Batuk dan Rawatan

Dah dua hari saya diserang batuk. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Suara pun dh semakin hilang.

Saya bernasib baik kerana dirumah saya sentiasa ada sesuatu yang dapat membantu saya mengurangkan gejala-gejalan dan ketidakselesaan batuk ini. Yang pastinya bukan ubat batuk cap itu ini sebagai pelega. So hari ni entry adalah berkaitan dgn BATUK.



Apa itu batuk?
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Batuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Punca batuk:
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat.

sumber : Wikipedia

Rawatan :


Doktor akan memberi rawatan berdasarkan jenis batuk yang dialami.
Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) bagi batuk yang kering dan bagi yang berkahak akan diberi ubat untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (mucolator - perangsang batuk). 

Lain-lain rawatan:

- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.


- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.

- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.

- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria


Tips pengurusan sendiri Batuk:

- Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.
Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.
Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.

- Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.

- Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.

- Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.


- Elakkan daripada makanan berminyak.

- Banyakkan memakan sayur-sayuran.

- Ambil Vitamin C tambahan.

- Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.

kredit : artikel dari Utusan Online

Bagi saya sendiri, cara saya menangani batuk adalah dengan mengamalkan minum banyak air suam dan makan Vitamin C. Vitamin C membantu mengurangkan keterukan gejala-gejala selesema  dan batuk. Vitamin C mempunyai ciri-ciri yang antihistaminic yang mengurangkan bengkak dan rembesan dan membuat saya berasa lebih baik


Setiap pagi saya akan ambil 2biji Vitamin C dan  2biji waktu malam juga sama sehinggalah  batuk saya semakin berkurang.

Jika anda nak tahu berkaitan rawatan batuk dengan Vitamin C, hubungi saya ye!

Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman
Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787