaklee untuk melahirkan barisan pelapis pakar nutrisi mereka. Misi program ini adalah untuk melahirkan Certified Product Trainer.
 
Selain daripada beberapa orang Pakar Nutrisi di Shaklee, mereka memikirkan adalah sangat baik jika mereka mempunyai "Junior Nutritionist" juga bagi menampung keperluan pendidikan kesihatan dan produk Shaklee sendiri.
 
Ramai rakyat Malaysia dahagakan informasi yang tepat terutama sekali ketika berdepan dengan "kesimpulan ringkas" dan salah anggap dari pihak tertentu yang mengambil jalan mudah menyalahkan produk Shaklee ketika mereka berdepan masalah kesihatan tertentu.
 
Alhamdulillah, program ini telah dijalankan pada bulan November yang lalu (Sesi 1) dan seterusnya pada bulan Februari (Sesi 2)
 
Dalam sesi TTT yang berlangsung selama 2hari ini, kami diajar tentang beberapa topik utama seperti sistem tubuh manusia, penyakit common berkaitan sistem tubuh tersebut, cadangan produk dan mengapa ia penting, cara membaca jurnal dan ujian klinikal.
 
2 sesi pembentangan secara berkumpulan turut diadakan.
 
Dan tidak ketinggalan, pengetahuan kami diuji dengan 1 ujian bertulis juga 1oral presentation.
Mereka yang lulus exam inilah yang diraikan pada malam graduasi.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua barisan Nutritionist dan barisan pengurusan  Shaklee yang terlibat dalam misi menjadikan kami pengedar berilmu.
 
Menjadi Pengedar berilmu sangat penting di masa kini supaya apa yang kami cadangkan.benar benar menepati keperluan pengguna.
 
Kami tidak.sekadar mengambil untung tetapi kami sangat menitikberatkan informasi berkaitan kesihatan agar.semua pengguna kami terus berusaha untuk mendapatkan "sihat" dengan produk yang betul dan selamat untuk digunakan.

Jom enjoy beberapa keping gambar ketika majlis berjalan semalam. Enjoy!

Bersama Canselor University Shaklee, En Victor Lim

 
Pertama kali diberi peluang berucap ketika Majlis Konvo
Teman seperjuangan dari iReach yang graduate bersama sama

Penyokong dan tulang belakang saya dalam hidup dan bisnes Shaklee



 
Mencari mentor bisnes yang serious mahukan anda Berjaya, yang berpengetahuan dan berpengalaman, jom sertai kami!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 

Buku berkaitan nutrisi

Saja nk kongsikan di sini, buku yang sedang saya baca. Hehe baru je start meluaskan skop bacaan tentang vitamin, nutrisi, makanan dalam bentuk buku. Biasanya rujuk di Internet saja.

Serius, aktiviti membaca buku boleh jadi addictive. Sekarang ni pantang nampak kedai buku, mesti rasa nak masuk dan belek-belek buku dibahagian Health tu.

So ini adalah antara buku yang saya dah habiskan baca. Simple saje isi kandungan dan penerangan. Sangat bagus bagi saya yg tak berapa suka bahasa kompleks :)

ESP membantu meningkatkan berat baby premature

ESP membantu meningkatkan berat baby premature.

ESP adalah supplement yang sangat disyorkan untuk ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya. Keperluan protien sangat penting dan tidak boleh diabaikan. - credit to Hadha

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. - credit to Kak N

Sebab itulah, apabila seorang ibu yang menyusukan mengambil ESP, kesan terhadap penambahan berat badan anaknya lebih baik berbanding jika tidak mengambil ESP.  Kita ikuti testimonial daripada salah seorang customer (adik ipar saya sebenarnya) Zaleza, yang menyusukan anaknya yang pra-matang. 


Asyraf Mukhlis dilahirkan pra-matang pada usia kandungan 31minggu dengan berat 1.2kg. Alhamdulillah kini beratnya telah mencecah 2.9kg. 


