Saya berkongsi kebaikan produk Shaklee secara online melalui blog ini. Saya menjual pelbagai rangkaian set yang sesuai mengikut keperluan anda, seperti Set Breastfeeding, Set Hamil, Set Berpantang. Set untuk pengawalan berat badan juga, sama ada Set Slimming atau Set Naik Berat Badan. Khas untuk wanita, Set Kecantikan Kulit dan Set Feminin. Begitu juga set vitamin untuk kanak-kanak yg sedang membesar.
Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan juga penghantaran percuma (T&C apply)
Sambil sambil panaskan sup ikan merah yang dimasak tengahari tadi, sambil copypaste resepi dari Instagram masuk ke blog pulak.
Next time senang nak rujuk.
Ini pertama kali saya masak sup ikan merah. Kat rumah ni, big boss tak makan ikan jadi memang saya jarang sangat masak ikan, kecuali ikan siakap dan ikan pari. Itu pun bukan selalu.
Resepi macambiasa. Sekarang ni dah tak call mak dah tanya resepi sebab semuanya ada dihujung jari
Ok jom kita terus ke resepi. Simple sangat tapi boleh tahan juga lah rasanya.
SUP IKAN MERAH SIMPLE TAPI SEDAP
Bahan bahan
2keping ikan merah siap dibasuh
2biji bawang putih
2biji bawang merah
1inci halia
1biji tomato
Kayu manis, bunga lawang
Sedikit kada hitam kisar dan lada sulah
Garam secukup rasa
Air
Cara-caranya:
-Tumbukkan bawang putih, merah dah halia
-Tumiskan bahan tumbuk dengan lada hitam, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
-Masukkan air dan biarkan mendidih
-Masukkan ikan ketika air dah mendidih dan biarkan ikan empuk
-Masukkan tomato
-Biarkan seketika sebelum tutup api dan taburkan daun sup dan ready untuk dihidangkan.
#dapurmamalydzar
#berpantang
#menuberpantang
Selamat mencuba bagi yang pertama kali macam saya
Ke Arah Tubuh Badan Sihat & Penurunan Berat Badan : Resepi Ikan Siakap Masak Stim
Serius saya bagitahu, sejak saya datang kelasHealth & Wellness Talk bertajuk "Kelebihan Phytosterol Untuk Kesihatan Jantung' pada 15 April yang lepas, saya mula tersedar tentang bahayanya gaya pemakanan saya selama ni.
Dalam kelas tersebut ada menyatakan, American Heart Association menyarankan pengambilan kolestrol yang begini;
Individu normal : TIDAK LEBIH 300mg sehari
Pesakit jantung : KURANG dari 200mg sehari..
Dan saya tak nafikan ini antara menu kegemaran saya sebelum ini.
Makanan Malaysia yang memang sedap-sedap belaka
Hanya dengan sepinggan mee goreng dah cukup malah TERLEBIH untuk saranan individu normal macam saya ni. Itu untuk sehari, kalau saya ambil waktu pagi, apa pula yang saya boleh makan utk tengahari dan malam nanti? Atas sebab rasa ngeri dan takut tergolong dalam golongan kolestrol tinggi dan sangat berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar, saya sedaya upaya mengubah cara saya makan.
Antara cara yang disarankan untuk memperbaiki kolesterol dalam tubuh adalah melalui beberapa cara ini.
Amalkan pemakanan seimbang bersama makanan yang tinggi serat
Ambil makanan yang mengandungi asid lemak Omega3
Mengawal berat badan melalui kawalan kalori yang masuk ke tubuh badan
Dan mendapatkan nasihat daripada Doktor bertauliah tentang ubat untuk mengurangkan paras kolestrol
Jom tengok video bertajuk Bagaimana Menurukan Kolestrol Dari Dalam Tubuh ini. Luang masa menonton educational info dari Youtube.
Saya bermula dengan langkah pertama iaitu berhati-hati dalam pemilihan makanan saya. Antara langkah yang saya temui adalah mengambilberat apa yang saya masak. Setelah membuat sedikit study, antara menu yang boleh saya amalkan dengan kerap adalah masakan secara stim yang tentunya tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikan kukus atau stim mempunyai kurang kalori dan kurang lemak daripada ikan yang digoreng. Ikan kukus mepunyai kandungan protein rendah kalori yang amat penting untuk diet.
Jom saya kongsikan resepi ringkas Ikan Siakap Masak Stim.
Bahan-bahan:
Seekor ikan saiz sederhana
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
Sebatang serai
2 biji tomato
4 biji limau kasturi
1 biji cili merah
2 cawan air
Garam secukup rasa
Semua bahan dihiris nipis
Dan ambil jus daripada perahan limau kasturi
Bahan-bahan
Cara-cara memasak.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak, dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Masak sehingga kekuningan dan masukkan secawan air.
Saya menggunakan Periuk Ajaib untuk mengukus (stim) ikan ini.
Letakkan ikan didalam Periuk Ajaib dan tuangkan tumisan bawang tadi kedalam periuk. Masukkan secawan air atau sehingga ikan tenggelam didalam kuah.
Campurkan garam dan air perahan limau
Masukkan cili dan tomato yang telah dipotong
Stim ikan dan terbalikkannya untuk memastikan keseluruhan ikan masak dengan baik. Apabila ikan nampak macam dah masak, boleh la pindahkan ikan ke pinggan dan tuangkan sahaja kuah dan segala bawang, tomato, cili ke atas ikan tersebut. Simple kan?
Siakap Stim Menu Sihat
Alhamdulillah, saya tengok suami dan anak-anak saya enjoy juga makan resepi seperti ini. Cuma saya hidangkan sekali bersama sambal belacan untuk menambah selera mereka.
Jadi anda pon boleh juga mencuba resepi ringkas saya ni. Mudah dan cepat siap.
Sebelum saya akhiri entry saya ini, saya sangat teruja nak perkenalkan kepada anda produk baru yang bakal dilancarkan oleh pihak Shaklee pada bulan Jun nanti.
Cerita panjang tentang produk Phytocol ST akan saya ceritakan di entry lain nanti ye.
---------------------------------------------------------------------------------------------- *
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau
pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata
Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang
Bestari, Seksyen U5.