UA-56349233-1
Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts

Promosi Januari 14 :Pelbagai Khasiat Afalfa Complex Si Raja Herba

Selamat tinggal 2013, dan Selamat Datang 2014.

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk bertemu dan membaca entry yang saya tulis pada hari ini. :)

Baiklah, hari ni saya nak announce kan promosi bulanan dari Shaklee.
Taraaaa.. promosi Afalfa pulak. So Afalfa ni mempunyai 2 saiz. Small 330 biji dan Large 700biji.
Dan buat para penggemar Afalfa, its time for u to "mandi..makan..minum..tidur ALFAFLA"!


Alfalfa sebagai ejen detox

Buat yang masih tertanya-tanya, apakah manfaat dan kelebihan Afalfa ni, mari kita lihat poster dibawah;

Alfalfa untuk masalah set penghadaman

Antara manfaat utamanya adalah sebagai ejen detox. Sebab itulah, apabila anda mencarik suplemen untuk diet, kami akan mencadangkan anda ambil Alfalfa juga selain Herblax untuk tujuan menyahtoksin tubuh badan. Apabila tubuh sudah 'bersih', serapan vitamin lain adalah lebih optimum.

Dan bukan itu sahaja, Alfalfa telah lama dikenali dan digunapakai sebagai penggalak susu (milk booster) bagi kebanyakan ibu menyusu. Pastikan anda ambil dengan cara yang betul, kalau nak betul-betul banyak susu dengan Alfalfa.

Ada lagi tentang Alfalfa. Ia juga antara 'remedy' yang cukup glamor bagi wanita yang mempunyai masalah keputihan. Mereka tak perlukan jamu atau ubat doktor untuk mengatasi masalah paling tidak digemari ini. Konsisten dengan Alfalfa, pasti 'panties' anda bersih. :)

Jom baca sedikit testimoni, tapi bukan berkaitan dengan detox. Ini juga adalah antara kelebihan Alfalfa.
Bagi yang dah berumahtangga, Alfalfa is awesome! Apa salahnya amalkan Alfalfa demi kebahagiaan rumah tangga.kan?

Testimoni Alfalfa untuk keintiman suami isteri

Serius, jangan hanya dengar tentang Alfalfa dari orang lain. Tapi rasakanlah kelebihannya pada tubuh sendiri.
So jangan lepaskan peluang mendapatkan satu set Alfalfa sempena promosi Januari ni ye.


Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara.


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Penyusuan Susu Ibu : Satu-satunya makanan yang boleh disediakan ketika anda sedang tidur.


Excited sangat bila nampak poster ini yang disharekan oleh FB Susuibu.com Penang. Dengan pantas saya juga share kan ia di wall Fanpage Kedai TripleS. :)

Setuju tak dengan tajuk entry ini? Saya memang sangat setuju!

Breastfeeding sangat memudahkan sesi penyusuan malam. Tanpa perlu si ibu bangun dan ke dapur untuk membancuh susu formula. Tanpa perlu memangku bayi dan menunggunya habis menyusu. Ibu pasti tersengguk-sengguk mengantuk di tengah-tengah malam begitu kan? Tapi tidak dengan breastfeeding. Hanya dengan menggunakan baju yang sesuai, ibu suakan sahaja payudaranya untuk anak menyusu. Sambil menyusu ibu boleh baring malah tertidur bersama dengan bayi.

Teringat saya pengalaman ketika anak pertama dulu. Hannah tidak menyusu dengan susu ibu sepenuhnya. Waktu dia sudah pun dicampur dengan susu formula. Bayangkan setiap kali dia menangis mahu menyusu, saya perlu bangun dan turun ke dapur. Untuk memudahkan cara, saya bawa bakul susu dengan termos air panas untuk diletakkan dalam bilik. Dan saya perlu tunggu dia selesai menyusu sebab takut dia tersedak, barulah saya boleh kembali tidur.

Pernah satu ketika, dia tak mahu habiskan susu dan saya hanya letakkan botol susu di tepi katil. Tiba-tiba dia terjaga buat kali kedua dan menangis. Saya yang dalam keadaan mamai, terus capai botol tadi dan beri dia minum susu tersebut. Tak selamat kan?
Tanpa memeriksa pukul berapa dia bangun kali kedua tu, dan saya bagi dia minum susu yang telah lama dibancuh!! Keesokan pagi memang rasa bersalah sangat. Nasib baiklah dia tak ada rasa sakit perut atau cirit birit.

