Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur
Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian
tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan
semulajadi.
Apakah itu Resveratrol?
Resveratrol
adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan,
buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah
mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak
sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan
virus dan bakteria.
Kesan-kesan Utama Resveratrol
- Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
- Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
- Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
- Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
- Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
- Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
- Membina daya ketahanan terhadap kanser -
- Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
- Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
- Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
- Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
- Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
- Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
- Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah