Nutrisi Penting untuk Kesihatan Tulang

Terbaca artikel tulisan Jamie McManus, tentang definisi sihat bagi setiap individu. Beliau berpendapat kesihatan tulang adalah yang paling PENTING.Saya juga bersetuju dengan beliau kerana tulang adalah tunggak segala aktiviti dan pergerakan yang manusia lakukan.

Jom saya kongsikan artikel dari website Pusat Maklumat Rakyat tentang kesihatan tulang.
-----------------------------------------------------------------

Kesihatan Tulang

Kesihatan tulang adalah salah satu daripada elemen penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa sokongan dan perlindungan daripada tulang, kita tidak mungkin dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal walaupun aktiviti yang paling mudah. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari.

Tulang Merupakan Tisu Yang Hidup

Tulang merupakan struktur yang kompleks dan dibahagikan kepada dua kategori utama; kortikal dan trabekular. Kortikal atau tulang-tulang padat membentuk lapisan luar tulang dan membentuk sebahagian besar rangka manusia. Trabekular membentuk bahagian dalam tulang dan mempunyai struktur ala jaringan atau seperti struktur sarang lebah. Kedua-dua tulang kortikal dan trabekular ini mengandungi sel-sel hidup yang terkandung di dalam satu matriks organik yang terdiri daripada serat-serat protein.
Bahan mineral seperti kalsium dan fosforus diendap ke dalam matriks tulang. Selain itu, nutrien-nutrien lain juga penting bagi metabolisme tulang yang normal termasuklah vitamin D, vitamin K, magnesium dan zink. Bekalan nutrien-nutrien ini adalah bergantung kepada pengambilan diet harian kita. Oleh sebab tulang merupakan tisu yang hidup, maka khasiat pemakanan yang tepat adalah penting untuk tulang. Seperti hidupan lain, rangka manusia sentiasa diperbaharui dengan sendirinya, melalui kitaran penguraian dan pembentukan yang dikenali sebagai proses pembentukan semula tulang. Keberkesanan proses semula jadi ini adalah bergantung kepada pemakanan yang kita bekalkan kepada tubuh kita. 

Proses Pembentukan Semula
Proses pembentukan semula adalah suatu fungsi biologikal asas yang direka bagi memastikan kemandirian tubuh kita. Pada satu masa tertentu, sel-sel yang terlibat dalam proses pembentukan semula tulang akan menguraikan dan membentuk tulang di berjuta lokasi yang merangkumi keseluruhan rangka dan juga matriks tulang. Sel-sel osteoblast dan osteoclast memainkan peranan utama di dalam proses ini. Sel osteoclast bertanggungjawab menguraikan struktur tulang dan melepaskan komponen tulang ini ke dalam aliran darah. Aktiviti penyerapan ini meninggalkan lekuk cekung halus di dalam tulang dikenali sebagai lekuk penguraian.
Lekuk-lekuk ini kemudiannya akan dilapisi oleh sel osteoblast, yang secara lazimnya membina semula tulang yang telah diuraikan. Sel osteoblast ini pada mulanya akan membentuk lapisan matriks protein dan ia kemudiannya akan menghasilkan bahan-bahan yang akan mengakibatkan pengendapan mineral-mineral tulang ke dalam matriks protein.

Proses Pembentukan Semula Tulang
Proses penguraian dan pembentukan inilah yang menyembuhkan bahagian permukaan tulang yang haus dan rosak serta mengekalkan kekuatan tulang dan pergerakannya setiap hari. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kitaran pembentukan semula tulang ini dipenuhi dengan khasiat pemakanan yang optimum. Ini adalah satu langkah yang penting bagi memastikan bahawa seseorang itu berupaya menikmati kesihatan tulang yang baik dan gaya hidup yang aktif. Tanpa nutrien, vitamin dan mineral yang tepat sebagai blok-blok binaan, proses pembentukan semula ini akan terganggu dan mengakibatkan tulang-tulang menjadi lemah dan rapuh. Tiada siapa yang terkecuali daripada risiko tulang yang tidak sihat. Oleh itu, tulang kita perlu dijaga dengan baik sejak zaman kanak-kanak dan remaja.

Membekalkan Pemakanan Untuk Tulang Anda
Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.
Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.

Kalsium
Kalsium adalah salah satu mineral utama dalam pembentukan tulang yang diperlukan oleh tubuh dan kepentingan mineral ini merupakan asas yang telah lama bertapak dalam sains pemakanan untuk tulang. Penyelidikan telah membuktikan hubungan di antara pengambilan kalsium yang mencukupi dengan puncak jisim tulang yang optimum di awal kehidupan dan pencegahan kehilangan jisim tulang ketika usia tua.

Vitamin D
Vitamin D meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium, oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tahap kalsium yang optimum di dalam darah. Pengetahuan saintifik menyatakan bahawa kekurangan vitamin D adalah berkaitan dengan ketumpatan tulang yang rendah dan risiko keretakan tulang yang tinggi, terutamanya pada golongan tua.

Vitamin K
Vitamin ini telah lama dikenali melalui peranannya dalam proses pembekuan dan penggumpalan darah. Bagaimanapun, kebelakangan ini semakin banyak bukti menunjukkan bahawa vitamin K memainkan peranan dalam mengoptimumkan kesihatan tulang. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin K amat penting dalam salah satu proses utama dalam pembentukan tulang iaitu proses pengkarboksilan osteocalcin, protein yang ditemui dengan banyaknya di dalam tulang. 
Vitamin K berfungsi dengan meningkatkan jumlah osteocalcin yang aktif, yang dapat meningkatkan daya tarikannya terhadap kalsium. Ini akan mengekalkan dan mengikat nutrien-nutrien di dalam tulang. Kajian populasi telah melaporkan bahawa terdapat hubungan antara tahap pengambilan vitamin K yang rendah, dengan pengurangan ketumpatan jisim tulang dan peningkatan risiko keretakan tulang. Penemuan ini dikenal pasti pada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita yang merangkumi pelbagai peringkat umur.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda bertanya saya, produk Shaklee yang mana yg sesuai untuk tujuan kesihatan tulang, jawapan saya tentunya OSTEMATRIX. 
Ostematrix adalah sumber kalsium terbaik yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang penting utk kadar penyerapan optimum. Semua golongan dewasa sesuai untuk mengambil OStematrix sebagai bekalan kalsium harian mereka


Baca info produk di sini : FAKTA OSTEMATRIX 
Baca perbezaan produk kalsium Shaklee dgn produk lain : BEZA OSTEMATRIX dgn KALSIUM LAIN

Hubungi saya untuk info lanjut tentang Ostematrix dan juga pesanan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head