5 Amalan Makanan Selamat (Safe Food Practice)

Musim perayaan dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Mesti anda pon dh dengar terlalu banyak kes sakit perut, kes cirit birit dan keracunan makanan sepanjang musim perayaan ni kan?

Bukan tak boleh nak makan, tp makan dengan cara berpada-pada sebab mungkin juga perut kita terkejut. Puasa sebulan, perut relax je. Masuk bulan Syawal, semua makanan nk disumbat. :D

Jom saya kongsikan tips Amalan Makanan Selamat. Kenapa 'Safe Food Practice'?


Mungkin bila kita makan dirumah orang atau Open House, kita tak dapat nk pastikan 'how' selamat cara penyediaan makanan yg dilakukan, tp bila kita sendiri yang mem'proses' makanan itu sendiri, kita pasti dapat meningkatkan tahap selamat makanan yg bakal diambil.

Jom ikuti 5 Amalan Makanan Selamat : 

1. Gunakan makanan dan air yang selamat. Pastikan sumber makanan dan sumber air yang anda ambil adalah dari sumber yang bersih. Gunakan penapis air atau 'Water Pitcher Shaklee' sebagai cara mudah untuk menapis air minuman anda.

2. Proses mengendalian makanan. Cara pembersihan makanan dengan betul boleh menjadi salah satu cara yang paling penting untuk menghalang patogen bawaan makanan. Cuci tangan sebersih bersihnya sebelum mengendalikan bahan makanan.

3. Asingkan. Pengasingan membantu mencegah pencemaran silang. Berhati-hati untuk mengasingkan makanan mentah (terutamanya daging, ayam, makanan laut dan telur) dari barangan lain apabila membeli-belah dan memasak. Gunakan papan pemotong yang berbeza dan peralatan untuk makanan mentah dan bukan mentah.

4. Memasak. Cara memasak dengan betul membantu mengelakkan pencemaran pada makanan. Pastikan sayur-sayuran tidak terlalu layu supaya khasiat dan vitamin didalamnya tidak termusnah.

5. Sejukkan . Suhu yang sejuk melambatkan pertumbuhan bakteria (bakteria mudah membiak dalam suhu yg panas dan boleh berkembang pesat pada suhu bilik). Boleh segera simpan makanan yang tidak dimakan kedalam peti sejuk untuk mengelakkannya dicemari kuman.


Jadi pastikan cara anda mengendalikan makanan anda betul-betul dipantau ye..Supaya badan sihat, jauh dari penyakit :)

Untuk maklumat lanjut tentang Water Pitcher Shaklee, sila hubungi saya lydzar :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head