Langkah-langkah pencegahan selsema untuk bayi

Bayi amat mudah untuk dijangkiti selsema kerana sistem imun mereka masih lemah.

Virus adalah penyebab kepada selesema. Selsema menyebabkan jangkitan pada pernafasan dan ia merengsakan hidung dan tekak mereka. Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford mengatakan bahawa selesema menjadi berkurangan selepas kanak-kanak berumur 6 tahun. 

Oleh itu, beberapa langkah pencegahan boleh diambil bagi membantu untuk melindungi bayi anda daripada dijangkiti selsema.

  •  ASINGKAN
    Asingkan bayi anda dari tempat-tempat 'public' dan keramaian. Elakkan membawa bayi anda menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi, dan  elakkan juga berada di dalam 'gathering'. Bayi anda mungkin dijangkiti virus selsema melalui sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya. Virus selsema bergerak melalui udara dan penyakit ini sangat mudah untuk berpindah kepada bayi anda. Elakkan bayi dipegang oleh seseorang yang anda tahu sedang sakit atau elakkan bayi anda daripada berada dibilik yang sama dengan mereka.
  • BERSIHKAN
    Bayi anda juga boleh dijangkiti selsema jika dia menyentuh objek yang telah dijangkiti dengan virus ini. Jadi, jika anda dapati seseorang yang sedang selsema telah memegang barangan atau permainan anak anda, basuh objek tersebut dahulu sebelum membiarkan anak anda menggunakannya lagi. Bersihkan permainan anak anda dengan kerap
  • 'PERSONAL HYGENE'
    Pastikan persekitaran bayi anda bersih. Cucilah tangan sebelum anda memegang atau bermain dengannya. Pastikan 'wet tissue' atau gel sanitizer berada di dalam beg lampin anak anda untuk membersihkan tangan anda apabila air dan sabun tidak tersedia.
  • HADKAN SEBARAN VIRUS
    Memalingkan muka ke arah lain ketika bersin tidak membantu anda menghalang virus daripada menjangkiti anak anda. Virus selsema bergerak melalui udara, dan virus masih mampu bergerak kearah anak anda. Gunakan tisu ketika anda batuk atau bersin. Segera buangkan tisu yang telah digunakan.

Jika bayi anda telah pun dijangkiti selsema, mungkin anda boleh menyedut hingusnya dengan menggunakan alat yang dipanggil 'nasal aspirator' ini.

Ingat ya, jangan sewenang-wenangnya memberikan bayi kecil anda ubat tanpa nasihat daripada Doktor. Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu, K3S mencadangkan si ibu untuk ambil beberapa sachet Nutriferon supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi anda untuk pulih daripada selsema.

Baca tentang pemulihan demam dan selsema dengan Nutriferon DISINI

--------------------------------------------------------------------------------

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)


Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head