Bahaya air minuman (selain dari susu ibu) kepada bayi

Entry orang rajin. Saya menaip semula dari brosur yang diterima di Hospital Sungai Buloh masa check out hari tu.



air masak untuk bayi
kredit pic : http://mykidz.my

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya.

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun-temurun dimerata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :

    Merencatkan tumbesaran.


Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

    Merencatkan akal


Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan 'Kernicterus; iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

    Mengancam nyawa


Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan, Pencemaran boleh berkalu dipelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yg tidak selamat ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

    Mengakibatkan sawan tarik


Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam didalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil oral water intoxication.

SEBENARNYA SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI UNTUK BAYI TANPA PERLU DITAMBAH AIR ATAU CECAIR LAIN KERANA SUSU IBU MENGANDUNGI 88% AIR.

OLEH ITU JIKA ANDA FIKIRKAN BAYI ANDA HAUS, PANAS ATAU SEMBELIT..BERI BAYI ANDA SUSU IBU SEKERAPNYA.

psstt : Jika anda mendapati ada kesan berwarna putih pada lidah bayi anda, hanya lapkan dengan kain lembut yang basah utk membersihkannya. Tidak perlu beri air masak utk menghilangkan kesan putih tersebut.

Kredit : blog Mommalydzar

1 comment:

  1. tapi orang tua2 tetap degil kan. eliss yakin mesti mak nak suruh bg minum air masak gak kat baby so awal2 dah prepare air zam zam.dia kata ko dulu mak bagi air masak hidup dok terencat huhuuhu

    ReplyDelete