Saya tahu anda tengah klik sana klik SINI.
Sama ada tengah survey barangan bayi atau tengah survey set berpantang untuk diri mommy sendiri kan? Been there done that. 3 kali pregnant, 3 kali jugalah senario yang sama saya lakukan.
Seronok kan, moment membuat survey dan cuci mata secara online ni :)
So sengaja saya nak share tips memilih set bersalin dalam entry ini. Jom, teruskan membaca ye :)
4 Perkara Ibu Wajib Ambil Tahu Ketika Mencari Set Berpantang
Antara perkara yang saya ambil kira dalam pemilihan set bersalin suatu masa dulu;- Kegunaan luaran, kegunaan dalaman, atau set yang lengkap?
Kegunaan luaran seperti herba mandian, param, pilis dan bengkung. Kegunaan dalaman seperti jamu, teh herba, atau vitamin. Atau yang lengkap merangkumi kedua-dua kategori dalaman dan luaran. - Keberkesanan : Terdapat lambakan dan pelbagai jenis set berpantang yang ada dipasaran sekarang. Tapi yang mana satukah yang paling berkesan untuk mempercepat pemulihan dalaman dan luaran tubuh kita?
Jadi untuk mendapatkan lebih keyakinan, saya suka baca testimonial para pengguna yang pernah membeli produk-produk tersebut. - Mudah digunakan : Sebagai ibu yang ada banyak tugasan dan rutin walaupon ketika sedang berpantang, tentunya lebih mudah jika set berpantang tersebut jenis yang mudah digunakan. Mana nak melayan bayi, mana nak menguruskan diri lagi.
Set bersalin yang mudah digunakan pasti akan habis diambil tanpa sebarang pembaziran, kan? Terutama sekali bagi mereka yang berpantang sendiri tanpa bantuan ibu atau pembantu rumah. Simplify life bak kata orang putih. - Harga : Tentu sekali ini kriteria penting yang kita tetapkan. Dan pastinya kita mencari set berpantang yang mampu dimiliki.
Dan berdasarkan kriteria tersebut, saya matchingkan dengan situasi saya.
Petua orang tua, menasihatkan ibu berpantang ambil set berpantang lengkap untuk pemulihan dalaman dan luaran. Saya pula sukakan suatu yag simple dan mudah digunakan. Dan saya lebih fokus pada penjagaan kesihatan dalaman saya.
Jadi, item-item untuk luaran saya pilih yang berbentuk losen atau minyak sahaja. Mintak maaf param dan pilis. Anda tidak perlu berkhidmat untuk saya :)
Dan untuk penjagaan kesihatan dalaman, saya memilih sesuatu yang dapat membantu saya melengkapkan nutrisi tubuh saya ketika saya sedang berpantang. Saya tahu adakalanya makanan yang saya ambil, tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi tubuh saya.
Dan sebolehnya saya mengelak jamu. Jamu yang bersifat 'panas' sering dikaitkan dengan jaundis berpanjangan.
Saya juga lebih sukakan tablet kerana ianya mudah diambil. Nasib baik la saya memang jenis tak susah nak makan 'ubat'.
Dari segi harga pula, saya meletakkan bajet serendah RM80 sehingga semahal RM300 sahaja. Dan nyata set pilihan saya memang mampu dimiliki dan tidak melebihi budget yang telah saya tetapkan.
Jadi bagaimana dengan cara anda membuat survey set berpantang?
Mungkin anda mahu mencuba Set Berpantang pilihan saya :)
Nantikan sharing seterusnya tentang set berpantang Shaklee ni ye :)
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head