Susu Merudum? Apa puncanya?

Susu Merudum : Mimpi ngeri ibu menyusu.

Setuju tak dengan ayat kt atas ni. Susu merudum memang mimpi ngeri semua ibu menyusu yang berniat untuk meneruskan penyusuan anak mereka sehingga 2 tahun. Susu merudum bermakna pengurangan dari segi amaun dan hasil perahan yang dilakukan oleh ibu menyusu. Contoh, kebiasaannya si ibu boleh mendapat sebanyak 10oz susu setiap kali membuat perahan, tetapi tanpa disangka, susu perahan terbarunya hanya 5oz!!

Inilah fenomena SUSU MERUDUM!!


Kenapa susu merudum?

Punca susu merudum boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

 1) Kurang stimulation :

Kurang stimulation atau rangsangan adalah punca utama mengapa susu boleh merudum. Mungkin si ibu tak perasan, anaknya kurang direct feeding apabila bersama. Dan mungkin disebabkan jadual si ibu yg sangat padat di opis sehingga tak sempat nk mengepam.

Konsep paling utama breastfeeding yang perlu dipatuhi adalah DEMAND vs SUPPLY. Stimulation yang kerap umpama demand, dan akhirnya akan menghasilkan supply (susu) yang banyak bila dipatuhi.

Oleh itu, ibu perlu ambil perhatian yg khusus pada DEMAND dan SUPPLY. Buat sesi mengepam yang berjadual walaupun ada sibuk di ofis. Perbanyakkan sesi direct feeding bila bersama anak. Jika anak prefer bermain dan tidur, ibu perlu pam untuk mengosongkan payudaya sekerap mungkin.

2) Ibu stress

Stress juga adalah musuh utama ibu breastfeeding. Bila stress datang, hormon oksitosin (hormon gembira) akan menjadi rendah dan akan menyebabkan hormon prolaktin ( hormon penyusuan)  menjadi rendah dan mengakibatkan SUSU MERUDUM!

Oleh itu ibu menyusu perlu sentiasa merasa tenang dan gembira agar hormon oksitosin dan hormon prolaktin berada diparas yang tinggi.

3) Kurang makan, kurang minum.

Susu yang ibu hasilkan adalah sumber utama makanan bagi bayi bawah 6bulan. Jadi ibu wajib menjaga diet dan pengambilan makanan anda. Jangan terlalu kejarkan 'slimming program' anda untuk kembali langsing selepas melahirkan kerana apa yang anda makan juga yang bayi anda makan. Jika anda tidak mengambil makanan berkhasiat, bagaimana nak salurkan susu yang penuh nutrisi kepada anak?

Peringatan : Walaupun ibu tidak menjaga makan, SUSU IBU masih lagi sumber terbaik untuk bayi, bukan SUSU FORMULA.

 4) Kedatangan Haid

Sebenarnya penyusuan susu ibu sepenuhnya akan melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan ibu daripada mengandung ketika menyusukan. Tetapi haid juga menyumbang pada kemeruduman susu pada beberapa orang ibu. Kandungan kalsium yang semakin berkurang dalam badan ibu ketika haid menyebabkan susu berkurang. Jadi pengambilan bahan makanan atau suplemen kalsium sangat digalakkan ketika ibu sedang period.

Oleh itu para ibu digalakkan untuk aware dgn perkara-perkara diatas. Sila buat checklist, dan tick dimana salah silap anda. Dari situ, anda boleh  kembali muhasabah dan mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan productio susu yang telah merudum.

Saya juga ada beberapa tips untuk membantu para ibu yang mengalami fenomena SUSU MERUDUM. Tentunya dengan mengamalkan Set Breastfeeding.

Anda boleh hubungi saya untuk tips-tips tersebut, dan ianya bakal saya kongsikan dalam entry lain selepas ini.

Stay tune!!!!



  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head