Ada rakan Zaleza yang cadangkan supaya Mukhlis diberikan susu formula soy-based utk meningkatkan berat badannya. Tapi si ibu yang begitu aware dengan kebaikan susuibu refuse utk memberikan Mukhlis susu formula dan akhirnya saya mencadangkan supaya Zaleza mencuba ESP pula.

Dalam masa 2minggu ibunya consume ESP, berat Mukhlis naik 700gram. Alhamdulillah.

Manfaat ESP untuk ibu menyusu
Selain manfaat terhadap Mukhlis, ESP juga memberikan lebih tenaga pada badan ibunya yang terpaksa travel jauh berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.


 
Selepas seminggu ibu minum ESP

Selepas 2 minggu ibu minum ESP

Jadi kepada para ibu yang mungkin berhadapan situasi yang sama macam adik ipar saya ni, apa kata anda juga mencuba ESP.
Dont resort to susu formula terlalu cepat selagi belum mencuba ESP ye. Insya allah manfaat bukan sahaja kepada anak, tapi juga kepada ibunya sekali. Berbaloi-baloi!!


-------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)


Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Vitamin pelengkap nutrisi untuk kanak-kanak

Saya tak berapa suka makan jajan. Makan pon bila mmg dh ada depan mata. Tapi saya tak dapat nk elak anak-anak saya daripada sukakan jajan. Yer lah kan, bila ada party pack birthday konpom memang ada jajan kt dalam tu. Bila dh bawak balik, sukarnya saya nk minta anak-anak simpan saje jajan tu. Yang pasti mereka pon dah pandai buka sendiri pek jajan tu.

So bila saya dh tak ada 100% kuasa menghalang anak-anak yang suka makan jajan, gula-gula, ais krim dan sebagainya saya perlu limitkan intake dan gantikan dengan sesuatu.

Jadi, sebagai ibu bapa prihatin, saya memang cuba supaya anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Info credit to VitaminSemulajadi.com
  • Dari lahir sampai usia tiga tahun, perkembangan otak sangat sensitif dan bergantung terhadap gizi bayi dan anak-anak. 75% dari kapasiti otak mereka berkembang selama waktu ini. Kerana itu bayi harus diberi susu ibu, dan ibu hendaklah menjaga diet agar mendapat nutrient yang mencukupi untuk dirinya bagi menjaga tahap penting dalam perkembangan bayi.
  • Setelah usia dua tahun, diet anak harus mengandungi cukup rendah lemak untuk mengelakkan perkembangan penyakit jantung, obesiti, dan masalah kesihatan yang lain di sepanjang pembesaran mereka.
  • Pada usia lima tahun, otak anak telah berkembang sebanyak 90%.
  • Antara usia 11 dan 16, anak-anak mengalami growth sput, selari dengan pertambahan berat badan, pembentukan otot dan kematangan alat reproduksi.
Memandangkan kami suami isteri hari bekerja, maka tugas memberi makan anak-anak jatuh kepada pengasuh termasuk guru taska mereka. Saya memang tidak berapa pasti, adakah mereka diberi gizi pemakanan yang seimbang ditaska termasuk sayur-sayuran. Saya memang pernah bertanya pada anak sulung saya, apa yang dia makan di sekolah. Dia akan jawab, nasi dengan ayam..nasi dengan kicap, nasi dengan telur. So saya dapat buat kesimpulan, di taska mereka diberi makan makanan yang simple sahaja. Begitu juga dirumah, sayur yang saya masak akhirnya saya juga yang habiskannya.

Saya tahu, makan bukan untuk kenyang tapi untuk membekalkan nutrien kepada tubuh. Oleh itu, saya memilih Vitalea for Children supaya mereka dapat melengkapkan nutrien dalam tubuh badan mereka.

vitamin kanak-kanak

Vita-Lea® for Children Chewable

  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Anak-anak saya tiada masalah makan vitamin dalam bentuk tablet ni. Tapi saya belikan juga MealShake utk mereka kerana ada masa mereka tak mau makan Vitalea.

mealshake 

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Anda BAGAIMANA?

Pastikan anda memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan nutrisi ini bukan sahaja untuk tumbesaran tubuh badan mereka, tetapi juga untuk otak yang cerdas.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head