Artikel credit to : Primedicare
Apakah yang akan berlaku apabila anda makan? Ke manakah haluan makanan kita?
Haluan Makanan
Fungsi utama pencernaan adalah untuk memecahkan makanan dan minuman kepada molekul kecil supaya ia boleh digunakan oleh tubuh untuk menyuburkan sel dan membekalkan tenaga.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencernaan
- Jenis makanan
Karbohidrat (buah-buahan, bijiran) paling cepat dicernakan, diikuti protein (kekacang) dan lemak (mentega, kacang). Campuran makanan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan. - Gabungan makanan yang tidak sesuai
Sestengah orang mungkin menghadapi masalah pencernaan apabila mengambil sesetengah gabungan makanan, seperti pengambilan buah dengan sayur-sayuran. - Cara masakan
Makanan yang digoreng atau berkandungan lemak tinggi memerlukan lebih masa untuk dicernakan. - Minum air sewaktu makan
Air dan jus yang diambil bersama makanan akan mencairkan jus pencernaan dalam perut, lalu melambatkan pencernaan. - Jenis makanan
Sesetengah makanan dan minuman seperti teh, kopi, rempah, perasa makanan, makanan manis, cuka, jeruk dan makanan berlemak melambatkan proses pencernaan. - Suhu makanan
Makanan dan minuman yang terlalu panas (atau sejuk) akan melambatkan atau melemahkan sistem pencernaan. - Aktiviti cergas
Senaman, mandi atau belajar secara intensif sebelum atau selepas makan akan mengalihkan perhatian otak dan melambatkan proses pencernaan. - Makanan berlebihan
Pengambilan makanan yang berlebihan dan terlampau cepat membebankan sistem pencernaan dan menjejaskan fungsinya. - Masa makan yang tidak tetap
Pengambilan makanan ringan antara waktu makan dan tidak mengamalkan masa makan yang tetap akan menggunakan tenaga berlebihan dan menjejaskan selera makan. - Keresahan atau stres
Proses pencernaan akan terganggu apabila makanan diambil semasa teruja, gelisah, mengejarmas atau sedih. - Ketidak-seimbangan flora usus
Keseimbangan bakteria baik yang terdapat secara semulajadi dalam usus untuk membantu pencernaan akan diganggu oleh stres, diet yang kurang sihat atau pengambilan antibiotik.
Makanan Berfungsi (Functional Food)
Baru-baru ini, pakar pemakanan mengesyorkan 'makanan berfungsi' (functional food) istilah yang diberikan kepada makanan yang meningkatkan kesihatan dan mencegahkan penyakit. Ianya terdiri daripada makanan segar atau diproses, yang pentingnya ia mengandungi khasiat melebihi nutrisi asas. Contoh makanan berfungsi termasuk:Untuk kesihatan pencernaan yoghurt, sayuran dan buah berserat tinggi, bijiran, beras perang, madu, bawang merah dan bawang putih | Untuk penglihatan yang baik kale, bayam, telur, jagung |
Untuk jantung sihat teh, koko, coklat, epal, anggur | Sebagai pengantioksidan untuk memerangi radikal bebas lobak merah, ubi keledek, labu kuning |
Untuk tulang yang kuat ikan sardin, bayam, yoghurt, roti diperkaya dengan zat, produk soya | Untuk sistem imun yang sihat ikan, daging merah, bawang putih, hati, telur |
Kesan Pencernaan yang Kurang Sihat
Pemakanan yang paling berkhasiat dalam dunia pun tidak berguna jika sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik. Sistem pencernaan bertugas mengeluarkan khasiat daripada makanan, memecahkannya kepada bahagian kecil yang boleh dihadamkan dan mengkumuhkan sisa yang tidak boleh dicernakan.Tanda paling jelas apabila sistem pencernaan anda sihat ialah apabila anda kerap membuang air besar.
Apabila sistem pencernaan anda bermasalah, anda mungkin menghadapi simptom seperti berikut:
|
|
|
Simptom-simptom ini hanya sebahagian kecil daripada masalah sebenar. Jika dibenarkan untuk berkumpul dan membebankan tubuh.
Dan bagaimana pulak rangkaian produk Shaklee dapat menbantu bagi masalah sistem pencernaan yang tidak sihat? Nantikan entry update seterusnya ye!