UA-56349233-1
Showing posts with label masker ESP. Show all posts
Showing posts with label masker ESP. Show all posts

Tips Hilangkan Sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee

Panas betul cuaca sekarang kan?

Dengan suhu hampir mencapai 35 - 36 darjah celcius, saya yang hanya keluar untuk menghantar-mengambil anak ke sekolah pun boleh terasa sunburn. Kalau tengok cermin terasa kulit berkilat macam terbakar saja.

patah lagi mereka yang memang terpaksa berkerja secara outdoor. Pancaran cahaya matahari secara langsung tentunya mendatangkan kesan sunburn yang lebih ketara.

Wanita mana yang sukakan sunburn? Kalau lelaki tentulah mereka tak terlalu kisah. Jadi jom ikuti sedikit tips hilangkan sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee.


Poster diatas menunjukkan pelbagai produk Shaklee yang ada di dalam Set Kecantikan Shaklee.

"Adakah saya perlu ambil kesemua produk tersebut untuk menghilangkan sunburn?"
Tentu inilah persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran anda, bukan? :)

Sebelum saya pergi ke tips sebenar hilangkan sunburn dengan set kecantikan Shaklee, izinkan saya berkongsi sedikit informasi tentang produk-produk diatas.

MANFAAT YANG ANDA DAPAT DARI SET KECANTIKAN SHAKLEE
Vitamin E : Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan menjadi ejen perlindungan UV
Vitamin C : Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih cerah dan gebu.
ESP : Sebagai blok asas kepada penghasilan sel badan, justeru ia menbantu memberi kulit yang cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat.
CoqHealth : Membantu peredaran darah yang sihat, ejen perlindungan UV secara semulajadi.
Collagen Powder : Memberikan kelembapan kepada kulit dan rambut, memberikan keanjalan kepada kulit dan mengurangkan pigementasi, jeragat dan warna kulit yang tidak sekata. 
kredit : izzyadlina.com
Taraaa.. inilah dia tips hilangkan sunburn yang saya nak kongsikan pada pagi ini. Dengan penggunaan masker daripada bahan-bahan diatas.

Antara vitamin/produk yang kerap digunakan sebagai masker ialah ESP, Vitamin E, Vitamin C, Collagen Powder dan Vivix pon ada orang gunakan sebagai masker. Saya lah salah seorangnya :)

Ini adalah koleksi amalan rutin harian / mingguan saya demi nak membelai kulit wajah saya.

1) Masker ESP dengan Yogurt.

Ini adalah masker kegemaran saya setiap kali saya berpanas. Driving ke sana sini dalam cuaca yang kering dan panas juga boleh membuat kulit wajah terasa perit dan pedih, dan tentu sekali sunburn. Jadi ESP dengan yogurt adalah favourite saya lakukan dengan kerap.
ESP membantu mencerahkan kembali kesan-kesan sunburn. Amalkan 3kali seminggu pasti anda dapat hasil yang memuaskan
Tips Hilangkan Sunburn dengan Set Kecantikan Shaklee
 .
2) Masker Vitamin E & Vitamin C.

Saya panggil ia masker pink. Apabila kedua dua digaulrata, ia akan menghasilkan warna yang sangat cantik. Selain jadikannya sebagai masker, anda juga boleh jadikannya sebagai krim muka. Ala-ala krim malam.

Ia akan terasa sedikit melekit dan berminyak. Tapi selepas sesi mencuci krim ini, hasilnya terasa kulit sangat lembut.

Gunakan hanya 1biji setiap vitamin dan untuk sapuan sebagai krim, ia boleh digunakan sebanyak 2 atau 3 kali. Jadi campurkan dan letakkan ia didalam bekas yang sesuai ye.

Tips Hilangkan Sunburn

3) Masker PREMIUM : Vivix dan Collagen Powder. 
Rutin saya setiap malam untuk mengambil sesudu Vivix dan 1sachet Collagen Powder. Sesekali saya bertukar selera untuk menu masker saya. Jadi saya asingkan sedikit serbuk Collagen Powder dan campurkan dengan sedikit Vivix yang dicairkan. Terciptalah satu ramuan masker yang memang premium!

