Saya nak membebel sket tentang topik ni. ILMU PENYUSUAN.
Penyusuan susu badan, ramai yang anggap nk menyusu ni mudah. Semudah selak dan sua. Memang nampak mudah kalau dua-dua pihak iaitu ibu dan bayi saling bekerjasama dengan baik dalam proses ini. Alhamdulillah kalau anda berada dalam situasi ini.
Tapi bagaimana pula kalau tiba-tiba bila anda suakan susu anda kepada bayi, dia menyusu tetapi tetap menangis dan masih kelihatan lapar? Adakah ini normal? Dan bagaimana kalau tiba-tiba niple anda terluka? Adakah ini normal pada semua ibu yang menyusukan?
Sebab itu lah saya kata GALILAH SEDALAM DALAMNYA SEBELUM KELAHIRAN.
Agar anda dapat bersedia dengan segala kemungkinan sepanjang proses penyusuan susu ibu untuk bayi kesayangan anda.
Sangat kerap saya lihat, bila ada sebarang masalah, ibu mudah panik dan akhirnya surrender kepada susu formula.
Alasan ibu, "bayi saya terlalu cranky dan nampak tak kenyang bila saya breastfeed dia"
Alasan ibu, "niple saya sakit la bila dh luka macam ni..macam mana saya nk susukan dia...nak pam lagi lah tak boleh..sakit!"
Sebab utama adalah kerana kurangnya ILMU PENYUSUAN.
Tahukah ibu, bayi anda cranky atas beberapa sebab, mungkin lampinnya sudah basah, mungkin dia terlalu sejuk atau panas, mungkin dia gelisah apabila berada jauh dari pelukan dan dakapan ibu. Lapar bukanlah sebab utama utk bayi anda cranky.
Jika ibu dh check semua dan semua OK tetapi bayi masih menangis..dakaplah dia dan cuba susukan dia.
Masih cranky? Mungkin lekapannya tidak betul dan dia tidak dapat menyusu dengan baik. Lekapan yang tidak betul membuatkan breast ibu sakit dan akhirnya luka.
Semua masalah ada penyelesaiannya. Tapi jika ibu tidak mahu mencari ilmu dan caranya, azam penyusuan anda pasti cepat terpadam.
Kalau anda nk tanya saya tentang penyusuan, saya dgn senang hati suka nk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Just emelkan pertanyaan anda kepada lydzar@gmail.com
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head
Latest tweet: Hot Stuff GLA Complex! GLA COmplex adalah antara suplemen yang kerap saya cadangkan pada mereka yang bertanya... http://t.co/y4csB24l Follow @lydzar Reply Retweet 10:19 Sep-05 |
| ||
|