Sejak itu, saya memang nekad untuk tidak mengulangi kesilapan saya. Maka untuk anak kedua dan ketiga, memang tidak berlaku lagi senario tersebut. Malah ketika anak kedua lahir, saya berjaya membuat tandem nursing Hannah dengan adiknya.
Sangat mudah. Bergilir-gilir mereka menyusu malam. Waktu tu, saya memang umpama 'kilang' yang tak berhenti bekerja walaupun diwaktu malam. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Alhamdulillah, kuasa Allah. Memang air susu tetap terhasil walaupun anak menyusu kerap sangat.

Memori bertandem nursing, Hannah & Hadif
So ibu-ibu, kalau anda nak permudahkan cara hidup anda, senang sahaja..
BREASTFEED UR BABIES!

------------------------------------------------------------------------  
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.




  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Rahsia Banyakkan Susu Ibu.

Anda mahu punya banyak susu seperti mereka?

Testimoni Set Breastfeeding Triple M

Set Breastfeeding Triple M

Set Breastfeeding Triple M

Puan Noriah terpaksa kerap membuat susun atur semula stok EBM. Stok EBM Puan Jaja penuh satu freezer. Dan Puan Azna yang sentiasa dapat memerah lebih dari 10 oz untuk anak kesayangannya.

Bagaimana mereka lakukannya? Apa rahsia mereka? Anda nak tau? Mari sini saya kongsikan.

Ianya tak lain dan tak bukan, hanya dengan tips-tips ini sahaja.

Tips Banyakkan Susu Ibu

Tips Rahsia Banyakkan Susu Ibu:

  • Kekerapan mengepam ketika berjauhan dengan bayi
    Mostly, mereka adalah ibu yang bekerja. Maka mereka tahu bahawa mereka perlu mengepam di ofis untuk dibekalkan kepada anak yang ditinggalkan seharian.
    Mereka mempunyai jadual mengepam yang rutin. Biasanya 3 jam sekali setiap hari. Jadual ini diikut dengan konsisten agar rangsangan sentiasa ada bagi mengekalkan jumlah 'supply' susu badan yang banyak
  • Minum 3 liter air seharian.
    Anda rasa mustahil untuk minum sebanyak 3 liter air? Mereka boleh, kenapa tidak anda. Tujuan utama minum banyak air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Meskipun tiada kajian menunjukkan minum banyak air boleh menambah kuantiti susu perahan, sekurang-kurangnya ibu menyusu bersedia untuk tidak berdepan masalah kekurangan air.

    Ada banyak tips minum air yang boleh diikut untuk memenuhi keperluan tubuh.
    Antaranya yang saya sendiri amalkan ialah: Minum segelas atau dua gelas air setiap kali sebelum solat 5 waktu. 1 gelas air bersamaan 250ml air. Jika anda minum 2gelas, setiap kali sebelum solat, anda dah pun minum 2500ml air. Senang bukan? Belum termasuk lagi air yang anda minum sebelum atau selepas makan.
  • Berdoa dan memohon kepada Allah agar diberikan susu ibu yang banyak

    Setiap usaha sebaiknya diiringin dengan doa kepada Allah. Mohon izinNya dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu. Perkaitan antara amalan kerohanian juga seringkali merupakan salah satu 'success factor' pada penyusuan susu ibu. Apabila ibu dekat dengan Allah, hatinya lebih tenang, moodnya lebih gembira dan sekaligus akan membantu penghasilan susu yang lebih lancar.

    Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
    Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."

    Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minum.
Itu antara 3 tips yang bukan rahsia lagi. 3 ibu diatas sangat berjaya kerana mereka bersungguh-sungguh berusaha dan yakin dengan apa yang mereka usahakan.
Bonus juga, kerana ketiga-tiga ibu mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee. 

So ibu-ibu sekalian, jom kita fokus pada 3 tips utama untuk banyakkan susu ibu ini dahulu sebelum mencuba sebarang 'milk booster' di pasaran.

Nanti saya akan kongsikan tentang Power Pumping pula. Salah satu teknik untuk mengembalikan susu ibu yang merudum.

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Ilmu Penyusuan : GALILAH sedalam-dalamnya sebelum kelahiran

Salam Rabu semua :)

Saya nak membebel sket tentang topik ni. ILMU PENYUSUAN.

Penyusuan susu badan, ramai yang anggap nk menyusu ni mudah. Semudah selak dan sua. Memang nampak mudah kalau dua-dua pihak iaitu ibu dan bayi saling bekerjasama dengan baik dalam proses ini. Alhamdulillah kalau anda berada dalam situasi ini.

Tapi bagaimana pula kalau tiba-tiba bila anda suakan susu anda kepada bayi, dia menyusu tetapi tetap menangis dan masih kelihatan lapar? Adakah ini normal? Dan bagaimana kalau tiba-tiba niple anda terluka? Adakah ini normal pada semua ibu yang menyusukan?