Pernah satu hari dulu, sengaja saya memakai masker ini pada malamnya. Dan keesokan harinya saya hadir ke majlis keraian (sory tak ingat majlis apa), ramai pulak yang puji kulit wajah saya :)


Owh yer saya nak share juga review dari Master Nana tentang masker Collagen yang beliau amalkan beberapa hari lepas.


4) Masker Afalfa
Masker Afalfa adalah masker yang saya guna sebagai scrub. Especially bila terlibat dengan aktiviti luar dan apabila terasa kulit muka terlalu berminyak. Dan ianya juga bagus untuk kita gosok-gosokkan ke area hidung yang kerapkali ada white head dan blackhead. Scrub dan membuang sel-sel kulit mati. 

Yang ini hanya lakukan sekali sekala sahaja ok.

Nampaknya entry saya bukan sekadar tips untuk hilangkan sunburn. Terlebih tips sudah.. hehe.
Tak apalah, ia sebagai panduan bagi anda yang mahu memaksimumkan penggunaan vitamin yang anda sendiri amalkan. So kita usahakan cantik dan sihat dari dalaman juga luaran..

Dan inilah kesan-kesan daripada amalan pemakanan vitamin serta rutin masker yang kami suka lakukan. 
Dan jangan lupa minum banyak air putih ye


Kalau anda mahukan kulit yang sihat dan bersih seperti kami, jom amalkan Set Kecantikan Shaklee dan lakukan rutin bermasker bersama-sama. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

 






Nyahkan 'Blackhead' Dengan Scrub ESP dan Afalfa

Inilah dia antara pelbagai fungsi suplemen yang saya simpan dirumah. Selain dimakan, ada beberapa produk Shaklee yang turut dijadikan sebagai bahan utama dalam memelihara kecantikan. DIY aje dengan bahan-bahan yang ada dirumah. 

So kali ini saya buat masker dan scrub menggunakan ESP dan Afalfa pula. 
Biasanya saya gunakan masker daripada ESP dan Vitamin E. Kali ni sebab nak scrub muka, kita tukar kepada Afalfa.

Bahan-bahan:
-2 biji Afalfa
-Sedikit ESP (agak-agak saja)

-Hancurkan Alfalfa
-Cairkan Alfafa hancur dengan sedikit air
-Campurkan sedikit ESP kedalam bancuhan Afalfa tadi dan gaulkan sehingga rata.
-Setelah mendapatkan tekstur Afalfa dan ESP yang agak sekata (tak terlalu pekat, tak terlalu cair), boleh la disapukan keseluruh wajah.
-Setelah 20-30minit, bolehlah gosok-gosokkan pada bahagian wajah yang hendak di'scrub'


Tekstur Afalfa yang agak berbiji-biji setelah dicairkan dengan air mampu membersihkan liang pori yang terbuka. Dan sedikit gosokan dan 'sentalan' pada bahagian yang diserang blackhead ternyata mampu memberikan kesan yang saya mahukan.


Ni dia gambar close up bahagian hidung saya yang selalu ada blackhead. Dah clear kan?

Bagi semua pengguna Shaklee terutamanya ibu menyusu, pastinya anda ada menyimpan ESP dan Afalfa kan? Jadi jom lah kita jaga kecantikan luaran kita menggunakan apa yg kita memang makan. 2 in 1 gitu.

Jangan lupa untuk mencuba ye. Buat 2 kali seminggu dah cukup dah..

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Cantik memikat dengan masker wajah Triple Ingredient : ESP, Afalfa & Vitamin E

Siapa suka pakai masker? 
 
Masker ni memang ada macam-macam resepi yang kita boleh buat. Daripada bahan-bahan semulajadi mcm telur, tomato, timun, dan buah-buahan lain. Biasanya masker jenis ni, kita perlu blend, tapis barulah boleh ditepekkan dekat muka. Bagi saya agak leceh penyediaannya. Sebab tu lah saya suka sangat tepek masker dengan vitamin/produk Shaklee je. All ready, tinggal nak campurkan dengan air sahaja. Masa penyediaan tak mengambil masa yang lama. 2-3 minit, masker ready!
Tujuannya sama, mestilah untuk kelihatan cantik memikat. Kulit licin dan bebas jerawat.


