Excited sangat bila nampak poster ini yang disharekan oleh FB Susuibu.com Penang. Dengan pantas saya juga share kan ia di wall Fanpage Kedai TripleS. :)
Setuju tak dengan tajuk entry ini? Saya memang sangat setuju!
Breastfeeding sangat memudahkan sesi penyusuan malam. Tanpa perlu si ibu bangun dan ke dapur untuk membancuh susu formula. Tanpa perlu memangku bayi dan menunggunya habis menyusu. Ibu pasti tersengguk-sengguk mengantuk di tengah-tengah malam begitu kan? Tapi tidak dengan breastfeeding. Hanya dengan menggunakan baju yang sesuai, ibu suakan sahaja payudaranya untuk anak menyusu. Sambil menyusu ibu boleh baring malah tertidur bersama dengan bayi.
Teringat saya pengalaman ketika anak pertama dulu. Hannah tidak menyusu dengan susu ibu sepenuhnya. Waktu dia sudah pun dicampur dengan susu formula. Bayangkan setiap kali dia menangis mahu menyusu, saya perlu bangun dan turun ke dapur. Untuk memudahkan cara, saya bawa bakul susu dengan termos air panas untuk diletakkan dalam bilik. Dan saya perlu tunggu dia selesai menyusu sebab takut dia tersedak, barulah saya boleh kembali tidur.
Pernah satu ketika, dia tak mahu habiskan susu dan saya hanya letakkan botol susu di tepi katil. Tiba-tiba dia terjaga buat kali kedua dan menangis. Saya yang dalam keadaan mamai, terus capai botol tadi dan beri dia minum susu tersebut. Tak selamat kan?
Tanpa memeriksa pukul berapa dia bangun kali kedua tu, dan saya bagi dia minum susu yang telah lama dibancuh!! Keesokan pagi memang rasa bersalah sangat. Nasib baiklah dia tak ada rasa sakit perut atau cirit birit.
Sejak itu, saya memang nekad untuk tidak mengulangi kesilapan saya. Maka untuk anak kedua dan ketiga, memang tidak berlaku lagi senario tersebut. Malah ketika anak kedua lahir, saya berjaya membuat tandem nursing Hannah dengan adiknya.
Sangat mudah. Bergilir-gilir mereka menyusu malam. Waktu tu, saya memang umpama 'kilang' yang tak berhenti bekerja walaupun diwaktu malam. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Alhamdulillah, kuasa Allah. Memang air susu tetap terhasil walaupun anak menyusu kerap sangat.
Memori bertandem nursing, Hannah & Hadif |
BREASTFEED UR BABIES!
------------------------------------------------------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Contact me: lydzar humble_head
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head