Kaedah Perancang Kehamilan Selamat : Implanon.

Salam Isnin semua :)

Sharing tentang kaedah pencegahan atau perancang kehamilan yang saya gunakan selepas lahirkan anak ketiga. Oleh sebab saya memang tekad mahu susukan anak saya secara sepenuhnya selama 2 tahun, saya minta keizinan suami untuk memasang implanon.

Kenapa saya pilih Implanon?

IMPLANON


Setelah saya buat sedikit survey tentang beberapa kaedah perancang keluarga, akhirnya kami suami isteri sebulat seuara memilih kaedah Implanon. Implanon adalah salah satu kaedah selamat untuk merancang keluarga.

Antara sebab-sebabnya ialah,

-Saya mahukan sesuatu yang simple, dan tidak lupa diambil. 
Pil memang saya dah tolak awal-awal sebab saya pernah cuba utk anak pertama dan kedua, saya tak mampu untuk ambil pil mengikut waktu yag sama setiap hari. Sudahnya asyik terlupa saja nak makan.

-Saya mahu sesuatu yang hampir tiada risiko.
Benar, terdapat beberapa risiko jangka panjang akibat pengambilan kaedah perancang kehamilan. Contohnya yang paling kerap kita dengar adalah berat badan naik, wajah mula berjerawat, selera makan meningkat, infeksi dan kegatalan pada alat sulit bagi yang menggunakan IUCD dan sebagainya.

-Saya mahu sesuatu yang berbaloi dengan harganya.
Terdapat variasi pada harga perancang kehamilan bergantung pada jenisnya. Perancang jenis kondom atau suntikan mungkin agak murah berbanding perancang jenis IUCD dan Implanon. Malah kaedah semulajadi dan anzal, free sahaja tanpa memerlukan bayaran :)

Alhamdulillah, kaedah ini memang berkesan pada tubuh saya. Sehingga hari ini, sudah 1 tahun 3 bulan, 'batang mancis' Implanon ada di lengan saya. Pemasangan pada Januari 2012, expired Jan 2014.

Tiada sebarang kesan sampingan yang terlalu merisaukan saya sepanjang memakainya.
Kalau ada pun, hanya 2 bulan pertama pemakaian, dimana period cycle saya agak 'lari' dari tarikhnya.
Lepas tempoh 2 bulan tu, syukur tubuh saya serasi. Tiada kesan kegemukan, tiada kesan ditumbuhi jerawat melampau, tiada kesan selera naik mendadak. Lega saya.

Mungkin juga kerana saya mengamalkan beberapa jenis vitamin yang sesuai diambil oleh wanita yang mengamalkan kaedah perancang kehamilan.

Pengambilan Vitamin C, Bcomplex, dan Vitamin E (Atau GLA Complex) adalah sangat disarankan kepada para wanita yang mengambil pil perancang ( atau kaedah lain yang melibatkan hormon hormon progestin / estrogen).  Bacaan lanjut, klik link dibawah.

Vitamin C, B-Complex, Vitamin E atau GLA Complex terbaik.

Nak tengok tak video ringkas ketika Doktor memasang Implanon di lengan saya.
Hanya 29 saat, dan proses ini selesai. :)


Alhamdulillah, kini anak ketiga saya dah pun berumur 2 tahun. Misi penyusuan penuh berjaya dan saya masih belum berhasrat untuk mengandung lagi.
Tunggu tarikh expired Implanon tiba, dan mungkin lepas tu anda akan menerima berita gembira dari kami. Insya Allah, semoga Allah izinkan kami untuk mempunyai zuriat ke empat pula.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head