Bila masa nak pakai masker?

Tak ada strict timing bila anda nk pakai masker ni. Pakai je bila-bila masa free. Atau paling mudah, pakai sebelum tidur.

Apa yang penting..(bukan kerjaaaasama hehehe)..apa yang anda tepekkan kt muka tu. Kali ni nak share resepi masker wajah buatan sendiri. Home made masker gitu.


Saya suka pakai masker ESP, sebab ESP memang selalu ada kt rumah. Kalau lebih rajin, saya akan buat resepi-resepi masker lain termasuklah gunakan Vitamin E, Vitamin C atau Collagen Powder.

Dan kt sini, rakan kami kongsikan Masker ESP+Vitamin E+ Afalfa pulak. Jom cuba! 

Tapi jgn risau, kalau takde mana-mana satu vitamin ni, boleh je apply ESP alone..

Wajah segar, kulit cantik dan licinn jer.. nampak kan?


Tiga bahan penting dalam resepi masker kali ni. ESP, AFALFA & VITAMIN E. 

Masker Triple Ingredient

ESP - pencerahan kulit
Alfalfa - buang minyak berlebihan
Vit E - Awet muda + kecutkan jerawat (jika ada) + hilangkan parut (jika ada)

Step 1: 1 sudu ESP + 1bji Alfalfa + 1cap vit E di cucuk letak ke dalam mangkuk
Step 2: picit vit E yang telah dicucuk + bahan td dgn sedikit air
Step 3: kacau semua samarata
Step 4: sapu kat muka, biarkan 20minit
Step 5: cuci & bilas dgn air.. :)
So kalau dah ada 3 bahan ni, jom rajin-rajinkan diri bermasker! Buat 2-3kali seminggu pun dah memadai sebenarnya. 



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Masker protein dengan ESP Shaklee

Salam Jumaat semua!

Hari ni nak share pasal masker. Memang dh glemer, beberapa produk Shaklee yg sesuai dijadikan masker. Tepek tepek kt muka, lepas tu wah wah lawanya tegangnya kulit saya :D.
Antaranya adalah ESP, Vitamin E dan yang terbaru Vitamin C.

Saya nk sentuh pasal masker ESP. Apa yang bestnya dengan masker ESP ni?
Kalau petua tradisional selalu cadangkan putih telur sebagai masker, anda tau tak sebab apa? Meh sini saya cerita. Telur merupakan sumber protin yang murah dan mudah didapati. Dan oleh kerana khasiat protin yang mampu melembapkan kulit dan memperbaharui sel kulit, masker telur menjadi pilihan ramai. Tapi tu dulu sebab mereka tak kenal ESP Shaklee lagi.

Sekarang ni, saya percaya ramai juga penggemar ESP yang dah beralih kepada masker ESP tidak lagi masker telur. Betul tak?

Manfaat Masker PROTIN untuk wajah
  • Menghilangkan kesan jeragat
  • Menghilangkan noda hitam bekas jerawat
  • Mengatasi kulit wajah yang kering karana kekurangan vitamin
  • Mengatasi wajah yang berminyak
  • Melembabkan dan menghaluskan kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mencerahkan wajah
Cara Membuat Masker ESP

Masker ESP+Plain Yogurt
credit picture to : http://www.shaina-shop.com

Gunakan 1 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker.
Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata.
Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.
Biarkan 10-15 minit/ sehingga kering.
Best time: selepas mandi pagi.

Credit to Iffah Anuar

So pada penggemar ESP sekalian, boleh la bereksperimen dengan masker ESP. ESP luar dalam. :)

Selamat mencoba ye!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: PENUAAN KULIT. Adakah anda mempunyai salah satu daripada tanda ini? -Kulit hilang keanjalan -Warna kulit tak... http://t.co/2gC6ayRi Follow @lydzar Reply Retweet   16:29 Oct-10
Latest post: Fakta ESP - Soy Protein Isolate Powder Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP men...
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like