Sebab itu lah saya kata GALILAH SEDALAM DALAMNYA SEBELUM KELAHIRAN.
Agar anda dapat bersedia dengan segala kemungkinan sepanjang proses penyusuan susu ibu untuk bayi kesayangan anda.

Sangat kerap saya lihat, bila ada sebarang masalah, ibu mudah panik dan akhirnya surrender kepada susu formula.
Alasan ibu, "bayi saya terlalu cranky dan nampak tak kenyang bila saya breastfeed dia"
Alasan ibu, "niple saya sakit la bila dh luka macam ni..macam mana saya nk susukan dia...nak pam lagi lah tak boleh..sakit!"

Sebab utama adalah kerana kurangnya ILMU PENYUSUAN.

Tahukah ibu, bayi anda cranky atas beberapa sebab, mungkin lampinnya sudah basah, mungkin dia terlalu sejuk atau panas, mungkin  dia gelisah apabila berada jauh dari pelukan dan dakapan ibu. Lapar bukanlah sebab utama utk bayi anda cranky.

Jika ibu dh check semua dan semua OK tetapi bayi masih menangis..dakaplah dia dan cuba susukan dia.
Masih cranky? Mungkin lekapannya tidak betul dan dia tidak dapat menyusu dengan baik. Lekapan yang tidak betul membuatkan breast ibu sakit dan akhirnya luka.

Semua masalah ada penyelesaiannya. Tapi jika ibu tidak mahu mencari ilmu dan caranya, azam penyusuan anda pasti cepat terpadam.

Kalau anda nk tanya saya tentang penyusuan, saya dgn senang hati suka nk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Just emelkan pertanyaan anda kepada lydzar@gmail.com

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: Hot Stuff GLA Complex! GLA COmplex adalah antara suplemen yang kerap saya cadangkan pada mereka yang bertanya... http://t.co/y4csB24l Follow @lydzar Reply Retweet   10:19 Sep-05
Latest post: Hot Stuff GLA Complex! GLA COmplex adalah antara suplemen yang kerap saya cadangkan pada mereka yang bertanya tentang vitamin untuk kesuburan dan sedang berusaha untuk c...
  Like · Comment · Share Kedai Triple-S page on Facebook     Like

Power pumping atau Hyperstimulation

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

 Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

 Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

 Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

 Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

 Tips umum mengepam


- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

 - Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

- Pum setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

 - Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

 Happy pumping!

credit : Shaklee Golden Lounge
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Testimoni : Set Triple M milk booster & energy booster

Salam Isnin semua!!

Alhamdulillah. Sorang lagi customer K3S yang sangat gembira dgn perubahan yang dirasakan olehnya sejak makan vitamin Shaklee. Set yang diambil oleh ada adalah Set Triple M.

Bukan saja memberikan 'side effect' POSITIF pada proses penyusuan, tp juga kepada kesihatan keseluruhan.


Kata Ana seorang ibu bekerja yang mempunyai 3 anak sekarang :

ok, tqvm liza...
nk citer skrg ni sejak ambil vitamin2 tu semua bdn rasa sihat sgt, takletih pun walaupun tido lambat & buat keje rumah + jaga anak
gi keje pun rasa segar je bdn, dan yg paling best klu pump susu mesti dpt 4-5 oz per sesi kt ofis dlm 15=20 minit
sbb ana ni jenis yg sibuk kt ofis takleh curi mase lame
klu lame pun tme rehat la


 
Cuba lah dulu, anda pasti tertawan!!

Memang sebab ini lah juga saya setia bersama vitamin Shaklee.
Sebagai seorang wanita yang bekerja, mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan dalam masa yang sama sedang menyusukan, boleh dibayangkan betapa letihnya nk menghadapi waktu seharian di pejabat. Balik rumah pun masih ada kerja yang perlu dibuat. Tentunya tenaga yang kami gunakan adalah sehingga tahap maksima. Letih, lesu, cepat mengantuk, kadangkala emosi sangat mudah tersentuh dan moody adalah perkara biasa bagi wanita bekerja macam kami.

Sejak mengambil supplement ini, boleh kata hampir semua masalah keletihan dan lesu selesai.

Gabungan semua vitamin yang ada dalam set ini membekalkan kita dengan khasiat dan nutrien yang sepatutnya kita ambil setiap hari. Tapi malangnya, gaya pemakanan orang busy ni jarang nak dapat penuhi tuntutan yg diperlukan oleh badan sebenarnya.

Baiklah, untuk sesiapa yang masih belum cuba dan mahu rasa kehebatan vitamin SEMULAJADI yang diyakini HALAL ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi ye.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head