Susu MERUDUM dan TIPS MENINGKATKAN semula

Isu glamor ibu menyusu : SUSU MERUDUM!



Sebelum anda panik dan memberikan anak anda susu formula, kenalpasti dulu apakah punca susu anda drop.

Kenalpasti masalah akan membuat ibu lebih tenang dan bertindak secara rasional untuk mengatasi masalah tersebut sebelum surrender pada keadaan.

Jom tengok apa masalahnya :

-Sesi perahan dan sesi penyusuan terus yang konsisten :
Adakah jadual pumping anda di tempat kerja konsisten? Adakah penyusuan terus (direct feeding) masih kerap. Kebiasaannya susu merudum kerana kekurangan rangsangan dilakukan terhadap payudara. Bila stimulation (demand) kurang, maka ia akan mempengaruhi penghasilan susu.

Tertekan dengan persekitaran/kerja :
Terlalu banyak kerja membuat ibu tension. Masalah keluarga atau masalah kewangan membuat anda kusut?

Prestasi pam :
Bilakah kali terakhir anda servis breastpump anda? Pump elektrik perlu diservis pada kala tertentu.

Kurang minum air :
Terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga ibu terlupa akan perlunya minum air secukupnya.

Ibu tidak sihat : 
Ibu demam? Ibu batuk dan selsema? Ibu bengkak susu?

Mengandung :
Sila buat UPT test ye ibu, hormon hamil memang menjadi punca kepada kemeruduman production susu badan

Sedang mengambil pil perancang :
Terdapat banyak pil perancang yg tidak sesuai untuk ibu menyusu kerana ia boleh 'mengeringkan' susu ibu

Sedang mengikuti diet yang ketat :

Ibu menyusu perlukan kalori yang cukup untuk menghasilkan susu. Jangan sampai tak makan sebab nk kurus. Nnt anak pun kurus sama :)

Dah cek? Dah kenal pasti? Ibu DIMANA? 

Untuk mengatasi masalah diatas, jom ikuti tip-tip meningkatkan semula penghasilan susu seperti berikut :



Bila kita dh kenalpasti masalah, mari kita ikuti tip-tip mengatasi dan meningkatkan semula penghasilan susu ibu:

Sesi perahan BERJADUAL yang konsisten, dan sesi penyusuan terus yang KERAP. Sesi ini adalah sesi untuk meningktkan stimulasi pada payudara sekaligus membantu meningkatkan penghasilan susu. Sangat digalakkan membuat teknik double pumping, tandem pumping, dan POWER PUMPING utk tujuan memperbanyakkan stimulasi.

Mengawal mood : Ibu menyusu perlu sentiasa gembira demi menghasilkan hormon oksitosin yang lebih byk. Hormon oksitosin akan merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih lancar dan banyak. Cek pam anda. Jika performance/sedutannya semakin perlahan, mungkin anda perlu menghantarnya utk diservis. Pam elektik mempunyai tempoh masa (lifetime) bergantung pada jenis pam. Apabila dh mencapai tahap maksimum, prestasi pam tersebut akan semakin berkurang. Servis atau beli baru sahaja :D

Minum banyak air. Susu terhasil daripada air. Jadi kalau ibu kurang minum air, bagaimana susu hendak terhasil. Pengambilan lebih 3liter sehari adalah sgt digalakkan.

Gunakan pil atau kaedah merancang yang sesuai untuk ibu menyusu. Cadangan terbaik bagi pil perancang adalah Pil Noriday. Selainnya kaedah merancang secara semulajadi, penggunaan kondom, penggunaan IUCD dan implanon adalah antara kaedah yang selamat untuk ibu menyusu dan tidak menjejaskan penghasilan susu ibu.

Ibu diet? Tak dinafikan memang ramai ibu yang berazam utk kembali langsing setelah melahirkan. Jika ibu mahu berdiet, ikutlah diet yang sesuai tanpa mengganggu pengambilan kalori harian anda. Ibu menyusu memerlukan kalori yang tinggi untuk menampung keperluan badan sendiri dan juga utk menghasilkan susu badan.

Ibu mahu sentiasa sihat dan cergas. Saya percaya dgn cara amalan pemakanan yang sihat dan amalan pengambilan suplemen sgt membantu tubuh ibu utk kekal sihat dan cergas. Dapatkan panduan dari Doktor anda sebelum mula mengambil apa-apa produk suplemen.

Semoga tips ini memberi inspirasi kepada anda utk terus menyusukan permata hati anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
TwitterLatest tweet: RAHSIA SUSU IBU BANYAK, kini BUKAN RAHSIA lagi. Dapatkan tips-tips penyusuan, tips pengendalian susu perahan,... http://t.co/D12xWfa0 Follow @lydzar Reply Retweet   08:46 Sep-22