Panduan Menu Sarapan Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Memilih sarapan pagi untuk kanak-kanak kadangkala memerlukan si ibu berfikiran kreatif.
Idea hebat perlu untuk memancing minat anak untuk makan, dan dalam masa yang sama ibu perlu memastikan setiap apa yang diberi kepada anak-anak adalah sesuatu yang berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan anak-anak.

Pengambilan sarapan yang berkhasiat membantu anak anak lebih fokus dan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap aktiviti yang dilakukannya. Maklumlah, kanak-kanak masakini ada terlalu banyak akiviti yang perlu dilakukan seawal pagi. Jadi sarapan yang baik perlu mereka ambil untuk 'kickstart' hari mereka. Jadi apa yang perlu ibu bagi pada mereka?

Panduan Menu Sarapan Terbaik Untuk Kanak-Kanak

  •     Makanan berkanji
Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.
  •     Buah-buahan
Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.

Breakfast for kids

  •  Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.
  •     Susu dan hasil tenusu
Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.



Sumber info : Pa & Ma

Variasikan cara penyediaan sarapan untuk kanak-kanak. Mereka pasti gembira sambil menikmatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head